sekadar renungan bersama..

Khamis, 9 Mei 2013

PRU 13: BN PERAK, KERAJAAN 44 %


  • 'Tahniah' kepada BN Perak kerana mendapat watikah daripada Istana Perak untuk menerajui semula kerajaan di negeri Perak Darul Ridzuan. Namun apa agaknya perasaan Dr  Zambry Kadir apabila  menyedari kerajaan beliau hanya mendapat sokongan popular sekadar 44.4% pengundi sedangkan pihak yang dikatakan kalah ia itu Pakatan Rakyat mendapat 54.8% undi popular.
  • Mari kita menganalisa fakta-fakta sahih yang dikeluarkan oleh SPR sendiri.
  •  Di peringkat Parlimen seluruh Malaysia:
           Undi BN : 5,237,699
           Undi PR : 5,623,984
           Undi lebihan PR>BN : 386,285 (3.43% dpd jumlah undi)

  • Di peringkat Parlimen Negeri Perak sahaja:
         Undi BN : 546,451 (47.8%)
         Undi PR : 590,344 (51.7%)
         Bebas dll : 4,155 (0.36%)
         Undi lebihan PR>BN : 43,893 (3.84% dpd jumlah undi)

  • Di peringkat semua 59 kerusi DUN Perak : 
          Undi BN : 506,947 (44.4%)
          Undi PR  : 625,710 (54.8%)
          Bebas dll :   9,353   (0.8%)
          Undi lebihan PR Perak>BN Perak : 118,763 (10.39%)

  • BN Perak 'bernasib baik' dapat membentuk kerajaan simple majoriti 31 : 28 melalui 3 kerusi PAS yang tewas tipis di kerusi-kerusi Lubuk Merbau (53 undi), Manjoi (132 undi) dan Manong (231 undi). PR Perak pula kehilangan peluang membentuk kerajaan 'simple majority' di Perak dengan hanya  kekurangan 2 kerusi iaitu (155 undi).
  • Beberapa kesimpulan dapat dibuat. Antaranya peratusan lebihan rakyat Perak yang mengundi PR diperingkat Parlimen Perak adalah lebih sedikit sahaja berbanding diperingkat Nasional (3.84% Vs 3.43%). Namun keinginan meluap-luap pengundi Perak untuk mengembalikan pentadbiran Perak ke tangan PR dapat dilihat melalui lebihan undi PR sebanyak 118,763 ia itu 10.39% daripada keseluruhan pengundi  DUN. Satu peratusan yang sangat tinggi! Cuba bandingkan angka 155 (defisit PR) dengan 118,763 (lebihan PR).
  • Rakyat juga perlu diberitahu bahawa dikerusi Manjoi, PAS hanya tewas kerana undi POS yang hampir 80% menyebelahi BN. Bagi undi awam PAS sudah menang dengan kelebihan 98 undi. Sangat ironis dan merasa ditipu apabila undi POS , diundi 4 hari lebih awal tetapi dimaklumkan keputusannya yang terakhir. Dalam suasana BN bakal kehilangan kerajaan, anda percaya konspirasi tidak berlaku antara  UMNO/BN dan balaci-balacinya apabila mereka sekadar memerlukan manipulasi 100 ke 200 undi??
  • Sesungguhnya Dr Zambry dan BN Perak tidak mempunyai apa-apa hak moral dan hak demokrasi untuk membentuk kerajaan di Perak. Lebih-lebih lagi sudah menjadi 'open secret' di banyak tempat amalan rasuah beli pengundi oleh agen-agen BN adalah pada tahap melampau.Mungkin mereka bersahaja melakukannya kerana ustaz-ustaz UMNO yang berfalsafahkan Machiavelli menghalalkannya. Dimana ada UMNO disana pasti ada rasuah!
  • Penulis berkeyakinan, keinginan tinggi rakyat Perak untuk PR mentadbir negeri adalah juga disumbangkan oleh keyakinan mereka kepada barisan kepimpinan PR Perak dan manifesto PR Perak yang terbaik. Maka terlepaslah peluang rakyat Perak untuk menikmati agenda-agenda besar manifesto seperti:
          Kerajaan berintegriti dan demokratik, 
          Pembekuan kenaikan cukai tanah,
          Cukai pintu dan tarif air untuk 2013-2018,
          Program penghapusan kemiskinan tegar,
          Pemerkasaan institusi ummah, dan 
          Peluang memiliki 30,000 unit lot-lot perumahan baru 
          di seluruh negeri Perak.


  • Sebagai renungan, kalau di peringkat pusat, rakyat Malaysia menggelar kerajaan Najib sebagai  kerajaan 47% maka di negeri Perak, sendaan kerajaan Zambry Kadir sebagai kerajaan 44 % tentu sangat wajar. Apa pula kaitan angka 44.4 dengan kepercayaan angka-angka tertentu oleh kaum Cina? Nampaknya rakyat Perak kena terus bergelumang dengan 'political saga' pasca PRU 13 semata-mata kerana SPR yang tempang dan bertaraf Zimbabwe. Di Zimbabwe ada Mugabe manakala di Malaysia ada UMNO. Pemimpin UMNO sejak era Dr. Mahathir belajar penipuan pilihanraya daripada Mugabe!



Penulis, 
Dr Khairuddin Dato' Malik | Setiausaha Pakatan Rakyat Perak
merangkap Pengerusi JK penyediaan Manifesto PR Perak 2013


Selasa, 19 Mac 2013

UMNO YANG MAKSUM, NAJIB YANG MUKHLISIN

Ada pepatah Inggeris bermaksud " orang yang menghuni rumah kaca, jangan melontar batu keluar rumah".Apa makna lainnya? Jika anda tidak begitu baik, jangan cuba bercerita keburukan orang.Sama erti dengan jika perut anda buncit, jangan berceramah tentang penjagaan kesihatan! Juga jika gigi anda kuning berkeladak, jangan jadi jurujual ubat gigi!

Itulah yang PM Najib lakukan di Kelantan pada 15/3/2013.Beliau bercakap tentang tujuh dosa besar PAS dan PR.Sejak bila Najib peduli dan prihatin soal dosa dan pahala? Telahan saya mungkin sejak beliau dibawa bersemuka dengan ulama-ulama Mekah tahun lepas.Alhamdulillah, sekalung tahniah kepada mantan pimpinan PAS yang mengusahakan!

Semua tuduhan PM Najib khusus yang dimomokkan kepada PAS adalah bertaraf fitnah dan petanda kepada kedangkalan ilmu serta penyakit qulub yang kronik.Contohnya tuduhan beliau bahawa PAS berdosa kerana ada persefahaman politik dengan DAP dan PKR.Jawapan sangat mudah bahkan boleh diberikan oleh pelajar-pelajar sekolah tingkatan dua.. Nanti tentu mengaibkan Najib.

Jika PAS berdosa kerana bertahalluf dengan DAP, tidakkah UMNO mempunyai dosa yang lebih besar kerana UMNO bukan sekadar bersepakat dengan MCA tetapi juga dengan MIC, Gerakan, PBS, SUPP, SNAP, PPP dan segala parti non Muslim yang lain.Jangan lupa UMNO ada persefahaman istimewa dengan Parti KomunisChina.

Tuduhan dosa besar PAS yang lain kerana kerajaan Kelantan 'beri' tanah kepada pemimpin-pemimpin DAP Perak.Lagi senang nak jawab.PAS buka peluang pelaburan syarikat yang dimiliki hampir seratus orang yang termasuk dua orang pemimpin DAP Perak untuk tanam pokok getah di tanah tinggi yang dua syarikat terawal gagal kerana rugi.Dimana dosanya? Bukan anugerah tetapi pelaburan berisiko!

Agaknya berpahalakah UMNO kerana menganugerahkan bukit-bukit yang strategik seperti Genting Highland dan Bukit Tinggi di Pahang kepada tauke-tauke untuk buka kasino.Berpahala besar juga agaknya apabila UMNO dan MCA beli tanah orang-orang kampung dengan harga murah dan buat untung berpuluh kali ganda dalam kes PKFZ.Orang UMNO Pahang sangat arif penglibatan Najib dalam anugerah tanah Pulau Tioman kepada billionaire tauke China.Banyak bertimbunnya pahala pemimpin UMNO.

Penulis berkeyakinan  Najib sudah membuka 'floodgate' untuk pelbagai pihak menyerang beliau.Jika Najib enggan berdebat dengan alasan kesiankan Anwar Ibrahim takut terdemam, kali ini Najib bukan sahaja terdemam bahkan terburai.

Mari kita bertanya kepada Najib dan ustaz-utaz UMNO yang celupar membuat fatwa, undi PAS berdosa, undi UMNO berpahala.Adakah bukan berdosa hal-hal yang direncanakan UMNO dan dipaksakan kepada rakyat khususnya saudara seagama Islam.Lihat senarai berikut:

1.Hina dan perleceh,pertikai kewajaran hukum hudud .
2.Luluskan dan kembangkan industri judi
3.Rasuah-rasuah seperti skandal scorpen,NFC dan PKFZ.
4.Mungkir janji royalti minyak Kelantan bernilai RM10.5 bilion
5.Borong kerakyatan kepada pendatang asing untuk menang mudah dalam pilihanraya
6.Pilih syarikat Yahudi sebagai penasihat berbayar dan upah penulis Yahudi untuk jatuhkan Anwar Ibrahim
7.Rentap bantuan perkapita sekolah-sekolah agama rakyat hinggakan banyak yang tutup berkubur
8.Membiarkan pembunuh Altutuya bebas tanpa membenarkan proses undang-undang berjalan lancar
9.Melakukan pendakwaan terpilih secara berleluasa.Orang UMNO bebas, rakyat marhaen dihukum keras
10.Merelakan syarikat keluarga pemimpin besar UMNO Dr Mahathir beli kilang arak bernilai RM2.9 bilion

Senarai sepuluh perkara tersebut masih pendek. Masih banyak lagi yang boleh didedahkan.Penulis belum sentuh isu rampasan kuasa di Perak yang dicaturkan oleh PM Najib.Jangan lupa rampasan kuasa itu melibatkan perangkap pelacur, culik wakil rakyat dan beli wakil rakyat, RASUAH. Apakah itu bukan dosa?

Yang pasti kebencian rakyat kepada pemimpin-pemimpin UMNO kini sudah mencapai kemuncak. Kenapa?Jawapannya  kerana dosa-dosa yang mereka lakukan dan lebih parah tak pula nampak mahu insaf bertaubat..Apa buktinya?

Ramai penganalisa dan ahli akademik percaya PRU 13 sengaja dilambatkan untuk membolihkan manipulasi dan penipuan maksima supaya UMNO/BN terus menang.Maknanya sebahagian besar calon-calon BN yang bakal menang nanti kerana penipuan pilihanraya.Lepas itu nanti jadi wakil rakyat haram, makan elaun haram, jadi menteri haram dan darah daging membiak dengan duit haram.Itulah punca taubat sukar terjadi.Hati keras walaupun perasan suci maksum dan mukhlisin.

Akhirnya apakah nilai 'tarbiah' yang ada dalam UMNO apabila "MURSYIDUL AM" UMNO ia itu Dr. Mahathir (Jadi ahli UMNO lebih 60 tahun, jadi presiden 22 tahun), pada usia 86 tahun seronok melabur dalam syarikat arak San Maguel di Filipina? Apa nak jadi pada UMNO...kasihan.

Isnin, 11 Mac 2013

Karektor Flip Flop Najib dan Lahad Datu

Telah menjadi keyakinan umum, tokoh besar dan hebat akan terserlah kehebatannya di pentas yang mencabar. Sebaliknya pemimpin palsu akan tumpas dan kecundang apabila bertarung di pentas besar dan mencabar.

Sama seperti pasukan bolasepak yang ternama. Kadangkala kalah kepada pasukan bawahan tetapi di perlawanan besar dalam kejohanan penting, pasukan hebat pasti menyerlahkan keupayaan sebenarnya.Tak pelik kadang-kadang Barcelona atau Manchester United pernah kalah kepada pasukan 'relegetion zone'.Namun kualiti Barcelona pasti terserlah apabila mereka bertembung dengan Real Madrid. MU pula pasti unggul apabila berlawan dengan Liverpool.

Apa kaitannya dengan peristiwa pencerobohan gerombolan bersenjata Sulu di Lahad Datu Sabah? Sebenarnya tragedi Lahad Datu (TLD) adalah pentas terbesar dan paling mencabar bagi PM Najib sepanjang karier politik beliau sebagai ketua kerajaan Malaysia.Rakyat wajib menilai samada Najib kecundang-gagal atau lulus-bergaya dalam ujian TLD ini.

Sudah hampir sebulan pencerobohan di Lahad Datu.Bilangan pasukan keselamatan yang gugur mencecah lapan orang.Orang awam juga terkorban.Banyak ulasan-ulasan berasaskan perspektif keselamatan, politik dan sejarah yang dibincangkan pelbagai pihak. Hampir semua mencatatkan cerita kegagalan (failure story).

Antaranya seperti berikut:
1.Kenapa pasukan risikan negara gagal mengesan awal perancangan musuh?
2.Kenapa pasukan yang ramai, ratusan orang begitu mudah memasuki perairan negara dan menceroboh jauh ke daratan Lahad Datu tanpa tindakan awal?
3.Kenapa kerajaan gagal memaklumkan kepada rakyat Malaysia apa sebenarnya yang berlaku?Apa legitimasi bagi tuntutan penceroboh sehinggakan rundingan memakan masa hampir  tiga minggu?
4.kenapa penglibatan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) begitu lambat dan proses membuat keputusan dan 'chain of command' sangat meragukan (indecisive)?
5.Setelah tercetusnya TLD barulah rakyat dibangunkan daripada tidur lena mereka selama ini kononnya pasukan keselamatan negara sudah diperlengkapkan sebaik-baiknya untuk menjaga kedaulatan negara ini. Terdedah akhirnya sepanjang 30 tahun berlalu, pasukan keselamatan negara sebenarnya terabai daripada perkembangan tenaga manusia dan juga peralatan.
6.Kemana hangusnya beratus billion wang negara yang diperuntukkan untuk pertahanan negara sedangkan hasilnya sangat sederhana?

Artikel ini berhasrat hanya membincangkan prestasi kepimpinanan dan kepahlawanan PM Najib dan tidak sekali-kali bertujuan menganalisa keperwiraan pasukan polis dan tentera negara tercinta ini.Alasannya mudah. Jika bilangan pasukan elit PDRM dan ATM tidak mencukupi itu bukan salah mereka. Jika peralatan dan kelengkapan PDRM dan ATM tak cukup dan ketinggalan dari segi teknologi, itu juga bukan salah mereka.

Jika pasukan keselamatan gugur lantaran kelemahan membuat arahan dan kegagalan perundingan, itu juga bukan salah PDRM dan ATM.Bahkan jika krisis Lahad Datu menjadi semakin rumit lantaran kehadiran para simpati dalaman dikalangan rakyat berketurunan Sulu dan Filipina yang diberikan kerakyatan mudah di Sabah, itu juga bukan salah PDRM dan ATM. Yang wajib menanggung tanggungjawab adalah pemimpin-pemimpin UMNO/BN yang menerajui pemerintahan negara sejak 58 tahun yang berlalu.

Mari kita memberikan fokus kepada kualiti kepimpinan PM Najib.Jangan lupa Muhamad Najib bin Tun Abdul Razak bukan calang-calang manusia. Lahir daripada keluarga bangsawan Bugis di Pahang,anak PM kedua Malaysia, jadi MP pada usia semuda 23 tahun, pernah jadi MB Pahang. Menjadi menteri pertahanan Malaysia untuk tempoh yang sangat panjang.Bahkan dikagumi kerana menjadi perdana menteri dengan segala penasihat dalam pelbagai kepakaran.Ada ramai menteri Jabatan Perdana Menteri dibawah kuasanya. Yang terhebat pula mendapat nasihat langsung daripada syarikat konsultan yahudi antarabangsa, APCO.

Rakyat yang ingin menghakimi PM Najib sangat perlu mengenali karektor beliau.Sangat penting kerana PRU 13 yang bakal berlangsung bulan April atu Mei ini, sebenarnya adalah referendum kepada kepimpinan dan keperibadian Najib.Penulis menyerahkan kepada rakyat mengadili prestasi PM Najib di Lahad Datu. Rakyat jangan diperbodohkan dengan asyik menuding jari kepada pihak lain.

PM Najib sebenarnya adalah seorang yang  sangat berkarektor Flip Flop. Dr Mahathir sendiri pernah mengakuinya. Karektor tersebut bermakna lalai dan kurang teliti dalam membuat keputusan dan cenderung menarik balik keputusan yang telah diumumkan.

Mari kita melihat beberapa contoh keputusan flip flop dizaman pentadbiran PM Najib:
1.Pelaksanaan GST (cukai barangan dan perkhidmatan) yang dah lama nak dilaksanakan, tangguh dulu.
2.Pelaksanaan peraturan mendera rakyat AES, tak tahu statusnya kerana mahkamah pun tak yakin .
3.Cadangan wajibkan pemeriksaan PUSPAKOM bagi kereta terpakai melebehi usia 15 tahun, umum lepas itu tarik balik apabila rakyat membantah.
4.Cadangan menjual harga petrol lebih mahal kepada kereta berenjin kuasa tinggi.Sudah umum, tarik balik apabila pengguna membantah.
5.Dasar saraan baru kakitangan kerajaan yang memberikan kelebihan berganda kepada kumpulan atasan turus dan jusa tetapi menganaktirikan kakitangan kerajaan bawahan.PM Najib umumkan dalam ucapan belanjawan Oktober 2011. Tak sampai dua bulan tarik balik!

Ada banyak lagi contoh-contoh karektor flip flop PM Najib. Namun bukti-bukti diatas sudah memadai menggambarkan 'the state of mind' beliau.Samada Najib seorang pemikir yang hebat atau tidak.Dari segi psikologi orang flip flop adalah orang yang mempunyai kurang keyakinan diri.Dari segi pengurusan pula orang flip flop adalah orang yang kurang rapi dan terburu-buru membuat keputusan.

Cuba bayangkan seorang yang mempunyai karektor flip flop seperti PM Najib, dalam keadaan bertarung mempertahankan sisa-sisa nyawa politik dan kuasa, tiba-tiba dibebankan dengan cabaran pemikiran yang memerlukan ketajaman, ketelitian dan ketangkasan.Mampu atau tidak beliau melepasi ujian sebesar taufan TLD?

Apatah pula lewat tiga bulan yang lepas pelbagai angin dan badai datang menyerang.Deepak datang membawa ribut, Tan Sri Musa Hassan datang dengan angin taufan,PI Balasubramaniam pula datang dengan angin Altutuya dan terkini bapa Si Saiful -'terliwat' datang dengan angin kentut.Bayangkan situasi minda PM Najib yang penuh kecelaruan dan keserabutan.Orang Melayu selalu kata 'masuk angin'.

Maka tidak hairanlah lantaran kerumitan tersebut maka dicarilah apa sahaja kambing-kambing hitam yang boleh disembelih. Biasalah kambing hitam yang paling empuk adalah Anwar Ibrahim.Maka mengamuklah pencacai-pencacai UMNO mengugut hendak membakar bangunan PKR di Damansara.Polis pula hanya mampu tersenyum puas.

Kenapa? Kerana ada juga manusia yang suka diperbodohkan oleh berita-berita fasik daripada orang-orang fasik lagi zalim.Setelah Anwar Ibrahim menjadi agen Yahudi, agen CIA, agen Hindu maka kini tiba pula giliran Anwar Ibrahim menjadi agen SULU. Hebatnya manusia bergelar Anwar bin Ibrahim!

Menarik kan mengkaji minda FLIP FLOP...Boleh buat thesis PHD.




Isnin, 4 Mac 2013

LAHAD DATU DAN KAMBING HITAM UMNO

Sedih dan terharu dengan kehilangan nyawa ramai petugas keselamatan negara dalam pertempuran dengan penceroboh Muslim Filipina di Sabah.Semoga roh2 mereka ditempatkan bersama golongan beriman.Bagi keluarga yang kehilangan suami,bapa dan anak tersayang bersabarlah.

Untuk kerajaan yang kononnya "terbaik dan dicontohi oleh negara lain" RAKYAT nak tanya beberapa soalan:

1.Pemberian kerakyatan kepada warga asing hanya kerana survival politik UMNO sudah terbukti menyulitkan kawalan keselamatan negara. Berapa ramai rakyat Filipina yang berkampung di Sabah kini? Dimana kesetiaan mereka dalam krisis Sabah-Sulu sebegini?

2. Mungkinkah rakyat Filipina yang diberikan kerakyatan di Sabah adalah sepeerti kisah Trojan di Spartan dahulu. Maknanya didalam pun sudah sedia ada musuh menceroboh?

3. Kenapa bantuan tentera Malaysia tidak digembeling lebih awal. Samada polis atau tentera adalah teknikal tetapi Membiarkan Polis sebagai barisan pertama tanpa penglibatan tentera lebih awal aalah tindakan 'bunuh diri'. Apa jawapan kepada kelewatan membuat keputusan?

4. Dimaklumkan pihak yang berwibawa di Filipina, pencerobohan ini telah dirancang sejak bulan Julai 2012 lagi. Apa jawapan kepada kegagalan risik kerajaan Malaysia.

5. Berapa banyak lagi kambing-kambing hitam (scapegoats) yang kerajaan UMNO/BN nak tuding sebelum bersedia mengakui kelemahan sendiri menjaga keselamatan dan kedaulatan negara?

Bagi rakyat Malaysiayang bakal membuang undi dalam masa terdekat PRU 13 nanti, isu pemberian kerakyatan kepada pendatang asing secara sembrono bagi kepentingan politik UMNO/BN sepatutnya dijadikan isu utama penolakan rakyat kepada UMNO/BN. Cukup! Jangan rela digigit ular yang sama berkali2. Wallahu a'lam.

Jumaat, 1 Mac 2013

LAHAD DATU DAN ISU PENDATANG ASING>>UMNO BUAT APA?

Takziah kepada 2 orang pegawai keselamatan yang gugur syahid mempertahankan negara semalam. Semoga roh mereka diterima baik oleh Allah.Kepada keluarga yang ditinggalkan harap bersabar dan terima ujian Allah dengan redho. Kerajaan wajib membantu yang terbaik.

Banyak persoalan yang rakyat perlu bertanya dan mendesak:
1. Apa peranan risik keselamatan yang gagal mencium peristiwa pencerobohan ini?
2. Kumpulan penceroboh berjumlah ratusan orang, siapa membiayai mereka?
3. Kenapa perairan negara begitu mudah ditembusi?
4. Apa tahap kecuaian PM,Menteri pertahanan dan menteri KDN?
5. Apa tuntutan kumpulan penceroboh yang sangat misteri dan dirahsiakan oleh Kerajaan UMNO/BN?
6. Sudahlah rakyat Sabah dikekalkan miskin, keselamatan mereka pula diabaikan?
7.Sebenarnya dengan pelbagai isu2 besar sabah: PENDATABG ASING RATUSAN RIBU YANG DIBERI KAD PENGENALAN, RASUAH TAUKE BALAK KEPADA UMNO SABAH,KEMISKINAN, ROMPAKAN ROYALTI PETROLEUM SABAH dan \KINI PERISTIWA LAHAD DATU.Adakah UMNO masih relevan di Sabah?

  INI KALILAH,INI KALILAH,selamatkan Sabah, Selamatkan Malaysia.

Akhirnya cuba renungkan. Jika dalam risikan politik untuk melumpuhkan parti2 pembangkang, UMNO habis2an peralatkan cawangan khas (SB) PDRM kenapa untuk keselamatan negara berlaku kecuaian?

Juga ketika mengawal perhimpunan aman Bersih, anti ISA dan perjuangan bahasa Melayu, PDRM begitu perkasa dengan segala persiapan dan keberanian, kenapa menteri KDN gagal kini? Masih rasa ok nak bergayut pada jawatan? Rakyat minta pertanggungjawaban. Pertanyaan Allah nanti tentu lebih menyukarkan. 

Jumaat, 15 Februari 2013

Forum Di Johor

Selasa lepas 12.2.13 pergi ke Masai, Gelang Patah menjadi Penalis Forum penyelewangan tanah di Johor. Menyedihkan mendengar rintihan rakyat pribumi Johor betapa mereka sangat terancam dengan monopoli ekonomi oleh rakyat asing. Ada kampung2 dan tanah2 perkuburan yang dihilangkan daripada peta bumi ini!

Namun mereka sedikit bersemangat apabila panelis2 Tan Sri Khalid Ibrahim menceritakan kejayaan kerajaan PR selangor membahagiakan rakyat dengan polisi2 yang pro rakyat. Saya pula berpeluang mengkisahkan kejayaan terhad yang dapat PR Perak capai sepanjang 11 bulan mentadbir Perak sebelum dirampas kuasa oleh lanun2 Melayu berjenama UMNO.

Insya Allah fajar kemenangan sedang menyinar di Johor.

Demi Sokongan Politik Lakukanlah Apa Sahaja

Kekecohan ungkapan PM Najib yang mempromosikan Mr Psy-Gangnam dengan lagak seorang DJ akhirnya tak kesampaian kerana walaupun anak muda suka gangnam-korea tetapi ia tak sinonim dengan kesukaan pada Barisan Nasional (BN).Maksudnya orang muda bolih sahaja suka hiburan tetapi tidak bermakna mereka suka pada BN yang menaja dan mempromosi hiburan tersebut.

2. Agak menarik mengkaji perkembangan minda dan psikologi anak2 muda.Hiburan adalah keperluan mereka tetapi mereka tetap ada idealisma suka kepada kebaikan dan menanti-nanti pemimpin2 yang bersih, berintegriti dan cakap serupa bikin (walk the talk).

3. Maknanya jika pemerintah mempunyai wawasan tentang mengurus keperluan dan tenaga anak2 muda kearah melahirkan generasi berilmu dan bertaqwa disamping menyalurkan hiburan bermanafaat dan berkualiti, anak2 muda adalah asset besar negara.

4. Namun apalah yang kita harap daripada pemimpin2 Melayu (wajarkah mereka digelar pemimpin?) yang tidak pernah takut melanggar larangan Allah demi mempertahankan kuasa yang bakal menjadi 'punca penyesalan terbesar dihari akhirat kelak'.Apa sahaja telah dilambakkan kedalam bakul najis kotoran pencemaran budaya Melayu yang sepatutnya sinonim dengan Islam.

5. Rosmah isteri PM Najib pernah promosikan Bollywood, hingga suka sangat dicium aktor hindi sebagai bukti iltizam beliau. Kini berhempas pulas menarik undi orang muda dengan mempromosi gangnam dan Mr Psy sebagai icon sangnam.Mana lagi budaya yang nak diimport untuk merosakkan anak2 muda Malaysia?

6. Apalah yang dicari pada kuasa yang bakal menghumbankan seseorang ke gaung neraka.Lupakah kita pada hadis Rasulullah yang tegas memperingatkan : 'seseorang yang memulakan sesuatu amalan dosa yang menjadi ikutan orang ramai, dia akan menanggung dosa semua pengikut-pelakunya sehingga bila2 selagi amalan dosa itu dipraktikkan'.

7. Maknanya, demi iman dan demi cinta kinta kepada keredhaan Allah dan demi benci dan takutnya kita kepada siksaan neraka Allah, carilah pemimpin2 Melayu yang berilmu, beriman, bertaqwa dan beramal dengan ilmunya. Allah bersama2 orang yang bertaqwa,sabar dan muhsin.