sekadar renungan bersama..

Rabu, 28 November 2012

Cerita sebenar Deepak Jaikishan kawan Rosmah

Cerita sebenar Deepak Jaikishan kawan Rosmah


KUALA LUMPUR: Berikutan pengakuan bekas rakan karib Datin Seri Rosmah Mansor, Deepak Jaikishan, Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) mendesak kes pembunuhan wanita Monggolia Altantuya Shariibuu dibuka semula.

Ini kerana, pengakuan bersumpah (SD) P balasubramaniam yang kedua telah tidak sah apabila dipengaruhi oleh keluarga Datuk Seri Najib Razak.

"Merujuk kepada laporan Harakah(daily) mengenai pengakuan Deepak Jaikishan yang membantu keluarga DS Najib Razak untuk memujuk penyiasat bebas P. Balasubramaniam (PI Bala) menukar akuan bersumpahnya, menjadi bukti bahawa akuan bersumpah kedua PI Bala jatuh tidak sah.

"Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) mendesak kes pembunuhan wanita Monggolia Altantuya Sharibuu dibuka semula dengan mengambil kira akuan bersumpah pertama PI Bala, setelah akuan bersumpah kedua PI Bala didapati telah dipengaruhi oleh keluarga Najib Razak," kata Pengerusi SAMM, Badrul Hisham Shahrin atau Cikgu Bard.

Beliau dipercayai mengulas laporan Harakahdaily semalam yang melaporkan kenyataan Deepak Jaikishan yang menyebut beliau terlibat dalam SD PI Bala yang kedua.

Bagi che'GuBard, berikutan tindakan PI Bala mengubah pengakuan bersumpah, Deepak sendiri mengaku ia dilakukan demi menolong keluarga Najib Razak, ini bukti yang cukup untuk memanggil Najib ke kandang saksi.

Bagi beliau, pengakuan bersumpah PI Bala yang pertama yang menyebut keterlibatan Najib Razak dalam kes pembunuhan Altantuya wajib dirujuk.

SAMM juga, katanya, melihat kes pembunuhan Altantuya menerbitkan sudut persoalan yang pelbagai, apatah lagi ia berkait rapat dengan skandal Scorpene yang disifatkan sebagai ‘bapak’ kepada semua kes jenayah di Malaysia.


"Skandal pembunuhan Altantuya dan skandal pembelian kapal selam Scorpene yang terkait ini harus dirungkai dan rakyat harus tahu," katanya.

Menurut beliau, demi memastikan rakyat celik dalam isu ini, pelbagai usaha dilakukan oleh SAMM termasuklah jelajah sesi taklimat penerangan di setiap negeri, ceramah pencerahan dan SAMM juga akan melancarkan buku bertajuk ‘Antara Dua Razak, Dua Scorpene dan Satu Mongolia’ pada bulan hadapan.

Sehubungan itu, SAMM menyeru supaya rakyat menolak kepimpinan Najib Razak yang tercalit skandal Altantuya dan Scorpene.

"Hanya selepas BN ditumbangkan barulah kebenaran akan terungkai kerana ketika itu tiada lagi imuniti undang-undang terhadap VIP dan VVIP negara," katanya.
:HarakahDaily:

2 ulasan:

  1. akibat lontaran awal yang saya buat di muktamar PAS pada 18 November lepas, rentetan pengakuan Deepak mengenai hubungannya dengan keluarga PM Najib sudah mula berhasil. Deepak mengaku diminta untuk membantu keluarga Najib membersihkan nama Najib dan Rosmah dalam kes Altantuya.Namun hari cerah tidak sampai kepetang apabila hubungan Najib dengan Deepak sudah mula bermasaalah..perniagaan Deepak kini diganggu dan Deepak disisihkan.Namun Najib masih ada Kenneth Iswaran..Orang Melayu berfikirlah.

    BalasPadam
  2. Untuk makluman lanjut baca harakah daily mengenai temubual Deepak dengan wartawan mendedahkan isu siapa Deepak dan kaitan beliau dengan keluarga Najib.

    BalasPadam