sekadar renungan bersama..

Rabu, 28 November 2012

Mahathir mengabsahkan kejahilan beliau

Sungguh ironis membaca kenyataan mantan PM, Dr mahathir pada 26  November lepas mengenai sikap rakyat Malaysia yang dianggap tidak berterima kasih kepada kerajaan UMNO/BN yang bagi beliau sudah melakukan segala galanya kepada rakyat.Ungkapan beliau berbunyi : "Apa lagi yang rakyat hendak? Kerajaan BN telah melakukan pelbagai reformasi untuk membantu rakyat dalam pelbagai urusan..hapuskan ISA dan menggubal undang-undang himpunan aman.Bahkan kerajaan membantu kewangan gereja.Dahulu tarian naga dan tarian singa tak dibenarkan tetapi kini semua boleh.."

Penulis berasa sedih kerana dihujung usia, beliau masih sangat jahil mengenai maqasid pemerintahan dalam Islam.Dalam blog kejahilan seperti itu turut dikongsi rakan-rakan sejahil beliau.Contohnya seorang pengulas memberikan respon bahawa Pakatan Rakyat nak menjatuhkan BN kerana pemimpin-pemimpin PAS dan DAP berebut-rebut nak jadi menteri.


Samada Dr Mahathir tidak pernah berjumpa ayat-ayat Al Quran mengenai pemerintahan ataupun pernah jumpa tetapi nak terus berdegil dengan pemikiran UMNOISME beliau.Kajilah satu ayat yang sangat terkenal mengenai tugasan pemerintahan dalam Islam ia itu ayat 41 surah Al Hajj.

Ayat tersebut yang bermaksud "orang-orang yang Kami berikan kekuasaan dimuka bumi, mereka menegakkan solat dan melaksanakan zakat,dan mengarahkan maaruf , mereka menentang kemungkaran dan kepada Allah dikembalikan segala urusan". Sangat jelas missi yang digariskan dan sangat mudah memahaminya.Semua agenda-agenda besar belaka.

Ayat tersebut membawa maksud, pemerintah dalam sesebuah negara berkewajiban mendidik rakyat supaya menjadi rakyat yang soleh, menjaga kemaslahatan ekonomi rakyat dengan adil dan mengangkat agenda pemerintahan menuju negara baik dan mendapat keampunan Allah dengan melakukan amar maaruf dan nahi mungkar. Yang juga sangat penting pemerintah Islam wajib beriman kental dengan mengembalikan apa sahaja urusan besar atau kecil kepada Allah melalui AlQuran.

Inilah kegagalan kerajaan UMNO-BN, gagal mementadbir negara dengan missi Al Quran.Segala-galanya berpunca dari sini.Berleluasanya rasuah, pembaziran berskala syaitan,merebaknya industri judi,arak dan amalan sistem ekonomi riba, amalan kronisma yang menjengkelkan rakyat dan pelbagai lagi adalah bukti dan testimoni hidup jauhnya pemimpin UMNO-BN daripada panduan Al Quran.Nah inilah yang menjadi sebab besar kenapa kerajaan UMNO-BN wajib diganti.

Tidak juga menghairankan kegagalan UMNO-BN tersebut lantaran jahilnya mereka tentang agama.Isu tarian naga dan tarian singa langsung tida timbul.Disaat isyarat kejatuhan UMNO/BN sudah jelas terpampang, belum juga Dr Mahathir dan anak-anak didikan politiknya memahami kehendak dan sentimen  rakyat untuk berubah..Memalukan apabila rakyat berbincang tentang rasuah bernilai billioon ringgit tetepi Dr Mahathir bercakap mengenai tarian singa!

Rakyat Melayu boleh percaya satu parti yang pemimpin-pemimpinnya tidak mengetahui misi Al Quran tentang pemerintahan boleh berjaya menyelamatkan rakyat dan negara ini? Sebagai analogi  bolehkah seorang mekanik membaiki kereta yang rosak jika dia jahil tentang manual kereta yang dia baiki? Itulah UMNO yang disayangi oleh 'orang-orang Melayu"...penuh dengan kejahilan. 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan