sekadar renungan bersama..

Selasa, 16 Jun 2009

KENYATAAN AKHBAR PAKATAN RAKYAT PERAK 15/06/09

Sejak berakhir muktamar PAS ke – 55 di Shah Alam banyak perkembangan yang kurang sihat berlaku dikalangan media utama dan dunia blogger. Isu-isu panas yang terus disensasikan adalah usaha-usaha UMNO untuk mengambil kesempatan tentang isu Kerajaan perpaduan bagi melemahkan hubungan Pakatan Rakyat. Bagi Perak saya sebagai ahli majlis tertinggi Pakatan Rakyat Negeri perak ingin memberikan beberapa penjelasan.

i) Isu Kerajaan Perpaduan adalah tidak berbangkit kerana tidak ditimbulkan dalam

ucapan dasar presiden. Tetapi diberikan ruang media yang berlebihan.

ii) Terlalu banyak perkara-perkara dasar yang disentuh oleh presiden PAS tentang komitmen PAS mendukung Pakatan Rakyat diseluruh Negara, kutukan PAS tentang angkara jahat BN merampas kuasa di Perak dan desakan PAS untuk DUN Perak dibubarkan demi memulihkan demokrasi dan hak rakyat Perak. Semua ini tidak diberikan liputan oleh media.

iii) Ucapan dasar Presiden juga mempertikaikan kredibiliti Perdana Menteri baru, Dato’ Sri Najib dan menuntut PM membersihkan namanya. Juga tidak diberi liputan media.

iv) Usul-usul penting tentang rosaknya kredibiliti kehakiman di Malaysia dan usul mendesak penghapusan pembelajaran Sains & Matematik dalam bahasa Inggeris (PPSMI) juga tidak diberikan layanan yang adil oleh media.

v) Sebagai Parti Islam PAS tentu berhak menyuarakan pendangan tentang isu besar seperti Islam liberal yang dipromosikan oleh Sister in Islam (SIS). Usul yang disokong sebulat suara oleh perwakilan muktamar bukan mendesak SIS diharamkan secara buta tuli tetapi mendesak pihak Majlis Fatwa Kebangsaan melakukan siasatan dan hanya jika sabit kesalahan supaya SIS diharamkan. Buat makluman rakan-rakan non muslim, Islam tidak menyekat pandangan kritis tentang apa saja isu tetapi jika orang-orang Islam sendiri berpegang dan mempromosikan ideologi-ideologi tersasar yang dikaitkan dengan Islam adalah menjadi tanggungjawab PAS untuk membetulkannya . Tindakan pembetulan bukan kerana benci tetapi supaya orang Islam yang tersasar dikembalikan ke pangkal jalan atas rasa kasih PAS kepada saudara seagama.

vi) Usul ekonomi yang diluluskan oleh muktamar juga perlu dilihat dalam kerangka PAS sebagai sebuah Parti Islam. Berbeda dengan UMNO yang mempertahankan equiti 30% untuk bumiputra tanpa mengikut merit, PAS menuntut equiti 30% bumiputra dalam konteks ia mesti dilaksanakan dengan penuh ketelusan, integriti dan atas dasar merit kelayakan. PAS pula sangat konsisten menentang assobiyyah Melayu yang menjadi pegangan UMNO. Dasar Assobiyyah inilah yang sebenarnya menjadi punca ketidak adilan kepada rakyat bukan Melayu bahkan juga kepada orang-orang Melayu yang tidak menyokong UMNO.

vii) Memahami gangguan sementara yang dilontarkan kepada Pakatan Rakyat adalah agenda media yang dikuasai oleh UMNO maka semua rakan dalam Pakatan Rakyat mestilah merujuk kepada pimpinan PAS bagi apa saja kekeliruan.

viii) Pihak kami bersyukur kepada Allah kerana hubungan Pakatan Rakyat di Perak adalah ditahap yang akrab dan baik. Pakatan Rakyat masih terus menganjurkan program-program bersama bagi menuntut pembubaran DUN Perak dan memperjuangkan hak rakyat Perak. Setiap malam 4 ceramah yang melibatkan gabungan pimpinan PAS-DAP-PKR dianjurkan diseluruh Negeri.

ix) Buat masa tedekat PR Perak akan menjuarai isu pembentukan Suruhanjaya Bebas diRaja bagi menyiasat jenayah-jenayah rasuah dan sex yang UMNO/BN lakukan bagi merampas kuasa di Perak. Penjenayah-penjenayah tersebut mestilah dihukum demi keadilan.

x) Pakatan Rakyat di Perak sedang dan akan terus memperkukuhkan hubungan kerja kearah memenangi PRU ke 13 secara mutlak. Pakatan Rakyat juga sangat komitted memperjuangkan agenda politik baru Malaysia yang mementingkan perpaduan kaum dan kebajikan rakyat.

Kenyataan oleh

Dr. Hj. Khairuddin Bin Dato’ Abd. Malik

Ahli JK Majlis Tertinggi

Pakatan Rakyat Negeri Perak.

Sabtu, 13 Jun 2009

Krisis ekonomi dunia melihat statistik !

1.Dijangka 38 JUTA orang akan hilang pekerjaan di seluruh dunia dalam tahun 2009.

2.Wang yang dihantar pulang oleh pekerja-pekerja asing ke negara asal dijangka berkurangan sebanyak 15 billion USD (RM 52 billion).

3.Bilangan orang-orang membunuh diri dijangka meningkat dengan mendadak.Sebagai perbandingan bagi krisis ekonomi 1997 , peningkatan kadar membunuh diri adalah 45% di Korea Selatan , 44% di Hong Kong dan 39% di Jepun !


4.Sebanyak 4.7 billion USD (RM 15 billion) kerugian yang ditanggung oleh industeri pengangkutan udara (Airline Industry) di seluruh dunia !

5.Kadar pertumbuhan ekonomi (GDP) menurun walaupun di negara-negara maju.
CNTH : Singapura - 2007 (7.8%) , 2008 (1.1%) , 2009 (-2%)

6.Di Britain kerajaan menyediakan 147 billion USD untuk dana pinjaman di bank-bank.Di Amerika kerajaan menyediakan sejumlah 700 billion USD untuk program bailout dan sebanyak 825 billion USD untuk pakej rangsangan ekonomi.

JELAS SISTEM EKONOMI KAPITALIS YANG DIAMALKAN OLEH DUNIA HARI INI GAGAL UNTUK MENANGANI KEPERLUAN MANUSIA.
PENGALAMAN BERULANG KALI 'RECESSION' YANG BERLAKU DI SELURUH DUNIA SEPATUTNYA CUKUP MENGAJAR KITA UNTUK BERAMAL DENGAN SISTEM EKONOMI ISLAM YANG MEMERANGI RIBA , MANIPULASI DAN
EKONOMI SPEKULATIF !

Khamis, 11 Jun 2009

USUL TERGEMPAR MENUNTUT PENUBUHAN SATU SURUHANJAYA BEBAS DIRAJA BAGI MENYIASAT PENGAMBIL ALIHAN KERAJAAN PERAK YANG SAH OLEH BARISAN NASIONAL.

Bahawa muktamar PAS ke 55 yang bersidang pada hari 11-13 Jamadil Akhir 1431H bersamaan 5-7 jun 2009 yang berlangsung di Stadium Melawati Shah Alam Selangor Darul Ehsan menggesa dan mendesak Kerajaan Malaysia supaya menubuhkan satu badan siasatan bebas Suruhanjaya Di Raja bagi menyiasat angkara jahat kejatuhan Kerajaan Pakatan Rakyat Negeri Perak Darul Ridzuan pada 5/2/09. Siasatan tersebut perlulah mencari sebab dan cadangan-cadangan penyelesaian bagi menjawab perkara-perkara berikut :

i) Bagaimana sebuah Kerajaan yang sah dipilih oleh rakyat dijatuhkan dan mengenalpasti aktiviti-aktiviti jenayah yang dilakukan (jika ada) bagi menjatuhkan Kerajaan tersebut.

ii) Mengambil tindakan undang-undang bagi pihak-pihak yang dikenal pasti terlibat dengan aktiviti-aktiviti jenayah untuk menjatuhkkan Kerajaan tersebut.

iii) Mencadangkan tindakan-tindakan pembetulan bagi menghalang kejadian tersebut daripada diulang laku di mana-mana tempat atau negeri di Malaysia dimasa akan datang.


Suruhanjaya bebas Di Raja sangat perlu ditubuhkan kerana apa yang berlaku di Negeri Perak adalah tindakan-tindakan anti demokrasi yang sangat memudaratkan Negara Malaysia dan rakyat seluruhnya. Nama baik Negara tercemar, kegiatan-kegiatan ekonomi terjejas akibat hilang kepercayaan pelabur-pelabur dan keamanan / ketenteraman awam turut terjejas. Lebih memudaratkan lagi kehormatan institusi-institusi penting seperti polis, mahkamah dan Raja / Sultan juga terjejas. Tidak ada pihak yang beruntung dengan peristiwa malang tersebut kecuali penjenayah-penjenayah yang bertopengkan baju politik.

Perlembagaan Negara sebagai undang-undang tertinggi mestilah dijunjung dan undang-undang mestilah ditegakkan dengan adil tanpa memihak dan tanpa rasa takut (without fear or favour).

Pihak kami memohon supaya usul tergempar ini dibahaskan untuk diluluskan.



Dicadangkan oleh Di sokong oleh

PAS Kawasan Tambun Perak PAS Kawasan Shah Alam Selangor

Keputusan – Usul tergempar tersebut telah diluluskan dengan sebulat suara oleh para perwakilan Muktamar PAS ke 55 di Shah Alam pada 7hb Jun 2009 setelah dibahaskan.

Rabu, 10 Jun 2009

Seminggu Yang Meletihkan Tetapi Berbaloi...







1.Alhamdulillah,syukur yang tidak terhingga kerana dapat mengisi masa yang Allah kurniakan sebaik mungkin dengan aktiviti-aktiviti yang bermanfaat. Hampir tiada langsung masa yang terluang.
1/6 - 3/6 musim berkhatan dah tiba.Lebih 40 orang kanak-kanak bersunat.Ada yang steady,cool dan gentleboy tetapi ada juga yang gabra dan menangis.Biasale bebudak.Yang lima tahun tak takut dan yang 12 tahun pulak yang teroyak (menangis).

4/6 - Rawat pesakit dan sambung bersunat .....sampai 9.30 malam.Ingat nak bertolakke Shah Alam ......tup..tup.....ada pesakit minta tolong datang ke rumah (house call) di Manjoi.Balik ke rumah dah pukul 12.30 malam.

5/6 - Jam 5.30 pagi ,bertolak ke Shah Alam, solat subuh di Masjid Sengat dan sampai di Shah Alam jam 8.30 pagi. Hadir sebagai perwakilan dalam muktamar PAS ke 55 sehingga jam 6.00 petang.Bertolak pula ke Puchong,jenoh sangkut kat trafik jem pulak.Sampai di satu surau untuk kuliah magrib hingga jam 9.30 malam.Sampai hotel jam 11.00 mlm dan terpaksa pulak buat persiapan untuk ucapan dalam muktamar besoknya.Kena buat research sikit hingga pukul 2.00 pagi baru boleh masuk tidur.

6/6 - Muktamar hari kedua,diisi dengan ucapan -ucapan dari negeri-negeri dan dewan- dewan.Giliran teman jam 2.30 petang.Lepas tu jam 6.30 ptg, bertolak pulak ke Pandan Mewah. Jam 8.00 malam baru sampai kerana tersangkut dalam jem di Sg.Way kerana ada kemalangan.Kuliah magrib lagi sampai 9.30 mlm. 10.30 mlm sampai di Bangi.

7/6 - Seawal 5.30 pagi, bertolak ke surau Annur( Surau Dato Harun Din) untuk kuliah subuh. Teman jumpa ramai orang Perak di situ termasukle orang Parit dan orang Bota.Hebat surau Dato Harun Din.Pukul 9.00 pagi bertolak semula ke Shah Alam . Jam 11.00 pagi giliran teman untuk membentangkan usul tergempar , meminta suruhanjaya diraja ditubuhkan bagi menyiasat BN yang terlibat jenayah sex dan rasuah untuk menjatuhkan kerajaan pakatan rakyat di Perak.
Pukul 4.00 ptg bertolak balik ke-Ipoh,sampai jam 7.20 mlm.Pukul 8.00 mlm dah menunggu 7 orang bebudak yang nak bersunat.Selesai jam 11.40 mlm.Dah letih sangat lepas tu tidurle.

8/6 - Dari jam 9.00 pagi hingga 9.30 mlm,jaga klinik dan sambung budak bersunat 3 orang lagi. Balik ke rumah untuk makan dan solat isyak.pukul 10.30 mlm pi pulak ke markas PAS Taman Meru untuk ceramah bersama Prof.Dr Abdul Aziz Bari tentang isu krisis perlembagaan di Perak.

Lengkaple seminggu aktiviti teman yang amat meletihkan tetapi berbaloi.Doakanlah kerja-kerja teman ni jadi amal soleh yang diterima oleh Allah. Amin.....Amin....

Ahad, 7 Jun 2009

Usul tergempar gesa siasat BN Perak

- Malaysiakini -

Seorang perwakilan Perak mengemukakan usul tergempar pada hari terakhir muktamar PAS agar mendesak penubuhan suruhajaya diraja bagi menyiasat rampasan kuasa oleh BN Februari lalu di negeri itu.

Dr Khairuddin Abdul Malik, perwakilan kawasan Tambun, berkata suruhanjaya tersebut bagi menyiasat kemungkinan wujud unsur jenayah sehingga menjatuhkan kerajaan Pakatan Rakyat itu.

Beliau turut mencadangkan agar badan yang akan dibentuk itu memberi cadangan-cadangan pencegahan agar insiden tersebut tidak terjadi kepada empat lagi negeri Pakatan Rakyat.

"Kalau Umno dan BN benar, kenapa takut untuk disiasat?

"Perkara ini (kemelut Perak) lebih besar daripada kes (mata lebam) Datuk Seri Anwar Ibrahim dan (rakaman video peguam) VK Lingam sehingga ditubuhkan suruhanjaya bebas diraja.

"Kenapa tidak boleh ditubuhkan suruhajaya untuk siasat kemelut Perak," katanya.

Usul yang dibentang ini dipersetujui sebulat suara oleh perwakilan dan barisan kepemimpinan PAS.

Sementara Yang Dipertua PAS Shah Alam, Khalid Samad ketika menyokong usul tergempar ini berkata, penubuhan badan tersebut penting untuk mendedahkan "kejahatan dan keburukan" BN yang mengambilalih kuasa secara tidak berprinsip dan tidak menghormati undang-undang, termasuk undang-undang tubuh Perak sendiri.

Dalam ucapannya, Khalid juga menggesa agar kepemimpinan PAS dan perwakilan untuk mengenali pihak lawan termasuk Umno yang menghulurkan tangan untuk berdamai dengan PAS.

"Kita kena kenal lawan kita ... tetapi hakikat mereka jahat membawa kerosakan dan perpecahan kepada PAS, PKR dan Pakatan Rakyat.

"Jangan kita sebut tentang perpaduan, perundingan walaupun ada banyak persamaan kecil antara kita," katanya dengan nada marah, tegas dan bersemangat, kemudian disambut dengan laungan takbir kira-kira 2,000 hadirin, termasuk pemerhati.

"Kamu sayang kepada mereka, tetapi mereka tidak sayang kepada kamu," kata Khalid, sinis.

Beliau cuba membawa perwakilan mengingati peperangan Siffin antara Muawiyah dan Ali apabila tentera Muawiyah meletakkan al-Quran di hujung lembing sebagai jalan damai kedua-dua pihak walaupun taktik itu hanya muslihat semata-mata.

Khalid, juga ahli parlimen Shah Alam, turut menggesa perwakilan bersatu untuk memberi tekanan kepada Umno demi mencapai kemenangan dan kesatuan jamaah.

"Jangan kita lepaskan mereka (Umno), jangan berhenti asak mereka. Dan dengan asakan kita itu, kita dapat menyatukan saf jamaah dan Pakatan Rakyat," katanya.

"Kalau berhenti (mengasak) dan sentiasa menyebut perkataan perpaduan, kesatuan, berdamai (dengan Umno) maka perpecahan melanda kita".

____________________________________________________________________________________

SHAH ALAM, 7 Jun (Hrkh) - Satu usul tergempar mendesak penubuhan Suruhanjaya Bebas Diraja siasat pengambilan secara haram kerajaan Pakatan Rakyat Perak diterima sebulat suara.

Usul yang dibawa oleh PAS Kawasan Tambun, Perak itu diterima untuk dibahaskan setelah menyedari tindakan Umno/BN merampas kerajaan Pakatan Rakyat Perak merupakan perbuatan yang biadap dan tidak menghormati suara rakyat.

Perwakilan Perak, Dr Khairuddin Abdul Malik yang juga bendahari PAS Perak ketika membawakan usul tersebut menegaskan perlunya penubuhan suruhajaya tersebut bagi menyiasat perbuatan Umno/BN yang merasuah wakil rakyat bagi membolehkan kerajaan Pakatan Rakyat Perak.

"Kami mencadangkan usul tergempar ini kerana tidak mahu lagi peristiwa yang berlaku di Perak berulang dinegeri-negeri Pakatan Rakyat yang lain.

"Kerana itu kami mendesak supaya Suruhanjaya Bebas DiRaja perlu segera ditubuhkan bagi menyiasat perbuatan rampasan kuasa itu," tegas Dr Khairuddin.

Kerajaan tegas beliau perlu segera menubuhkan suruhanjya ini bagi membolehkan segala perbuatan tidak bermoral yang dilakukan untuk merampas kerajaan Pakatan Rakyat Perak dapat didedahkan kepada umum.

Usul yang dibawakan itu disokong sepenuhnya oleh PAS Kawasan Shah Alam dan juga Dewan Pemuda PAS Pusat melalui perwakilan mereka yang membahaskan usul tersebut.

Perwakilan Shah Alam, Khalid Samad yang membahaskan usul tersebut menegaskan, penubuhan suruhanjaya tersebut perlu disokong tanda penolakan terhadap Umno/BN.

Beliau juga menyeru semua perwakilan supaya tidak mudah terpedaya dengan agenda yang dimainkan Umno/BN yang cuba memerangkap dengan tawaran-tawaran yang amat menarik.

Selain Khalid, perwakilan Pemuda PAS Pusat, Ustaz Dzulkifli Ahmad juga menyokong penuh usul tergempar yang dibawa oleh PAS Kawasan Tambun dan menolak sebarang kerjasama dengan Umno.

Khamis, 4 Jun 2009

SURAT AKUAN

Pada 24/4/09 Jumaat 11.20 malam saya KHAIRUDDIN BIN DATO ABD. MALIK NO KAD PENGENALAN 600905 – 08 – 6451 BERTEMPAT DI DEWAN DATO’ AHMAD SAID SUNGAI ROKAM SAYA TELAH DIDATANGI OLEH SEORANG RAKAN LAMA.

Dihadapan 2 orang lagi yang bernama Jafri Bin Ja’affar dan Yahya Bin Ismail beliau secara berhati-hati dan sangat waspada terhadap kehadiran orang lain menyatakan perkara-perkara berikut:

i) Beliau beberapa kali telah berjumpa dengan YB Jamaluddin B. Radzi ( ADUN Behrang ) dan YB Osman B. Jailu ( ADUN Changkat Jering ) dibeberapa lokasi di Kuala Lumpur dan yang kali terakhir di Apartment mewah Duta Vista bilik 343 dan 344.

ii) Kedua-dua ADUN tersebut tinggal di apartment mewah dengan sokongan pihak-pihak tertentu.

iii) Kedua-dua ADUN tersebut mengaku dijanjikan RM 3 juta seorang sebagai ganjaran menyokong Kerajaan Barisan Nasional di Perak

iv) Kedua-dua ADUN tersebut juga dijanjikan pihak tertentu akan membantu membebaskan mereka bagi pertuduhan rasuah yang sedang mereka hadapi di mahkamah sesyen Ipoh.

v) Kedua-dua ADUN tersebut juga dijanjikan jawatan EXCO Kerajaan Negeri Perak dalam Kerajaan Barisan Nasional.

vi) Namun kedua-dua ADUN tersebut mengadu kepada beliau bahawa mereka tidak berpuas hati kerana wang RM 3 juta tidak dibayar sekaligus tetapi dalam bentuk ansuran.

vii) Kedua-dua ADUN tersebut juga menjelaskan tindakan mereka menyokong Barisan Nasional adalah kerana pada tanggapan mereka Kerajaan Pakatan Rakyat dan khususnya Dato’ Sri Nizar B. Jamaluddin telah membelakangkan kepentingan orang-orang Melayu.

viii) Kedua-dua ADUN tersebut mendakwa tidak dihubungi oleh Dato’ Sri Mohd Nizar Bin Jamaluddin sepanjang tempoh kehilangan mereka. Tetapi mengaku cuba dihubungi beberapa kali oleh Dato Seri Anwar Ibrahim , Penasihat PKR.

ix) Beliau juga memberi maklumat antara personaliti VIP yang pernah mengunjungi kedua-dua ADUN tersebut adalah YB Hamidah ADUN Sg. Rapat merangkap Exco kanan Kerajaan Negeri Perak.

Selasa, 2 Jun 2009

Intisari ucapan Dr.Khairuddin selaku Pengarah Konvensyen PAS Perak 09

1.Pas Perak pada hari ini mengadakan konvensyen kali ke - 14.Bertemakan "kecemerlangan dakwah teras kemenangan".Setelah peristiwa hitam 6/2 (Black Friday) , kelihatan kita kelihatan kehilangan / terlepas kemenangan /gagal mengekalkan mengekalkan kemenangan".Pada tahun ini kita bercakap pula tentang langkah-langkah strategik mencari kemenangan melalui dakwah.Benarkah kita sedang menanggung kekalahan ?

2.Tidak tepat untuk kita mendefinasikan kemenangan hanya dalam pengertian menjadi kerajaan ataupun menjadi pembangkang itu sebagai satu kekalahan.Mengambil kira indikator-indikator tambahan (nilai tambah dalam perjuangan kita) PAS Perak sebenarnya sudah jauh kehadapan dalam meraih sokongan rakyat , dalam meluaskan jaringan sokongan , dalam kemampuan pengurusan organisasi dan dalam menyedarkan rakyat tentang kesyumulan perjuangan kita.

3.Ramai orang berkata apa yang PAS Perak / Pakatan Rakyat Perak hadapi dalam 14 bulan yang lepas adalah pengalaman jihad , pengalaman dakwah , pengalaman tahalluf dan latihan / ujian kepimpinan yang tidak pernah dihadapi oleh mana - mana organisasi PAS di negeri - negeri lain.Pengalaman Perak membuka "FLOODGATE" kepada kesedaran politik baru di seluruh Malaysia - politik berperinsip , politik saling hormat - menghormati antara kaum , politik berdasarkan nilai - nilai tinggi agama.Politik samseng / assobiyah cap BN semakin tersisih dan dibenci oleh rakyat.Bukankah ini bukti kemenangan ?

4.Namun disebalik kejadian tersebut masih juga PAS Perak masih terbelenggu dengan psikologi "Kenapa orang Melayu lambat / sukar menerima dakwah PAS tetapi masa yang sama orang bukan melayu lebih terbuka memberikan sokongan kepada PAS".Apa yang tidak kena / dimana silap atau kekurangan gerakkerja kita ? Sepatutnya kemungkinan - kemungkinan berikut perlu difikirkan.

i) Dakwah kita hebat tetapi dakyah musuh (UMNO/BN) lebih hebat lagi.
atau ii) Dakwah kita hebat dari segi komitmen tetapi tumpul dari segi strateginya.
atau iii) Dakwah kita tidak pelbagai dan tidak kreatif / tidak 'customer design' / 'tailor made'.
atau iv) Dakwah kita tidak 'research based' / hujjah kita tidak 'factual'.
atau v) Dakwh kita 'outreach'nya tidak menyeluruh / menggunakan kaedah komunikasi yang tidak tepat.
atau vi) Dakwah kita sememangnya lemah dan sifatnya bermusim.
atau vii)Memang kita tidak berdakwah tetapi sekadar memainkan isu - isu politik yang dilontarkan kepada kita.

5.Tentu tidak mudah untuk mencari jawapan yang pasti.Mungkin faktornya pelbagai (multifactorial) dan bertindih (overlapped).Namun yang penting kita mesti mula memikir , merancang dan berani mencuba kaedah -kaedah , pendekatan - pendekatan baru yang tentunya mesti berlatar dan berdasar kepada ilmu , kajian - kajian dan pengalaman rakan - rakan gerakan Islam di dalam dan luar negara.