sekadar renungan bersama..

Sabtu, 15 Januari 2011

JANGAN DUA KALI DIPATUK ULAR DARI LUBANG SAMA

Krisis perlantikan Setiausaha Kerajaan (SUK) Negeri Selangor yang dipaksakan kepada YAB Menteri Besar (MB) Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim adalah jelas lagi terang merupakan agenda UMNO/BN yang dikepalai oleh DS Najib Razak. Hanya orang-orang yang naif atau bodoh bendul sahaja yang tidak mempercayainya. Sesungguhnya krisis tersebut adalah sesuatu yang dapat dielakkan jika Ketua Setiausaha Negeri (KSN) bersikap professional terhadap tugasnya serta tidak merelakan agenda politik UMNO/BN menjadi faktor pertimbangan langsung dalam menilai kesesuaian sesuatu perlantikan SUK dimana-mana negeri pun.

SUK adalah Pegawai Kerajaan yang paling tinggi dalam hairaki sebuah perkhidmatan awam Negeri. Perkhidmatan awam adalah agensi perlaksana dasar-dasar Kerajaan yang ditentukan oleh rakyat melalui Kerajaan yang mereka pilih setiap 4-5 tahun. MB pada hakikatnya dipilih oleh rakyat untuk merangka dasar-dasar politik, sosial dan pembangunan yang disukai rakyat. Kalau MB gagal memahami kehendak rakyat, dia akan dijatuhkan melalui pilihanraya. MB adalah ketua eksekutif Kerajaan Negeri dan SUK bekerja secara amanahnya untuk rakyat sesebuah negeri melalui usaha sungguh-sungguhnya dan ketaatannya kepada Kerajaan hari itu (goverment of the day). SUK tidak boleh mempunyai agenda lain daripada itu. Walaupun beliau boleh menerima arahan-arahan perkhidmatan secara umum daripada KSN tetapi dalam mematuhi polisi-polisi pentadbiran beliau sesungguhnya bekerja dibawah arahan MB. Itulah rasional kenapa sebelum perlantikan mana-mana SUK baru, MB perlulah dirujuk oleh KSN dan bukan dipaksakan kepada beliau untuk menerima. Sukar sangatkah untuk KSN melakukan sedemikian. Lainlah jika beliau ada agenda lain.

Tidak timbul langsung perlantikan seorang Ketua Polis Negeri, Ketua Briged Tentera, Pengarah Kastam atau Pengarah Imegresen Negeri perlu dirujuk kepada MB ! Kononnya jika perlantikan SUK perlu dirujuk kepada MB maka nantinya perlantikkan Ketua Polis Negeri dan lain-lain yang disenaraikan diatas juga mesti dirujuk kepada MB. Inilah kekhuatiran MP Kulim yang sebenarnya menyerlahkan kedunguan dan kecelaruan pemikiran beliau. Kalau tak tahu lebih baik senyap !

Kenapa isu perlantikan Dato Khusrin sebagai SUK Selangor terpaksa diharungi oleh Kerajaan Pakatan Rakyat (PR) Selangor ? Sebaiknya terima sajalah dengan mudah. Boleh tutup episod hitam ini dan Kerajaan Selangor tidak terpalit dengan pelbagai fitnah yang sudah dan bakal dicetuskan oleh UMNO dan juak-juak medianya khusus Utusan Malaysia. Di Malaysia ini hanya UMNO dan Perkasa sahaja yang taat kepada Raja! Apa sahaja krisis yang dipaksakan oleh UMNO kepada Kerajaan-Kerajaan Negeri PR, fitnah yang akan dijual kepada rakyat ialah Pakatan Rakyat derhaka Raja.

Rasulullah pernah berpesan dalam satu sabdanya yang bermaksud: orang Islam tidak akan dipatuk 2 kali dari lubang yang sama; maksudnya jangan lakukan kesilapan yang sama berulang kali. Untuk memahami apa yang berlaku rakyat boleh belajar daripada pengalaman Kerajaan PR Perak (Mac 2008-Februari 2009) yang mempunyai SUK yang tidak ¡®mesra PR¡¯ (not PR friendly). Tindakan-tindakan SUK Perak tersebut perlulah dibaca sekali dalam semangat bahawa sejak awal-awal lagi Najib dan lanun-lanun politik di Perak sudah mengetus pelbagai agenda dan menyatakan secara terbuka untuk menjatuhkan Kerajaan PR Perak walau dengan apa cara sekalipun ¨C termasuk perangkap rasuah dan sex, culik Wakil Rakyat dan lain-lain.

Apa yang telah berlaku di Perak?

Di awal-awal pemerintahan PR ada taklimat tertutup dan sulit pegawai-pegawai Kanan Kerajaan Negeri supaya tidak memberikan kerjasama terbaik kepada Kerajaan PR. Antaranya pastikan perolehan Kerajaan Negeri (hasil cukai dan lain-lain) tidak dikutip sungguh-sungguh. Biarkan Kerajaan tidak cukup dana.

Banyak rahsia-rahsia mesyuarat Exco yang bocor dalam waktu yang tidak munasabah pantasnya.

Beberapa cadangan-cadangan pelaburan yang melibatkan pelabur-pelabur asing sengaja dilewatkan surat menyuratnya.

Berlaku peristiwa dimana SUK Perak dikesan hadir dalam majlis di bangunan Pejabat UMNO Negeri sedangkan ada majlis rasmi Kerajaaan Negeri.

Pernah Setiausaha Dewan Negeri Perak (pegawai dibawah SUK) diarah untuk hadir dalam mesyuarat di pejabat UMNO Negeri bagi merancang rampasan kuasa Speaker DUN Perak yang sah.
Beberapa hari menjelang sidang DUN Perak, dewan DUN Perak dikatakan dibenarkan dicerobohi oleh bomoh pawang kurafat pelaku syirik dalam keadaan dewan tersebut sepenuhnya di bawah kuasa pentadbiran SUK.

Dalam sidang DUN Perak dirsertai puluhan orang polis bahkan dikesan membawa senjata api memasuki dewan DUN Perak sedangkan dewan tersebut sepenuhnya dibawah kuasa SUK.

Banyak lagi yang boleh ditulis, namun sebagai persiapan supaya Kerajaan Selangor tidak dijatuhkan oleh lanun-lanun politik UMNO secara yang sama dengan Perak, lebih baik Kerajaan PR Selangor berpatah tulang dan mandi keringat lebih awal sebelum nantinya berputih mata ! Sebagai renungan untuk difikir bersama perhatikanlah 2 fakta ini :

i) SUK Perak sekarang mempunyai jawatan hakiki yang sudah melayakkan beliau memegang jawatan KSU di Putrajaya. Beliau sudah pegawai turus (SUK hanya jusa A) tetapi tetap menjadi SUK Perak. Terloponglah pegawai-pegawai lain tak dapat naik pangkat jadi SUK hanya kerana agenda UMNO/BN. Mengapa KSN tidak berlaku adil dan ikut amalan biasa urusan kenaikan pangkat.
ii) Seorang pegawai kanan yang pernah menjadi pengarah SPRM Perak diberikan gelaran Dato¡¯ 2 bulan setelah rampasan kuasa di Perak. Umum mengetahui peranan beliau yang jahat dalam komplot rampasan kuasa tersebut (SPRM menyediakan pelacur-pelacur untuk perangkap sex Adun-Adun PR). Adalah menjadi amalan bagi pegawai-pegawai Kerajaan anugerah Dato adalah melalui cadangan (recommendation) SUK di Negeri masing-masing.
Beberapa kesimpulan dapat dibuat supaya rakyat, pegawai-pegawai Kerajaan lebih-lebih lagi institusi istana disemua Negeri dapat menilai seadil-adilnya tindakan-tindakan UMNO mutakhir ini.

UMNO/BN tidak memperdulikan ketenteraman dan keharmonian rakyat asal sahaja agenda mabuk kuasa mereka tercapai.
Keputusan rakyat dalam pilihanraya yang walaupun berat sebelah kepada UMNO/BN tidak akan pernah dihormati.
Aturan kenaikan pangkat pegawai Kerajaan dibakul sampahkan dan senioriti tidak penting sekiranya anda tidak sanggup jadi perkakas UMNO/BN.
Institusi Raja boleh dihina atau disanjung berdasarkan keperluan agenda mengikut kesesuaian nafsu politik UMNO/BN.

Undang-undang peraturan hanya perlu dipatuhi jika bersesuaian dengan nafsu UMNO/BN. Di Negeri-Negeri UMNO/BN berkuasa : Sultan dikatakan Raja berperlembagaan dan Speaker DUN ada kuasa mutlak. Di Negeri-Negeri PR mentadbir dikatakan Sultan berkuasa sebagai ¡°absolute monarch¡¯ dan speaker DUN tiada kuasa apa-apa pun. Anehnya mahkamah Malaysia mengabsahkan diri sebagai rakan kongsi UMNO untuk menafikan keadilan kepada rakyat.
Sesungguhnya Allahlah pemilik kuasa mutlak. Kita makhluknya hanyalah insan-insan kerdil yang bakal memasuki neraka Allah jika kita membelakangkan keadilan dan mendakap kezaliman.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan