sekadar renungan bersama..

Rabu, 19 September 2012

Hina Rasulullah pun jadi modal politik murahan

Kenapa tak fokus dan off tangent dalam mengurus isu penghinaan kpd Rasulullah SAW? yang tak habis2 menghina Rasul adalah orientalis, yahudi dan golongan munafik. Bila2pun yg bankit pertahankan rasul adalah rakyat bawahan. ..setiap kali jugalah ramai orang Islam yg mati bertempur sesama sendiri dan dgn polis.Ada yg letup badan sendiri utk bunuh pekerja asing d negara Afghanistan.Suka benor le Yahud
i tengok tindakan umat Islam yg biasanya reaktif dan ad hoc aje.Habis seminggu dua ni sejuk balik. Mana peranan negara2 umat Islam dan OIC.Susunlah strategi padu, berani dan bermaruah Gunakan tindakan2 pemboikotan dan senjata dagang seperti petroleum dgn cerdik. Tindakan diplomatik juga kena.Rakyat bangkit bagus tapi negara dan OIC lagi kena bangkit.Saya memahami konteks tulisan Dato Ngeh yang sedikit kurang arif tentang hubungan istimewa mukmin dgn Rasulullah.Beliau seharusnya lebih bijak beri komen..negara yg UMNO perintah ni dah berpuluh kali berhadapan dgn isu hina nabi.tapi dok syok juga ambil yahudi puak hina nabi tu jadi konsultan dan syok bawa penghibur yg rosakkan moral anak muda kenegara ini.Jika sayang nabi kena ikut sunnah dan syariat Islam yang syumul..desak OIC bertegas.Itu sebab orang bukan Islam keliru. Sakit tempat lain bahagian lain yg diubat .bila nak sembuh. Kpd non muslim seperti Dato Ngeh kena sampaikan lebih dakwah kerana dia tak memusuhi Islam. sekadar keliru melihat tindakan umat Islam yg tak fokus..rugi..kenali mana musuh dan mana satu objek dakwah.Fikir secara strategik..buktikan Rasullullah adalah diutuskan utk jadi rahmat kpd seluruh alam..jgn semua isu nak dipolitikkan.Ingat, kafir masuk neraka tetapi munafik duduk dlm neraka di lubuk bawah sekali.Nauzubillah.

Isnin, 10 September 2012

UMNO TAMBUN MENUDUH TN GURU NIK AZIZ MENGKAFIR ORANG ISLAM !!

Dewan Pemuda PAS Kawasan Tambun menyelar tindakan UMNO Tambun di dalam Perasmian Perwakilan UMNO Tambun yang biadap dan kurang ajar kerana menyiarkan gambar AF Tn Guru Nik Aziz Nik Aziz selaku Menteri Besar Kelantan dan Mursyidul Am PAS melalui skrin yang menyifat beliau adalah Esktrem Islam i. Fanatik ii. Kasar & kesat iii. Mewajibkan yang tidak Wajib iv. Prasangka Buruk v. MENGKAFIRKAN ORANG ISLAM

Satu tuduhan yang berat dan jahat yang dikeluarkan oleh oleh Menteri Kewangan Dato Husni Hanazlah.  Ketua Pemudanya Sdr Zairul Azrun Zainal Abidin menyelar kenyataan yang biadab dan kurang ajar yang dikeluarkan oleh seorang yang bertaraf menteri mempunyai pemikiran yangcukup kotor dan tidak berpandukan ajaran Islam.






Sekadar renungan, manusia yang dituduh mengkafirkan orang Islam ini sangat dihormati oleh ulama dalam dan luar negara, mungkin orang UMNO kata antara TN Guru Haron Din dan TN Guru Nik Aziz sama-sama orang Pas, tapi kalau ulama tersohor dari yaman seperti Habib Umar takkan UMNO tak kenal pulak. Bagaimana orang-orang ini boleh menyantuni TN Guru dengan cukup baik sedangkan Orang UMNO bertaraf Menteri sanggup menuduh yang bukan-bukan pada TN Guru Nik Aziz. Kalau pemimpinnya pun sudah berperangai macam tu apa pulak nak jadi dengan orang bawah. Lihat sahaja akhbar the new strait times yang dimiliki UMNO, menyiarkan  tuduhan oleh bekas ketua polis negara, TS Rahim Noor bahawa TN Guru Nik Aziz tu 'bapa kafir'. Nampak jelas kaitannya, umnolah yang suka mengkafirkan orang. UMNO juga kemaruk sangat orang panggil dia kafir. Taktik Umno menuduh TN Guru Nik Aziz adalah semata-mata untuk meraih simpati dan memburukkan imej pas. Harap-harap orang tidak tertipu dah dengan taktik kotor dan jijik ini. Jangan tertipu !
Janji RasuluLlah ShalALLAHu`alaihiwasalam bahwa semua akan bersama orang yang ia cintai dihari kiamat. Semoga kita hidup dan wafat dalam cinta kepada RasuluLlah ShalALLAHu`alaihiwasalam dan para Ulama` Shalihin. Amiin ALLAHumma amiin. Al-Fatihah.
  

Begitulah maksud hadith Rasulullah, kita akan bersama dengan orang yang kita cintai di akhirat kelak, kalau kita mencintai Rasul dan pewarisnya, Ulamak..maka kita akan bersama mereka di akhirat nanti.

Rabu, 5 September 2012

BUATLAH MINUMAN YANG MANIS DARI LIMAU YANG KECUT

"Boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagi kamu, dan boleh jadi (pula) kamu menyukai sesuatu, pada hal ia amat buruk bagi kamu; Allah mengetahui, sedangkan kamu tidak mengetahui " (maksud Al Baqarah 216) . Sesungguhnya pelbagai peristiwa kehidupan perlulah dilihat dalam perspektif perancangan dan penilaian Allah.Ramai orang yang menghadapi fasa mencabar dan mengecewakan dalam kehidupan harian.Jangan salahkan takdir namun rancanglah yang terbaik bagi memetik buah-buah kehidupan untuk fasa kehidupan seterusnya.Siapa tahu barangkali bencana itu membawa manafaat. Barangkali disebalik cubaan ada pemberian Illahi yang tersembunyi.Siapa tahu kemungkinan kesulitan yang dideritai itu merupakan satu pintu kearah kebahagiaan yang belum di ketahui.Berapa ramai jutawan besar dan karyawan agung yang menempa kejayaan setelah pernah jatuh dan tersungkur hina.Bangun dan yakinlah betapa Allah senantiasa mengasihi hambanya.Putus asa bukan sifat dan karektor orang beriman.Semalam saya memberikan kaunseling kepada pesakit saya yang terlalu sedih kerana diceraikan suami setelah bersama selama 22 tahun.Semalam saya juga menyantuni pesakit saya seorang wanita muda yang berkorban apa sahaja untuk suami yang duduk mendayus di rumah..menganggur,mencuri apa sahaja milik isteri dan mengugut isteri dengan pelbagai risiko yang menakutkan.Sesungguhnya kehidupan ini perit..tetapi carilah cahaya hidayah dihujung kegelapan itu.Bandingkan nilaian disisi Allah anak muda Palestin yang tertindas dan dizalimi Yahudi berbanding anak muda di Malaysia yang disajikan kealpaan dan kegilaan hidup dalam negara 'terbaik di dunia' (tafsiran UMNO).Di Palestin, juga Chechnya, juga Syria setiap hari lahir syuhada2 yang bakal menghuni syurga.Di negara sebegitu, mana ada masa bagi anak muda untuk lepak, menzina, mendadah dan mencipta kemunafikan..dari perspektif akhirat anak-anak muda disana sebenarnya lebih beruntung.Bukan kita meminta kegawatan Palestin supaya berlaku disini namun bangunkan anak muda kita daripada lena dan leka panjang mereka kerana pemimpin negara ini gagal membina generasi mudanya.Yang dinilai baik jika kuat ampu dan kuat mengapikan semangat perkauman.Kita memilik limau yang segar tetapi minuman yang dibikin penuh racun.. 

Bantuan Pendidikan Pelajar IPT 2012


YDP kawasan Tambun sedang berucap merasmikan program bantuan IPT



Bergambar dengan sebahagian pelajar yang menerima sumbangan

IPOH-30 OGOS, Pas Kawasan Tambun meraikan seramai 36 orang pelajar yang berjaya melanjutkan pengajian tinggi di IPT dalam dan luar negara. Setiap pelajar tersebut telah diberikan sumbangan atas kejayaan mereka. Sejumlah RM 9000 telah dibelanjakan untuk program tersebut. Yang Dipertua Pas Kawasan, Dr Khairuddin Abd Malik dalam ucapan perasmian telah mengucapkan tahniah dan memberikan motivasi agar pelajar-pelajar belajar dengan tekun dan berusaha menjadi warganegara yang berjaya dan kelak berbakti pada masyarakat. Turut menerima bantuan adalah 3 orang pelajar India dan seorang pelajar Tiong Hua. Tahun ini adalah tahun ke-7 program ini di adakan.

Jumaat, 24 Ogos 2012

Ziarah keluarga mangsa pembunuhan di Beruas , Perak .



Pimpinan PAS kawasan Beruas telah menziarahi Encik Yeop dan isteri di Kampung Kota Beruas untuk membantu mereka disaat kesedihan . Anak pasangan tersebut Cik Yasuhaidah , 22 tahun telah dibunuh dengan kejam pada 17 Ogos di Apartmen Flora Damansara . Dalam pertemuan tersebut Encik Yeop merayu pihak polis melakukan siasatan terbaik supaya pembunuh dihukum setimpal .

Khamis, 23 Ogos 2012

Ziarah menjelang Aidilfitri











PAS cawangan Manjoi dalam program menyantuni orang orang fakir miskin di kawasan Manjoi . Setiap keluarga diberikan sumbangan duit raya , lemang sebatang dan ayam radix seekor . Diharapkan mereka juga bergembira seperti insan yang lain .

Rabu, 22 Ogos 2012

UMNO , RAMADHAN & TAQWA


Bulan puasa juga dikenali sebagai bulan Al-Quran dan bulan mendidik Taqwa. Ketaatan kepada Allah dan RasulNya adalah ciri utama bagi orang-orang yang bertaqwa. Secara mudah sesiapa yang mentaati Allah dan RasulNya wajib pula berpegang teguh dengan ajaran dan perintah-perintah Al Quran dan sunnah-sunnah Rasulullah.

Ramadhan adalah peluang terbaik untuk mendidik nafsu manusia supaya merasa kecil dan kerdil dihadapan keagungan Allah. Dari waktu subuh sehingga maghrib, seorang muslim dididik untuk tertib mematuhi perintah-perintah Allah yang pada hari-hari biasa tidakpun dikategorikan sebagai dosa. Makan, minum, bergaul suami isteri bukan perkara haram selagi anda makan yang halal, minum yang halal dan melakukan hubungan kelamin yang sah.

Namun dalam Ramadhan perkara-perkara yang biasanya halal dan  memang hak anda dilarang oleh Allah untuk dilakukan. Falsafahnya mudah – taqwa yang dilatih dalam Ramadhan akan melahirkan muslim yang mematuhi perintah Allah dan Rasul bukan kerana persoalan rational, hak, logik dan sesuai atau tidak dengan zaman. Taqwa menuntut taat kepada Allah dan RasulNya tanpa soal, tanpa pilih dan tanpa musim.

Maka dalam Al Quran dinyatakan secara pasti, berpuasa akan mendidik taqwa.
“Wahai orang-orang yang beriman! kamu diwajibkan berpuasa sebagaimana diwajibkan atas orang-orang yang terdahulu daripada kamu, supaya kamu bertaqwa.” (Al Baqarah : 183)

Namun mematuhi perintah hukum jenayah Islam seperti Qisas juga melahirkan taqwa.
“Dan di dalam hukuman Qisas itu ada jaminan hidup bagi kamu, wahai orang-orang yang berakal , supaya kamu bertaqwa.” (Al Baqarah : 179)

Hanya dengan ketaqwaan sahajalah kejayaan yang sebenar akan diperolehi.
“Dan sesiapa yang taat kepada Allah dan RasulNya dan takut kepada Allah serta bertaqwa kepadaNya,  maka merekalah orang-orang yang beroleh kemenangan.”       (An Nuur : 52)



Persoalan yang nak dibincang dalam artikel ini adalah pendekatan dan tindakan pemimpin-pemimpin UMNO berhadapan dengan latihan taqwa yang mereka lalui sama dengan muslim lain. Adakah mereka belajar apa-apa iktibar dalam Ramadhan dulu, kini dan akan datang ?

Untuk memudahkan perbincangan penulis sekadar ingin memetik beberapa kes contoh.

i)          Penglibatan keluarga Dr. Mahathir dalam penguasaan saham syarikat arak terbesar di Filipina, San Miguel dengan pelaburan sebanyak RM 2.9 Billion. Untung besar berniaga arak lantas pula menguasai syarikat minyak Petron.

ii)         Percubaan sabotaj oleh pemimpin-pemimpin UMNO keatas kredibiliti Kerajaan PR Selangor dengan ugutan kepada rakyat tentang catuan air kerana kononnya Kerajaan PR gagal untuk mengurus masalah air di Selangor dan Wilayah Kuala Lumpur.

iii)        Kedegilan berterusan pemimpin-pemimpin UMNO untuk mendera rakyat Kelantan dan menafikan hak mereka untuk mendapat nikmat anugerah Allah iaitu royalti minyak yang bernilai hampir RM 7 Billion. Bahasa mudahnya kerajaan UMNO/BN berlaku zalim kepada rakyat Kelantan yang 97 % adalah orang Melayu Islam.

iv)        Pendakwaan kepada sdr. Rafizi Ramli dan Johari kerana mendedahkan penyelewengan skandal NFC melibatkan kerugian RM 250 juta wang rakyat. Sudahlah didakwa, pihak berkuasa polis berlagak melampau dengan ‘serangan’ waktu subuh seolah-olah Rafizi yang makan rasuah 250 juta.

Premis perbincangan ini mengambil apa yang UMNO dakwa dan sifatkan parti dan perjuangan mereka. UMNO parti Melayu berteraskan Islam. UMNO parti Islam terbesar di dunia. UMNO lah yang memacu pembangunan Islam di Malaysia. Ok, kita terima sahajalah puji-puja UMNO terhadap diri mereka.

Semua maklum, parti atau jemaah yang baik akan dan tentu mempunyai pemimpin yang baik, kerana pemimpin adalah lambang parti. Orang boleh menilai ‘content’ perjuangan dan perjalanan sesuatu parti berdasarkan pemimpin yang mengetuainya. Parti yang baik bahkan boleh pula menjadikan ahli-ahlinya yang kurang baik menjadi lebih baik melalui modul tarbiah ruhiyyah dan jasmaniah.

Pada masa yang sama pemimpin-pemimpin yang baik akan beriltizam dan istiqamah memperbaiki lagi sebarang kekurangan yang berlaku dalam perjuangan parti dalam tempoh yang panjang. Dapatlah dibuat kesimpulan jika seseorang masuk dalam satu perjuangan parti, menjadi pemimpin pula dalam tempoh yang panjang tetapi tetap bergelumang dengan kefasikan dan kezaliman maknanya parti tersebut tidak ada nilai rohani dan kosong nilai tarbiahnya. Rugi besarlah dan buang masa sahaja dalam perjuangan yang tiada roh taqwa.


Dr. Mahathir adalah presiden UMNO selama 22 tahun dan menjadi ahli UMNO lebih 60 tahun. Bolehlah dia digelar Mursyidul Am UMNO.. tetapi apa nilai taqwa yang ada pada beliau apabila rela dan bangga keluarganya memiliki saham arak berbillion ringgit.

Apa pula nilai taqwa pemimpin-pemimpin UMNO dan kroni mereka yang sanggup berdusta? Kononnya rakyat Selangor dan Kuala Lumpur perlu menghadapi catuan air hanya kerana UMNO mempolitikkan isu air di Selangor. Sengaja nak cetuskan kemarahan rakyat kepada Kerajaan Selangor lantaran isu-isu air yang sengaja diputar belit dan didustakan. Apakah nilai puasa orang-orang yang berdusta? 

Kerakusan pemimpin-pemimpin UMNO melanggar amanah Allah dan amanah pemimpin-pemimpin UMNO dahulu( Tun Razak )  tentang royalti minyak hak rakyat Kelantan . Apa hukum ambil hak orang? Untuk apa puasa jika tidak amanah. Jika betul rakyat Kelantan tiada hak keatas royalti tersebut kenapa perlu beri wang ihsan kepada mereka.Bila dah dekat nak pilihanraya tubuhkan pula jawatan kuasa khas tentang hak royalti.Setelah  7 tahun berlalu baru nak kaji? Betapa tidak effisiennya kerajaan UMNO/BN. Sanggupkah Dato’ Najib berhadapan dengan persoalan akhirat nanti mengenai hak rakyat yang sengaja dizalimi?

Puasa latih kita jangan sentuh bahkan kepunyaan sendiri jika Allah larang. Untuk kes minyak Kelantan, UMNO bukan buat dosa kecil tetapi dosa besar kerana rampas hak orang. Letih sahajalah berpuasa.

Barang siapa yang tidak meninggalkan perkataan dusta dan tidak meninggalkan perbuatan yang sifatnya menipu(ketika berpuasa) maka Allah tidak memerlukan untuk dia meninggalkan makanannya dan minumannya. (HR. Bukhari)

Ramai orang yang berpuasa, tapi tidak mendapat pahala apa-apa daripada puasanya kecuali haus.  (HR. Nasa’i)

Ramadhan sepatutnya mendidik muslim supaya bersama kebenaran dan menentang kemungkaran. Rasuah lembu NFC yang melibatkan suami Ketua Wanita UMNO Malaysia bukan isu remeh. Makan duit rakyat beratus-ratus juta bakal menghumban pelakunya memasuki neraka. Mendedahkan skandal NFC adalah kerja jihad dan berpahala besar. Apatah lagi pemimpin-pemimpin besar UMNO sendiri cuba tutup dan melindungi pelaku rasuah.

Islam iktiraf jihad Rafizi dan rakan-rakannya. Tetapi UMNO marah dan tangkap Rafizi yang beramal dengan hadis berikut :

“Jihad yang paling afdhal ialah kalimah yang benar kepada pemerintah yang zalim”.             (HR. An Nasai)



Banyak lagi kes-kes yang boleh dibincangkan berdasarkan perspektif taqwa. Bagaimana dengan kes rampasan kuasa di Perak melalui angkara jahat yang diketuai Dato’ Najib. Adakah perangkap sex, ugut, beli dan culik wakil rakyat termasuk dalam ‘syllibus’ taqwa?

Tahun demi tahun seluruh penganut Islam di Malaysia berpuasa demi mematuhi arahan Allah dan mengharapkan keampunanNya. Diakhir Ramadhan seluruh umat Islam mengharapkan dipilih untuk tergolong dalam kumpulan yang mendapat pembebasan daripada seksaan api neraka.

Tahun demi tahun jugalah UMNO terus lalai dan tenggelam dalam agenda melunturkan taqwa. Menjelang berakhirnya Ramadhan marilah kita seluruh rakyat Malaysia yang beriman melakukan Islah dan reformasi berikut :

“Dan di antara manusia ada orang yang tutur katanya mengenai hal kehidupan dunia, menyebabkan engkau tertarik hati (mendengarnya), dan ia (bersumpah dengan mengatakan bahawa) Allah menjadi saksi atas apa yang ada dalam hatinya, padahal ia adalah orang yang amat keras permusuhannya (kepadamu).” (Al Baqarah : 204)

Jangan jadi golongan pertama diatas tetapi mari kita memilih menjadi golongan berikut :

“Dan di antara manusia ada yang mengorbankan dirinya kerana mencari keredaan Allah semata-mata; dan Allah pula amat belas-kasihan akan hamba-hambaNya.” (Al Baqarah : 207)

Iktibar peperangan Badar yang di istilahkan didalam Al Quran sebagai Yaumul Furqan (hari pembeda kebenaran dan kekafiran) wajib diambil. Yang berperang adalah Arab yang beriman menentang Arab yang musyrik. Yang berperang adalah anak saudara berperang dengan bapa saudara dan keluarga dekat. Baik Melayu atau Arab adalah hampas jika syirik dan zalim. Jadilah Melayu yang kental iman,tinggi kualiti taqwa dan berkobar jihadnya.Jangan sia-siakan hari-hari Ramadhan yang masih berbaki.

Tinggalkanlah perjuangan UMNO. Namun sebagai ahli gerakan Islam berdoalah kita agar Allah memberikan hidayahnya kepada pemimpin-pemimpin dan ahli-ahli UMNO agar balik ke pangkal iman dan taqwa.


Penulis,

Dr. Hj. Khairuddin Bin Dato’ Abd. Malik
Yang di Pertua PAS Kawasan Tambun & Setiausaha Pakatan Rakyat Perak