sekadar renungan bersama..

Selasa, 13 November 2012

PM Najib Terlepas Peluang Keemasan Meraih Undi Melayu Islam

Menjelang PRU 13 yang semakin hampir undi majoriti kelompok pengundi terbesar di negara ini ia itu orang2 Melayu dan bumiputera Islam adalah sangat-sangat diperlukan samada oleh UMNO/BN atau Pakatan Rakyat(PR).Dalam keadaan sokongan  pengundi-pengundi China kepada UMNO/BN sangat sukar, sebenarnya PM Najib sangat menagih sokongan pengundi Islam pada tahap peratus yang tinggi, melebehi 60 %.

Sebenarnya Allah memberi peluang itu terbentang luas kepada PM Najib tetapi beliau telah sia-siakan begitu sahaja. Pada 21hb Oktober lepas ketika beliau dijemput merasmikan perhimpunan tahunan MCA di Kuala Lumpur, presiden MCA Chua Soi Lek telah berucap membantai Islam melalui penghinaannya terhadap hukum hudud.PM Najib yang berucap selepas itu telah dengan bangganya mengucapkan tahniah kepada keberanian MCA sebagai benteng BN dalam menghadapi kemaraan PR khususnya DAP. PM Najib secara lantang telah menyerang DAP sebagai parti perkauman China dan mencabar DAP untuk bertanding  di kawasan pengundi Melayu.

Apa yang penting dalam ucapan tersebut PM Najib telah menjanjikan peruntukan RM 30 juta kepada dana pendidikan sekolah-sekolah China sebagai menghargai kehebatan MCA.Tentulah kehebatan MCA itu juga berkait langsung dengan keberanian MCA mencemuh hudud walaupun dalam perspektif apa yang diistilahkan sebagai 'hudud PAS'. Tidak ada apasalahnya membantu pendidikan China. Namun mengumumkan peruntukan tersebut dalam majlis dimana MCA membantai Islam, PM Najib telah sebenarnya memberikan isyarat yang merbahaya.Isyaratnya adalah UMNO/BN menghargai dan rela Islam dihina!

Anda bayangkan apa kesan positif yang akan berlaku kepada PM Najib jika dalam ucapannya beliau bertutur begini : " ORIGINALLY I FEEL HONOURED TO BE INVITED HERE TODAY TO OFFICIATE YOUR MCA AGM.HOWEVER AFTER LISTENING TO MCA PRESIDENT'S SPEECH CONDEMNING AND INSULTING MY RELIGION  ISLAM, I AS THE CHAIRMAN OF BARISAN NASIONAL AND AS A MUSLIM LEADER CANNOT TOLERATE YOUR MISGUIDED SPEECH AND HENCE I  AM NOT GOING TO GIVE THE RM 30 MILLION AS PROMISED. UNLESS YOU MAKE AN APOLOGY TO MUSLIM NOW OR I WILL WALK AWAY FROM THIS HALL".

Sampai bila-bila PM Najib akan dikenang sebagai seorang pemimpin Melayu yang berani dan berprinsip.Apa yang beliau risaukan tentang MCA yang memang sudahpun ditinggalkan oleh pengundi-pengundi China.Ditakdirkan PM Najib berucap begitu...maka sangat sukarlah bagi PAS untuk mengeksploitasi isu serangan MCA terhadap Islam tersebut.Lebih-lebih lagi ramai pengudi China sudahpun jelek dengan keceluparan pemimpin-pemimpin MCA kerana mereka berhujjah "orang Islam tak pernah kacau agama orang China, kenapa MCA kacau Islam. Itu tak baik la".

Sepatah kata seorang anak muda China berjawatan jurutera yang datang berjumpa saya untuk rawatan di klinik minggu ini :" Between MCA and PAS i will vote for PAS".

PM Najib sebenarnya sudah tersilap pertimbangan.Bukan kerana apa, memang Allah tidak mentakdirkan PM Najib mempunyai kebijaksanaan sebagaimana Allah menganugerahkan kebijaksanaan kepada almarhum ayahandanya Tun Abdul Razak, PM Malaysia kedua. Buktinya Tun Razak membangunkan FELDA tetapi sebaliknya PM Najib menggadai 800,000 hektar tanah-tanah Felda yang sepatutnya menjadi milik orang-orang Melayu generasi kedua FELDA kepada tauke-tauke pasaran saham. Malang seribu kali malang, anak muda China lebih mengenali busuk hati MCA berbanding PM Najib yang masih lagi tertipu dengan ngauman palsu MCA.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan