Assalamualaikum ..
Alhamdulillah Wassalatu wassalamu ala rasulillah .
Pada hari bersejarah ini iaitu 12 Rabiul Awwal 1433 H sebaiknya mengingatkan kita kira-kira 1486 tahun yang lepas iaitu 53 tahun sebelum peristiwa Hijratur Rasul telah lahir seorang insan yang paling dicintai Allah , Insan yang menjadi penghulu dan penutup kepada para Rasul . Insan ini juga diakui Allah dengan gelaran “Rahmat Kepada Seluruh Alam” dan dibekalkan dengan al-Quran sebuah kitab suci yang mengandungi firman-firman Allah guna diikuti dan diamalkan oleh manusia sehingga ke akhir zaman . Bagaimana sepatutnya dan sewajarnya kita meningkatkan iktibar terhadap peristiwa kelahiran Rasulullah ini ? Sesungguhnya Muhammad adalah manusia biasa yang seperti juga kita , makan , minum , sakit , berumah tangga dan akhirnya meniggal dunia . Bezanya Nabi Muhammad berbanding manusia lain adalah cinta dan ketaatannya yang tidak ada tolok bandingnya kepada Allah Penciptanya . Bahkan setelah dijanjikan Syurga dan diberikan bantuan terus oleh Allah dalam apa sahaja missi dan tugaannya , Rasulullah tidak pernah melaksanakan apa-apa tugasan tanpa perancangan strategik , syura , komitmen yang tinggi , kerja berpasukan dan doa pengaduan dan doa kesyukuran kepada Allah . Semuanya dilakukan sebagaimana acuan yang dikehendaki Allah (Sibghatullah) tanpa keluhan atau bantahan . Rasulullah adalah pencetus islah terhebat dan terulung dalam sejarah manusia . Generasi jahiliyyah di zamannya yang tidak mengenal tuhan menyembah berhala dan saling berbunuh-bunuhan mampu ditranformasikan menjadi generasi manusia yang sangat taat beribadat kepada Allah , bersaudara seintimnya dan bekorban apa sahaja untuk Islam dan akhirnya mampu menundukkan 2 kuasa besar dunia . Fenomena ini berlaku sesingkat 23 tahun . Kenapa ? Bandingkan negara kita Malaysia yang merdeka 55 tahun dibawah pentadbiran UMNO , Barisan Nasional . Masih terlalu ramai yang menyembah Berhala , masih terlalu ramai yang fakir dan miskin dan ketegangan kaum masih terus membara . Yang kaya terus menggemukkan kantong duit dan membuncitkan perut , tetapi yang miskin sekadar cukup makan sekali sehari dan hidup melarat . Jawapannya mudah . Islam hanya sekadar slogan dan jenama untuk sokongan politik . Rasulullah sekadar diingati setahun sekali lewat himpunan dan perarakan di Putrajaya yang tanpa Roh . Namun ajaran Rasulullah tentang iman ,Islam , Ikhsan , Taqwa dan Jihad tidak dihiraukan . Rasulullah dipuji sekadar dibibir tetapi tidak dijadikan sebagai ikutan tauladan . Bukankah dalam al-Quran Allah berfirman : “Laqod kana lakum fi Rasulillahi uswatun hasanah” yang bermaksud sesungguh untuk kamu pada diri Rasulullah itu contoh ikutan yang terbaik . Sempena Maulidur Rasul tahun ini marilah kita membina keyakinan dan iltizam baru dalam memahami hubungan istimewa kita dengan Rasulullah . Bahawa Rasulullah adalah suri tauladan yang terbaik yang wajib dipatuhi dan dicontohi dalam segala espek kehidupan . Itulah makna sebenar kecintaan kita kepada Allah dan Rasul . Marilah kita bergerak bersama dalam Jamaah Islam seperti PAS kerana berjuang dalam jemaah itu membawa rahmat . Tolak Assobiyah Melayu kerajaan UMNO dan pastikan kezaliman ditumpaskan dan kemenangan Islam tercapai dalam masa yang terdekat .
ALLAHU AKBAR !! ALLAHU AKBAR !! ALLAHU AKBAR !!!
Perutusan Maulidur Rasul daripada Dr. Khairuddin YDP Pas kawasan Tambun . Daripada Solo Indonesia .
Tiada ulasan:
Catat Ulasan