Saya mengharapkan sangat parlimen Malaysia dapat memperkukuhkan peranannya bagi mengangkat imej kepimpinan terpenting negara.Perdana Menteri kini menghadapi satu situasi terlalu sukar kerana mengendong pelbagai 'baggage' yang menyukarkan kredibiliti beliau.
Beliau kini berhadapan dengan pelbagai pendedahan yang mengaibkan.Kes pembunuhan Altutuya kembali menghantui beliau.Pendedahan hartawan Deepak yang satu ketika dahulu begitu akrab dengan Rosmah-Najib tidaklah boleh diselesaikan dengan berdiam diri sebisu-bisunya.Perdana Menteri sesebuah negara sebenarnya adalah satu institiusi tersendiri yang perlu kukuh dan bersih.
Najib dipalitkan dengan tuduhan-tuduhan berat seperti pernah melakukan hubungan sex dengan mendiang Altutuya (tuduhan dalam akuan bersumpah), terlibat dengan peranan tertentu dalam pembunuhan Altutuya, terlibat langsung 'membeli' penyiasat persendirian Balasubramaniam dengan tawaran wang bernilai jutaan ringgit supaya dia menutup mulut dan tukar kandungan akuan bersumpah I (yang mendedahkan kaitan Najib dengan Altutuya).
Dalam keadaan biasa tindakan paling wajar bagi Najib adalah mengambil tindakan mahkamah terhadap kedua-dua Balasubramaniam dan Deepak yang telah mengaibkan beliau.Berdiam diri dan cuba pula membeli orang yang menuduh beliau adalah bermaksud cuba menyembunyikan sesuatu daripada pengetahuan rakyat.Jangan salahkan sesiapa jika rakyat percaya memang Najib terpalit dengan skandal Scorpene-Altutuya.Lebih-lebih lagi kes ini mencemarkan nama baik negara hingga ke peringkat antarabangsa.
Mengharapkan institiusi kerajaan seperti PDRM, SPRM dan mahkamah untuk menyiasat dan menyelesaikan kes ini dan memberikan keadilan kepada rakyat sebagai pembayar cukai dan juga kepada keluarga mendiang Altutuya adalah hampir mustahil. Kedaulatan undang-undang sudah lama dihumbankan kedalam lubang sampah 'ISTANA KEADILAN' apabila pemimpin tertinggi UMNO terpalit.
Mengharapkan perhimpunan UMNO menjalankan tanggungjawabnya menyaring pemimpin mereka yang bermasaalah dan menobatkan pemimpin yang berintegriti juga hanya sekadar impian yang tak mungkin menjadi realiti.Usul undi tak percaya boleh dibawa keatas presiden parti yang mencemarkan imej dan peluang kemenangan UMNO dalam PRU 13 nanti.Itu tidak berlaku tetapi sebaliknya presiden yang menjadi biawak hidup tersebut dipuja dan dibodek semahu-mahunya.
Najib cerdik melencongkan fokus perwakilan supaya melupakan masaalah peribadinya dengan memainkan retorik " ahli-ahli UMNO mesti berjuang ketitisan darah terakhir dan biar tulang berkecai,demi menyelamatkan UMNO dan bangsa Melayu".Walhal tidak ada logik waras untuk mempercayai kekalahan UMNO bermakna kegelapan masa depan Melayu.Terbukti PAS dan badan-badan bukan kerajaan Melayu-Islam yang banyak di negara ini jauh lebih perihatin terhadap kepentingan isu-isu Melayu-Islam.
Apa pilihan yang ada? Kemahkamah tak mahu, undang-undang tak berfungsi.Rakyat terus gelisah dengan imej buruk perdana menteri Malaysia.Reputasi negara terjejas teruk.Setiap masaalah pasti ada penyelesaian.
Semetara Najib masih takut menghadapi pilihanraya, pilihan yang ada adalah mendesak diadakan sidang khas parlimen untuk mengusulkan undi tidak percaya kepada Najib sebagai perdana menteri.Kemungkinan ada ahli-ahli parlimen BN yang akan menyokong usul ini tidak boleh diketepikan.Seperti kata Deepak "takkan kepentingan sepasang suami isteri bernama Najib-Rosmah mengatasi kepentingan seluruh 28 juta rakyat Malaysia.Negara ini kepunyaan semua rakyat...bahagiakanlah mereka. .

Tiada ulasan:
Catat Ulasan