Tarikh 090711 telah berlalu dengan meninggalkan kenangan pahit dan manis.Pahit kerana tuntutan rakyat secara aman untuk mendapat sistem dan pelaksanaan pilihanraya yang telus dan adil dinegara tercinta ini telah ditolak mentah2 oleh kerajaan UMNO-BN yang semakin hari semakin zalim dan angkuh.Rakyat yang berhimpun secara aman telah difitnah dengan tuduhan2 berat seperti "pengkhianat agama" dan dikasari.
Dalam himpunan semalam rakyat dipukul, dipijak, diherdik dan ditembak gas pemedih mata. Saya sendiri dipukul dibahagian leher sambil dicaci oleh seorang polis berbadan sasa dengan ungkapan "haram jadah". Seorang muslimat telah ditendang, digari dan diludah mukanya oleh polis yang kononnya beramal dengan maxim:betul,cekap dan mesra. Pemimpin2 UMNO dizaman Najib seperti orang yang telah mati hatinya dan enggan melakukan reformasi pilihanraya walaupun seluruh negara-negara
Asean telahpun memperbaiki sistem dan pelaksanaan pilihan raya masing2.Manis kerana rakyat Malaysia pelbagai kaum telah membuang rasa takut mereka demi menuntut keadilan dalam pilihan raya.Tahniah rakyat Malaysia.Namun saya menyeru seluruh rakyat supaya terus berdoa agar ALLAH memudahkan tugas besar ini.Saya perturunkan salah satu doa yang diamalkan oleh Rasulullah SAW.
'Ya Allah, Ya Tuhanku.Barangsiapa yang mengurus sesuatu urusan umatku lalu ia menyusahkan mereka, maka balaslah ia dengan kesusahan.Dan barangsiapa yang memudahkan,maka mudahkanlah urusannya'
Tiada ulasan:
Catat Ulasan