sekadar renungan bersama..

Selasa, 4 Ogos 2009

Menjunjung kedaulatan syariah bukan ekstrimis

Azamin Amin
Wed | Aug 05, 09 | 10:03:26 am MYT

KUALA LUMPUR, 5 Ogos (Hrkh) - Atas kebiadapannya menuduh Jemaah Islah Malaysia (JIM) sebagai 'ekstremis agama', Ahli Parlimen Jelutong Jeff Ooi, digesa menarik balik kenyataannya itu dan memohon maaf secara terbuka kepada badan berkenaan termasuk Ahli Majlis Kerajaan Tempatan Pulau Pinang daripada PKR Mohd. Razali Abdullah.

Ini berikutan kenyataan yang dibuat oleh Jeff Ooi, merangkap Ketua Staf Ketua Menteri Pulau Pinang yang disiarkan di dalam akhbar the Star Ahad lalu di mukasurat N12.

Ahli Parlimen Kulim Bandar Bahru, Zulkifli Nordin mengutuk sekeras-kerasnya kenyataan, tohmahan dan dakwaan yang disifatkan terlalu dangkal kerana keangkuhan yang melampau.

"Jemaah Islah Malaysia (JIM) adalah sebuah badan NGO berteraskan Islam yang menjadi badan naungan beribu-ribu pelajar Muslim Malaysia terutamanya yang belajar diluar negeri.

Kata Zulkifli kebanyakan pelajar Muslim Malaysia yang belajar di luarnegeri akan menjadi ahli kepada beberapa gerakan dan NGO Islam samada Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM), Jemaah Islah Malaysia (JIM), Jemaah Tabligh Malaysia ataupun Kelab Parti Islam SeMalaysia (PAS) dan lain-lain.

Katanya lagi Jeff Ooi menuduh seseorang Muslim sebagai ekstremis kerana "bercita-cita untuk membentuk Malaysia sebagai sebuah negara yang menerima pakai undang-undang syariah sepenuhnya" adalah satu pertuduhan yang biadap dan melampau.

Komen dari saya :

Bukan sikap orang yang beriman jika tidak bercita-cita melihat syariat Islam dilaksanakan di bumi Allah ini.Dalam konteks Malaysia , apa salahnya jika usaha2 'pengsyariahan' undang2 dilakukan secara demokratik.Didik masyarakat tentang keindahan syariah Islam dan kempen dalam pilihanraya.Kalau ramai orang faham - golongan Islam menang dan boleh gubal undang2 menepati Syariah.Kalau kalah Pilihanraya maknanya masih ramai tak faham Islam , cuba lagi sampai menang.Apa salahnya jika orang Islam memilih pendirian sedemikian.Tentu orang UMNO pun sokong.Jeff Ooi jangan jadi extrimis !!!


Tiada ulasan:

Catat Ulasan