sekadar renungan bersama..

Khamis, 23 Jun 2011

Tahniah DR.Asri kerana menolak prasangka dangkal YADIM

Minggu lepas YDP Yadim menulis betapa Pihak Berkuasa wajib menghentikan himpunan aman BERSIH 2.0 pada 9/7/11. Kononnya kerana bertentangan dengan Islam dan mencetuskan ketegangan dan anarkism katanya. Di dunia ini hampir emua kaum dan agama ada acara masing-masing yang dalam konteks membawa mesej 'Show of Strength' secara aman.

Dalam Islam ada himpunan akbar di Padang Arafah, di Mina dan di Makkah sendiri iaitu semasa musim Haji. Adapun bagi agama Hindu dan Buddha mempunyai himpunan aman masing-masing. Pada peringkat negara ada himpunan hari Nasional / Hari Kemerdekaan. Tidak pula menjadi kontroversi. Bahkan di Malaysia ini golongan yang paling kerap mengadakan himpunan aman adalah UMNO - entah atas nama yang pelbagai : 1Malaysia, Pimpinan bersama Rakyat dll. Di Negeri PR, UMNO sudah terlalu kerap membuat demontrasi. Semuanya aman kerana polis dan kerajaan membuat kerja yang semua negara sivil buat. Polis jaga hak-hak keamanan rakyat. Kekecohan hanya berlaku apabila UMNO jadi polis dan memperalatkan polis. Pancut gas dan air ke arah rakyat yang inginkan kebaikan berlaku di negara ini. Lega rasanya apabila Dr Asri Zainal Abidin menulis tentangberdosanya sesiapa sahaja yang mencetuskan provokasi dalam himpunan aman. Tahniah Dr.Asri.

‘Bersih’ wajib berjalan dengan bersih — Dr Mohd Asri Zainul Abidin

22 JUN — Banyak pihak bertanya pendirian saya tentang kempen NGO “Bersih” menuntut Pilihanraya yang adil bagi negara ini. berikut adalah pendirian dan pandangan saya;

Sesuatu tindakan dalam urusan kehidupan muslim khususnya dilihat kepada dua perkara; tujuan dan cara. Jika tujuannya baik, dan caranya juga baik maka itu adalah amalan yang baik.

Jika tujuannya baik, caranya salah, maka pelakunya tetap bersalah kerana mengambil cara yang salah seperti mencuri dengan tujuan hendak bersedekah. Jika tujuannya buruk atau dosa, segala langkah ke arah tujuan itu dinilai berdosa.

Setiap individu yang hendak menyertai sesuatu aktiviti, hendaklah memastikan tujuannya itu halal atau mulia, dan caranya juga halal.

Setelah saya mendengar taklimat Bersih dan menilainya, saya dapati tujuannya baik, menuntut hak yang sepatutnya diperolehi oleh rakyat seperti yang dijanjikan oleh perlembagaan.

Jika ia berjaya, pada pandangan saya bukan untuk kemaslahatan parti tertentu sahaja, tetapi untuk keadilan berpolitik sepanjang masa, untuk semua pihak tanpa mengira parti.

Maka, saya tidak mempertikaikan Bersih di sudut tujuannya. Cuma saya bimbang jika ada parti tertentu yang cuba menzahirkannya dalam sifat kepartian, bukan untuk rakyat secara umum. Sedangkan tuntutan itu untuk semua dan baik untuk memastikan keadilan dalam pengurusan pilihanraya.

Adapun cara yang hendak dicapai iaitu dengan melakukan demonstrasi, pada asasnya ia sesuatu yang harus melainkan jika diiringi dengan perkara-perkara haram seperti kerosakan harta benda awam, pergaduhan dan penonjolan akhlak yang buruk. Nabi s.a.w dalam hadis pernah mengajar sahabat yang disakiti jirannya untuk membuat bantahan di jalan.

Dalam hadis itu sahabat tersebut mengadu kepada Nabi s.a.w: “Sesungguhnya jiranku menyakitiku”. Sabda Nabi s.a.w: “Keluarkan baranganmu dan letakkannya di jalan”. Maka lelaki itu mengambil barangannya dan letak di jalan. Lalu, setiap orang yang melintas bertanya: “apa yang berlaku kepadamu?”. Dia menjawab: “Jiranku menyakitiku”. Maka mereka berkata: “Ya Allah laknatilah dia, Ya Allah hinalah dia”.

Dengan sebab itu, jirannya berkata: “Kembalilah ke rumahmu, aku tidak akan sakitimu lagi”. (Riwayat al-Bazzar dan al-Hakim dalam al-Mustadrak. Ahmad Syakir menilainya sebagai sahih). Ini menunjukkan bahawa mengajak orang di jalan membantah kezaliman adalah dibolehkan. Dalam konteks politik hari ini, demonstrasi aman sebahagian dari cara pencegahan munkar politik yang telah terbukti keberkesanannya di banyak negara.

Namun, oleh kerana demonstrasi itu terdedah kepada bahaya dan porak peranda, maka demonstrasi hendaklah menjadi pilihan akhir setelah tuntutan yang adil tidak ditunaikan. Perbincangan, rundingan, seruan secara langsung, bantahan bertulis dan sebagainya hendaklah di utamakan. Saya difahamkan hal-hal itu telah dilakukan.

Pihak SPR hendaklah menunai tuntutan yang adil itu bagi mengelakkan rakyat turut ke jalan yang mempunyai kemungkinan yang pelbagai.

Jika pihak SPR enggan, menjadi hak rakyat untuk menuntutnya secara aman. Aman adalah syarat utama, jika bertukar menjadi ganas maka ia sesuatu yang diharamkan oleh syarak.

Maka, sesiapa yang hendak menyertai demonstrasi Bersih hendaklah berazam bahawa mereka tidak akan mencetuskan kemusnahan harta awam, tidak mencederakan sesiapa, tidak memaki hamun, sebaliknya melafazkan slogan tuntutan dan berhimpun bagi menggambarkan kehendak dan rasa tidak puas hati.

Adalah haram mana-mana pihak, samada peserta demonstrasi atau polis memulakan provokasi yang boleh menyebabkan berlakunya rusuhan. Sebaliknya, pihak polis hendaklah sedar, selagi tuntutan itu baik untuk negara yang adil, polis juga termasuk dalam kalangan rakyat.

Maka sepatutnya mereka memudah cara agar proses situ berjalan dengan pantas dan dilangsaikan dengan segera. Para peserta demonstrasi juga hendaklah sedar bahawa tugasan polis mengawal keamanan, maka hendaklah tidak dimulakan apa-apa provokasi yang menimbulkan kemarahan mereka selagi mereka bertugas dengan betul menurut peratusan keselamatan. Sesiapa yang memulakan atau menyertai provokasi yang membawa rusuhan maka dia menanggung dosa.

Cita-cita rakyat itu tidak akan tertunai melainkan adanya kerjasama yang baik dari semua pihak. Polis, rakyat dan golongan atasan. Semua pihak hendaklah berfikir untuk memastikan negara kita adil, aman dan teratur.

Menyertai Bersih merupakan salah satu dari usaha yang mulia itu, dan memastikan Bersih itu Bersih dari kekacauan dan provokasi adalah tanggungjawab setiap pihak yang terlibat.

Khamis, 16 Jun 2011

Utusan Malaysia tak habis-habis mengHina ISLAM!!

Nik Aziz likens Utusan to Denmark for ‘insulting’ cartoon

June 16, 2011

The cartoon published yesterday by Utusan Malaysia.
KUALA LUMPUR, June 16 — PAS spiritual leader Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat today described Malay daily Utusan Malaysia as “Denmark Malaysia” for publishing a comic strip that he said was an affront to Islam.

“Entered [my] office today to complete several outstanding matters. Read last night’s copy of the Umno circular called Utusan Malaysia that featured a controversial cartoon insulting Islamic law.

“I describe Utusan Malaysia as having become ‘Denmark Malaysia’ for publishing that cartoon drawing,” the Kelantan mentri besar wrote on his Facebook page this morning.

Nik Aziz was comparing Utusan Malaysia’s cartoon, which depicted the public’s confusion over Islamic laws regarding rape, to a controversial caricature of Prophet Muhammad published in a Danish newspaper in 2005.

The caricature, which depicted Muhammad wearing a bomb in his turban, provoked Muslim outrage across the globe and cartoonist Kurt Westergaard even had his home broken into by a Somali man who was angered by the drawing.

Titled “Kekeliruan kes rogol” (Confusion in rape cases), the two-panel comic strip published on page 15 of the Malay daily yesterday showed a tudung-clad woman seeking advice after being raped.

“I only managed to record the incident with a handphone,” the sobbing woman is depicted as saying to her serban-clad village head in the first panel.

“You were raped? Were there four witnesses?” he replies, adding, “The recording device cannot be a witness because it has no ears and eyes. It’s only steel ... enough, it’s better for you to drop the case.”

The woman’s same complaint in the second panel to a figure resembling a police officer draws a different response.

“Superb … the tool can be used as evidence!” the moustachioed man informs her while appearing to type out a report.

Responding to the cartoon yesterday, Persatuan Ulama Malaysia (PUM) took the same stand as Nik Aziz and accused the Umno-owned Utusan Malaysia of insulting Islam.

The 4,000-strong Muslim scholars’ society also demanded the authorities charge the cartoonist and the publisher for insulting Islam, saying the publication of the misleading cartoon had portrayed in a negative light the religion of the majority in multicultural Malaysia at a time when Muslims were seen to lack religious knowledge.

When contacted, PUM secretary-general Mohd Roslan Mohd Nor explained to The Malaysian Insider that under Islamic laws on adultery, four witnesses are required to prove the offence happened; video recordings are not accepted as evidence.

But in cases of rape, there is no requirement for four witnesses to testify and video recordings can be used as proof, he explained.

Selasa, 14 Jun 2011

Surat Terbuka Untuk Seluruh Guru-Guru di Malaysia.

Salam sejahtera dan tahniah buat Tuan/Puan para pendidik dan pejuang kemanusiaan dan kebenaran. Selamat menyambut hari guru pada 16/05/2011 dan didoakan agar seluruh guru-guru di Malaysia dalam lindungan dan bimbingan Allah Azwajalla. Moga-moga juga para guru sekalian dalam keadaan sihat walafiat dan tenang menyelami kehidupan yang penuh cabaran dan sangat-sangat menuntut kecekalan dan kesabaran yang tinggi.

Warkah ini sengaja ditulis lewat dua minggu kerana penulis tertunggu-tunggu apakah berita besar yang sejak sebulan lalu diriuh rendahkan di seluruh negara kononnya ada berita baik untuk para pendidik. Akhirnya pecah tembelang, Perdana menteri dan timbalannya, rupa-rupanya bukanlah cerdik sangat. Sekadar mengumumkan satu skim kenaikan pangkat guru-guru kanan yang selama ini agak sudah terbela tetapi mengabaikan lebih 400 ribu orang guru-guru yang sangat memerlukan elaun tambahan atau kenaikan gaji kerana “Kerja bagai nak mati tapi gaji tak seberapa.”

Saya menggelar Tuan/Puan sebagai pejuang kemanusiaan dan kebenaran kerana atas dua sebab itulah Tuan/Puan diberikan tugasan utama. Pertama, melahirkan insan-insan yang mengenali kemanusiaannya dan yang kedua mempastikan manusia-manusia yang dilahirkan tersebut mengenali kebenaran dan berpegang dengan kebenaran. Adapun tugas yang lain dalam maksud mengajar ilmu-ilmu Matematik, Sains, Bahasa dan lain-lain hanyalah pelengkap kepada tujuan utama pembelajaran.

Apakah definisi dan takrif kebenaran? Allah sendiri mendefinisikan : “Kebenaran itu dari Tuhan kamu maka janganlah kamu tergolong dalam orang yang ragu.” Ini bermakna, kebenaran hanya dapat difahami dan dihayati jika seseorang mengenali dan menyembah Tuhan dalam tatacara dan pengenalan yang betul. Dengan kata-kata lain orang yang ingkar kepada Allah dan menolak kebenaran yang ditentukanNya baik atas untuk apa-apapun : pengamal syirik, orang zalim, orang fasik, orang munafik atau yang beramal dengan isme-isme buatan manusia seperti sosialisme, pragmatisme, opportunisme mahupun nationalisme akan longgar pegangan kebenarannya dan sangat mudah untuk menggadai dan menentang kebenaran.

Persoalan yang sering mengganggu fikiran guru-guru sekarang adakah Tuan/Puan diarahkan bekerja demi melahirkan watak kemanusiaan yang tinggi dan memperlengkapkan anak-anak murid dengan kebenaran atau sekadar menjadikan mereka murid-murid Matematik, murid-murid Sains, murid-murid Geografi, ataupun murid-murid Kokurikulum. Atau adakah tugas Tuan/Puan adalah untuk melahirkan murid-murid angka A yang dipuja dan dipuji lewat akhbar-akhbar dan dalam majlis-majlis keraian sekolah. Jika tiada A di anggap bodoh tetapi jika 12 A di anggap keramat!

Jarang atau tidak lagi kedengaran murid-murid diberikan galakan berterusan supaya sebelum tamat persekolahan, mereka sudah berfikrah benar dan mampu memimpin diri dengan berkesan. Persoalan akhlak mulia, persoalan jati diri, kepedulian dan iltizam menjaga maruah diri, keluarga, dan agama seolah-olah diabaikan.

Malah yang lebih malang, kita melihat penyalahgunaan tenaga Tuan/Puan yang dilakukan secara sengaja dan terancang untuk memuaskan nafsu serakah manusia-manusia yang dianggap Tokoh Negara atau Pemimpin Bangsa.

Matlamat pendidikan yang berbeda jelas kelihatan jika Tuan/Puan pernah mengajar di sekolah-sekolah JK Cina dan di sekolah-sekolah Kebangsaan yang ramai pelajar Melayu. Ataupun jika Tuan/Puan pernah mengajar di sekolah bantuan modal seperti sekolah Methodist, Convent dan sebagainya. Yang dijadikan mangsa permainan politik pendidikan di negara ini adalah guru-guru dan murid-murid Melayu. Akibat permainan politik pendidikan ini, guru-guru dan murid-murid Melayu gagal digilap potensi sebenar mereka. Guru-guru dan murid-murid Melayu bukan tak setara mental dan IQ mereka dengan pelajar-pelajar Cina tetapi Psikologi mereka dimusnahkan.

Tuan, Puan para pendidik sekalian,

Apa yang saya maksudkan Politik pendidikan? Sekurang-kurangnya ada tiga situasi yang bobrok dan jijik.

  • Kenaikan pangkat guru-guru kanan khususnya bagi menjawat pengetua dan pegawai-pegawai pendidikan daerah yang berdasarkan warna dan sokongan politik. Banyak sekolah dan pejabat-pejabat pendidikan tidak menunjukkan kecemerlangan kerana bukan orang yang terbaik diletakkan. Sebahagian mereka dipilih hanya kerana amalan politik naungan parti politik bernama UMNO. Bagaimana mungkin sekolah yang mempunyai pengetua ‘mediocre’ mampu melahirkan sekolah dan murid cemerlang. Itulah jawapan kepada situasi dimana seorang Guru Besar sekolah rendah mampu bertanding Ketua Bahagian UMNO dan mampu pula mengamalkan rasuah politik bernilai ratusan ribu ringgit.

  • Sekolah-sekolah yang ramai murid Melayu terutamanya sekolah kebangsaan disibukkan guna melaksanakan program berunsur ‘cari nama’ ‘menunjuk-nunjuk’ ‘nak pecah rekod’ ‘jaga nama baik Guru Besar’ dan ‘jaga nama PPD’. Maka dikerahlah murid-murid dengan seliaan guru-guru dan dikorbankanlah waktu belajar hanya kerana nak buat ‘sekian banyak tanglong’ ‘sekian banyak pasukan kawat’ ‘sekian panjang itu dan ini’. Tersenyum lebar pengetua kerana mendapat pujian dan kebelakangan ini banyak pula insentif-insentif berbentuk wang kepada Guru Besar dan guru-guru kanan jika sekolah mencapai kejayaan tertentu. Guru besar akan dapat ribuan ringgit contohnya program yang disebut ‘Baiah Pengetua’. Orang kata ‘Everything is about Money’ ‘Only Money Matter’. Guru-guru bawahan tertekan.

  • Pegawai-pegawai jabatan pendidikan Daerah dan pengetua-pengetua sekolah yang di tugaskan membuat kerja-kerja politik walaupun diluar kerelaan mereka. Tidak dinafikan ada yang suka, seronok jadi balaci UMNO tetapi melalui pengamatan saya sebahagian besar tidak redho diperalatkan. Buktinya, sejak April lepas telah dijadikan satu agenda Menteri Pelajaran dan juak-juaknya untuk membasuh minda pegawai-pegawai kanan jabatan dan sekolah-sekolah di seluruh negara supaya menyokong UMNO/BN. Mereka juga diarahkan untuk berbuat perkara yang sama kepada guru-guru dibawah tadbiran mereka.

Agenda ini dilaksanakan oleh Institut dibawah Kementerian Pelajaran dan sangat bertentangan dengan dasar-dasar dan semangat pendidikan yang murni dan bersifat universal. Apa tidaknya yang diasak dalam pemikiran peserta-peserta kursus adalah semangat benci kaum Cina dan semangat mesti sokong pemimpin-pemimpin Melayu secara membabi buta.Kononnya orang Melayu dipinggir kehilangan kuasa lantaran kemaraan parti DAP. Tak apa rasuah, boros, tak cekap, bermoral rendah asalkan Melayu. Jangan sesekali berminat dengan Melayu PAS atau lain-lain Melayu kerana kononnya UMNO sahaja yang boleh menyelamatkan Melayu dan negara ini. Difahamkan sasaran 40,000 peserta nak dikursuskan menjelang PRU ke 13 ini.

Buktinya, betapa rasisnya agenda tersebut kerana baru-baru ini salah seorang pengetua berbangsa Cina yang telah ‘tersilap’ menerima arahan hadir kursus telah diarahkan balik tanpa sempat mendengar apa-apa taklimat pun. Sedihnya kerana guru-guru Kaum Melayu cuba diperbodohkan untuk kepentingan politik sempit. Halalkah duit elaun yang dibayar oleh dana rakyat tetapi bagi tujuan program politik.Berapa banyak pula pembaziran sumber masa dan tenaga yang sepatutnya digunakan untuk pendidikan murid-murid.

Guru-guru kumpulan bawah terutamanya yang bukan siswazah bekerja Isnin hingga Sabtu, 8.00 a.m – 3.00 p.m, 8.00 p.m – 11.00 p.m (di rumah), gaji tak naik, peluang kenaikan pangkat tipis dan prospek kerjaya menyedihkan. Adakah anda tidak penting?

Saya tidak ingin memanjangkan warkah ini kerana saya berkeyakinan para guru sekalian tentu mempunyai lebih maklumat tentang tidak amanahnya menteri-menteri dan timbalan-timbalan menteri yang memimpin kerajaan Malaysia. Tidak amanah kerana memperalatkan jentera kerajaan bagi tujuan kepentingan diri dan politik UMNO/BN. Mereka juga sudah beberapa kali mungkir janji khususnya tentang nak mengurangkan beban kerja guru.Semua guru masih ingat janji yang dibuat Dato Hishamuddin tentang nak kaji beban kerja guru kira-kira tiga tahun lalu.Apa dah jadi!

Sesungguhnya Islam mengajar kita untuk bekerja untuk mencari pahala dan keredhaan Allah. Bukan mencari keredhaan manusia atau kerana takut kepada ugutan dan sebagainya. Negara Malaysia dan rakyat negara ini akan terus hidup mengikut ketentuan Tuhan. Tak ada sesiapa pun di dunia ini yang percaya bahawa tanpa UMNO/BN rakyat dan negara ini akan musnah. Di negara-negara lain tidak adapun parti politik bernama UMNO tetapi mereka terus maju dan berjiwa merdeka. Kerana pemimpin-pemimpin mereka berjiwa besar dan boleh menerima keputusan rakyat dengan matang. Rakyat sebagai penentu, wajib berusaha memilih untuk dipimpin oleh orang-orang yang amanah, berilmu, beriman dan bertaqwa. Dengan iman dan taqwa Melayu selamat, Negara selamat dan Islam pun selamat.

Dengan UMNO, Islam tak selamat, Negara muflis dan Melayu pun tak selamat. Berjuanglah menyelamatkan negara dan generasi anak-anak kita. Fikir-fikirkan.Selamat Hari Guru.

“Sesiapa yang inginkan ganjaran dunia sedangkan disisi Allah ada ganjaran dunia dan akhirat...”

(maksud Al-Quran An Nisa:134)

RENUNG-RENUNGKANLAH : AKHIRAT DIDAHULUKAN TAQWA DIUTAMAKAN

Tazkirah Sempena Isra’ Mikraj.

“Dan tidakkah manusia memperhatikan bahwa kami menciptakannya daripada setitis air mani (yang hina), ternyata dia menjadi musuh yang nyata!”

(Yaasin 36 : 77)

“Dan Dialah yang telah menciptakan bagimu pendengaran, penglihatan, dan hati nurani, tetapi sedikit sekali kamu bersyukur.”

(Al-Mukminun 23 : 28)

“Maka apakah kamu mengira bahwa Kami menciptakan kamu main-main (tanpa ada maksud) dan bahwa kamu tidak akan dikembalikan kepada Kami?”

(Al-Mukminunu 23 : 115)

Bulan Rejab datang lagi dan setiap tahun kita memperingati peristiwa 27 Rejab, iaitu peristiwa Isra’ Mikraj. Isra’ adalah pengembaraan Rasulullah s.a.w dari Mekah ke Baitul Maqdis dan Mikraj pula pengembaraan Rasulullah dari Masjid Al-Aqsa menuju Sidratul Muntaha – perjalanan melepasi langit pertama hingga ke langit ke tujuh dan berakhir dengan pertemuan langsung dengan Allah bagi menerima perintah Solat fardhu lima waktu yang difardukan kepada seluruh ummat Nabi Muhammad s.a.w. Sesungguhnya peristiwa Isra’ Mikraj adalah anugerah besar Allah kepada Nabi Muhammad s.a.w lantaran kejadian-kejadian sedih : kematian orang-orang yang dicintainya, Saidatina Khadijah (isteri tersayang) dan bapa saudaranya Abi Thalib.

Maknanya bagi orang-orang yang beriman, perintah-perintah Allah seperti solat dan tawaran Allah tentang Syurga dan ancaman Allah tentang Neraka (yang diperlihatkan langsung kepada Rasulullah semasa Mikraj.) adalah faktor-faktor pengukuh iltizam untuk mengukuhkan iman bagi mematuhi segala perintah Allah dan meninggalkan segala laranganNya. Solat pula adalah satu-satunya ibadat yang mampu menghapuskan dukacita dan kekecewaan orang-orang yang beriman dalam menghadapi segala dugaan hidup. Bukankah solat itu komunikasi langsung seorang beriman terus kepada penciptanya, Allah.

Peristiwa Isra’ Mikraj sepatutnya menjadikan kita orang-orang yang sentiasa memikirkan tentang nasib masa depan kita di akhirat kelak – samada Berjaya (mendapat syurga) atau gagal (memasuki neraka). Sesungguhnya bagi orang-orang beriman kehidupan dunia ini adalah rendah nilainya berbanding kehidupan akhirat yang kekal.

“…….Celakalah bagi orang yang ingkar kepada Tuhan kerana seksaan yang sangat berat. (yaitu) orang yang lebih menyukai kehidupan dunia daripada (kehidupan) akhirat, dan menghalang-halangi (manusia) dari jalan Allah dan menginginkan (jalan yang) bengkok. Mereka itu berada dalam kesesatan yang jauh.”

(Ibrahim 14 : 2 – 3)

Inilah cabaran terbesar kehidupan umat Melayu kini – gagal untuk meletakkan keutamaan matlamat hidup. Sebagai renungan, mari kita muhasabah tentang hal-hal berikut :

  • Berapa ramai umat Melayu yang mengabaikan solat?
  • Berapa ramai orang Melayu yang menaja, melakukan dan menyokong kemungkaran dan kezaliman?
  • Berapa ramai umat Melayu yang mengabaikan tuntutan zakat dan enggan bersedekah?
  • Berapa ramai orang Melayu yang setiap hari redho dan suka mendengar berita-berita fitnah dan suka menonton hiburan lucah dan dedah aurat?
  • Betapa orang-orang Melayu sudah boleh menerima kejahatan seperti mengedar dan menonton filem lucah hanya kerana kepentingan politik sempit.
  • Bahkan orang-orang Melayu sudah kempis imannya apabila senantiasa bersikap pasif terhadap kebejatan yang berleluasa seperti rasuah, judi, zina dan arak. Sebahagian daripada kita mampu berkata “Tak apa, asalkan Melayu.

Apakah erti sambutan Isra’ Mikraj yang disambut setiap tahun jika sekadar memperingati tetapi gagal mengambil ikhtibar. Bukankah dalam pengembaraan Rasulullah tersebut ditontonkan tentang pelbagai azab neraka yang sudah pasti akan dikenakan bagi individu-individu yang ingkar kepada perintah Allah tanpa mahu bertaubat walaupun diberikan peluang. Tidakkah kita insaf apabila Allah memberitahu kepada Rasulullah dalam hadis Qudsi bahawa daripada 1000 umatnya, 999 orang akan masuk Neraka dan hanya 1 akan masuk Syurga. Yang lebih rugi adalah individu-individu yang sanggup mempertaruhkan masa depan akhiratnya semata-mata kerana mempertahankan kebatilan pemimpin-pemimpin yang sesat lagi menyesatkan.

Ketika zaman fitnah berleluasa sekarang,ramai manusia terjebak dengan kemurkaan Allah: gagal membedakan antara kebaikan dan kejahatan dan ramai keliru mengenali pemimpin yang soleh berbanding pemimpin yang fasik dan zalim.Tepat seperti yang dinukilkan didalam Al-Quran:

“Jangan kamu mematuhi setiap orang yang suka bersumpah dan menghina.Yang suka membisikkan (celaan) dan menyebarkan fitnah” ( Al Qalam:10-11)

Maka apakah ubat kepada segala penyakit umat Melayu kini? Tidak yang lain kecuali kembali berpegang teguh dengan segala perintah Al Quran dan Al Sunnah rasul yang mulia.Antaranya mencari ilmu dan menyebarkan ilmu, suburkan ziarah dan persaudaraan iman,saling nasihat menasihati dengan kebenaran dan mencalunkan diri untuk turut serta menjadi petugas jihad membantu menegakkan agama Allah dimana sahaja anda berada.

“Sesungguhnya orang-orang yang mendustakan ayat Kami dan menyombong diri terhadapnya, tidak akan dibukakan pintu langit bagi mereka, dan mereka tidak akan masuk syurga, sebelum unta masuk ke dalam lubang jarum. Demikianlah Kami memberi balasan kepada orang-orang berbuat jahat.”

(Al-A’raf 7 : 40)

“ALLAHUAKBAR! ALLAHUAKBAR! ALLAHUAKBAR!”

Umno Yang Cemas Dan Lemas , Rakyat Ok-Ok Sahaja.

Sejak pilihanraya Sarawak berakhir,negara gegak gempita dengan ucapan-ucapan retorik pemimpin-pemimpin UMNO dan NGO tajaannya PERKASA.

  • “Orang Cina tak berterima kasih dan tak mengenang jasa Barisan Nasional (BN).
  • Orang Cina nak ambil alih kuasa daripada melayu.”
  • “DAP ada agenda nak singkirkan kuasa Melayu.”
  • “Kalau orang Cina tak sokong MCA,tidak ada lagi suara Cina di Putrajaya dan orang Cina
  • akan merana.”
  • “PAS susah-susah dokong Pakatan Rakyat,tapi DAP yang menang.”
  • Lebih baik PAS bersama UMNO kuatkan kuasa Melayu.”
  • Buat apa PAS berpakat dengan DAP,kerana DAP tak pernah pun memperjuangkan Islam.

Malah media lidah bercabang UMNO, Utusan Malaysia lebih jauh lagi mendedahkan betapa membarahnya Roh UMNO yang sedang sakit itu dengan kenyataan seperti berikut :

  1. “UMNO/BN disarankan lupakan sahaja undi orang-orang Cina dan mengajak orang-orang Melayu bersatu dengan slogan baru ‘1 Melayu , 1 Bumi’.
  2. Penulis bahkan dimaklumkan oleh rakan-rakan dari Kementerian Pelajaran jagaan Muhyiddin Yassin (TPM Malaysia),kursus dan pelbagai seminar yang dianjurkan oleh Kementerian Pelajaran mengugut kakitangan kerajaan tentang kemungkinan DAP akan menguasai Malaysia. Diceritakan betapa jahatnya DAP. Namun PAS tidak diserang sekadar menyatakan PAS tanpa sedar sedang diperalatkan oleh DAP.
  3. Sebagai doktor perubatan dan sekaligus pengawal sains politik, penulis akan gagal jika tidak membuat –diagnosa-diagnosa berikut terhadap pesakit saya yang bernama UMNO.
  4. I. UMNO sedang menghidap penyakit ‘Senile Dementia’-pelupa dan kurang kekuatan intelek. Kejap Satu Malaysia kejap Satu Melayu. Seolah-olah pesakit kena telan ubat cirit dan ubat sembelit sekaligus!
  5. UMNO sedang mengidap sakit jiwa bertaraf psikosis dengan ciri-ciri halusinasi dan delusi-semua orang salah,dia sahaja yang betul, Nampak bayang katanya hantu.
  6. UMNO sedang mengidap penyakit fizikal yang berupa kerosakan menyeluruh pelbagai organ (multi-organ failure)-selalu pening pitam,sesak nafas,perut membusung dan kaki membusuk gangrene. *hutang negara menggunung, rasuah tak terkawal, jenayah berleluasa, gejala sosial luar kawalan dan hubungan perpaduan rakyat yang tercalar.
  7. UMNO sedang mengidap andropause-lelaki tua yang bernafsu besar, kuat cemburu, asyik tuduh isteri main mata dengan jejaka muda dan suka menuduh lelaki yang lalu lalang di depan rumah cuba menggoda isteri yang gagal diberikan nafkah. UMNO dah tak boleh jaga MCA, GERAKAN dan MIC dan tak habis-habis mengugut MCA dan MIC. Pulak tu kuat cemburu dengan lelaki-lelaki tampan bernama PAS dan DAP.
  8. UMNO sedang mengidap sakit ‘fiqulubihim marodun’ (al-baqarah: 10) : qulub (hati) yang dipenuhi sifat-sifat mazmumah-dengki, buruk sangka, takbur, ujub dan ragu-ragu (syak). Dengan pengundi Melayu katakan PAS jadi alat DAP dan gadaikan Islam. Dengan pengundi Cina, UMNO kata PAS parti extrim nak potong segala kepala orang China. UMNO ajar MCA supaya sebut “Satu undi untuk DAP bermakna satu undi untuk negara Islam.” Benci sangatkah UMNO kepada Islam? Itulah tanda-tanda munafik yang dinukilkan dalam Al-Quran.

Benarkah DAP perkauman dan Anti-Melayu??

Penulis bukan peminat setia DAP dan tidak juga memusuhi DAP. Namun penulis sudah bergaul dan berinteraksi dengan pemimpin-pemimpin DAP peringkat negeri sejak 1988. Memang benar kebanyakan pemimpin-pemimpin dan ahli-ahli DAP orang Cina tetapi di Perak tidak kurang juga ahli-ahli DAP daripada bangsa Melayu, India dan Sikh. Bahkan di Perak bebarapa orang Melayu pernah memimpin DAP Perak dan memenangi kerusi-kerusi DUN atas tiket DAP. Antaranya- Salleh Nakhoda Hitam, Ibrahim Singgah, Fadzlan Yahya dan Asri Othman. Bahkan di peringkat Nasional, tokoh-tokoh Melayu yang menjadi pemimpin DAP terus ada dari semasa ke semasa. Amtaranya, Allayarham Ahmad Nor dan kini Tengku Aziz. Orang mungkin lupa Karpal Singh adalah pengerusi DAP dan orang seperti Karpal Singh langsung tidak berminat tentang agenda berasaskan kaum, baik atas nama Melayu, Cina ataupun Sikh. Orang secelupar Karpal Singh tidak mudah menerima agenda Cina di Malaysia.

Karpal Singh dan ramai pemimpin DAP adalah pemimpin-pemimpin yang berideologi sekular yang sangat taat memperjuangkan ‘Rule of Law’ berasaskan Perlembagaan Malaysia yang mereka anggap seperti ‘kitab suci’ mereka. Buktinya Karpal Singh pernah membela kakitangan perempuan Melayu beragama Islam yang dipecat jawatan kerajaan kerana memakai purdah. Bukan Karpal Singh sukakan Islam dengan amalan menutup aurat tetapi beliau sangat menghormati prinsip undang-undang yang mempertahankan hak-hak asasi manusia dan segi berpakaian dan mengamalkan agama masing-masing.

Lim Guan Eng pula pernah dipenjarakan kerana memperjuangkan hak seorang gadis sunti Melayu yang dikatakan dirogol oleh Ketua Menteri mereka ketika itu. Lim Kit Siang pula pernah ditahan ISA kerana menentang kekecohan perkauman cetusan UMNO-MCA. Gobind Singh Deo pula digantung oleh parlimen tanpa elaun kerana mempertikaikan tindak-tanduk Datuk Seri Najib dalam Isu ‘Rasuah Kapal Selam dan pembunuhan Altantuaya’.

Benarkah PAS parti Boneka Cina@DAP?

Wajar diperingatkan PAS adalah satu-satunya parti politik di Malaysia yang secara tegas, tidak berselindung dan istiqamah mengaku sebagai sebuah parti Islam yang bercita-cita di negara Malaysia ini terlaksana hukum-hakam dan nilai-nilai hidup yang berteraskan Al-Quran dan As-sunnah. Dengan kata lain Aqidah perjuangan PAS adalah Islam dan matlamat keberadaan ahli-ahli PAS dalam politik adalah demi mencari keredhaan Allah. Wajar juga diperingatkan dasar Islam PAS tidak pernah berganjak dan tidak akan dikorbankan. Adapun cara, kaedah dan pendekatan mencapai matlamat PAS ataupun istilah yang selalu digunakan – Strategi - akan diubahsuai dari semasa ke semasa berdasarkan suasana, keperluan dan mengambil kira faktor untung-rugi. Namun strategi yang PAS gunakan tidak akan menyalahi prinsip-prinsip Al-Quran dan As-sunnah. Bahkan banyak disandarkan dengan sirah (perjalanan perjuangan Rasulullah) dan iktibar gerakan-gerakan Islam lain yang lebih awal.

Testimoni kepda strategi berbeda yang PAS gunakan dapat dilihat dalam sejarah panjang perjuangan PAS dalam politik Malaysia. PAS juga satu-satunya parti yang pernah bergabung dan bekerjasama atau bertahalluf dengan pelbagai entiti politik di Malaysia. PAS pernah bersama UMNO-BN, APU (Semangat- 46 & Berjasa), dan bersama Barisan Alternatif dan sekarang Pakatan Rakyat. PAS juga biasa bersendirian. Semasa PAS bertahalluf dengan BN tentulah PAS juga bekerjasama dengan MCA, MIC, Gerakan dan PPP. Semasa bersama dengan APU juga ada hubungan tak langsung dengan PBS di Sabah. Ini bermakna PAS sangat terbuka dan tidak jumud dalam tindakan dan pendekatannya.

Apa makna kepada strategi PAS yang pelbagai tersebut? PAS tetap sama dan tidak pernah menggadai perjuangan. Buktinya mudah. Dikala PAS tidak diperlukan oleh UMNO, ketika itu PAS akan dicerca sebagai memperalatkan Islam dan mengkafirkan orang UMNO. Tetapi ketika UMNO gila talak mahukan PAS menyertai BN, tiba-tiba UMNO berubah! Seperti kata PM Najib : “PAS sebagai parti Islam tentu lebih sesuai dengan UMNO. Cita-cita Islam PAS lebih mudah dicapai melalui BN.” Yang pasti dan tetap adalah : PAS samada dikacamata UMNO, DAP, PKR mahupun MCA adalah parti Islam. Tidak siapa di dunia ini percaya UMNO adalah parti Islam. Buktinya sahabat sekelambu UMNO: iaitu MCA awal-awal lagi memberikan amaran supaya UMNO jangan pandai-pandai ajak PAS masuk BN kecuali jika PAS menggugurkan hasrat untuk melaksanakan Prinsip Islam di Malaysia. Makna kedua bagi kenyataan MCA itu adalah selama ini MCA boleh menerima UMNO sebagai rakan kongsi kerana UMNO menolak Islam. Berbeda dengan DAP, mereka tahu PAS memperjuangkan Islam tetapi tidak pernah mendesak PAS untuk menggugurkan dasar murni PAS tersebut.

Atas hujah-hujah tersebut bagaimana mungkin orang yang berakal (tidak gila) dan cerdik boleh percaya PAS sudah jadi alat atau boneka DAP. Adakah pernah orang DAP meminta lesen judi dan lesen arak yang PAS luluskan sebagaimana UMNO luluskan beratus-ratus lesen judi dan arak kepada tauke-tauke MCA. Adakah pernah PAS cuba kambus jenayah dan rasuah DAP sebagaimana UMNO cuba selamatkan tauke-tauke MCA seperti dalam skandal Perwaja Terengganu, Bakun Sarawak dan PKFZ dan semua skandal berbillion-billion ringgit di Malaysia ini selalunya adalah gabungan makar UMNO dan MCA. Terlalu banyak bukti bahawa MCA lah yang tunggang UMNO atau dengan kata lain UMNO adalah boneka MCA.

Sekadar PAS mempertahankan wakil-wakil rakyat DAP yang memasuki surau atau masjid untuk berucap dan menyampaikan bantuan kepada fakir miskin itu bukan boneka DAP. Itu maknanya PAS boneka Islam kerana uslub Dakwah Islam tidak pula menghalang orang-orang bukan Islam memasuki surau atau masjid kerana itulah yang pernah diamalkan oleh Rasulullah di Madinah.

Keputusan PAS yang hanya ada satu kerusi bersetuju untuk menjadi kompenan kerajaan PR yang dipimpin pleh DAP di Pulau Pinang adalah satu kewajaran. Yang tidak wajar adalah apabila UMNO menang paling banyak kerusi di Pulau Pinang, tiba-tiba serah kerusi Ketua Menteri kepada Gerakan. Bukankah itu juga bermakna UMNO adalah boneka kepada Gerakan. Sehinggakan pada tahun 2007 hanya 1.6% sahaja tanah milik orang Islam yang wujud di Pulau Pinang akibat kebaculan UMNO. Komplot UMNO-Gerakan-MCA selama 50 tahun adalah punca longlainya Melayu/Islam Pulau Pinang. Kenapa tiba-tiba sekarang DAP dan PAS dipersalahkan?

Nyata bahawa ungkapan PAS boneka DAP adalah ciptaan UMNO sebagai propaganda memburukkan PAS bagi mengalihkan segala kepincangan dan pengkhianatan UMNO kepada orang Melayu-Islam. Baik PAS atau UMNO perlukan sokongan orang Cina untuk menang dalam pilihanraya. Mana lebih baik antara persahabatan PAS-DAP yang tidak rasuah dan bebas judi dengan persekongkolan UMNO-MCA yang rasuah dan mesra judi. Terserah kepada orang melayu untuk berfikir. Sementelahan pula mutaakhir ini terbukti bahawa era MCA dipimpin Chua Soi Lek adalah sangat kuat bencinya kepada Islam.

UMNO Buta Matematik.

Dato Najib kata PAS kerja kuat untuk menangkan DAP. Orang-orang Melayu ditakutkan kemungkinan DAP akan menguasai negara atau beberapa negeri. Sekali lagi UMNO tak habis-habis cuba memperbodohkan Melayu.

Disemua kerusi yang DAP memang baik kerusi parlimen ataupun DUN-kerusi BN yang terus adalah samada kerusi MCA, MIC, PPP atau Gerakan. DAP tak kalahkan calon UMNO. Bagaimana pula tiba-tiba DAP nak memerintah dan jadi anti-Melayu.

Statistik membuktikan,di seluruh negara ada 222 kerusi parlimen. DAP hanya boleh bertanding tidak lebih 45 kerusi. Kalau menang 100% DAP tetap tak boleh memerintah. Di Perak ada 59 kerusi DUN tetapi DAP hanya boleh bertanding dan menang di 18 kerusi sahaja. Di Sarawak ada 71 kerusi DUN dan DAP hanya bertanding 15 kerusi sahaja. Takkanlah orang Melayu nak ikut ketololan UMNO yang buta matematik.

Yang benar tetap benar. Kepalsuan tidak mungkin boleh bertahan lama. Politik baru akan terus mewarnai kehidupan rakyat Malaysia. Politik baru bermakna kebenaran, fakta, hujah, ketelusan, keikhlasan dan setiakawan. Politik lama ala UMNO akan melabuhkan tirai. Sentiman dan perjuangan berdasarkan perkauman, kepentingan kelompok, benci membenci dan curiga mencurigai yang ditaja UMNO tetap akan tewas kerana ia batil dan bertentangan dengan fitrah akal manusia.

UMNO yang lemas dan cemas tak perlu kecoh. Rakyat OK OK sahaja.

Ahad, 6 Februari 2011

RM28 billion lost is real! — Rafizi Ramli

February 04, 2011
FEB 4 — Pakatan Rakyat’s “Buku Jingga” has been a centre of much debate since its unveiling in December. Ironically, the immediate response by Barisan Nasional’s top leadership has added weight to its instant fame, not least when the prime minister himself promised to present to the nation a point-by-point rebuttal of the reforms outlined. While the nation is still waiting for the point-by-point rebuttal from the prime minister (either in the form of published article or through a live debate with the leader of opposition), Umno’s Youth chief has kindly set out a basis for an exchange of arguments on the merits of Pakatan Rakyat’s “Buku Jingga”.
I must commend him for the effort, although he only commented on three points out of the 10-point reform programme. There was no response whatsoever on the commitment to restore the independence and integrity of the key national institutions of the nation such as the judiciary, Royal Malaysian Police and A-G’s Chambers. Nor was there any mention of our promise to abolish ISA.
I would understand why he was silent on our commitment to make water a public asset of the rakyat and the pledge to guarantee availability of free wi-fi Internet service to all urban and semi-urban areas; because Pakatan states are already striving to achieve this since taking over. Nevertheless, he could at least share with the rakyat why he thought it is not possible to set up a royal commission to decidedly resolve the problems of immigration and citizenship in Sabah; or what has been stopping BN’s federal government from raising the royalty for hydrocarbon extraction to states to 20 per cent?
Irrespective of my personal feeling of the incompleteness of the response, I shall present Pakatan Rakyat’s arguments on the key issues raised by him.
He questioned the accuracy of the RM28 billion estimate of the public monies lost each year due to leakages, corruption and shoddy procurement practices, on the basis that it was not specifically reported in the Auditor-General’s Report. My good colleague must understand the nature of audit and how audits are conducted. Having spent a good portion of my professional life as a chartered accountant and an auditor, I must impress on the public that audits are carried out on the basis of sampling. We test samples of transactions to estimate the extent and nature of the financial and operational positions.
The RM28 billion exact figure may not be reported explicitly in the A-G’s Report, but the results of the audit clearly point to leakages of that proportion based on the extent of over-pricing and over-spending of individual items; as well as losses due to mismanagement detected during field audits.
One only has to peruse up to the quarter of the A-G’s Report to understand the magnitude of the leakages. Let me give a few easy examples.
In the 2008 A-G’s Report, it was revealed that the federal government had to bear an estimated loss of RM1.14 billion due to the mismanagement of the electrified double-tracking project between Rawang and Ipoh. Another RM500 million of taxpayers’ money was used to set off the accumulated losses of government’s investment in the US-based Columbia Aircraft Manufacturing Corp.
We should not forget too easily the shock that the nation had to endure when we discovered that taxpayers’ money paid for a RM42,320 laptop; perhaps the most expensive in the world. Or gasp when we realised government departments paid RM262,256 maintenance cost for a Perdana over a four-year period when a market estimate is only RM15,000.
It feels only yesterday that the A-G rapped the Youth and Sports Ministry for a series of out-of-this-world purchases; including a RM224 screwdriver set, a RM5,700 car jack or a RM8,254 digital camera — when the market price per piece was RM40, RM50 and RM2,990 respectively.
My good friend can argue on technical grounds that the RM28 billion was never reported per se in the A-G’s Report, but his argument is out of touch with the reality on the ground. The excesses and huge leakages due to the mismanagement and BN’s lackadaisical attitude in combating corruption are real.
The examples cited in the A-G’s Report are reflected annually in the overall financial position of the government. The financial indiscipline due to the lack of political will to impose good governance has caused over-spending each year beyond what was approved for the annual spending budget.
Take the 2009 A-G’s Report, for example, released in June 2010 (the latest report available). In 2009, the federal government overspent by a whopping amount of RM4.83 billion above what was approved for its operational expenses. More alarming was the fact that this malpractice of financial indiscipline has persisted over the years —between 2005 and 2009; the federal government’s cumulative overspending on operational expenses was RM19.41 billion.
Over the same period, the federal government’s development expenditure had also exceeded the approved budget for RMK9 by 34 per cent. Forty-two projects listed as RMK9 projects exceeded the approved budget by a total amount of RM3.74 billion; topped by the defence procurement by a ministry previously helmed by the prime minister.
I can go on and list other numbers especially the amount of loans guaranteed or given to GLCs and government bodies; which forms a significant financial risk and liability to the federal government. By the end of 2009, the federal government guaranteed a total of RM84 billion in loans to 20 GLCs and two government bodies. If my good friend finds it difficult to comprehend the magnitude of this, we have to refresh our memories on the PKFZ loan guarantee fiasco which saddled the federal government with billions worth of debts.
Or he can visit my hometown of Kemaman to grapple with the magnitude of public funds that Perwaja has sucked over the years from the rakyat. As at December 31, 2008, Perwaja owed RM3 billion worth of debts that fell due on that date to the federal government. It was not able to pay; in fact it couldn’t even pay the RM319 million instalment due in 2009 that the loan had to be restructured and paid over a longer term. Such was an instance of a series of financial imprudence when public funds are used to subsidise corporate companies. In 2009, 45.7 per cent out of the 70 loans worth billions of ringgit given to corporate companies could not be serviced on time.
I listed all these examples published in the A-G’s Report to provide a glimpse of the extent of leakages, overspending, financial indiscipline and corruption that are rampant in this country. The figures cited are bona fide audited figures presented to Dewan Rakyat by the Auditor-General. These figures on their own, without the need to extrapolate and estimate as alleged by my good friend; already amount to billions of ringgit each year.
So, our basis for estimating that there is a potential saving of RM28 billion if we fix the leakages, mismanagement and corruption has its merits; corroborated by years’ worth of A-G’s Reports. In fact, some quarters even believe that the estimate is conservative.
When Pakatan Rakyat takes over, with a single-mindedness for political and economic reforms, there is a room to return the RM28 billion back to the people in the form of the programmes outlined in “Buku Jingga”.
I have an equally long explanation backed by facts and figures for the other three points raised by the good gentleman on gas subsidies/IPP, GLCs and affordability of the RM500 teaching allowance; but it will have to be in different instalments of my column as the space does not allow it.
But I hope this “point-of-information” (POI, as we often refer to interjections in debating tournaments) is enough to enlighten the public for today. I trust there will be more such debates in the press (through various writings) after this since my good friend has not responded to a debate challenge, so I shall keep the other points for the future!
* Rafizi Ramli is chief executive of the Selangor Economic Advisory Office.

Jawapan saya untuk Tun Mahathir — Nik Abdul Aziz Nik Mat

February 03, 2011

3 FEB — Saya gembira apabila Tun Dr Mahathir memberikan ulasan berkenaan pandangan saya tentang nasionalisme. Bagi saya, ini membuktikan kesediaan beliau untuk mendengar pandangan dan berhujah. Ia baik untuk percambahan minda masyarakat agar masyarakat segar dengan hujah dan tidak bergantung kepada seringgit dua habuan menjelang pilihanraya semata-mata.

Jawapan saya ini bukan hanya untuk Tun Dr Mahathir sahaja, tetapi juga merupakan jawapan yang saya cadangkan untuk dijawab pada hari di mana saya, Tun Mahathir dan manusia keseluruhannya berdiri di hadapan Allah SWT satu masa nanti. Ini kerana saya beriman dengan hakikat bahawa setiap apa yang dipertuturkan di dunia ini akan diadili di akhirat nanti. Setiap kenyataan yang keluar melalui televisyen, akhbar bahkan blog sekalipun direkod oleh malaikat-malaikat yang ditugaskan oleh Allah SWT untuk dibentangkan di hari yang kita tidak lagi mempunyai kuasa ke atasnya.

Firman Allah SWT:

يَوْمَ تَشْهَدُ عَلَيْهِمْ أَلْسِنَتُهُمْ وَأَيْدِيهِمْ وَأَرْجُلُهُم

بِمَا كَانُوا يَعْمَلُونَ

Yang bermaksud : Pada hari (ketika), lidah, tangan dan kaki mereka menjadi saksi atas mereka terhadap apa yang dahulu mereka kerjakan. — Surah al-Nur, ayat 24

Hakikatnya saya sebenarnya diajak untuk menari dengan irama yang gendangnya dipalu oleh Umno. Saya diajak untuk turut sama mengutuk Lee Kuan Yew seperti pimpinan Umno. Padahal, apa yang berlaku di seberang sini jauh lebih dahsyat daripada apa yang dilakukan oleh Lee Kuan Yew.

Pertama saya ingin nyatakan kepada Tun Mahathir bahawa asas Islam tidak sama dengan nasionalisme. Di dalam ajaran nasionalisme, tidak pernah dinyatakan apakah tujuan hidup ini. Tidak pernah saya terdengar sepatah kata dari pimpinan Umno yang menghuraikan berkenaan tujuan hidup seorang manusia di muka bumi. Jikapun ada, hanya sebaris dua dari menteri yang dimanahkan menjaga hal ehwal agama. Adapun pemimpin utama Umno, tujuan hidup ini seolah-olah tidak menjadi agenda penting sehingga tidak pernah sedikitpun terkeluar isu ini dari bibir mereka.

Islam meletakkan bahawa tujuan hidup untuk mengabdikan diri kepada Allah SWT. Justeru, manusia dihidupkan untuk diuji oleh Allah SWT siapakah di kalangan mereka yang terbaik amalannya. Firman Allah SWT:

الَّذِي خَلَقَ الْمَوْتَ وَالْحَيَاةَ لِيَبْلُوَكُمْ أَيُّكُمْ

أَحْسَنُ عَمَلًا وَهُوَ الْعَزِيزُ الْغَفُورُ

Yang bermaksud : Dia lah yang telah mentakdirkan adanya mati dan hidup (kamu) — untuk menguji dan menzahirkan keadaan kamu: siapakah di antara kamu yang lebih baik amal dan aktivitinya ; dan Ia Maha Kuasa (membalas amal kamu), lagi Maha Pengampun, (bagi orang-orang yang bertaubat) (Surah al-Mulk, ayat 2)

Apabila tujuan hidup untuk mengabdi kepada Allah SWT, dan hidup sendiri merupakan ujian untuk menguji siapakah yang beramal soleh, justeru manusia perlu bersyahadah dengan maksud sanggup menjadi saksi untuk menyatakan ketuhanan Allah SWT dan kenabian Nabi Muhammad SAW. Jika syahadah manusia pada lafaznya, maka syahadahnya pertubuhan ialah pada dasarnya. Ingin saya bertanya kepada Tun Mahathir, apakah dasar perjuangan Umno? Di celah manakah Umno meletakkan Islam setelah dasar kebangsaan dijadikan sebagai dasar perjuangannya? Dari sudut praktikalnya, adakah perjuangan Umno merupakan satu amal soleh? Adakah pada saat Umno yang menjadi tulang belakang kerajaan mengeluarkan lesen judi itu merupakan amal soleh? Adakah pada saat Umno menghapuskan tulisan Jawi pada tahun 1968 sehingga melahirkan generasi yang buta al-Quran itu merupakan amal soleh? Adakah pada waktu Tun Mahathir menarik balik peruntukan perkapita untuk sekolah agama rakyat itu merupakan amalan soleh?

Kedua, Tun Mahathir melabelkan saya dan PAS sendiri sebagai punca pecah belah orang Melayu. Barangkali kerana sayalah yang menyebabkan parti Umno diharamkan pada tahun 1987 yang membawa kepada penubuhan Semangat 46. Barangkali sayalah juga penyebabnya sehingga terpecat Timbalan Presiden Umno pada tahun 1999 yang membawa kepada penubuhan parti Keadilan dan kini dikenali sebagai Parti Keadilan Rakyat. Saya bimbang, Tun Mahathir sudah dijangkiti penyakit Melayu Mudah Lupa yang pernah disebutnya satu ketika dahulu.

Suka saya jelaskan. Islam meletakkan bahawa pecah belah ialah satu perkara yang pasti berlaku di kalangan masyarakat manusia. Allah SWT berfirman:

وَقُلْنَا اهْبِطُوا بَعْضُكُمْ لِبَعْضٍ عَدُوٌّ وَلَكُمْ فِي الأَرْضِ

مُسْتَقَرٌّ وَمَتَاعٌ إِلَى حِينٍ

Yang bermaksud: “..dan Kami berfirman: "Turunlah kamu! Sebahagian dari kamu menjadi musuh kepada sebahagian yang lain dan bagi kamu semua disediakan tempat kediaman di bumi, serta mendapat kesenangan hingga ke suatu masa (mati)". — (Surah al-Baqarah, ayat 36)

Perpecahan telah digazetkan oleh Allah SWT di dalam al-Quran lama sebelum PAS ditubuhkan lagi. Ia berlaku apabila ada yang memilih hidayah dan ada yang menolaknya. Nabi Muhammad SAW datang membawa hidayah daripada Allah SWT dan ditolak oleh kaum yang sebangsa dengannya. Utbah bin Rabiah yang mewakili gerakan nasionalis Quraisy pada zamannya, bangkit dengan tegar melabelkan bahawa Nabi Muhammad SAW sebagai pemecah belah dengan kata-katanya:

فرقت به جماعتهم!

Yang bermaksud: Dengan agama yang kamu bawa, kamu telah memecahbelahkan kesatuan mereka!

Adakah benar baginda merupakan pemecah belah? Tentu sekali tidak, tetapi itulah natijahnya apabila membawa kebenaran seperti yang dilakukan oleh Rasulullah SAW.

Dari zahirnya kelihatan Tun Mahathir sebagai seorang yang sangat cintakan perpaduan Melayu. Sedarkah Tun Mahathir bahawa Umnolah selama ini yang menzalimi orang-orang Melayu? Pada tahun 1961, siapakah yang menculik ADUN-ADUN PAS di Terengganu yang menyebabkan akhirnya kerajaan PAS pimpinan Allahyarham Daud Samad digulingkan dari pintu belakang? Di Kelantan, mereka juga menculik lima wakil rakyat PAS dengan tujuan menggulingkan kerajaan yang dipimpinan oleh Allahyarham Dato Asri Muda namun usaha mereka gagal. Ini boleh disahkan oleh bekas wakil rakyat Tanah Merah Timur yang masih hidup sekarang ini, Che Omar Mohamad yang turut menjadi mangsa. Siapakah yang bertanggungjawab melakukan perbuatan tidak demokratik ini kalau bukan Umno? Episod-episod kezaliman ini masih segar di ingatan pejuang-pejuang PAS. Bukan untuk menyemarak api permusuhan lama jauh sekali menyimpan dendam, tetapi sekadar untuk memperkukuhkan fakta sejarah buat generasi muda yang saya bimbang terbuai dengan dodoi Ketuanan Melayu yang ditaja oleh Umno.

Di zaman Tun Mahathir, siapakah yang bertanggungjawab melakukan persempadanan pilihanraya pada tahun 2003 yang menafikan pertambahan kerusi parlimen dari negeri yang majoritinya orang Melayu kalau bukan Umno di zaman Tun Mahathir? Siapakah yang bertanggungjawab mengarahkan pembunuhan beramai-ramai Ibrahim Libya di Memali bersama pengikut-pengikutnya yang kesemuanya terdiri daripada orang Melayu tanpa sebarang sebab yang munasabah kalau bukan Umno di zaman Tun Mahathir? Siapakah yang memperkenalkan pengajian Sains dan Matematik dalam bahasa Inggeris yang kemudiannya ditolak sendiri oleh Umno kalau bukan Tun Mahathir?

Hari ini, Umno masih lagi menjuarai amalan tidak demokratik. Di Perak, mereka gulingkan kerajaan dari pintu belakang. Di Selangor, mereka melantik Setiausaha Kerajaan tanpa sedikitpun perbincangan dengan Menteri Besar. Peliknya, juara Ketuanan Melayu inilah pula yang menentang usul mengembalikan kuasa Sultan di Selangor. Tidak malukah mereka kepada DAP yang mereka dakwa sebagai parti cauvinis Cina? Di Kelantan, mereka nafikan royalti minyak serta menubuhkan Jabatan Pembangunan Persekutuan (JPP). Jika begini, demokrasi pun tidak, federalism pun tidak, Islam jauh sekali!

Apa yang lebih penting, Islam tidak akan sempurna tanpa iman. Al-Quran sering menyebut Wahai orang-orang yang beriman tetapi al-Quran tidak menyebut Wahai orang-orang Islam. Ini kerana seorang yang mengerjakan rukun Islam sahaja belum layak dipanggil orang yang beriman jika hatinya tidak beriman dengan yakin kepada Allah SWT.

Jika Tun Mahathir berkata bukti Umno berjasa kepada Islam dengan membina masjid, maka Abdullah bin Ubay di zaman Rasulullah SAW lebih dahulu membina masjid yang dikenali sebagai Masjid Dhirar. Jika Tun Mahathir menyatakan bahawa Umno berjasa kepada Islam dengan membina sekolah agama, maka di Thailand juga wujud sekolah-sekolah agama. Bahkan jika Tun Mahathir berkata bahawa jasa Umno ialah arak tidak dihidangkan di majlis rasmi kerajaan, maka apakah bezanya jika arak tetap diberikan lesen secara besar-besaran dan judi pula terus dinikmati sekalipun bertentangan dengan nilai-nilai Islam dan kemanusiaan. Pertanyaan saya pula kepada Tun Mahathir, sebutkan apakah yang saya lakukan di Kelantan yang bertentangan dengan Islam. Jika tidak ada, maka untuk apa kami dilawan?

Akhir kata, saya akui Tun Mahathir seorang yang bijak, dan alangkah baiknya kebijaksanaannya digunakan untuk Islam. Nasihat saya kepada Tun Mahathir, sebelum terlambat marilah sama-sama berfikir untuk menempuhi hari pengadilan yang dijanjikan oleh Allah SWT. Jika saya ditanya adakah saya telah mengajak Tun Mahathir dan rakan-rakan sealiran dengannya agar meninggalkan aliran nasionalis sekular dan menerima Islam yang syumul, saya Insya-Allah akan menjawab: اللهم قد بلغت (Ya Allah, aku telah menyampaikan.)

* Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat adalah Menteri Besar Kelantan dan Murshidul Am PAS.