Sedih dan terharu dengan kehilangan nyawa ramai petugas keselamatan negara dalam pertempuran dengan penceroboh Muslim Filipina di Sabah.Semoga roh2 mereka ditempatkan bersama golongan beriman.Bagi keluarga yang kehilangan suami,bapa dan anak tersayang bersabarlah.
Untuk kerajaan yang kononnya "terbaik dan dicontohi oleh negara lain" RAKYAT nak tanya beberapa soalan:
1.Pemberian kerakyatan kepada warga asing hanya kerana survival politik UMNO sudah terbukti menyulitkan kawalan keselamatan negara. Berapa ramai rakyat Filipina yang berkampung di Sabah kini? Dimana kesetiaan mereka dalam krisis Sabah-Sulu sebegini?
2. Mungkinkah rakyat Filipina yang diberikan kerakyatan di Sabah adalah sepeerti kisah Trojan di Spartan dahulu. Maknanya didalam pun sudah sedia ada musuh menceroboh?
3. Kenapa bantuan tentera Malaysia tidak digembeling lebih awal. Samada polis atau tentera adalah teknikal tetapi Membiarkan Polis sebagai barisan pertama tanpa penglibatan tentera lebih awal aalah tindakan 'bunuh diri'. Apa jawapan kepada kelewatan membuat keputusan?
4. Dimaklumkan pihak yang berwibawa di Filipina, pencerobohan ini telah dirancang sejak bulan Julai 2012 lagi. Apa jawapan kepada kegagalan risik kerajaan Malaysia.
5. Berapa banyak lagi kambing-kambing hitam (scapegoats) yang kerajaan UMNO/BN nak tuding sebelum bersedia mengakui kelemahan sendiri menjaga keselamatan dan kedaulatan negara?
Bagi rakyat Malaysiayang bakal membuang undi dalam masa terdekat PRU 13 nanti, isu pemberian kerakyatan kepada pendatang asing secara sembrono bagi kepentingan politik UMNO/BN sepatutnya dijadikan isu utama penolakan rakyat kepada UMNO/BN. Cukup! Jangan rela digigit ular yang sama berkali2. Wallahu a'lam.

Risikan gagal memintas maklumat dari luar sbb perisik sibuk ikut bontot parti politik Pembangkang dan melaporkan keadaan keselamatan Parti pemerintah utk terus berkuasa..Itu lah jadinya bila perisik tentera dan polis digunakan bkn pd tempat yg sepatutnya..
BalasPadamMahathirlah pembawa trojan Horse dgn projek I/c bodohnya tu dan patut didakwa sebagai pengkhianat negara krn menyebabkan keadaan tidak aman di Sabah..
Malaysia guna Polis supaya sbb sebenar kedatangan tentera Sulu tidak dpt dibongkarkan krn pendakwaan keatas penceroboh dpt dilakukan dibawah undang2 KDN..Kalo guna tentera,Tentera Sultan Sulu akan dibicarakan menurut undang2 antarabangsa Geneva dan akan terbongkarlah punca sbnr kedatangan Tentera Sulu ke sini..
Inlah hadiah dan nikmat yg kita perolehi hasil dari tangan2 kotor pengkhianat negara yg hanya memikirkan kelansungan utk berkuasa lalu mencaturkan org2 yg sbnrnya sukar utk mereka kawal dan kini kesannya sudah kelihatan..
Undilah lg mereka yaaaaaaa!!!!!
Dasar pecah dan perintah, dipelajari dari agen CIA. 1986, PBS + USNO tewaskan parti berjaya (BN).Berlaku huru-hara 48 hari termasuk perintah berkurung 30 hari.Berlaku letupan bom dan tembakan disana-sini.Masjid dibakar atau diconteng dgn lambang salib oleh pendatang dari pulau Gaya. Kemudian datanglah penyelamat Mamak Mahathir, menyatukan semula dgn pemimpin2 parti pembangkang tadi lompat menyertai BN. Diwar2kan kalau tak masuk BN habislah Sabah diserang oleh Philipina, Msia tak boleh tolong. 1990-1995, Sabah ,IC projek diberikan kpd PATI Sulu apabila BN mula goyang dan utk jamin kemenangan, kerja khianat ini dilakukan. Pati sepatutnya dibawah UNCR, bukan diserap jadi warga Msia. Mereka boleh dipindahkan ke negara ke 3, sprt vietnam di pulau Bidong.
BalasPadamMalaysia perlu meminda undang2 pemberian kerakyatan,dan undang2 tanah/hartanah, utk menjamin rakyat Msia terutama org Melayu supaya tidak jadi pelarian di negara sendiri/ mengemis. Org Melayu yg lemah ekonominya mudah menjual tanah kpd bangsa lain, utk kelangsungan hidup.Di Sabah PATI telah diberi tanah, tapi penduduk peribumi masih tak ada tanah. Di Selatan Johor, warga Spura membeli rumah banglo dan rumah mewah yg harganya RM 700,000 ke atas. Org Melayu tentunya tidak mampu beli. Mata wang mereka 3x ganda tinggi nilainya. Tambahan lagi ada laluan ke dua, mudah mereka keluar masuk. Kalau dibiarkan ,nanti akan jadi sprt di Sabah, dipenuhi warga seberang tambak. Jika ada undang2 tanah yg melarang pemilikan oleh warga asing, maka agen2 perumahan tidak boleh buat promosi di Negara mereka utk beli rumah di Msia. Bezanya, di Sabah menceroboh, di Selatan Johor melalui undang2. Pemimpin kena peka hal2 yg dianggap remeh, tapi besar kesannya kemudian hari.
BalasPadamUntuk mengatasi kebanjiran pendatang asing: 1. Bina pusat2 latihan industri ,binaan, dsbnya utk memberi latihan dan pekerjaan kpd rakyat tempatan, supaya tidak bergantung kpd warga asing. 2.Batalkan/tarik balik lesen pengambilan warga asing. Rakyat tempatan perlu diberikan asrama/ tmpt tinggal sebagaimana rakyat asing dapat,jika tmpt tinggal jauh dari rumah. Warga asing dapat keistimewaan ini, ditanggung oleh m ajikan. 3.Pinda undang2 kerakyatan, tempoh tinggal di Msia dipanjangkan. Buat tapisan dan syarat2 yg ketat. 4 Pendatang haram dikenakan hukum sebatan spt di Spura, dan dihantar pulang dlm tempoh 24 jam. Di US pendatang Mexcico dipenjara 30 thn. 5. Agen2 dan penerima rasuah yg memboloskan pendatang asing dikenakan hukuman yg berat (di Spura dipecat,muka ditayangkan ditv,dipenjarakan). Jika kita hendak jaga kedaulatan bangsa dan negara ,semua patuh kpd undang2, tak ada beza jerung dgn bilis.
BalasPadam