sekadar renungan bersama..

Ahad, 26 Jun 2011

berserabutnya 2 sepupu najib dan hishamuddin.

Tangkapan demi tangkapan telah dibuat sejak semalam keatas berpuluh2 rakyat malaysia yang patriotik...di KL,Shah Alam dan Pinang. "kesalahannya" kerana mempamerkan hasrat mereka untuk menghadiri himpunan Bersih 2.0 pada 9hb Julai ini di ibu negara. Nak tuntut demokrasi yang telus dan pilihanraya bebas dan telus pun dianggap penjenayah.

Lebih malang lagi apabila rakan saya MP Sg Siput Dr Jeyakumar dan satu bas ahli2 PSM dari Perak akan didakwa dgn satu tuduhan "gila"...merancang melakukan peperangan keatas YDP Agong, yg bolih dipenjara sehingga 20 tahun. Nampak sangat ketakutan mereka kepada suara rakyat.

Pemimpin2 UMNO nampaknya mengulangi tindakan2 yang biasa dilakukan oleh diktator2 sezaman dengannya disaat2 kejatuhan mereka. Najib dan Hishamuddin jelas tidak mengambil iktibar daripada sejarah. Janganlah 'intimidate' rakyat kerana tanpa rakyat siapalah kamu berdua. Yang pasti rakyat dah mual dan muak diperintah cara sekarang.

Terserah UMNO berubah atau rakyat akan merubah lanskap politik negara tercinta ini. Rakyat juga sedar kini kenapa Najib memilih Hishamuddin sepupunya untuk jadi menteri KDN. Kerana yang berserabut akan melindungi keserabutan sepupunya.

1 ulasan:

  1. dah memang dari keturunan nya dah begitu... itupun tak bersyukur dgn nikmat yg Allah kurniakan... kalaulah ditakdirkan mak-bapak mereka berdua tak berpangkat agaknya, depa dua2 tu lagi teruk dari mat rempit... nengok muka pun dah tau tak berapa nak cerdik...

    BalasPadam