sekadar renungan bersama..

Sabtu, 22 Jun 2013

PENIPUAN PILIHANRAYA ADALAH MUNGKAR BESAR...BERJIHADLAH.

1. Hari ini tercatat dengan banyak peristiwa bersejarah, BLACK 505 622 di Kuala Lumpur.Kehadiran puluhan ribu pejuang kebenaran dan keadilan dalam keadaan tekanan dan provokasi melampau daripada pihak berkuasa sudah merupakan kejayaan yang membanggakan.Terang dan jelas, tiada langsung unsur mengajak rakyat menjatuhkan kerajaan secara jalanan. Yang terpampang adalah desakan supaya reformasi pilihanraya dilakukan secepatnya. Pengerusi dan Timblalan Pengerusi SPR wajib berundur kerana alasan yang mudah: PRU 13 terbukti penuh penipuan dan menyelewengi kehendak amalan demokrsi yang sihat.Pasti ada orang  yang mesti mengambil tanggungjawab. Siapa lagi kalau bukan orang no 1 dan orang no 2.

2. Persoalan yang ditimbulkan oleh ramai penyokong-penyokong UMNO-BN khususnya yang menuduh pemimpin-pemimpin Pakatan Rakyat sebagai pengacau dan pelanggar undang-undang tidak berbangkit. Permohonan dan perundingan pihak penganjur dengan pihak berkuasa PDRM dan DBKL adalah testimoni bahawa PR dan NGO-NGO penganjur adalah kumpulan sivil yang bertanggungjawab. Sudahlah dinafikan hak berhimpun, provokasi yang merbahaya pula dicetuskan oleh pihak yang sepatutnya menjaga keselamatan rakyat.

3.Timbul pula isu penangkapan dan kemungkinan pendakwaan naib presiden PAS, Dato' Husam Musa dibawah akta hasutan kerana kononnya mengungkapkan perkataan 'syahid fi sabilillah' bagi memotivasikan rakyat tentang keperluan bangkit menentang penipuan PRU 13.

4. Penulis tidak ingin mencampuri urusan pihak PDRM. Sekadar mengingatkan semua pihak bahawa berlaku adillah terhadap apa sahaja kenyataan yang dianggap berpotensi mencetuskan ketidaktentuan dan kacau bilau dalam negara ini. Berapa banyak kenyataan-kenyataan yang sangat 'seditious' telah diucapkan dan ditulis dimerata akhbar dan majlis keramaian oleh pemimpin-pemimpin UMNO. Kenapa tiada tindakan langsung? Sejak bila pemimpin-pemimpin UMNO kebal disisi undang-undang?

5. Lagipun samada mengungkapkan perkataan syahid sebagai 'seditious' banyak bergantung kepada kesedaran dan kefahaman beragama seseorang.Seluruh ahli-ahli gerakan Islam memang diterapkan supaya mencintai mati syahid kerana itulah ajaran Rasulullah yang tak siapa pun boleh mempertikaikan. Anugerah syahid oleh Allah tidak berlaku dengan mudah kerana syahid sebegitu hanya boleh berlaku dengan dua prasyarat terpenting ia itu ikhlas kerana Allah dan terlibat dalam perjuangan menegak dan mempertahankan Allah, RasulNya dan AgamaNya.

6. Bagi ahli-ahli gerakan Islam hanya ada dua cara untuk menegakkan daulah Islamiyyah. Perjuangan jihad mengangkat senjata atau perjuangan damai melalui pilihanraya.Di Malaysia ahli-ahli gerakan Islam memilih pendekatan damai melalui pilihanraya.Maknanya menyertai pilihanraya adalah jihad berpahala besar.Namun apabila pilihanraya tidak berjalan dengan adil, telus dan bersih daripada rasuah dan manipulasi, adakah ahli-ahli gerakan Islam sekadar boleh berkata :" tak apa kita cuba lagi, 5 tahun bukan lama"!

7. Islam pasti menang jika pilihanraya berlaku dengan adil  dan telus. Hujjahnya mudah. Risalah Islam adalah terbaik, menepati fitrah dan bersifat rahmah (penyelamat).Ahli-ahli gerakan Islam pula adalah insan-insan soleh yang pasti mempamerkan kecantikan akhlak dan kepimpinan menarik.Mereka pula gigih bekerja tanpa mencari laba dunia. Siapa yang tak terpikat dengan penampilan dan perjuangan sebegini? Dimana sahaja gerakan Islam yang terlibat dalam pilihanraya (Mesir,Tunisia dll) sedang mencipta kemenangan dan membentuk kerajaan.

8. Untuk apa mereka membentuk kerajaan? Tidak lain adalah untuk menegakkan syariah Islam yang sempurna dan bakal menyelamatkan ummah daripada gejala riddah dan kerosakan akhlak serta rasuah.Menipu dan memanipulasi pilihanraya akan paling mencederakan kumpulan Islam.Akibatnya potensi menegakkan pemerintahan Islam juga terhalang.Maka tidakkah tepat apabila Presiden Majlis Ulama Sedunia  mengkategorikan penipuan dalam pilihanraya adalah mungkar besar? Jika setuju, tidakkah kita juga bersetuju bahawa memperjuangkan sistem pilihanraya yang adil, telus dan bersih adalah satu jihad besar?

9. Turut sama menyertai jihad besar ini tentulah mendapat anugerah besar daripada Allah. Lupakah kita pesanan Rasulullah bahawa "jihad yang paling afdhal adalah berkata benar dihadapan pemerintah yang zalim".Zalim kah pemimpin-pemimpin UMNO? Rujuklah Al Quran dan hadis-hadis mengenai takrif kezaliman.Kezaliman utama adalah syirik kepada Allah dan meolak berhukum dengan Al Quran.

10. Sekadar berkongsi diakhir kalam.Apa kata Dr Yusuf Qaradawi mengenai pemimpin-pemimpin dikalangan ummat Islam yang enggan melaksanakan perintah-perintah Allah yang syumul berkaitan urusan bernegara dan undang-undang disamping mempertahankan undang-undang ciptaan manusia.Inilah istilah yang beliau gunakan:"Mereka adalah golongan munafik, walaupun mereka bersembahyang dan menunaikan haji."Semoga kita tidak tergolong dan tidak terlibat mempertahankan golongan munafik sebegitu walau dimanapun mereka berada didunia ini.

Selasa, 18 Jun 2013

Bangunlah wahai para pejuang, BLACK 622 Hari Perjuangan.

Mari kita meneliti hadis berikut: " Janganlah kamu jadi pak turut yang berkata: aku bersama orang majoriti, kalau mereka melakukan kebaikan aku (juga) melakukan, kalau mereka melakukan keburukan aku juga melakukan. Tetapi hendaklah kamu perkuatkan diri kamu, kalau orang ramai melakukan kebaikan maka kamu juga hendaklah melakukannya dan kalau mereka melakukan keburukan hendaklah kamu jauhi
keburukan mereka". H.R At Turmidzi.

2. Seluruh rakyat pencinta kebenaran perlu akur pandangan ulama muktabar Dr Yusuf Al Qaradawi yang mengkategorikan penipuan dalam pilihanraya sebagai salah satu kemungkaran akbar yang wajib dibenteras.Sekadar mengulangkaji kenapa pandangan beliau begitu tegas? Alasannya mudah. Beliau menyatakan betapa dalam amalan Islam, melantik pemimpin adalah satu kewajiban dan wajib juga dilakukan secara mesyuarah. Beliau mengkategorikan pilihanraya sebagai satu proses syura rakyat yang wajib dilaksanakan dengan penuh telus dan adil.

3. Natijah pilihanraya yang berlaku penipuan dan rasuah adalah pihak yang benar tetapi tiada kuasa manipulasi dan kekurangan dana akan tumpas kepada pihak yang batil tetapi menguasai jentera manipulasi dan memiliki kuasa beli pengundi dengan amalan rasuah berskala massa. Akibatnya pilihanraya tidak berhasil  mencungkil kepimpinan yang benar dan amanah. Sebaliknya negara akan sangat terdedah kepada penguasaan kumpulan dan individu kepimpinan yang rasuah dan rosak moral.

4. Pemimpin-pemimpin rasuah dan bermoral rendah adalah juga insan yang rosak akidah. Apa alasannya? Mudah, insan yang tidak takut untuk melakukan dosa, tidak takut untuk memiliki darah dan daging yang bersumberkan makanan haram daripada duit rasuah adalah insan-insan yang kurang yakin kepada konsep dosa/pahala dan neraka/syurga.

5. Pemimpin-pemimpin yang rosak atau lemah akidah sudah tentu pula tidak sensitif tentang segala aktiviti sosial dan amalan budaya songsang yang berlaku sepanjang era pemerintahannya.Jika ramai rakyat yang cenderung kepada aktiviti-aktiviti mungkar, pemimpin jenis itu akan akur sahaja demi menjaga popularitinya.Bahkan dia pula yang akan secara aggresif mempromosi dan menganjurkan pesta-pesta hiburan mungkar sedemikian untuk melengkapkan agenda 'biarkan rakyat lemas asalkan kuasa kumiliki'.

6. Itulah intisari penting hadis di atas guna mendidik ummah untuk berpegang kepada kebenaran dan kekal menyokong kumpulan yang mempertahankan kebenaran. Kebatilan wajib ditentang dan dibenteras sekalipun  majoriti rakyat leka hilang kepedulian.Benar, sebahagian besar masyarakat Melayu khususnya diluar bandar tidak sensitif tentang isu-isu integriti, ketelusan dan keadilan. Namun mereka bersikap sedemikian adalah kerana agenda terancang pemimpin-pemimpin dan parti yang mempunyai ideologi sekular dan pragmatis.

7. Para pejuang tiada pilihan. Ikutlah pesanan Rasulullah diatas. Perjuangan yang benar tidak ditentukan oleh majoriti yang menolak kebenaran.Ia ditentukan oleh iltizam dan cinta kita kepada kebenaran.Mari kita mengajar rakyat untuk bersama dan mempertahankan kebenaran.BLACK 622 adalah hari kemenangan kebenaran mengalahkan kebatilan.Semoga Allah merahmati kita semua...ikhlaskan niat, hanya kerana Allah.

Jumaat, 14 Jun 2013

KEMUNAFIKAN GEJALA YANG RAMAI SUDAH LUPAI

Banyak dinukilkan di dalam kitab suci Al Quran tentang golongan munafik dan sifat2 mereka.Saudara boleh lah rujuk surah2 At Taubah 9:61-69 dan surah An Nur 24: 47-50.

Antara intisari ayat-ayat tersebut mengenai sifat-sifat golongan munafik adalah:

1. Mereka suka menyakitkan hati Rasulullah dengan permainan kata-kata sinis, mengejek.

2 .Mereka suka bersumpah demi mencari keredhaan manusia.

3. Tidak 'serious' dan suka berolok-olok, berdolak dalik dalam menanggapi ayat-ayat Al Quran.

4. Menegakkan kemungkaran dan menghalang kebaikan. Suka anjurkan program-program maksiat.

5. Sangat kedekut terutama dalam aktiviti-aktiviti kebajikan dan jihad fisabilillah.

6.Suka mengulangkata bahawa mereka sebenarnya beriman kepaa Allah dan RasulNya.

7. Apabila diajak berhukum dengan perintah Allah dan Rasul, mereka selalunya enggan.

8. Ada ketikanya mereka mahu mengikuti perintah Allah dan Rasulullah, jika memberi untung dunia.

9. Hati mereka senantiasa penuh keraguan kepada perintah Allah dan Rasulullah.

10. Prasangka buruk kepada Allah yang kononya menzalimi mereka.

Setelah kita meneliti sifat-sifat munafik yang dijelaskan oleh Allah, pastikan kita berusaha tidak terjerumus dalam kancah kemunafikan. Juga janganlah kita menyokong atan bersimpati dengan golongan munafik tersebut,Yang ingin penulis tekankan disini adalah sikap kebanyakan kita yang melupai golongan dan gejala kemunafikan ini kerana tumpuan berlebihan  kepada kebangkitan kafir khususnya Yahudi. Tak ada salahnya sikap berhati-hati tersebut.Namun jangan lupa, kebangkitan Islam pasti terganggu jika musuh dalam selimut tidak diawasi dan tidak dibenteras.

Dalam konteks Malaysia, apa nilaian kita kepada pihak-pihak yang terus bertahan dan enggan menutup pintu-pintu dan tingkap-tingkap kemungkaran seperti judi , kilang arak, rumah-rumah pelacuran , kelab-kelab hiburan lucah dan amalan rasuah dan pembolotan khazanah negara. Pada masa yang sama pihak-pihak tersebut sangat kuat sekatannya terhadap majlis ilmu, halaqah dan himpunan-himpunan aman kearah islah sebenar. Cekikan kepada instituisi ilmu seperti masjid-masjid dan universiti-universiti sangat mencengkam dan merisaukan.

Jangan juga kita lupa pesanan Rasulullah tentang sifat-sifat tambahan golongan munafik: Bila bercakap dusta, bila berjanji mungkir dan bila diberikan amanah dia khianat. Penulis sekadar ingin mengajak rakyat berfikir sedalam-dalamnya betapa tidak amanahnya sebahagian penguasa kita.Bukankah amanah terbesar jika diberi kepimpinan adalah memberikan ketaatan sepenuhnya kepada Allah dan RasulNya demi menyelamatkan ummah dan memakmurkan negara dengan Islam.

Kenapa ragu dengan Islam? Bukankah janji Allah itu benar bahawa syariat Islam itu adalah rahmat kepada seluruh manusia dan seluruh alam.Gamitlah Islam dan hindarilah kemunafikan.Insya Allah Malaysia diberkati.
,

Khamis, 9 Mei 2013

PRU 13: BN PERAK, KERAJAAN 44 %


  • 'Tahniah' kepada BN Perak kerana mendapat watikah daripada Istana Perak untuk menerajui semula kerajaan di negeri Perak Darul Ridzuan. Namun apa agaknya perasaan Dr  Zambry Kadir apabila  menyedari kerajaan beliau hanya mendapat sokongan popular sekadar 44.4% pengundi sedangkan pihak yang dikatakan kalah ia itu Pakatan Rakyat mendapat 54.8% undi popular.
  • Mari kita menganalisa fakta-fakta sahih yang dikeluarkan oleh SPR sendiri.
  •  Di peringkat Parlimen seluruh Malaysia:
           Undi BN : 5,237,699
           Undi PR : 5,623,984
           Undi lebihan PR>BN : 386,285 (3.43% dpd jumlah undi)

  • Di peringkat Parlimen Negeri Perak sahaja:
         Undi BN : 546,451 (47.8%)
         Undi PR : 590,344 (51.7%)
         Bebas dll : 4,155 (0.36%)
         Undi lebihan PR>BN : 43,893 (3.84% dpd jumlah undi)

  • Di peringkat semua 59 kerusi DUN Perak : 
          Undi BN : 506,947 (44.4%)
          Undi PR  : 625,710 (54.8%)
          Bebas dll :   9,353   (0.8%)
          Undi lebihan PR Perak>BN Perak : 118,763 (10.39%)

  • BN Perak 'bernasib baik' dapat membentuk kerajaan simple majoriti 31 : 28 melalui 3 kerusi PAS yang tewas tipis di kerusi-kerusi Lubuk Merbau (53 undi), Manjoi (132 undi) dan Manong (231 undi). PR Perak pula kehilangan peluang membentuk kerajaan 'simple majority' di Perak dengan hanya  kekurangan 2 kerusi iaitu (155 undi).
  • Beberapa kesimpulan dapat dibuat. Antaranya peratusan lebihan rakyat Perak yang mengundi PR diperingkat Parlimen Perak adalah lebih sedikit sahaja berbanding diperingkat Nasional (3.84% Vs 3.43%). Namun keinginan meluap-luap pengundi Perak untuk mengembalikan pentadbiran Perak ke tangan PR dapat dilihat melalui lebihan undi PR sebanyak 118,763 ia itu 10.39% daripada keseluruhan pengundi  DUN. Satu peratusan yang sangat tinggi! Cuba bandingkan angka 155 (defisit PR) dengan 118,763 (lebihan PR).
  • Rakyat juga perlu diberitahu bahawa dikerusi Manjoi, PAS hanya tewas kerana undi POS yang hampir 80% menyebelahi BN. Bagi undi awam PAS sudah menang dengan kelebihan 98 undi. Sangat ironis dan merasa ditipu apabila undi POS , diundi 4 hari lebih awal tetapi dimaklumkan keputusannya yang terakhir. Dalam suasana BN bakal kehilangan kerajaan, anda percaya konspirasi tidak berlaku antara  UMNO/BN dan balaci-balacinya apabila mereka sekadar memerlukan manipulasi 100 ke 200 undi??
  • Sesungguhnya Dr Zambry dan BN Perak tidak mempunyai apa-apa hak moral dan hak demokrasi untuk membentuk kerajaan di Perak. Lebih-lebih lagi sudah menjadi 'open secret' di banyak tempat amalan rasuah beli pengundi oleh agen-agen BN adalah pada tahap melampau.Mungkin mereka bersahaja melakukannya kerana ustaz-ustaz UMNO yang berfalsafahkan Machiavelli menghalalkannya. Dimana ada UMNO disana pasti ada rasuah!
  • Penulis berkeyakinan, keinginan tinggi rakyat Perak untuk PR mentadbir negeri adalah juga disumbangkan oleh keyakinan mereka kepada barisan kepimpinan PR Perak dan manifesto PR Perak yang terbaik. Maka terlepaslah peluang rakyat Perak untuk menikmati agenda-agenda besar manifesto seperti:
          Kerajaan berintegriti dan demokratik, 
          Pembekuan kenaikan cukai tanah,
          Cukai pintu dan tarif air untuk 2013-2018,
          Program penghapusan kemiskinan tegar,
          Pemerkasaan institusi ummah, dan 
          Peluang memiliki 30,000 unit lot-lot perumahan baru 
          di seluruh negeri Perak.


  • Sebagai renungan, kalau di peringkat pusat, rakyat Malaysia menggelar kerajaan Najib sebagai  kerajaan 47% maka di negeri Perak, sendaan kerajaan Zambry Kadir sebagai kerajaan 44 % tentu sangat wajar. Apa pula kaitan angka 44.4 dengan kepercayaan angka-angka tertentu oleh kaum Cina? Nampaknya rakyat Perak kena terus bergelumang dengan 'political saga' pasca PRU 13 semata-mata kerana SPR yang tempang dan bertaraf Zimbabwe. Di Zimbabwe ada Mugabe manakala di Malaysia ada UMNO. Pemimpin UMNO sejak era Dr. Mahathir belajar penipuan pilihanraya daripada Mugabe!



Penulis, 
Dr Khairuddin Dato' Malik | Setiausaha Pakatan Rakyat Perak
merangkap Pengerusi JK penyediaan Manifesto PR Perak 2013


Selasa, 19 Mac 2013

UMNO YANG MAKSUM, NAJIB YANG MUKHLISIN

Ada pepatah Inggeris bermaksud " orang yang menghuni rumah kaca, jangan melontar batu keluar rumah".Apa makna lainnya? Jika anda tidak begitu baik, jangan cuba bercerita keburukan orang.Sama erti dengan jika perut anda buncit, jangan berceramah tentang penjagaan kesihatan! Juga jika gigi anda kuning berkeladak, jangan jadi jurujual ubat gigi!

Itulah yang PM Najib lakukan di Kelantan pada 15/3/2013.Beliau bercakap tentang tujuh dosa besar PAS dan PR.Sejak bila Najib peduli dan prihatin soal dosa dan pahala? Telahan saya mungkin sejak beliau dibawa bersemuka dengan ulama-ulama Mekah tahun lepas.Alhamdulillah, sekalung tahniah kepada mantan pimpinan PAS yang mengusahakan!

Semua tuduhan PM Najib khusus yang dimomokkan kepada PAS adalah bertaraf fitnah dan petanda kepada kedangkalan ilmu serta penyakit qulub yang kronik.Contohnya tuduhan beliau bahawa PAS berdosa kerana ada persefahaman politik dengan DAP dan PKR.Jawapan sangat mudah bahkan boleh diberikan oleh pelajar-pelajar sekolah tingkatan dua.. Nanti tentu mengaibkan Najib.

Jika PAS berdosa kerana bertahalluf dengan DAP, tidakkah UMNO mempunyai dosa yang lebih besar kerana UMNO bukan sekadar bersepakat dengan MCA tetapi juga dengan MIC, Gerakan, PBS, SUPP, SNAP, PPP dan segala parti non Muslim yang lain.Jangan lupa UMNO ada persefahaman istimewa dengan Parti KomunisChina.

Tuduhan dosa besar PAS yang lain kerana kerajaan Kelantan 'beri' tanah kepada pemimpin-pemimpin DAP Perak.Lagi senang nak jawab.PAS buka peluang pelaburan syarikat yang dimiliki hampir seratus orang yang termasuk dua orang pemimpin DAP Perak untuk tanam pokok getah di tanah tinggi yang dua syarikat terawal gagal kerana rugi.Dimana dosanya? Bukan anugerah tetapi pelaburan berisiko!

Agaknya berpahalakah UMNO kerana menganugerahkan bukit-bukit yang strategik seperti Genting Highland dan Bukit Tinggi di Pahang kepada tauke-tauke untuk buka kasino.Berpahala besar juga agaknya apabila UMNO dan MCA beli tanah orang-orang kampung dengan harga murah dan buat untung berpuluh kali ganda dalam kes PKFZ.Orang UMNO Pahang sangat arif penglibatan Najib dalam anugerah tanah Pulau Tioman kepada billionaire tauke China.Banyak bertimbunnya pahala pemimpin UMNO.

Penulis berkeyakinan  Najib sudah membuka 'floodgate' untuk pelbagai pihak menyerang beliau.Jika Najib enggan berdebat dengan alasan kesiankan Anwar Ibrahim takut terdemam, kali ini Najib bukan sahaja terdemam bahkan terburai.

Mari kita bertanya kepada Najib dan ustaz-utaz UMNO yang celupar membuat fatwa, undi PAS berdosa, undi UMNO berpahala.Adakah bukan berdosa hal-hal yang direncanakan UMNO dan dipaksakan kepada rakyat khususnya saudara seagama Islam.Lihat senarai berikut:

1.Hina dan perleceh,pertikai kewajaran hukum hudud .
2.Luluskan dan kembangkan industri judi
3.Rasuah-rasuah seperti skandal scorpen,NFC dan PKFZ.
4.Mungkir janji royalti minyak Kelantan bernilai RM10.5 bilion
5.Borong kerakyatan kepada pendatang asing untuk menang mudah dalam pilihanraya
6.Pilih syarikat Yahudi sebagai penasihat berbayar dan upah penulis Yahudi untuk jatuhkan Anwar Ibrahim
7.Rentap bantuan perkapita sekolah-sekolah agama rakyat hinggakan banyak yang tutup berkubur
8.Membiarkan pembunuh Altutuya bebas tanpa membenarkan proses undang-undang berjalan lancar
9.Melakukan pendakwaan terpilih secara berleluasa.Orang UMNO bebas, rakyat marhaen dihukum keras
10.Merelakan syarikat keluarga pemimpin besar UMNO Dr Mahathir beli kilang arak bernilai RM2.9 bilion

Senarai sepuluh perkara tersebut masih pendek. Masih banyak lagi yang boleh didedahkan.Penulis belum sentuh isu rampasan kuasa di Perak yang dicaturkan oleh PM Najib.Jangan lupa rampasan kuasa itu melibatkan perangkap pelacur, culik wakil rakyat dan beli wakil rakyat, RASUAH. Apakah itu bukan dosa?

Yang pasti kebencian rakyat kepada pemimpin-pemimpin UMNO kini sudah mencapai kemuncak. Kenapa?Jawapannya  kerana dosa-dosa yang mereka lakukan dan lebih parah tak pula nampak mahu insaf bertaubat..Apa buktinya?

Ramai penganalisa dan ahli akademik percaya PRU 13 sengaja dilambatkan untuk membolihkan manipulasi dan penipuan maksima supaya UMNO/BN terus menang.Maknanya sebahagian besar calon-calon BN yang bakal menang nanti kerana penipuan pilihanraya.Lepas itu nanti jadi wakil rakyat haram, makan elaun haram, jadi menteri haram dan darah daging membiak dengan duit haram.Itulah punca taubat sukar terjadi.Hati keras walaupun perasan suci maksum dan mukhlisin.

Akhirnya apakah nilai 'tarbiah' yang ada dalam UMNO apabila "MURSYIDUL AM" UMNO ia itu Dr. Mahathir (Jadi ahli UMNO lebih 60 tahun, jadi presiden 22 tahun), pada usia 86 tahun seronok melabur dalam syarikat arak San Maguel di Filipina? Apa nak jadi pada UMNO...kasihan.

Isnin, 11 Mac 2013

Karektor Flip Flop Najib dan Lahad Datu

Telah menjadi keyakinan umum, tokoh besar dan hebat akan terserlah kehebatannya di pentas yang mencabar. Sebaliknya pemimpin palsu akan tumpas dan kecundang apabila bertarung di pentas besar dan mencabar.

Sama seperti pasukan bolasepak yang ternama. Kadangkala kalah kepada pasukan bawahan tetapi di perlawanan besar dalam kejohanan penting, pasukan hebat pasti menyerlahkan keupayaan sebenarnya.Tak pelik kadang-kadang Barcelona atau Manchester United pernah kalah kepada pasukan 'relegetion zone'.Namun kualiti Barcelona pasti terserlah apabila mereka bertembung dengan Real Madrid. MU pula pasti unggul apabila berlawan dengan Liverpool.

Apa kaitannya dengan peristiwa pencerobohan gerombolan bersenjata Sulu di Lahad Datu Sabah? Sebenarnya tragedi Lahad Datu (TLD) adalah pentas terbesar dan paling mencabar bagi PM Najib sepanjang karier politik beliau sebagai ketua kerajaan Malaysia.Rakyat wajib menilai samada Najib kecundang-gagal atau lulus-bergaya dalam ujian TLD ini.

Sudah hampir sebulan pencerobohan di Lahad Datu.Bilangan pasukan keselamatan yang gugur mencecah lapan orang.Orang awam juga terkorban.Banyak ulasan-ulasan berasaskan perspektif keselamatan, politik dan sejarah yang dibincangkan pelbagai pihak. Hampir semua mencatatkan cerita kegagalan (failure story).

Antaranya seperti berikut:
1.Kenapa pasukan risikan negara gagal mengesan awal perancangan musuh?
2.Kenapa pasukan yang ramai, ratusan orang begitu mudah memasuki perairan negara dan menceroboh jauh ke daratan Lahad Datu tanpa tindakan awal?
3.Kenapa kerajaan gagal memaklumkan kepada rakyat Malaysia apa sebenarnya yang berlaku?Apa legitimasi bagi tuntutan penceroboh sehinggakan rundingan memakan masa hampir  tiga minggu?
4.kenapa penglibatan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) begitu lambat dan proses membuat keputusan dan 'chain of command' sangat meragukan (indecisive)?
5.Setelah tercetusnya TLD barulah rakyat dibangunkan daripada tidur lena mereka selama ini kononnya pasukan keselamatan negara sudah diperlengkapkan sebaik-baiknya untuk menjaga kedaulatan negara ini. Terdedah akhirnya sepanjang 30 tahun berlalu, pasukan keselamatan negara sebenarnya terabai daripada perkembangan tenaga manusia dan juga peralatan.
6.Kemana hangusnya beratus billion wang negara yang diperuntukkan untuk pertahanan negara sedangkan hasilnya sangat sederhana?

Artikel ini berhasrat hanya membincangkan prestasi kepimpinanan dan kepahlawanan PM Najib dan tidak sekali-kali bertujuan menganalisa keperwiraan pasukan polis dan tentera negara tercinta ini.Alasannya mudah. Jika bilangan pasukan elit PDRM dan ATM tidak mencukupi itu bukan salah mereka. Jika peralatan dan kelengkapan PDRM dan ATM tak cukup dan ketinggalan dari segi teknologi, itu juga bukan salah mereka.

Jika pasukan keselamatan gugur lantaran kelemahan membuat arahan dan kegagalan perundingan, itu juga bukan salah PDRM dan ATM.Bahkan jika krisis Lahad Datu menjadi semakin rumit lantaran kehadiran para simpati dalaman dikalangan rakyat berketurunan Sulu dan Filipina yang diberikan kerakyatan mudah di Sabah, itu juga bukan salah PDRM dan ATM. Yang wajib menanggung tanggungjawab adalah pemimpin-pemimpin UMNO/BN yang menerajui pemerintahan negara sejak 58 tahun yang berlalu.

Mari kita memberikan fokus kepada kualiti kepimpinan PM Najib.Jangan lupa Muhamad Najib bin Tun Abdul Razak bukan calang-calang manusia. Lahir daripada keluarga bangsawan Bugis di Pahang,anak PM kedua Malaysia, jadi MP pada usia semuda 23 tahun, pernah jadi MB Pahang. Menjadi menteri pertahanan Malaysia untuk tempoh yang sangat panjang.Bahkan dikagumi kerana menjadi perdana menteri dengan segala penasihat dalam pelbagai kepakaran.Ada ramai menteri Jabatan Perdana Menteri dibawah kuasanya. Yang terhebat pula mendapat nasihat langsung daripada syarikat konsultan yahudi antarabangsa, APCO.

Rakyat yang ingin menghakimi PM Najib sangat perlu mengenali karektor beliau.Sangat penting kerana PRU 13 yang bakal berlangsung bulan April atu Mei ini, sebenarnya adalah referendum kepada kepimpinan dan keperibadian Najib.Penulis menyerahkan kepada rakyat mengadili prestasi PM Najib di Lahad Datu. Rakyat jangan diperbodohkan dengan asyik menuding jari kepada pihak lain.

PM Najib sebenarnya adalah seorang yang  sangat berkarektor Flip Flop. Dr Mahathir sendiri pernah mengakuinya. Karektor tersebut bermakna lalai dan kurang teliti dalam membuat keputusan dan cenderung menarik balik keputusan yang telah diumumkan.

Mari kita melihat beberapa contoh keputusan flip flop dizaman pentadbiran PM Najib:
1.Pelaksanaan GST (cukai barangan dan perkhidmatan) yang dah lama nak dilaksanakan, tangguh dulu.
2.Pelaksanaan peraturan mendera rakyat AES, tak tahu statusnya kerana mahkamah pun tak yakin .
3.Cadangan wajibkan pemeriksaan PUSPAKOM bagi kereta terpakai melebehi usia 15 tahun, umum lepas itu tarik balik apabila rakyat membantah.
4.Cadangan menjual harga petrol lebih mahal kepada kereta berenjin kuasa tinggi.Sudah umum, tarik balik apabila pengguna membantah.
5.Dasar saraan baru kakitangan kerajaan yang memberikan kelebihan berganda kepada kumpulan atasan turus dan jusa tetapi menganaktirikan kakitangan kerajaan bawahan.PM Najib umumkan dalam ucapan belanjawan Oktober 2011. Tak sampai dua bulan tarik balik!

Ada banyak lagi contoh-contoh karektor flip flop PM Najib. Namun bukti-bukti diatas sudah memadai menggambarkan 'the state of mind' beliau.Samada Najib seorang pemikir yang hebat atau tidak.Dari segi psikologi orang flip flop adalah orang yang mempunyai kurang keyakinan diri.Dari segi pengurusan pula orang flip flop adalah orang yang kurang rapi dan terburu-buru membuat keputusan.

Cuba bayangkan seorang yang mempunyai karektor flip flop seperti PM Najib, dalam keadaan bertarung mempertahankan sisa-sisa nyawa politik dan kuasa, tiba-tiba dibebankan dengan cabaran pemikiran yang memerlukan ketajaman, ketelitian dan ketangkasan.Mampu atau tidak beliau melepasi ujian sebesar taufan TLD?

Apatah pula lewat tiga bulan yang lepas pelbagai angin dan badai datang menyerang.Deepak datang membawa ribut, Tan Sri Musa Hassan datang dengan angin taufan,PI Balasubramaniam pula datang dengan angin Altutuya dan terkini bapa Si Saiful -'terliwat' datang dengan angin kentut.Bayangkan situasi minda PM Najib yang penuh kecelaruan dan keserabutan.Orang Melayu selalu kata 'masuk angin'.

Maka tidak hairanlah lantaran kerumitan tersebut maka dicarilah apa sahaja kambing-kambing hitam yang boleh disembelih. Biasalah kambing hitam yang paling empuk adalah Anwar Ibrahim.Maka mengamuklah pencacai-pencacai UMNO mengugut hendak membakar bangunan PKR di Damansara.Polis pula hanya mampu tersenyum puas.

Kenapa? Kerana ada juga manusia yang suka diperbodohkan oleh berita-berita fasik daripada orang-orang fasik lagi zalim.Setelah Anwar Ibrahim menjadi agen Yahudi, agen CIA, agen Hindu maka kini tiba pula giliran Anwar Ibrahim menjadi agen SULU. Hebatnya manusia bergelar Anwar bin Ibrahim!

Menarik kan mengkaji minda FLIP FLOP...Boleh buat thesis PHD.




Isnin, 4 Mac 2013

LAHAD DATU DAN KAMBING HITAM UMNO

Sedih dan terharu dengan kehilangan nyawa ramai petugas keselamatan negara dalam pertempuran dengan penceroboh Muslim Filipina di Sabah.Semoga roh2 mereka ditempatkan bersama golongan beriman.Bagi keluarga yang kehilangan suami,bapa dan anak tersayang bersabarlah.

Untuk kerajaan yang kononnya "terbaik dan dicontohi oleh negara lain" RAKYAT nak tanya beberapa soalan:

1.Pemberian kerakyatan kepada warga asing hanya kerana survival politik UMNO sudah terbukti menyulitkan kawalan keselamatan negara. Berapa ramai rakyat Filipina yang berkampung di Sabah kini? Dimana kesetiaan mereka dalam krisis Sabah-Sulu sebegini?

2. Mungkinkah rakyat Filipina yang diberikan kerakyatan di Sabah adalah sepeerti kisah Trojan di Spartan dahulu. Maknanya didalam pun sudah sedia ada musuh menceroboh?

3. Kenapa bantuan tentera Malaysia tidak digembeling lebih awal. Samada polis atau tentera adalah teknikal tetapi Membiarkan Polis sebagai barisan pertama tanpa penglibatan tentera lebih awal aalah tindakan 'bunuh diri'. Apa jawapan kepada kelewatan membuat keputusan?

4. Dimaklumkan pihak yang berwibawa di Filipina, pencerobohan ini telah dirancang sejak bulan Julai 2012 lagi. Apa jawapan kepada kegagalan risik kerajaan Malaysia.

5. Berapa banyak lagi kambing-kambing hitam (scapegoats) yang kerajaan UMNO/BN nak tuding sebelum bersedia mengakui kelemahan sendiri menjaga keselamatan dan kedaulatan negara?

Bagi rakyat Malaysiayang bakal membuang undi dalam masa terdekat PRU 13 nanti, isu pemberian kerakyatan kepada pendatang asing secara sembrono bagi kepentingan politik UMNO/BN sepatutnya dijadikan isu utama penolakan rakyat kepada UMNO/BN. Cukup! Jangan rela digigit ular yang sama berkali2. Wallahu a'lam.

Jumaat, 1 Mac 2013

LAHAD DATU DAN ISU PENDATANG ASING>>UMNO BUAT APA?

Takziah kepada 2 orang pegawai keselamatan yang gugur syahid mempertahankan negara semalam. Semoga roh mereka diterima baik oleh Allah.Kepada keluarga yang ditinggalkan harap bersabar dan terima ujian Allah dengan redho. Kerajaan wajib membantu yang terbaik.

Banyak persoalan yang rakyat perlu bertanya dan mendesak:
1. Apa peranan risik keselamatan yang gagal mencium peristiwa pencerobohan ini?
2. Kumpulan penceroboh berjumlah ratusan orang, siapa membiayai mereka?
3. Kenapa perairan negara begitu mudah ditembusi?
4. Apa tahap kecuaian PM,Menteri pertahanan dan menteri KDN?
5. Apa tuntutan kumpulan penceroboh yang sangat misteri dan dirahsiakan oleh Kerajaan UMNO/BN?
6. Sudahlah rakyat Sabah dikekalkan miskin, keselamatan mereka pula diabaikan?
7.Sebenarnya dengan pelbagai isu2 besar sabah: PENDATABG ASING RATUSAN RIBU YANG DIBERI KAD PENGENALAN, RASUAH TAUKE BALAK KEPADA UMNO SABAH,KEMISKINAN, ROMPAKAN ROYALTI PETROLEUM SABAH dan \KINI PERISTIWA LAHAD DATU.Adakah UMNO masih relevan di Sabah?

  INI KALILAH,INI KALILAH,selamatkan Sabah, Selamatkan Malaysia.

Akhirnya cuba renungkan. Jika dalam risikan politik untuk melumpuhkan parti2 pembangkang, UMNO habis2an peralatkan cawangan khas (SB) PDRM kenapa untuk keselamatan negara berlaku kecuaian?

Juga ketika mengawal perhimpunan aman Bersih, anti ISA dan perjuangan bahasa Melayu, PDRM begitu perkasa dengan segala persiapan dan keberanian, kenapa menteri KDN gagal kini? Masih rasa ok nak bergayut pada jawatan? Rakyat minta pertanggungjawaban. Pertanyaan Allah nanti tentu lebih menyukarkan. 

Jumaat, 15 Februari 2013

Forum Di Johor

Selasa lepas 12.2.13 pergi ke Masai, Gelang Patah menjadi Penalis Forum penyelewangan tanah di Johor. Menyedihkan mendengar rintihan rakyat pribumi Johor betapa mereka sangat terancam dengan monopoli ekonomi oleh rakyat asing. Ada kampung2 dan tanah2 perkuburan yang dihilangkan daripada peta bumi ini!

Namun mereka sedikit bersemangat apabila panelis2 Tan Sri Khalid Ibrahim menceritakan kejayaan kerajaan PR selangor membahagiakan rakyat dengan polisi2 yang pro rakyat. Saya pula berpeluang mengkisahkan kejayaan terhad yang dapat PR Perak capai sepanjang 11 bulan mentadbir Perak sebelum dirampas kuasa oleh lanun2 Melayu berjenama UMNO.

Insya Allah fajar kemenangan sedang menyinar di Johor.

Demi Sokongan Politik Lakukanlah Apa Sahaja

Kekecohan ungkapan PM Najib yang mempromosikan Mr Psy-Gangnam dengan lagak seorang DJ akhirnya tak kesampaian kerana walaupun anak muda suka gangnam-korea tetapi ia tak sinonim dengan kesukaan pada Barisan Nasional (BN).Maksudnya orang muda bolih sahaja suka hiburan tetapi tidak bermakna mereka suka pada BN yang menaja dan mempromosi hiburan tersebut.

2. Agak menarik mengkaji perkembangan minda dan psikologi anak2 muda.Hiburan adalah keperluan mereka tetapi mereka tetap ada idealisma suka kepada kebaikan dan menanti-nanti pemimpin2 yang bersih, berintegriti dan cakap serupa bikin (walk the talk).

3. Maknanya jika pemerintah mempunyai wawasan tentang mengurus keperluan dan tenaga anak2 muda kearah melahirkan generasi berilmu dan bertaqwa disamping menyalurkan hiburan bermanafaat dan berkualiti, anak2 muda adalah asset besar negara.

4. Namun apalah yang kita harap daripada pemimpin2 Melayu (wajarkah mereka digelar pemimpin?) yang tidak pernah takut melanggar larangan Allah demi mempertahankan kuasa yang bakal menjadi 'punca penyesalan terbesar dihari akhirat kelak'.Apa sahaja telah dilambakkan kedalam bakul najis kotoran pencemaran budaya Melayu yang sepatutnya sinonim dengan Islam.

5. Rosmah isteri PM Najib pernah promosikan Bollywood, hingga suka sangat dicium aktor hindi sebagai bukti iltizam beliau. Kini berhempas pulas menarik undi orang muda dengan mempromosi gangnam dan Mr Psy sebagai icon sangnam.Mana lagi budaya yang nak diimport untuk merosakkan anak2 muda Malaysia?

6. Apalah yang dicari pada kuasa yang bakal menghumbankan seseorang ke gaung neraka.Lupakah kita pada hadis Rasulullah yang tegas memperingatkan : 'seseorang yang memulakan sesuatu amalan dosa yang menjadi ikutan orang ramai, dia akan menanggung dosa semua pengikut-pelakunya sehingga bila2 selagi amalan dosa itu dipraktikkan'.

7. Maknanya, demi iman dan demi cinta kinta kepada keredhaan Allah dan demi benci dan takutnya kita kepada siksaan neraka Allah, carilah pemimpin2 Melayu yang berilmu, beriman, bertaqwa dan beramal dengan ilmunya. Allah bersama2 orang yang bertaqwa,sabar dan muhsin.

Jumaat, 25 Januari 2013

Eyewitnesses say cops, mob beat handcuffed man to death






SERDANG Jan 24 — A security guard was chased down yesterday by four policemen who subsequently handcuffed and beat him to death together with a mob of more than 20 people in Hulu Langat yesterday eyewitnesses alleged today It is unclear why policemen were trying to apprehend 40-year-old C Sugumaran He was found naked with handcuffs still on him according to witnesses His body is now at the Serdang Hospital where family members had been denied access since their arrival at 9am According to witnesses who were present at the hospital today the incident happened at 6 30pm yesterday Sugumaran was seen running from the four policemen in two patrol cars along a major road five minutes from his home in Taman Sri Nanding Batu 12 Hulu Langat As the road was congested with traffic the four policemen stopped their vehicles and proceeded to chase after Sugumaran on foot After they caught and handcuffed him more than 20 other men from a nearby restaurant joined the policemen and proceeded to assault him “The police stepped on Sugumaran’s neck ” R Moohanarajan told The Malaysian Insider at the Serdang Hospital here today “Twenty to thirty people wearing plain clothes beat him up He was lying facedown with his hands handcuffed behind ” added Moohanarajan who was Sugumaran’s neighbour The eyewitnesses said that the 10-minute beating happened at about 6 30pm yesterday near the Taman Perkasa cemetery at Batu 12 Hulu Langat

More than 20 people comprising Sugumaran’s family relatives and neighbours had gathered at the hospital here since 9am demanding to see the body Sugumaran’s mother K Manimagalay was only allowed access to her son’s body about six hours later at 3 10pm She burst into tears after emerging from the mortuary and had to be consoled by her younger brother Chaos ensued when Kapar MP S Manikavasagam shouted “The handcuffs are still on the body Celaka Damn Already dead still handcuffed ” Other people started shouting angrily as about five police officers tried to control the crowd Moohanarajan who is unemployed said he was returning home after buying a video game when he saw the police chasing Sugumaran beating him handcuffing him and then throwing turmeric powder in the latter’s face He added that the forensic police only came at about 11pm to remove the body after it had rained.

Manimagalay said that her youngest son Sugumaran did not have a criminal record “He never stole He did not murder anyone People said that he had fought with Nepalese though ” she told reporters The mother of three sons also said that Sugumaran suffered from a mental illness but did not specify what it was Sugumaran’s friend T Panirselvam said that Sugumaran was hot-tempered and reacted to provocation “Maybe he has depression ” said Panirselvam adding that Sugumaran’s mother had lodged a police report against Sugumaran a few years ago but did not specify further Sugumaran’s family lawyer N Surendran told reporters here today after viewing the body that Sugumaran’s left leg was injured and had lots of scars which indicated that “he was pushed down ” “There was bleeding from the back of the head On his face there were remains of turmeric powder around the mouth ” said Surendran who is also a PKR vice-president Surendran called for an immediate police investigation and the suspension of the men involved in the incident The post-mortem results were unavailable at press time Kajang CID chief DSP Marzuki Mohd Mokhdar told The Malaysian Insider today that the police would brief reporters after the post-mortem that would likely be finished tonight “We’ve nothing to hide ” he said


Isnin, 21 Januari 2013

JANGAN KELIRU ANTARA 'SYAITAN' DAN MANUSIA.

Sesuatu yang mengganggu dan merimaskan pemikiran adalah perkembangan anti-dakwah yang berlaku dikalangan sebahagian kecil rakan-rakan yang 'associate' diri mereka sebagai kumpulan Islam dan pendakwah bebas.

1. Mereka sangat aggresif turun padang menyerang PAS dan ulama-tok2 guru PAS.Apa sahaja tindakan dan keputusan PAS pusat dan Majlis Syura Ulama PAS yang mereka kurang faham dan terkeliru, mereka akan serang habis2an.Tiga isu utama yang mereka enggan faham dan juga enggan berbaik sangka meminta penjelasan daripada senarai panjang ulama2 PAS adalah tahalluf siyasi PAS bersama Pakatan Rakyat, isu ucapan-amanat TG Hadi Awang dan isu kalimah Allah.

2.Sebahagian mereka masih menjadi ahli PAS dan peliknya enggan berhenti menjadi ahli.Dalam ceramah perkenalkan diri sebagai tak sokong mana2 (neutral) tetapi fitnah PAS dan ulama2 PAS lebih teruk daripada MCA kutuk Islam dan syariatnya.

3. Modal utama yang mereka selalu 'recycle' adalah betapa PAS sanggup diperkuda dan jadi alat orang2 China DAP untuk melemahkan orang Melayu dan jika PR berkuasa Kristian akan kukuh dan mungkin berkuasa.

4.Bagi mereka apapun, betapa besar kezaliman UMNO/BN kepada rakyat negara ini, kepada Islam itu sendiri akan ditelan dan dianggap picisan.Sebutlah betapa pemimpin2 UMNO terlibat dalam pelbagai skandal dan pengkhianatan kepada rakyat khususnya orang2 Melayu, mereka semacam tiada hati kecil dan perasaan kemanusiaan.

5.Dengan segala bukti pemimpin2 UMNO terlibat dalam jenayah pembunuhan Altutuya, rasuah 530 juta Scorpene, bersekongkol dengan pemimpin MCA dalam rasuah PKFZ 4.5 Billion, telah dan akan membazir lebih 60 billion dalam projek super mega LRT, mungkir janji, pecah amanah wang royalti petroleum rakyat Kelantan (96% Melayu-Islam) sebanyak 10.3 billion, rasuah projek lembu NFC 250 juta, ketirisan wang kerajaan sehingga 25 billion setahun dan penyeludupan lebih 1 trillion duit rakyat Malaysia keluar negara (190 billion dalam tahun 2010 sahaja)...macam-macam lagi.

6. Pendedahan skandal pemberian kerakyatan secara melanggar undang2 negara kepada ratusan ribu pendatang asing di seluruh negara (tertinggi di Sabah dan Selangor) dan memberikan mereka hak mengundi menentukan kuasa politik dinegara ini.

7. Bagaimana pula dengan isu2 Islam yang kumpulan NGO Islam dan pendakwah bebas sangat minat? Apa jenayah UMNO? Tak habis2 pemimpin UMNO pertikai kesesuaian pelaksanaan hukum2 jenayah syariah di Malaysia. Bahkan persenda pula hukum hudud, terus mengembangkan industri perjudian dinegara ini (PM Najib tambah bilangan draw perjudian 12 lagi 3 bulan lepasjadi menteri kewangan), lesenkan judi bolasepak (walaupun tarik balik lepas bantahan besar2an), enggan laksanakan hukuman sebat peminum arak walaupun mahkamah perintah dan pesalah redho) dan berlepas tangan dalam kebanyakan kes2 murtad.

8 Mungkin ada yang minat isu Palestin.Jangan lupa UMNO sebagaimana Amerika tidak mengiktiraf kerajaan Islam Hamas. Benar ada bantuan kemanusiaan tetapi wajarkah UMNO menafikan dan tidak mengiktiraf menteri luar Hamas Dr Mahmud Zahar semasa persidangan Palestin di Kuala Lumpur beberapa tahun lalu.
UMNO tetep menganggap Hamas sebagai kumpulan pelampau dan pengganas.

9. Terlalu panjang senarai kebobrokan UMNO/BN.Belum cakap tentang isu songlap saham bumiputra berpuluh billion ringgit, sapu duit zakat WP, tipu peneroka Felda dengan saham FGVH sekecil 2.5 % sahaja.Tak cukupkah bukti yang ada? Hutang negara naik menggunung keparas 503 Billion melebihi 55% KNK. Apa lagi bukti yang saudara mahu?

10. PAS dan PR bukan malaikat, tetap manusia...tentu jauh sekali bukan syaitan.Sebagai manuia PAS ada kekurangan dan terdedah kepada khilaf2 manusia biasa.Namun adakah PAS dan PR pernah terpalit sekadar 10 % pun daripada gunung2 kezaliman dan kebejatan UMNO yang penulis senaraikan diatas? Jawapannya tentu tidak.Kalau marah sangat kepada PAS kerana isu2 kalimah Allah dan perpaduan Melayu. Penulis suka bertanya: Tak ada ke langsung baik sangka kepada keilmuan dan kezuhudan Tok2 Guru PAS seperti TG Nik Aziz,TG Hadi Awang ,Dr Harun Din danTG Salleh pondok Sik.Mereka  ada pondok ,masjid sendiri dan melahirkan ratusan ribu anak didik Islam, tetap gigih berdakwah berpuluh tahun, menulis puluhan kitab2 Islam.Percayakah anda mereka adalah pengkhianat Islam dan pembelot kepada agenda menjadikan negara ini negara baik dalam pengampunan Allah.Tak terfikirkah nak ziarah bermuzakarah dengan mereka?

11. Tak bolehkah berbaik sangka dengan ulama2 ini sedangkan Saudara2 sangat berbaik sangka dengan golongan nasionalis pragmatis Melayu.Akhirnya tidakkah saudara2 terfikir sebahagian besar prasangka buruk saudara kepada PAS adalah kerana terpengaruh dengan mainan media cetak dan media TV milik UMNO seperti Utusan Malaysia dan TV3. Akhir kalam nasihat saya jenguk2lah perpustakaan dan jurnal mahkamah malaysia, dah berapa kali media2 milik UMNO tersebut kalah saman fitnah kepada tokoh2 PAS dan PR.Tak terfikirkah saudara juga sedang bergelumang dengan fitnah UMNO akhir zaman? 

Rabu, 2 Januari 2013

DOA_DOA MANGSA KEZALIMAN MULA TERKABUL

Negara akan menghadapi pilihanraya paling lewat menjelang pertengahan Jun 2013.Logik demokrasi negara-negara lain pilihanraya umum ke 13 sepatutnya telah berlaku jauh lebih awal. PRU 12 pada March 2008, UMNO/BN mendapat mandat pemerintahan melalui PM ketika itu, Dato Abdullah Badawi(Pak Lah). Apabila Dato' Najib 'menyingkirkan' Pak Lah (melalui permainan politik kotor dalaman UMNO yang didalangi oleh Mahathir-Muhyiddin) dan kemudiannya menjadi PM, sepatutnya Najib perlu mendapatkan mandat baru daripada rakyat.

Ada banyak lagi sebab-sebab lain. Kerajaan mahkamah Dr Zambry di Perak juga dibentuk tanpa mandat terus daripada rakyat. Ramai wakil-wakil rakyat lompat yang dulunya menang atas tiket parti tertentu dan telah menukar sokongan juga perlu diberikan kesempatan untuk mencari mandat baru daripada rakyat.Namun PRU 13 terpaksa dilewatkan dengan pelbagai alasan.

Apa alasannya? UMNO sebagai tunggak kekuatan BN sebenarnya sangat tidak demokratik dan sangat kuat mengamalkan 'demokrasi bomoh'.

Saya berkesempatan bertemu dengan seorang bergelar dato' yang pernah menjadi pimpinan UMNO dan kini mempunyai talian rapat dengan pemimpin-pemimpin UMNO.Beliau menceritakan khidmat bomoh tempatan dan Indonesia sangat-sangat laris menjelang PRU 13 ini.Diperingkat tertinggi mereka menemui bomoh untuk menelek peluang UMNO/BN mengekalkan kuasa dan mencari-cari tarikh sesuai PRU 13. Diperingkat lebih rendah, mereka melanggan bomoh untuk meminta bantuan agar terpilih menjadi calon PRU nanti.

Yang pasti lima bulan lagi PRU 13 pasti berlaku samada bomoh setuju atau tidak.Jadi kenapa PRU tetap dilewatkan sedangkan Najib dan Zambry sangat inginkan 'endorsement' bahawa mereka sebenarnya memang layak menerajui kerajaan yang ada.Inilah sebenarnya peranan doa mangsa-mangsa kezaliman UMNO/BN.Dimana sahaja, terlalu ramai yang menjadi mangsa kezaliman UMNO/BN.

Kezaliman peristiwa pembunuhan Memali, kezaliman pembunuhan warga Mongolia Altutuya, kezaliman merampas kerajaan PR Perak dengan rasuah dan culik wakil rakyat.Kezaliman merobohkan masjid dan surau, kezaliman merampas royalti minyak Kelantan, kezaliman merampas tanah dan kuburan penduduk Pengerang di Johor.

Kezaliman membiarkan kemiskinan melarat di Sabah,kezaliman ramai rakyat ditahan ISA, kezaliman rakyat yang mati semasa tahanan lokap polis dan lokap SPRM, kezaliman terhadap Dato' seri Anwar Ibrahim dan keluarganya. Jangan lupa kezaliman terhadap mahasiswa-mahasiswa universiti yang dibuang atau gantung daripada universiti atas alasan-alasan yang remeh.

Dengan segala kekuatan doa-doa mangsa kezaliman tersebut kini UMNO/BN seperti orang yang kena tangkap dalam serbuan sedang berkhalwat intim dibilik hotel.Bila para penguatkuasa serbu segala-galanya terdedah. Tutup atas bawah terdedah, tutup tengah dada terserlah..tetapi tetap tak mengaku salah.Kononnya dah nikah di Siam atau memang dah rancang nak kahwin!Segala buruk laku UMNO tidak mungkin dapat disorok lagi.

Kezaliman UMNO tiada tolok bandingnya.Lihat sahaja kes pembunuhan Altutuya. Tergamak mereka bunuh dan letupkan jasad seorang perempuan muda yang mengandung dan ada dua orang anak kecil.Untuk kes Royalti minyk Kelantan tergamak mereka ambil wang milik rakyat Kelantan melebehi 10 bilion dan gembira bersorak melihat kesesakan lalulintas dan banjir besar di Kelantan sambil menempelak Kerajaan PAS sebagai puncanya.

Kezaliman tak mungkin berterusan.Harganya mahal dan balasan terhadap kezaliman berterusan UMNO/BN sedang terpampang satu demi satu. Pendedahan demi pendedahan oleh pelbagai pihak tentang kerakusan dan salahguna kuasa Najib dan rakan-rakan assobiyahnya sangat mengejutkan.Hari ini Deepak dan Musa Hassan. Besok ramai lagi. Saya difahamkan bekas pengarah beberapa agensi-agensi penting kerajaan akan tampil lagi.Mereka semua terganggu untuk terus bersubahat menyimpan rahsia kezaliman yang mereka pendam.

Tidur lena kah Najib, Rosmah, Mahathir, Musa Aman dan Taib Mahmud ? Muhyidin pun tidak terkecuali kerana sikap baling batu sembunyi tangan beliau akhirnya akan makan tuan juga.Nasihat saya bertaqwalah dan bergantung kepada takdir Allah, jangan sekali-kali percaya Mahathir mampu mencaturkan segala-galanya. Mahathir pernah mengharubirukan UMNO, tunggu sahaja episod terakhir Mahathir mengkafankan UMNO.Salam perjuangan...Selamatkan Malaysia.