sekadar renungan bersama..

Ahad, 23 Januari 2011

HEBATNYA CHUA SOI LEK MENGENALI KEISLAMAN PAS BERBANDING AHLI UMNO

“ If we vote for PAS , we are telling the malays that we can accept the nation to be ruled according to Islam. If you can accept life style that follow ISLAMIC values than you vote for PAS , as simple as that ”

2 ayat di atas dilafazkan oleh Dr.Chua Soi Lek pada 20 / 1 / 11 di sebuah Kuil Buddha di LabIs , Johor Darul Takzim. Matlamat beliau memang untukmemberi amaran kepada pengundi Tionghua supaya jangan sekali-kali mengundi PAS. Harga yang perlu dibayar begitu mahal. Undi PAS nanti kamu akan ditadbirkan dengan cara , kaedah , nilai-nilai dan hukum hakam Islam!
Pada mula saya membaca artikel yang disiarkan dalam Harakahdaily dan malaysiakini pada 21 / 1 / 11 , saya begitu marah dan meminta ahli-ahli PAS naikkan banner protes bertajuk ‘ Chua Soi sex Insulting Islam ’. Tetapi pada bacaan kali ke 3 , sebenarnya saya ucapkan tahniah kepada Dr Chua Soo Lek , Presiden MCA yang terlibat dengan scandal sex dan menduakan isteri beliau pada tahun 2007. Memanglah beliau layak menjadi presiden MCA walaupun moralnya rendah kerana secara positif beliau mempunyai ‘ kualiti ’ yang tidak ada pada pemimpin-pemimpin Cina lain tetapi beliau berani , ‘ combative ’( tak kenal putus asa ), berterus terang dan tahu membedakan kebenaran PAS vs kebatilan politik UMNO.
Sekarang di Labis , di kubu politik beliau sekali lagi Dr.Chua Soi Lek mempamerkan kualiti beliau. Kalau dalam Konvensyen BN bulan Disember lepas , beliau menegur UMNO dan Najib yang gagal meletakkan prioliti antara kepentingan UMNO berbanding kepentingan BN. Kali ini beliau memberikan ‘ Islamic Political mileage ’ kepada PAS. Walaupun mungkin secara tidak disengajakan kenyataan Dr.Chua yang bermaksud “ Jika kamu ( kaum Cina ) mengundi PAS , kita ( kaum Cina ) memberi isyarat kepada orang Melayu bahawa kita ( kaum Cina ) sudah bersedia menerima negara ini ( Malaysia ) ditadbir mengikut tatacara Islam. ”
Apa makna disebalik kata-kata beliau :

i. Orang Cina adalah guru politik di Malaysia. Orang Melayu perlu belajar daripada mereka.

ii. PAS dan bukannya UMNO yang akan melaksanakan Islam di Malaysia.

iii. UMNO ( rakan kongsi MCA ) tidak mempunyai cita-cita untuk menjalankan pentadbiran cara Islam seperti yang diperjuangkan PAS.

iv. Orang Cina sebenarnya masih belum mengenali Islam secara lebih dekat dan jika mereka mengetahui kebaikan Islam , masa depan UMNO akan gelap gelita.

v. Sehingga kini , Malaysia yang diterajui UMNO adalah negara yang belum menerima pakai nilai-nilai Islam.

vi. MCA tahu bahawa pemimpin-pemimpin UMNO tidak beramal dengan kehendak Islam yang tulen.

Tahniah kepada Dr.Chua Soi Lek kerana kamu lebih meyakini iltizam dan cita-cita Islam PAS yang begitu murni. Cuma yang menyedihkan kerana sepanjang pergaulan dan perkongsian kamu dengan UMNO , mereka gagal atau sengaja memberikan gambaran negatif tehadap Islam sehingga kamu sangat benci dan prejudis terhadap Agama Allah yang sangat sempurna ini. Islam sesungguhnya adalah Agama untuk seluruh alam dan manusia. Islam For All. Islam promotes justice for all. Islam cares for all human races. Islam prohibits hatred among races. Islam promotes brotherhood. Itulah sebenarnya Islam. Saya berkeyakinan PAS akan mengatasi UMNO jika kebenaran Islam dapat difahami dan menembusi hati-hati seluruh rakyat Malaysia.

· Terima kasih Dr.Chua Soi Lek kerana anda memperli orang UMNO dan Melayu yang tidak tahu membedakan antara PAS yang Islamic dengan UMNO yang sekularis.

· Terima kasih sekali lagi. Semoga Allah memberikan petunjuk kepada anda. Berdoalah seluruh ahli-ahli PAS sebagaimana Rasulullah mendoakan Umar dikala jahiliahnya!

Sepatah kata seorang pengundi berbangsa Cina dalam webportal malaysianinsider minggu lepas “ I’m a Chinese but I would rather support Islamic Malaysia than Corrupt Malaysia ”

· Thank you MCA . Thank you Malaysian Chinese. May God bless you all.

Ditulis oleh :
Dr.Haji Khairuddin b. Dato’ Abdul Malik
Timbalan Pesuruhjaya PAS Perak.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan