sekadar renungan bersama..

Ahad, 30 Ogos 2009

LINTAH ! LINTAH ! LINTAH !

BERITA BAIK UNTUK PESAKIT – PESAKIT :

- KENCING MANIS

- DARAH TINGGI

- KOLESTROL

- JANTUNG KORONARI ( Sumbat Urat Darah )

- JERAWAT TERUK

- SAKIT KEPALA BERULANG

BEKAM LINTAH BOLEH MEMBANTU ANDA .

KELEBIHAN BEKAM LINTAH

i. Darah yang disedut tidak melebihi 3 cc seekor

ii. Tidak sakit

iii. Air liur lintah mengandungi pelbagai enzim – enzim asli yang

baik untuk mencairkan darah dan anti pembekuan.

iv. Kos yang lebih murah berbanding bekam biasa

v. Boleh diulang seminggu sekali

TATAPAN : 1) Serangan jantung (Heart Attack), Angin Ahmar (Stroke) dan

kaki hitam membusuk (gangrene) adalah penyakit-penyakit yang disebabkan darah beku di organ-organ penting.

2) Insya Allah lintah boleh membantu. Lintah antara specis haiwan yang menjadi kajian terkini di Negara-Negara maju.

PERKHIDMATAN BEKAM LINTAH ADA DISEDIAKAN

DI POLIKLINIK TAQWA

TEL NO : O5 – 3134 099

LINTAH ! LINTAH ! LINTAH !

BERITA BAIK UNTUK PESAKIT – PESAKIT :

- KENCING MANIS

- DARAH TINGGI

- KOLESTROL

- JANTUNG KORONARI ( Sumbat Urat Darah )

- JERAWAT TERUK

- SAKIT KEPALA BERULANG

BEKAM LINTAH BOLEH MEMBANTU ANDA .

KELEBIHAN BEKAM LINTAH

i. Darah yang disedut tidak melebihi 3 cc seekor

ii. Tidak sakit

iii. Air liur lintah mengandungi pelbagai enzim – enzim asli yang

baik untuk mencairkan darah dan anti pembekuan.

iv. Kos yang lebih murah berbanding bekam biasa

v. Boleh diulang seminggu sekali

TATAPAN : 1) Serangan jantung (Heart Attack), Angin Ahmar (Stroke) dan

kaki hitam membusuk (gangrene) adalah penyakit-penyakit yang disebabkan darah beku di organ-organ penting.

2) Insya Allah lintah boleh membantu. Lintah antara specis haiwan yang menjadi kajian terkini di Negara-Negara maju.

PERKHIDMATAN BEKAM LINTAH ADA DISEDIAKAN

DI POLIKLINIK TAQWA

TEL NO : O5 – 3134 099

Khamis, 27 Ogos 2009

UMNO tewas untuk sekian kalinya

Tahniah kepada Ustaz Salleh B. Man kerana terpilih menjadi ADUN Permatang Pasir.Insya'Allah akan menerajui JAIPP (Jabatan Agama Islam Pulau Pinang) seperti yang dimaklumkan oleh Anwar Ibrahim.

Beberapa muhasabah perlu di ambil perhatian supaya PAS dapat menambah beberapa kerusi lagi di DUN Pulau Pinang.

i)Jentera Pilihanraya dan kemahiran ilmu pilihanraya yang perlu di kemaskan secepat mungkin.Tenaga2 muda perlu didedahkan dengan memberi pendedahan kepada pemuda2 PAS tempatan.

ii)Kelab penyokong PAS 'wajib' ditambah kekuatan dan ditubuhkan di tempat2 yang masih ketinggalan.

iii)Jalinan kerja PAS dengan NGO-NGO Islam perlu dipertingkatkan.

iv)Perkukuhkan organisasi Pakatan Rakyat disemua peringkat DUN & Parlimen.

Kempen UMNO tentang isu syurga dan isu perpecahan Pakatan Rakyat tidak berkesan sangat.Namun apabila dilihat kemerosotan undi PAS adalah lebih banyak berbanding kemerosotan undi BN.Maknanya ditakdirkan UMNO mencalonkan orang lain yang lebih 'tidak bermasalah' mungkin laluan kemenangan PAS akan lebih sukar.

Jelas rakyat semakin benci dengan gelagat pimpinan BN , khususnya UMNO dan MCA.
Pemimpin2 kedua-dua parti BN tersebut terlibat dengan rasuah secara meluas.
UMNO yang mengkhianati orang Melayu tetapi Anwar Ibrahim pula yang dikatakan pengkhianat bangsa.
Tan Sri Muhyiddin nampak tak cerdik dan tak 'gentleman'.Bila UMNO kalah di Permatang Pasir , tuduh penyokong pembangkang menghalang laluan pengundi.
Apa gunanya polis yang beribu-ribu orang ramainya.Lagipun kalau pengundi terhalang bukan pengundi BN sahaja , pengundi PAS pun terhalang sama.
Dah jadi Timbalan Perdana Menteri biarlah cakap cerdik sikit.Rakyat Malaysia taklah sebodoh itu untuk telan bulat2 cakap2 yang hampas.UMNO belum mampu berubah.

Kesimpulan : PAS & ADUN yang menang mesti bekerja kuat dan bijak (Work hard and Smart) Amin.Syukur dengan kurnian illahi tersebut.

Selasa, 18 Ogos 2009

Politik Perkauman UMNO menuju tahap bahaya

1. Usaha-usaha jahat UMNO untuk memecah belahkan setiakawan rakan-rakan Pakatan Rakyat (PR) sudah mencapai tahap melampau. Kalau tidak diambil tindakan oleh pihak berkuasa/polis ketegangan kaum pasti berlaku.

2. Minggu ini TPM Muhyiddin Yassin mempersenda Tok Guru Nik Aziz dengan kata-kata sinis “ Saya hairan dan takjub apabila seorang yang kononnya menjadi tokoh agama sanggup merelakan Islam dihina oleh DAP hanya kerana kepentingan politik”. Maknanya Tok Guru Nik Aziz sangat hina dan sanggup menggadai agama demi kepentingan peribadi !

3. Ramai juga orang yang terperangkap dengan isu tersebut. Seorang rakan yang menemui Tan Sri Harussani semalam menyatakan mufti tersebut bercakap senada dengan Muhyiddin.

4. Permainannya mudah. Orang lulus PMR pun boleh tangkap permainan wayang UMNO tersebut. Orang-orang UMNO sangat terkenal dengan watak “ lontar batu sembunyi tangan”. Buat jahat menjerit - menangis dan tuduh orang lain buat. Lepas itu media-media talibarut mereka akan lambong isu-isu ciptaan tersebut untuk UMNO lipat bola tanggung.

5. Ceritanya begini. Ada orang yang fasik tulis dalam blog kata-kata biadap hina Islam dan hina Raja Melayu (Sultan Perak) dan palitkan tulisan tersebut kepada pemimpin DAP (pemuda DAP) Malaysia. Lepas itu pemimpin-pemimpin UMNO khususnya pemuda kutuk, tunjuk perasaan dan maki DAP kerana hina Islam. Langkah seterusnya kutuk PAS kerana tak ikut UMNO serang DAP.

6. Perangkapnya adalah kenapa UMNO dan PAS tidak bersama-sama menyerang DAP demi mempertahankan Islam yang sama-sama kita cintai. Dengan bersikap tidak menyerang DAP bermakna PAS merelakan maruah Islam dipijak-pijak oleh DAP. Jika PAS menyerang DAP maka PAS dan UMNO telah bersatu demi Islam.

7. Dengan menyerang DAP persefahaman PAS dengan DAP dalam pakatan rakyat akan musnah. Bila ini berlaku yang untung adalah UMNO. PAS rugi besar kerana proses-proses pendekatan dakwahnya kepada orang-orang bukan Melayu terbantut. DAP lebih rugi kerana kebencian dan prasangka buruk orang Melayu kepada DAP akan lebih parah lagi.

8. Selama ini ‘track rekod’ PAS mempertahankan maruah Islam tidak dapat disaingi UMNO, keterlibatan PAS dalam isu-isu murtad, moral, penghinaan kepada Al Quran, penghinaan kepada sunnah-sunnah Rasullullah dan pembelaan PAS kepada umat Islam di Negara-Negara lain sangat menyerlah. Isu memperjuangkan aurat wanita, isu menentang pergaulan bebas dan hiburan luar batas moral sudah menjadi trade mark PAS. Bahkan penglibatan PAS dalam mempertahankan pendidikan Islam disekolah-sekolah agama rakyat dan pondok-pondok adalah sinonim dengan kewujudan PAS itu sendiri.

9. Berbanding UMNO yang terkenal dengan isu-isu mempersendakan hukum-hukum hudud , memperlecehkan sunnah-sunnah Rasullullah dan mempromosi budaya hiburan anti Islamik (lihat tv dan majalah-majalah yang dimiliki syarikat-syarikat UMNO). Pemimpin-pemimpin UMNO gembira melihat sekolah-sekolah agama rakyat dibiarkan hidup segan mati tak mahu.

10. Dalam UMNO isu aurat wanita masih jauh dari selesai. Bahkan lewat tahun lapan puluhan pemimpin-pemimpin wanita UMNO sering mengejek aktiviti-aktiviti dakwah dan pemakaian purdah. Lihat sahaja muka-muka isteri-isteri pemimpin-pemimpin utama UMNO dan pemimpin-pemimpi wanita UMNO !

11. Yang terkini tindakan Kabinet Malaysia pimpinan UMNO yang memutuskan agama anak-anak yang ibu atau bapanya yang memeluk Islam supaya dikekalkan mengikut agama asal. Keputusan tersebut bukan saja bertentangan dengan kehendak Islam dan perlembagaan persekutuan tetapi jelas membelakangkan kuasa Raja-Raja Melayu. Apa ahli-ahli UMNO nak kata tentang kelulusan tambahan lessen-lesen perjudian dibawah PM baru, Dato’ Najib.

12. Panjang dan berjela-jela jika nak disenaraikan jenayah UMNO kepada Islam. Belum lagi kita menyentuh isu budaya bohonisme dalam elit UMNO. Hanya orang-orang yang dungu sahaja akan terpedaya dengan permainan hipokrit UMNO.

13. Lantas apa penjelasan isu DAP menghina Islam. Kena selesaikan cara Islam juga. Bukankah Al Quran menuntut orang-orang beriman supaya menyelidik apa-apa berita/maklumat khususnya dalam kontek ‘kefasikan dunia maklumat’ sekarang. Islam sangat menuntut supaya tidak berlakunya fitnah dan kezaliman kepada sesiapa pun muslim atau tidak. Kena teliti entah-entah kenyataan pemuda DAP itu orang UMNO yang tulis dan tuduh DAP. Yang pasti pemimpin DAP tersebut menafikan beliau terlibat dan telah membuat laporan polis.

14. Jika benar pemimpin DAP yang tulis ambillah tindakan undang-undang dan tindakan dakwah kepada orang-orang bukan Islam supaya lebih memahami Islam. Tindakan pemuda UMNO membuat samseng dengan menulis kata-kata lucah dan keji dipejabat DAP Perak jelas membuka pekong dan permainan sebenar UMNO yang mendalangi isu ini.

15. Mana yang lebih parah. Orang bukan Islam menghina peraturan-peraturan Islam atau pemimpin-pemimpin UMNO yang beragama Islam mempersenda Al Quran dan sunnah. Kenapa pemuda-pemuda UMNO yang ‘cintakan’ Islam tidak pernah berdemonstrasi terhadap Dr. Mahathir, Dato’ Najib dan Dato’ Rais Yatim. Tiga tokoh UMNO tersebut terkenal pernah mengeluarkan kenyataan-kenyataan menghina dan memfitnah peraturan-peraturan Islam. Orang boleh kata perkara tersebut berlaku lama dahulu. Tetapi pemimpin-pemimpin UMNO tersebut tidak pernah tarik balik kenyataan mereka dan bertaubat.

16. Bagi PAS kerja-kerja dakwah yang terlalu banyak perlu diteruskan.Tahalluf siyasi yang dijalin dengan orang-orang bukan islam perlu dimantapkan. Biarlah UMNO dengan Assobiyahnya. Untuk ahli-ahli UMNO yang ditipu pemimpinnya ahli-ahli PAS kena banyak bersabar dan berdoa agar diberikan hidayah.

17. Kesimpulannya Islam tidak terbela dengan kezaliman dan kemunafikan. Hanya orang-orang yang sabar, bertaqwa dan beriman sahaja yang mampu membela Islam. Selebihnya serahkan kepada Allah Azzawajalla.

Dr. Hj. Khairuddin Bin. Dato’ Abd. Malik

( Timbalan Pesuruhjaya PAS Perak)