Jumaat, 14 Ogos 2009
Assobiyah & UMNO bagai isi dengan kuku !
Itulah hujjah UMNO yang dijaja keseluruh antara negara.
Apa buktinya ?
2.Pertama : Orang Cina menjadi Ketua Menteri di Pulau Pinang dan orang India menjadi speaker di DUN Perak.Dalam Tahalluf siasi PAS & Pakatan Rakyat kesemuanya Cina menguasai.
3.Kedua : Orang2 Cina & India kononnya kerap mengeluarkan kenyataan2 & tuntuntan2 bersifat perkauman.Ada yang meminta tanah untuk sekolah2 persendirian Cina , minta tanah untuk kuil Hindu.Karpal Singh pula dimaki oleh pemuda2 UMNO kerana bercadang nak bawa Sultan ke Mahkamah atas isu krisis Perak.
4.Ketiga : Orang2 Cina dah melampau kerana mencabar institusi2 kerajaan seperti SPRM (Suruhanjaya Pencegah Rasuah Malaysia) dalam isu kematian Teoh Beng Hock , mencabar Polis dalam isu2 kematian tahanan reman seperti Kugan.Secara tak langsung juga mencabar Melayu kerana pegawai2 Kerajaan ramai Melayu.
5.Keempat : Orang2 Cina khususnya pemimpin2 DAP sudah berulang kali membuat kenyataan2 yang bersifat anti-Islam.
Contoh2 seperti isu azan (Theresa Kok), isu tuntutan menghalalkan anak luar nikah Teoh Beng Hock (Anthony Lock Ketua Pemuda DAP) dan lain2.
6.Kelima : Sejak adanya Pakatan Rakyat khususnya di Perak DAP dikatakan mencabar Islam kerana dalam portfolio EXCO kerajaan diwujudkan satu portfolio yang dinamakan Hal Ehwal Bukan Islam.Masa UMNO/BN dulu tak ada.Maknanya orang bukan Islam dah naik tocang kerana wujudnya portfolio baru !
7.Keenam : Apabila ada EXCO kerajaan PR Selangor dan DAP membantah tindakan merampas botol2 arak dari premis tertentu di Shah Alam , lantas DAP dituduh tidak menghormati perasaan orang2 Islam & menghina peraturan2 syariat yang ada.Secara sinis PAS yang bertegas meminta jualan minuman keras dikawal penjualannya pula dipersenda dan tuduh menjadi alat DAP.Lantas PAS dituduh lebih pentingkan hubungan PR daripada Islam itu sendiri !
8.Tidak sukar untuk menolak kempen kotor & hujjah dangkal UMNO.Assobiyah mana ada rasional.Bagai meludah kelangit akan tepercik kemuka sendiri.
Saya akan jawab dalam bentuk soalan2 yang terjawab sendiri jika anda jujur kepada diri sendiri.
Soalan !!
1)Lim Guan Eng Cina , Tan Sri Koh Tsu Koon bangsa apa ? Jawa ?
2)Sivakumar speaker PR bangsa India , adakah Ganesan speaker haram pilihan UMNO bangsa Melayu ?
3)Siapa yang menerajui kerajaan Pulau Pinang selama 52 tahun & membiarkan Melayu miskin dan terpinggir ? Apa UMNO buat ?
4)Mengapa kerajaan Dr Zambry kudeta melantik Dr Mah (EXCO dari MCA) untuk mengetuai portfolio Hal Ehwal bukan Islam ? Masa PR memerintah , UMNO maki DS Nizar kerana lantik Dato' Ngeh pegang portfolio tersebut.'Kata Dulang , Paku Serpih , Kata Orang Dia Yang Lebih'
5)Kalau bagi tanah kepada sekolah2 swasta Cina , menggadai Melayu.Apakah bagi 22,000 ekar tanah kepada tauke KLK (Cina KL) membela Melayu ? Bagi Pangkor Laut kepada Tauke bela India muslim ke ?
6)Apa macam bila kerajaan UMNO/BN Perak dalam tahun 2003 arahkan azan di masjid Negeri di perlahankan bagi majlis pesta tahun baru Cina di Padang Ipoh ?
7)Bila Dato' Najib cakap "hudud akan menyebabkan huru-hara dan tanpa hudud negara2 lain boleh maju" adakah tidak hina Islam ? Pernahkah Najib tarik balik kenyataan tersebut ? DAP jahil tentang Islam kerana fitnah UMNO terhadap Islam.
8)PAS jadi alat DAP kerana perjuangkan sekatan penjualan arak di tempat2 majoriti Islam di Selangor ? DAP tu majoriti kafir tapi tak pernah lulus kilang arak atau lulus lesin judi.Dengan DAP pun UMNO kalah hujjah , baik tak payah hujjah dengan PAS !!
Ahad, 9 Ogos 2009
Oh! Melayu,yang penting adalah wasiat Rasulullah.
KUALA LUMPUR, 8 Ogos (Hrkh) - Hentikan penglipurlara mengenai tujuh wasiat raja-raja Melayu selagi tidak ada keberanian menuntut institusi-institusi Melayu dibebaskan dari kekuasaan Perdana Menteri, tegas Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar.
"Membangkitkan perkara itu hanya menjadi bahan gelak ketawa sahaja jika tidak berani bersuara sepatah pun supaya institusi-institusi Melayu dibebaskan dari kekuasaan Perdana Menteri.
"Kalau benar mahu menghentikan rasa tidak puas hati orang-orang Melayu, tuntut supaya peneraju-peneraju institusi-institusi yang dilihat sebagai institusi orang-orang Melayu seperti Mara, Tabung Haji dan Amanah Saham Bumiputera dilantik sendiri oleh Yang di-Pertuan Agong dan bertanggungjawab secara langsung kepada Jawatankuasa Parlimen," katanya.
Pihak yang membangkitkan penglipurlara tersebut hakikatnya melakukan kerja sia-sia kerana setelah 52 tahun Umno menerajui pemerintahan negara ini, kata Mahfuz, ketujuh-tujuh wasiat tersebut telah dicabuli habis-habisan.
"Hanya Rejimen Askar Melayu sahaja yang boleh dianggap masih berbaki ciri-ciri asal," kata Ahli Parlimen Pokok Sena.
Menurut beliau, Islam yang diisytiharkan sebagai agama persekutuan pun diperlecehkan.
"Siapa boleh melupakan kenyataan (Perdana Menteri yang juga Presiden Umno, Datuk Seri) Najib (Tun Razak) terhadap Islam?" kata Mahfuz.
Menurut beliau, pada 20 April 1983, Najib memberitahu wartawan bahawa "negara akan huru-hara sekiranya undang-undang Islam dilaksanakan".
Selepas itu, katanya lagi, pada 20 April 1992, Najib sekali lagi memberitahu wartawan bahawa "kerajaan Kelantan harus dipertanggungjawabkan jika berlaku huru-hara, ketidakstabilan politik, perpecahan di kalangan umat Islam dan kegelisahan rakyat apabila hukum hudud dilaksanakan di negeri itu.
"Rakyat harus menyoal perlaksanaan hukum itu menguntungkan atau menyebabkan perpecahan, pertentangan dan ketidakstabilan politik.
"Tidak semua negara Islam mengamalkan hukum hudud bahkan ada negara Islam lebih makmur tanpa hukum itu".
Mahfuz mengingatkan, kalau ajaran Islam yang paling tinggi di hati orang-orang Melayu pun dihina, tidak perlu ada sebarang percubaan untuk membuai orang-orang Melayu dengan isu-isu tanah rezab Melayu, Bahasa Melayu dan kedudukan istimewa orang Melayu.
"Tidak sedarkah pihak berkenaan bahawa di bawah pemerintahan Umno selama 52 tahun hampir 44 peratus tanah rezab Melayu telah pupus di mana tiga juta hektar tanah rezab Melayu pada tahun 1957 mengecil menjadi 1.7 juta hektar pada tahun 1995?
"Itu belum lagi kita bangkitkan hartanah orang-orang Melayu yang pupus teruk terutama di kawasan bandar," katanya.
Kepada Mahfuz, tindakan membangkitkan perkara itu tidak lebih dari sekadar mengulang-ulang harapan palsu kepada orang-orang Melayu.
"Lebih baik bercakap tentang gerakan bersama untuk menuntut usaha intensif bagi mewujudkan pusat-pusat pengajian termasuk pusat-pusat tinggi kepada orang-orang Melayu," katanya._
Komen saya.
7 wasiat untuk orang Melayu yang di titahkan oleh DYTM Raja Nazrin Shah dah terlambat,yang patut menghayati wasiat tersebut adalah UMNO kerana mereka yang berkuasa.Rakyat akan ikut saja.Sepatah kata Saidina Umar Al-khatab "agama rakyat adalah agama pemimpin",maknanya kalau pemimpin(Raja,menteri-menteri,pegawai2 kerajaan tinggi) baik,rakyat khususnya orang Melayu akan turut menjadi baik.Apa yang penting bagi orang Melayu adalah ikut wasiat Rasulullah iaitu berpeganglah kepada Al-quran dan As-sunnah,dunia selamat akhirat pun selamat.
Jumaat, 7 Ogos 2009
Hidup Itu Perjuangan - Tidak Terkecuali Sesiapapun
i. Kenapa UMNO tidak pernah dipertanggungjawabkan tentang ratusan ribu tanah2 rizab Melayu yang tergadai tanpa ditebus.Kecuali diKelantan dan Terengganu UMNO adalah broker utama aktiviti penghapusan tanah2 rizab Melayu.Apa tindakan Raja2 Melayu yang boleh dikatakan berkesan ?
ii. Apabila peruntukan2 biasiswa anak Melayu semakin dipupuskan.Apa tindakan proaktif baginda Raja2 Melayu ?
iii. Apabila UMNO memperjudikan usaha2 memartabatkan Bahasa Melayu seperti dasar PPSMI tempoh hari , Apa usaha-usaha pembelaan Raja2 Melayu??Takkan hanya rakyat marhaen dan sasterawan yang berjuang berhadapan dengan polis yang diperalat oleh UMNO.
v. Yang paling ironis , apabila rampasan kuasa UMNO/BN di Perak 5/2/09 melalui penculikan , ugutan , sex dan rasuah.Bahkan pemberian rasuah oleh UMNO untuk membeli Jamaluddin/Osman/Hee.Apabila badut2 tersebut dibawa mengadap DYMM Sultan Perak dan DYTM Raja Muda , kenapa Raja Melayu tersebut tidak menggunakan 'investigative mind'.
vi. Logik apa bagi 2 Exco kerajaan negeri dihilangkan selama seminggu dan tiba-tiba muncul di bawah pengaruh Dato' Najib dan diraikan bersama 'kemenangan' tersebut oleh Tengku Wong seorang jutawan cina yang licik.Dalam konteks tersebut nampak Dr.Mahathir lebih cerdik apabila beliau berkata :"dengan mengambil orang yang terlibat dengan rasuah untuk menyokong UMNO menubuhkan kerajaan haram di Perak akan lebih menyukarkan imej UMNO yang sudah sedia teruk".Bagaimana sebenarnya kesungguhan Raja-Raja Melayu membanteras rasuah?Raja-Raja bukan sahaja mesti bersih tetapi juga kelihatan bersih.
vii.Di doakan kepada Allah supaya Raja-Raja Melayu diberikan taufiq dan hidayah untuk memimpin umat Islam kearah menjadi khaira umat.Sebagai ketua agama di negeri masing-masing,tanggungjawab baginda Raja-Raja sangat besar dan akan dipertanggungjawabkan oleh Allah di yaumul mahsyar.Amin ya rabbal 'alamin.
Khamis, 6 Ogos 2009
Berbahagialah rakyat apabila Raja-Raja Melayu peka tentang rasuah-betul ke?
Raja Muda Perak Raja Dr Nazrin Shah hari ini mengingatkan rakyat khususnya orang Melayu mengenai tujuh wasiat Raja-Raja Melayu yang menjanjikan kesejahteraan, kedamaian dan keamanan jika mereka bersatu dan berpegang teguh kepadanya.
Menurut baginda, wasiat yang disampaikan semasa Raja-Raja Melayu menurunkan tandatangan persetujuan pembentukan Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu pada 5 Ogos 1957 ialah:
Raja Nazrin Shah bertitah demikian semasa melancarkan tiga buku allahyarham Datuk Dr Syed Hussein Alatas, berjudul Mitos Peribumi Malas, Intelektual Masyarakat Membangun, dan Rasuah: Sifat, Sebab dan Fungsi, bersempena seminar antarabangsa legasi pemikiran pemikir itu yang bermula Selasa lalu di Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) di ibu negara.
Menurut Bernama, baginda bertitah wasiat sembilan Raja Melayu - yang terdiri empat negeri Melayu bersekutu dan lima yang tidak bersekutu itu - disampaikan sebelum Merdeka kepada rakyat Melayu, yang merupakan rakyat asal dan subjek Raja-Raja Melayu.
"Wasiat ini dihasilkan atas kehendak Raja-Raja Melayu untuk mengekalkan kesinambungan sejarah, kedaulatan, dan kuasa politik Melayu (yang terletak pada Raja-Raja Melayu) kepada kesinambungan kedaultan negara kepada Raja-Raja Melayu serta mendapat penerimaan rakyat melalui wakil-wakil sah yang mempunyai locus standi, maka Perlembagaan Persekutuan mempunyai fasal-fasal tertentu," titah Raja Nazrin Shah, merujuk kepada Perkara 3 (1) (2) (3) dan (5); Perkara 11, Perkara 12; Perkara 38 (5); Perkara 152; Perkara 153 dan Perkara 181 (1).
Menurut Raja Nazrin Shah fasal-fasal ini memerlukan izin Majlis Raja-Raja Melayu untuk sebarang pindaan.
"Sempena ulang tahun kemerdekaan negara ke-52 pada 31 Ogos ini, sewajarlah fakta-fakta utama dalam perjalanan menuju kemerdekaan itu dipastikan tidak terpendam dari sejarah," titah baginda.
Mengenai Syed Hussein Alatas, yang meninggal dunia kerana serangan jantung pada 23 Jan 2007, Raja Nazrin Shah bertitah bahawa Allahyarham sering membangkitkan mengenai kejijikan rasuah, dan dihuraikannya dalam buku tulisan beliau "Rasuah: Sifat, Sebab dan Fungsi."
"Walaupun ianya kotor dan jijik, ironinya semakin ramai yang berlumba untuk mendapatkan kuasa supaya berpeluang melakukannya, malah melakukannya dengan penuh tipu muslihat untuk terlepas dari undang-undang dan hukum dunia," titah baginda.
Raja Nazrin Shah bertitah bahawa ramai yang bercakap tentang rasuah, malah seruan untuk memeranginya adakalanya bergema lebih nyaring daripada kalangan mereka yang tidak bebas daripada melakukannya.
"Lalu tenggelamlah kesungguhan usaha untuk memerangi rasuah dalam retorik kepura-puraan. Akibatnya takhta runtuh, pemimpin jatuh, negara lebur dan rakyat melarat," titah baginda.
Baginda bertitah rasuah berlaku di mana-mana termasuk di istana, dalam sektor awam, swasta, organisasi politik, malah dalam badan-badan agama, kerana rasuah merupakan candu yang mengasyikkan dan yang menanggung derita bukan dalam kalangan pengamal dan penerima rasuah.
"Sebenarnya rasuah merendahkan martabat seseorang insan ke taraf abdi, menjadikan insan hamba kepada harta, kepada kekayaaan, kepada kebendaan dan kepada jawatan yang diperoleh secara haram," titah Raja Nazrin Shah.
Menurut baginda, rasuah adalah instrumen yang membunuh jiwa merdeka, pemikiran merdeka, sifat merdeka dan watak merdeka dalam diri seseorang insan yang terjebak dengannya.
-Tunggu komen saya esok-
Selasa, 4 Ogos 2009
Menjunjung kedaulatan syariah bukan ekstrimis
| Azamin Amin Wed | Aug 05, 09 | 10:03:26 am MYT | |
| KUALA LUMPUR, 5 Ogos (Hrkh) - Atas kebiadapannya menuduh Jemaah Islah Malaysia (JIM) sebagai 'ekstremis agama', Ahli Parlimen Jelutong Jeff Ooi, digesa menarik balik kenyataannya itu dan memohon maaf secara terbuka kepada badan berkenaan termasuk Ahli Majlis Kerajaan Tempatan Pulau Pinang daripada PKR Mohd. Razali Abdullah. Ini berikutan kenyataan yang dibuat oleh Jeff Ooi, merangkap Ketua Staf Ketua Menteri Pulau Pinang yang disiarkan di dalam akhbar the Star Ahad lalu di mukasurat N12. Ahli Parlimen Kulim Bandar Bahru, Zulkifli Nordin mengutuk sekeras-kerasnya kenyataan, tohmahan dan dakwaan yang disifatkan terlalu dangkal kerana keangkuhan yang melampau. "Jemaah Islah Malaysia (JIM) adalah sebuah badan NGO berteraskan Islam yang menjadi badan naungan beribu-ribu pelajar Muslim Malaysia terutamanya yang belajar diluar negeri. Kata Zulkifli kebanyakan pelajar Muslim Malaysia yang belajar di luarnegeri akan menjadi ahli kepada beberapa gerakan dan NGO Islam samada Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM), Jemaah Islah Malaysia (JIM), Jemaah Tabligh Malaysia ataupun Kelab Parti Islam SeMalaysia (PAS) dan lain-lain. Katanya lagi Jeff Ooi menuduh seseorang Muslim sebagai ekstremis kerana "bercita-cita untuk membentuk Malaysia sebagai sebuah negara yang menerima pakai undang-undang syariah sepenuhnya" adalah satu pertuduhan yang biadap dan melampau. Komen dari saya : Bukan sikap orang yang beriman jika tidak bercita-cita melihat syariat Islam dilaksanakan di bumi Allah ini.Dalam konteks Malaysia , apa salahnya jika usaha2 'pengsyariahan' undang2 dilakukan secara demokratik.Didik masyarakat tentang keindahan syariah Islam dan kempen dalam pilihanraya.Kalau ramai orang faham - golongan Islam menang dan boleh gubal undang2 menepati Syariah.Kalau kalah Pilihanraya maknanya masih ramai tak faham Islam , cuba lagi sampai menang.Apa salahnya jika orang Islam memilih pendirian sedemikian.Tentu orang UMNO pun sokong.Jeff Ooi jangan jadi extrimis !!! |
Tumbang UMNO , hapuslah ISA !
2.Sepatah kata Nazri Aziz , Menteri dari Padang Rengas : "Selagi BN memerintah ISA akan dipertahankan ! Maknanya untuk hapuskan ISA , BN perlu ditumpaskan dalam PRU-13.Tapi kalau orang-orang Melayu keliru dan marah kepada PAS dan PKR peluang nak menang PRU-13 menjadi lebih sukar.Lebih sukar jugalah nak hapuskan ISA !
( menyorok di bawah nama pewaris ) - "Kekalkan ISA,pertahankan hak keistimewaan orang melayu ".UMNO belum berubah.kezaliman adalah halal demi perjuangan mereka yang tiada kaitan dengan iman.Jika UMNO belum berubah , harapan PR adalah cerah.
Insya'Allah ISA juga akan di semadikan !
Ahad, 2 Ogos 2009
Pelbagai Dimensi Himpunan Protes Anti-ISA
Saya tertarik denagn dialog2 pelbagai segmen rakyat yang saya temui. Respon pelbagai tersebut keluar dari pelbagai latar belakang yang kebanyakannya orang Melayu.
1) Kata seorang pemandu teksi - Saya tak boleh terima, orang Cina dan India. Hapuskan saja mereka. 13 Mei mengajar saya.
(Komen - Sangat perkauman sentimen pak cik teksi tersebut).
2) Ini pula telah diucapkan oleh seorang lagi pemandu teksi (India) - Di Malaysia, ISA diperlukan untuk mengawal orang2 yang suka membuat kacau. Katanya lagi kebanyakan orang Malaysia ini bersifat umpama bagi betis nak peha pula, yakni tak pernah cukup denagn apa yang telah diberikan. Beliau yang mengaku sebagai penyokong PKR walaubagaimanapun meminta ISA yang ada dikaji semula supaya tidak dijadikan alat oleh mana2 pihak (UMNO/BN). Menurut beliau lagi, Najib/UMNO sebagai PM telah menyalahgunakan POWER & MONEY untuk terus berkuasa.
3) Seorang wanita muda yang merasa terganggu kerana himpunan tersebutmembuat komen berulang kali - " Mereka ni suka menyusahkan saje. Apa nak lagi? Malaysia dah aman, mereka nak jadikan Malaysia ini macam Pakistan atau Iraq ke?"
4) Seorang lelaki Melayu bersama isterinya yang datang ke kompleks SOGO dengan bermotosikal, beliau naik marah dengan kata2 "mereka ini pengacau aje yang susah rakyat. Jangan salahkan polis kerana mereka hanya menjalankan tugas. Yang pakai serban berdemo nak jadi Syiah ke? Pelajar2 universiti pun bodoh, kerajaan dah bantu, belajar sajalah. Nanti kena gantung mak bapak juga yang susah."
5) Seorang peniaga yang marah, kerana gerainya terganggu disebabkan oleh orang ramai yang berhimpun di sekitarnya, dengan penuh amarah berkata - " Berambuslah! Balik ke negeri China! Buat susah orang aje. Kami yang nak meniaga ni pulak yang susah."
6) Saya juga turut terdengar dialog antara 2 pasang suami isteri yang nampaknya agak terpelajar. Katanya - "Protes begini tak baik la. Kalau nak hantar memorandum pun boleh diuruskan secara teratur. Sekarang PR protes, nanti PRU ke-13 jika PR dapat bentuk kerajaan, UMNO/BN pula yang tunjuk perasaan. Dah macam ini sampai bila pun tak selesai! Akhirnya jadi macam Thailand, yang jadi mangsa rakyat juga.
7) Seorang anak muda yang sangat emosional berteriak mengajak orang ramai bertembung dengan FRU. Katanya - " Kalau berani jom kita lawan. Inilah masanya kalau nak mati syahid!" Berulang-kali beliau mencabar tetapi tiada seorang pun yang betul2 berani untuk menyahut seruan pemuda tersebut. Akhirnya ada peserta demo yang undur dan memberikan alasan -" Kata demo aman, mengapa pula nak lawan polis!"
Sekadar memaparkan respon spontan rakyat. Fikirkan bersama.