sekadar renungan bersama..

Khamis, 25 Oktober 2012

PR Perak rujuk isu Soi Lek kepada Sultan, Mufti


Muhammad Faeez Azahar,24 Okt 2012

(Pemimpin Pakatan Perak tanpa mengira agama dan kaum membantah Chua Soi Lek)

IPOH: Pakatan Rakyat Perak akan mengahtar surat kepada Sultan Perak yang juga Ketua Agama Negeri berhubung tindakan MCA khususnya Datuk Seri Chua Soi Lek tidak henti-henti menghina Islam.

Setiausahanya, Dr Khairuddin Abdul Malik berkata, surat berhubung perkara itu juga akan dihantar kepada Mufti dalam masa terdekat.

Beliau berkata, kenyataan Soi Lek sebelum ini jelas mengherdik agama Islam dan menceroboh ke dalam urusan hal-ehwal agama Islam.

Kata beliau, perbuatan Chua Soi Lek sangat menyentuh sensitiviti umat Islam dan berpotensi menyebabkan ketegangan kaum dan agama.

Ekoran itu juga, Pakatan Rakyat Perak ujarnya turut mencabar kerajaan yang diketuai Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak mendakwa Soi Lek atas Akta Hasutan.

“Pakatan Rakyat Perak cabar Umno mendakwa Chua Soi Lek atas akta Hasutan seperti pernah dilakukan kepada individu-individu tertentu sebelum ini,” katanya ketika membuat sidang media di Pejabat PAS Perak, hari ini.

Khairuddin yang juga Yang Dipertua PAS Tambun berkata,  jika tindakan tersebut tidak dilakukan bermakna Umno bersekongkol dan bersetuju agama Islam dihina serta diherdik.

MCA ujarnya tidak wajar mencari pengurah politik di kalangan orang Cina dengan menghina peraturan-peraturan Islam dan menghina PAS.

Tegas beliau, Pakatan Rakyat Perak mendesak Chu Soi Lek meminta maaf kepada seluruh penganut agama Islam atas keterlanjuran mereka dan jangan sekali-kali mengulang perbuatan jahat tersebut.

Dalam perkembangan berkaitan, Pakatan Rakyat Perak yang diketuai Datuk Seri Nizar Jamaluddin mencabar MCA mengadakan debat terbuka berhubung isu yang dimainkan.

“Kami akan menghantar surat jemputan kepada MCA Perak yang diketuai Chua Soi Lek selaku Pengerusi MCA Negeri untuk mengadakan debat terbuka yang bertajuk MCA Sokong Islam dan Hudud Tetapi Menentang Hudud PAS. Tajuk ini sesuai apa yang didakwa mereka,” jelas beliau.

Hadir Sama ialah Adun Tronoh, V Sivakumar; Adun Canning, Wong Kah Woh; Ketua Penerangan PKR Perak, Ustaz Zulkifli Ibrahim dan pimpinan Pakatan Rakyat Perak.

Sabtu, 20 Oktober 2012

MCA Menyerlahkan Warna Sebenar Kebenciannya Kepada Islam

Sejak setahun yang lepas MCA tidak pernah berasa risau, takut atau bimbang tentang peranannya sebagai musuh nombor satu kepada Islam dan penganutnya di Malaysia.Serangan MCA kepada Islam datang bertalu-talu dan mula memasuki fasa bahaya.Sangat jelas tindakan MCA menyerang Islam adalah untuk kepentingan politik jangka pendek bagi mengembalikan sokongan dan undi orang China kepada MCA dan
Barisan Nasional.Rasional MCA mudah difahami.

DAP dan PAS selain PKR pada ketika ini sangat berpotensi untuk memenangi PRU 13 yang dijangka akan diadakan pada bila-bila masa sahaja.Hegomoni UMNO/BN insyaAllah bakal berakhir.Fitnah terhadap parti-parti Pakatan Rakyat begitu terancang sekali.UMNO ditugaskan menyerang PAS dengan fitnah jahat kononnya PAS sudah menggadai prinsip dan rela membiarkan DAP melakukan pelbagai agenda untuk menjadikan Malaysia negara Kristian,melucutkan institusi Raja-Raja Melayu dan
menghapuskan keistimewaan orang-orang Melayu.

MCA pula digerakkan secara strategik untuk melemahkan pengaruh DAP melalui serangan-serangan yang bermaksud DAP adalah parti yang mengkhianati survival orang-orang China di Malaysia.Melalui kerjasama DAP dengan PAS jika nanti PR berjaya menguasai Putrajaya, orang China akan hidup dalam keadaan 'zaman gelap' kerana undang-undang Islam versi PAS akan dilaksanakan.Hudud PAS akan dikuatkuasakan,habislah tangan-tangan orang akan dipotong kerana mencuri.Pusat-pusat judi akan habis ditutup dan dianggarkan 1.2 juta orang akan hilang pekerjaan.MCA berhujjah hukum hudud tidak sesuai dan semua negara-negara umat Islam yang melaksanakan hudud adalah mundur dan rasuah berleluasa.Bahkan apa sahaja yang menjadi amalan syariah orang Islam seperti tidak bersalam lelaki perempuan yang bukan mahram dianggap oleh MCA sebagai kolot.Presiden MCA bahkan mengherdik seorang ADUN UMNO dinegeri Johor sebagai sudah hilang akal lantaran ADUN tersebut mencadangkan pelaksanaan hudud dinegeri Johor.

Maka MCA terus menghasut pengundi -pengundi China  jangan percaya kepada DAP yang sedia menjadi alat PAS.UMNO pula terus menghasut pengundi-pengundi Melayu supaya membenci DAP yang digambarkan sebagai anti Islam, anti Melayu dan anti Raja-Raja Melayu.UMNO bahkan mencari ustaz-ustaz yang tanpa sandaran dan adab ilmu mengeluarkan 'fatwa' mengundi PAS adalah haram kerana PAS bertahalluf dengan DAP yang 'anti Islam'. Jika DAP anti Islam hanya kerana berpegang dengan kefahaman mereka bahawa perlembagaan Malaysia adalah sekular dan tidak bersetuju dengan pelaksanaan hudud, apa pula gelaran yang wajib diberi kepada MCA yang bukan sahaja tak setuju dengan 'hudud PAS'tetapi menghina sehina-hinanya apa sahaja yang ada kaitan dengan peraturan-peraturan Islam seperti etika bersalam dan pengharaman judi? Saya cadangkan MCA dinobatkan sebagai musuh ketat pekat Islam di Malaysia.Apa pula hukum mengundi UMNO yang terus membisu seribu bahasa dengan semua kebiadapan dan keceluparan MCA terhadap Islam dan penganutnya?

Untuk menjawab tuduhan PAS menggadai Islam dan diperalatkan oleh DAP untuk melemahkan Melayu dan Islam, jawapannya ada dinegeri-negeri yang ditadbir oleh Pakatan Rakyat.Di Kelantan, di Kedah , di Pulau Pinang dan di Selangor.Dakwah berkembang biak, kebajikan orang Islam terbela dan pemimpin-pemimpinnya bebas rasuah, tidak boros dan lebih disenangi oleh rakyat.Kerana dasar dan imej dakwah PAS maka tidak menghairankan apabila dalam keadaan pemimpin-pemimpin PAS berpegang teguh dengan prinsip-prinsip Islam tetapi pada masa yang sama orang-orang bukan Islam lebih meyakini Pas berbanding UMNO. Sebaliknya dalam keadaan pemimpin-pemimpin UMNO longgar pegangan mereka kepada Islam dalam masa yang sama juga, keyakinan dan rasa hormat orang-orang bukan Islam kepada mereka semakin  lama semakin nipis.

Tidak adakah peruntukan undang-undang yang boleh diambil keatas tokoh-tokoh utama MCA yang sedang giat bermain api kebencian agama? Sekadar melontarkan analogi betapa sebenarnya tokoh-tokoh MCA begitu jahat dan membahayakan keselamatan dan kestabilan hubungan antara kaum di negara ini, cuba bayangkan jika Lim Kit Siang ia itu pemimpin kanan DAP menuduh ADUN UMNO sebagai hilang akal kerana mencadangkan pelaksanaan hudud di Malaysia.Apa agaknya reaksi akhbar Utusan Malaysia, TV3 dan pertubuhan Melayu seperti Perkasa dan JATI? Apa pula kenyataan Ketua Polis Negara? Tentu pembaca boleh menjangka dengan tepat..tentu pemimpin DAP itu akan dicerca berbulan-bulan lewat akhbar dan media milik UMNO.Tentu bertempik ustaz-ustaz upahan UMNO dan tentu ada pihak pemuda UMNO yang menghunus keris berlagak jantan.Agaknya polis akan tahan Lim Kit Siang dibawah ISA.

Soalnya kenapa apabila MCA hina Islam mereka tidak pun dijentik?Juga kenapa apabila UMNO yang mengizinkan MCA hina Islam masih terus tanpa malu bercakap tentang Malaysia yang menjadi contoh negara ISLAM.Adakah sesebuah negara itu akan dinobatkan sebagai negara terbaik jika dinegara itu paling lantang Islam dihina dan diperleceh?.Ataupun kita perlu membuat kesimpulan sendiri bahawa selagi seseorang atau sesuatu organisasi itu menyokong UMNO maka tidak ada undang-undang negara ini yang mampu menghukum mereka.Kerana UMNO dan MCA adalah saudara dunia dan akhirat.

Cuba pula fikirkan kenyataan saya ini : Persekongkolan UMNO-MCA adalah pengkhianatan kepada negara dan Malaysia akan menjadi jauh lebih baik jika UMNO dan MCA tidak lagi wujud dinegara ini.Anda bersetuju dengan kenyataan saya?

Mari berdoa terus demi kemakmuran dan kesejahteraan negara tercinta ini.

  

Ahad, 7 Oktober 2012

Memilih untuk mecari keredhaan Allah

" Dan jika engkau menurut majoriti orang yang ada di muka bumi, nescaya mereka akan menyesatkan kamu daripada jalan Allah; tiadalah yang mereka turut melainkan sangkaan semata-mata, dan mereka tidak
lain kecuali berdusta"..surah AL An'am 116.

Bukankah matlamat terakhir kehidupan ini adalah untuk mencari keredhaan Allah dan dianugerahkanNya keampunan dan nikmat syurgaNya.Yang pasti keredhaan Allah tidak datang menggolek tetapi menuntut jerih,pahit maung dan pengorbanan yang berterusan.

Namun kekeliruan adalah sifat intrinsik umat Melayu yang berlatarbelakangkan kedangkalan ilmu dan suka berprasangka tanpa kajian bernas.Betapa orang Melayu ramai yang percaya bahawa kuasa status quo Melayu UMNO itu adalah sinonim dengan kuasa Islam adalah ilusi yang begitu rapuh. Maka ada yang percaya bahawa perjuangan menumpaskan sizalim yang enggan melaksanakan syariah Islam, sipengamal rasuah yang mengempiskan terus harta negara, sisaudara syaitan yang beramal boros mencekik khazanah negar, si pemfitnah yang ketagih mengaib dan mengkhazaf insan seagama dan sipengejek maruah umat Islam dengan menyanjung tinggi nasihat yahudi laknatullah melalui syarikat2 konsultan seperti APCO dan sikosong amanah yang merompak hak orang Melayu Islam di Kelantan untuk menikmati nikmat royalti minyak anugerah Allah.

Kenapa ada yang percaya betapa agenda besar perintah agama supaya menentang kezaliman pemerintah (itu satu jihad yang besar) yang terbukti sebenarnya melemahkan orang-orang Melayu dan menodai kesucian Islam dikaitkan pula dengan bakal melemahkan kuasa politik Melayu dan Islam?? Adakah orang2 Melayu mempertikaikan ketetapan Allah bahawa untuk menjadi umat terbilang dan cemerlang, orang Melayu wajib terlibat dengan amar makruf dan nahi mungkar??

Atau orang2 Melayu mempunyai keyakinan pelik betapa negara dan bangsa tercinta ini telah, sedang dan akan terpelihara terus oleh 'pemimpin'2 yang kurang ilmu agama, beramal hidup dengan menyanjung budaya campur barat dan k pop korea serta hidup bergelumang dengan rasuah? Jika begitu kami serahkan saja anda kepada Allah, lebih utama kami mencari sasaran dakwah baru dikalangan orang-orang China, India, Iban dan Kadazan.

Bangkitlah wahai anak bangsaku, tampil mebela bangsa ini dengan resipi Agama Islam yan tentu benar, syumul dan 'time tested'( tahan uji). 

Rabu, 26 September 2012

Wahai UMNO – Kamu dengan jalan Kamu, Kami dengan jalan Kami.


“ Marilah PAS bersama UMNO melaksanakan hudud dan membina negara Islam! Tinggalkan Pakatan Rakyat.”

Sangat mengujakan! Demikianlah kempen berbisa UMNO dan juak-juaknya sejak sebulan lepas.

Setiap kali menjelang pilihanraya isu yang pasti dilontarkan oleh pakar – pakar saraf UMNO/BN adalah disekitar perlaksanaan hukum hudud dan cita – cita PAS menegakkan negara Islam. Ikut sudut manapun isu tersebut akan diputarbelit bagi merugikan dan menjejaskan persepsi pengundi terhadap PAS. UMNO dan MCA  bersaudara menyerang PAS dalam isu tersebut.Jangan lupa ugutan Presiden MCA akan meninggalkan BN jika UMNO berani mencuba memperjuangkan hudud.Bagaimana mungkin ada orang yang percaya UMNO ikhlas nak bersama PAS walhal seluruh dunia tahu betapa sayangnya UMNO kepada MCA.
                Mari kita menganalisa beberapa kenyataan pemimpin UMNO dalam tempoh terdekat.
  1. Dr. Mahathir seperti dilaporkan dalam Sinar Harian 18/8/2012 di ms 4 , mengajak PAS menyertai UMNO demi melaksanakan hudud yang sebenar dan mewujudkan negara Islam yang lengkap. Tinggalkan Pakatan Rakyat kata beliau.
  2. Dr. Mashitah Ibrahim dalam pojoknya di Sinar Harian 17/8/2012 ms 20 menempelak PAS kononnya tunduk dan gagal mengawal DAP atas isu hudud dan pembentukan negara Islam. Dasar PAS mengenai negara berkebajikan adalah testimoni bagaimana PAS telah dipaksa mengenepikan pejuangan negara Islam demi menjaga hati DAP kata Dr. Mashitah.
  3. Ulasan pelbagai pihak, betapa tidak wajarnya PAS bertahalluf  dengan DAP kerana jelas dan terang DAP memusuhi Islam lantaran penentangan Karpal Singh terhadap hudud.

Yang menjadi masalah adalah dikalangan individu–individu tertentu samada Karpal Singh,  beberapa kelompok kecil DAP dan segelintir orang Melayu dan pemimpin-pemimpin NGO. Janganlah lemparkan kebijaksanaan yang Allah kurniakan sekadar kerana termakan dengan gula–gula UMNO yang berbisa racun. Takkan tak boleh kenal umpan beracun yang diulang–ulang buat sekelian kalinya.
Bukankah pemimpin–pemimpin PAS telah diperjelaskan seawal  tahun 1999 lagi,  kenapa PAS perlu mengambil pendekatan strategik bertahalluf siyasi dengan DAP dan PKR.Ia berlaku hasil daripada pertemuan bersejarah antara pemimpin–pemimpin PAS dengan tokoh–tokoh gerakan Islam antarabangsa di London pada tahun 1998. Bahkan ada pertemuan penting antara Almarhum Ustaz Fadzil Nor dengan Professor Dr. Yusuf Qaradawi juga atas isu yang sama.

Pada masa itu dan kini, dunia tahu, pemimpin PAS dan gerakan Islam pun semua tahu mengenai pendirian DAP tentang konsep negara Islam yang menjadi teras perjuangan PAS. DAP adalah parti sekular berideologi sosialis demokrat. Mantan Timbalan Presiden PAS sendiri, berulan kali mempertegaskan pendekatan tahalluf itu: bahawa parti–parti Barisan Alternatif (ketika itu) akan berkerjasama atas hal–hal yang disepakati dan berlapang dada atas hal–hal yang berbeda pandangan – Nah! Kenapa masalah ditimbulkan sekarang hanya kerana terperangkap dengan niat jahat UMNO. Tokoh-tokoh gerakan Islam tersebut pada masa itu hingga kini juga kenal UMNO dan sikap talam dua muka parti melayu itu terhadap Islam.

Sepatah kata Ketua Penerangan UMNO, Ahmad Maslan  di Muar pada 17/8/2012 – “Teruk sangatkah UMNO hinggakan PAS tak nak berkerjasama?” Jawapan saya mudah – memang UMNO bukan sahaja teruk tetapi jahat dan kotor.  Tangan–tangan pemimpin UMNO bukan sekadar dibasahi najis tetapi darah – darah syuhada!

Seluruh pemimpin dan penyokong PAS dan Pakatan Rakyat jangan langsung ada perasaan simpati terhadap UMNO pada saat dan suasana genting kini. Di ambang kejatuhan UMNO sekarang pelbagai lakonan UMNO sepatutnya tidak mengganggu fokus kerja kita. Tingkah laku UMNO kini tiada bedanya dengan gambaran yang diberi oleh Allah dalam Al Quran iaitu analogi penumpang–penumpang kapal yang dilanda ribut taufan di tengah lautan yang bergelora lantas memohon segala pergantungan kepada Allah. Namun apabila terselamat daripada badai tersebut mereka kembali menderhakai Allah. (rujuk Al Quran Surah Yunus ayat 21-23).

Setiap kali UMNO berhadapan dengan suasana sukar maka setiap kali jualah mereka berlakun, merayu rakyat bahawa mereka telah insaf dan akan bersungguh-sungguh membela rakyat.Namun hakikatnya adakah mereka pernah insaf dan bertaubat.Pasca PRU 2008 pelbagai skandal terus melanda negara.Pemborosan berskala syaitan tak ada noktahnya.Islam terus dipinggirkan dan fitnah berleluasa.

Janganlah sesiapapun yang naif dengan kerakusan nafsu politik UMNO. Membina negara Islam bukanlah mudah tetapi tidaklah juga terlalu sukar. Kita terimalah untuk melaksanakan hukum hudud di Malaysia, samada  PAS ataupun UMNO akan berhadapan dengan cabaran yang pelbagai  dan sukar, tetapi bukan mustahil.Namun ada 95% lagi urusan-urusan “negara Islam” yang UMNO boleh dilaksanakan tanpa perlu mengeluarkan air mata – kerana ianya sangat mudah! Yang penting -  bersikap jujur kepada diri sendiri, kepada rakyat dan tentunya kepada Allah.

Pertama jangan campurkan iman dengan syirik – pemimpin UMNO jangan ajar rakyat merayakan sambutan syirik agama lain.Jangan asyik memperlekehkan syariah Islam seperti hudud sebagai kolot ,tidak adil dan punca kemunduran umat Islam.Sekejap nak hudud sekejap perlekeh hudud sebagai “hudud PAS”.
 Kedua tegakkan keluhuran perlembagaan – hormati hak rakyat untuk berhimpun secara aman dan hak mengundi dalam pilihan raya yang adil dan bersih. Hentikan agenda memberi hak kerakyatan dan hak mengundi kepada pendatang asing secara borong.

 Ketiga tegakkan kedaulatan undang–undang dengan mendakwa pesalah VIP dan rakyat biasa tanpa pilih bulu. Hapuskan kuasa gila peguam negara dan bebaskan peguam negara daripada cengkaman politik. Kembalikan integriti hakim–hakim dan  tegakkan keadilan kepada sesiapa sahaja. Tangkap penjenayah sebenar yang membunuh Altantunya dan tangkap pemakan rasuah Scorpene , NFC dan LRT. Lucutkan jawatan pemimpin yang melanggar perjanjian royalti Petronas Kelantan dan Terengganu.
Keempat jangan bersaudara dengan syaitan. Elakkan pemborosan dan ketirisan RM 28 bilion setahun. Perdana menteri dan isteri kena hidup sederhana macam rakyat. Tak perlu ‘shopping’ beratus ribu  ringgit dimerata kota besar dunia dan tipu rakyat dengan istilah wassotiyah. Hentikan membuncitkan kroni dengan projek – projek mega yang membazir.

Kelima jangan abaikan perintah – perintah Islam yang teras. Tanpa PAS, tak bolehkah UMNO pastikan urusan aurat isteri-isteri mereka selesai dan pemimpin-pemimpin UMNO tak melabur dalam syarikat arak dan judi. Tanpa PAS pun UMNO boleh berhenti daripada jadi agen pengedar filem lucah dan penyebar fitnah lucah.  UMNO boleh ikut langkah PAS hapuskan judi dan gubal undang-undang jenayah syariah di Perlis, Johor, Melaka, Pahang dan semua negeri – negeri yang UMNO berkuasa.Kenapa tak laksanakan?

Kenapa UMNO  tak tegakkan urusan – urusan asas Islam yang dalam lingkungan kuasa dan daerah pengaruhnya? Tak perlulah UMNO salahkan PAS kerana enggan bersatu dengan UMNO demi menutup aurat isteri pemimpin – pemimpin mereka! Tak wajar UMNO salahkan DAP tolak hudud jika pemimpin UMNO terus minum arak dan berjudi. Rakyat tak perlu di tipu dengan asyik menyalahkan Anwar Ibrahim dalam semua isu negara walhal pemimpin – pemimpin UMNO masih seronok makan duit rasuah dan membuat hubungan sulit dengan  Yahudi Israel.

Sangat aula’ ketika ini seluruh pendokong gerakan Islam memahami isu hudud dan permainan UMNO.Jangan bertelagah dengan sesiapa kerana hudud.Itu yang UMNO suka.Dalam urusan menegakkan daulah Islam dan termasuklah hudud, siapa yang tidak mengetahui hasrat dan cita-cita Pas tersebut? .Sama seperti maklumnya satu dunia tentang hasrat dan cita-cita Ikhwanul Muslimun di Mesir, Hamas di Palestin dan hasrat Erdogan di Turki.Semua gerakan Islam tersebut bertembung dengan ‘UMNO Mesir’,’UMNO Palestin’ dan ‘UMNO Turki’.Tetapi ketika revolusi Mesir sedang berlaku, tidak ada kurangnya kualiti jihad Presiden Morsi apabila meletakkan keutamaan menggantikan regim diktator Mesir dengan kerajaan demokratik  dengan bertahalluf dengan golongan Kristian Koptik walaupun tidak menyatakan hudud sebagai agenda bersama.Kenapa dalam konteks Mesir , tindakan Ikhwan disanjung tetapi di Malaysia PAS dicurigai.Sejak bila Kristian Koptik Mesir sukakan hudud?

 Bukankah Presiden PAS sudah memberi jaminan bahawa objektif PAS untuk melaksanakan undang-undang jenayah syariah di Malaysia adalah dalam konteks perjalanan demokrasi yang sedia ada.Maknanya pada ketika dakwah PAS dengan sokongan badan-badan Islam lain (mungkin juga dengan sokongan dewan himpunan penyokong PAS) berjaya memecahkan tembok kejahilan dan prejudis Melayu dan bukan Melayu, Muslim dan bukan Muslim terhadap syariah Islam, siapa yang boleh menghalang niat suci PAS tersebut?Itulah demokrasi bermoral dan berwawasan.

Kepada aktivis Pakatan Rakyat,isu-isu besar yang wajib dipersembahkan kepada rakyat dalam PRU 13 nanti adalah “Referendum Agung” sebegini:
  1. Dibawah UMNO negara berhutang hampir 500 billion kerana kegagalan mentadbir dan rasuah tanpa hujung.
  2. Dibawah UMNO kebebasan rakyat untuk berhimpun,  dan mengundi secara adil dan bebas untuk memilih pemimpin yang terbaik dinafikan dan rakyat didera dan dicederakan kerana menuntut hak mereka.Pemberian kerakyatan kepada pendatang asing berleluasa.
  3.  Dibawah UMNO rakyat terus diporak perandakan dengan perpecahan kaum dan agama kerana dasar assobiyah Melayu dan exploitasi isu agama secara ekstrim.
  4.  Dibawah UMNO hubungan federalisma negeri dan persekutuan terus dicabul dan hak negeri – negeri terus ditindas .Hak royalti minyak Kelantan dirampas dan negeri Sabah terus dimiskinkan.
  5. Dibawah UMNO kebajikan rakyat terabai dan kroni diutamakan. PR pula menawarkan pendidikan , kesihatan percuma dan penghapusan TOL dan PTPTN. 
  6. Dibawah kuasa UMNO aktiviti-aktiviti dakwah Islam yang syumul terus dijerut dan peranan masjid dicekik sempit.Ustaz UMNO suka-suka hati keluarkan fatwa demi kepentingan politik sempit.

Persembahkan kepada pengundi mana satu pilihan mereka.UMNO/BN yang menyalahguna kuasa atau Pakatan Rakyat yang demokratik, mesra rakyat , mesra dakwah,berintegriti, telus dan amanah.
Ahli – ahli PAS dan penyokong – penyokong PAS perlu menyisihkan ‘distraction’ yang merugikan. UMNO cuba mengelirukan sebahagian kecil pencinta –pencinta Islam betapa UMNO – PAS perlu bersatu untuk menegakkan Islam di Malaysia.  DAP pula adalah anti Islam dan tuduhan lebih dahsyat lagi DAP merancang nak tubuhkan Negara Kristian. UMNO juga ingin menipu rakyat bahawa MCA adalah mesra Islam (zimmi) tetapi DAP adalah kafir Harbi, lantas UMNO menjatuhkan fatwa haram sokong DAP dan kerana PAS bertahalluf dengan DAP, maka sokong PAS juga haram.

Sekadar memberikan jawapan politik kepada UMNO dan ustaz – ustaz yang seangkatan dengan Fatul Bari (ulama UMNO tersohor kini) – kalau benar PAS ini jahat dan haram disokong kenapa beria –ia sangat nak pujuk PAS masuk UMNO. Kalau MCA itu baik sangat – buat sahajalah negara Islam dan laksanakan hudud dengan sokongan MCA! Kalau boleh ,UMNO keluarkan fatwa bahawa sokong MCA wajib dan pertahankan maruah presiden MCA Chua Soi Lek sebagai jihad akhbar..berpahala syahid.

Ahli – ahli pas dan ahli –ahli NGO Islam perlu memahami keutamaan dan fokuskan kepada kerja –kerja yang produktif. Jangan merasa rendah diri dengan konsep negara berkebajikan yang menjadi jenama PAS kini. Jangan kecewa jika dakwah PAS kepada rakan – rakan bukan Islam dalam Pakatan Rakyat mengambil masa yang lama untuk berhasil. Kita menuntut pahala dan keredhaan Allah. Biar apa Dr. Mahathir, Dr Mashitah dan UMNO nak kata. Jangan ambil pusing kenyataan – kenyataan Karpal Singh kerana didalam DAP ada ratusan ribu lagi insan sasaran dakwah kita.

Ingat pesanan Dr. Yusuf Qaradawi supaya gerakan Islam memberikan keutamaan kepada memahamkan rakyat tentang demokrasi dan nilai undi mereka. Ingat pesan beliau tentang kewajipan menentang kemungkaran pemerintah melalui pilihan raya yang adil. Ingat motivasi beliau bahawa dinegara yang demokrasi hidup , pilihan raya pula adil dan bebas – sudah pasti kumpulan Islam  menjadi pilihan dan akan berjaya. Alasan beliau mudah – Islam adalah agama yang universal – menepati naluri manusia sejagat. Islam pasti menang – syaratnya jadilah pendakwah yang bijak dan jangan terperangkap dengan agenda musuh.Apabila pimpinan PAS arahkan ayuh turun padang berjihad, terus mara kehadapan dan bertawakkal kepada Allah sahaja.Moga-moga Putrajaya kembali menjadi milik rakyat.

Dr. Hj. Khairuddin Bin Dato’ Abd. Malik
Yang Dipertua PAS Kawasan Tambun / Setiausaha Pakatan Rakyat Perak

Ahad, 23 September 2012

Dr Mahathir lepas geram : Melayu jangan berani mencuba !


KUALA LUMPUR Sept 23 ― Tun Dr Mahathir Mohamad has called the Malays “ungrateful” and “lacking intelligence” warning that the greed of a few power-hungry Malays in the opposition would see the country’s dominant race lose its political power “If any of these Malay oppositon parties win the elections and forms the government this government would have to follow the dictates of other races “The Malays will no longer hold dominance in the government that they were so willing to share with others ” he said in a special column titled “Suara Hati Mahathir” published in Mingguan Malaysia today the weekend edition of Umno-owned Utusan Malaysia In his lengthy tirade against the Malays the former prime minister expressed sadness that the Malays were now purportedly split into three factions and said that this has resulted in them “begging” for support from the other races “It has forced them to beg for support even from those who have all this time been fighting against efforts to uplift the positions of the Malays and make them equal to the others “But this support is not given for free ” he warned “Who brought on this disaster No other than the Malays themselves ― greedy Malays Malays lacking in intelligence Malays easily influenced by lust easily dominated by hatred when agitated ” he continued in typical no-holds-barred fashion.
Begitu longgar pandangan dr Mahathir yang boleh disimpulkan begini : " biarlah orang Melayu diperbodohkan, yang penting UMNO terus berkuasa untuk percaya bahawa bangsa Melayu tidak berhak untuk membuat pilihan terbaik demi masa depan mereka"...baca komen saya seterusnya diblog ini.

Antara Yang Keliru Dan Yang Mengelirukan

Serupa sahaja hujjah Najib minggu lepas dengan hujjah dr Mahathir semalam..Orang Melayu yang sokong parti lain daripada UMNO/BN bermakna tak mengenang budi, pentingkan diri, tak peduli nasib bangsa Melayu dan sengaja memilih untuk menyerahkan negara ini kepada kaum lain.Kata mereka : jika UMNO tewas orang Melayu akan kembali mengemis di negara sendiri.Dalam masa yang sama beribu kali dah presiden MCA Chua Sooi Lek memberi peringatan kepada bangsanya betapa jika Pakatan Rakyat menang (sama makna dengan UMNO kalah) Malaysia nanti akan menuju ke perlaksanaan syariah Islam yang pasti merugikan negara.Chua Sooi Lek selalu sebut negara yang laksanakan undang-undang Islam adalah mundur,tidak aman dan korup. Kalu ikut propaganda UMNO dan MCA ni orang Melayu akan benci kepada bangsa China dan Orang China akan benci kepada agama Islam.Rakyat keliru kerana pemimpin (layakkah mereka digelar pemimpin?) yang hidup mereka hanya berusaha nak mengelirukan rakyat.Yang nak ditukar dalam pilihanraya umum bulan November 2012 ni (harap tepat analia saya) adalah   ahli politik yang jahil agama,yang kurang beramal gaya hidup agama, yang rasuah, yang boros, yang menganaktirikan sebahagian rakyat, yang tipu sultan JOHOR KERANA BELI KENDERAAN TENTERA  RM 540,000 LEBIH MAHAL DARIPADA HARGA PASARAN,yang makan duit lembu, yang rasa ok beratus-ratus orang rakyat mati ditembak polis tanpa bukti kukuh, yang suka tengok orang  Melayu dah pandai baling kasut dalam masjid, yang suka dera rakyat dalam demonstrasi aman, yang tak rasa berdosa letup perempuan walaupun sedang hamil, yang isterinya pergi negara orang paksa tuan kedai buka jam 3 pagi kerana first lady nak shopping tanpa diganggu pelanggan lain, yang suka sangat selak kehormatan orang, yang sedang merancang agar pada tahun 2030 nanti komposisi rakyat Malaysia : Melayu 30%, China 18 %,bumiputera sabah serawak 10%, India 10 %, Bangla 8%, Myanmar 5%, Nepal 5%, Filipino 5%,Siam 5%, Kampuchea 5% dan.......%.Salahkah orang Melayu jika nak berpisah dengan politikus Melayu yang memiliki ciri-ciri jijik dan bobrok seperti itu. Dimana ruginya orang China jika selepas PRU 13 nanti yang hadir dalam mesyuarat mingguan kabinet adalah orang orang Melayu yang menjaga solat,yang isteri-isteri mereka menutup aurat dan hanya pakai beg tangan berharga RM 120.00, yang kalau sambut kesyukuran hari jadi buat dirumah dengan makan RM 10.00 sekepala dan yang menganggap rasuah itu lebih jijik daripada daging khinzir.Orang Melayu, orang China, orang India, orang Iban, orang Kadazan dan semua rakyat Malaysia tentu cerdik untuk melenyapkan politikus yang ragu-ragu dengan kebenaran dan keadilan Islam dan bertungkus lumus cuba mengelirukan rakyat.Nyahkan mereka, Malaysia insyaAllah akan lebih bahagia..   

Sabtu, 22 September 2012

Jaga Mulut Demi KEMENANGAN

Beberapa episod ledakan isu isu yang sengja diexploitasi media fasik UMNO seperti Utusan Malaysia (lebih wajar ditukar nama kepada utusan UMNO),menjadi bukti betapa dalam masa terdekat menjelang pilihanraya ini setiap pihak utamanya pemimpin pemimpin utama PR baik diperingkat nasional ataupun negeri wajib menjaga mulut.Mudah sahaja ikut pesanan Rasulullah: jika tiada perkara hasanah yang nak diucapkan lebih baik diam sahaja! Bukan sahaja di Malaysia bahkan di Amerika, calun presiden Amerika dari Republikan Mitt Romney telah hilang banyak sokongan hanya kerana tersilap membuat kenyataan.Contohnya apabila timbul isu Palestin, Romney secara melulu menuduh Palestin sebagai bangsa yang enggan berdamai dan Amerika sepatutnya jangan buang masa. Rakyat buat kesimpulan bahawa Romney seorang yang cepat putus asa dan tidak memahami isu-isu dasar luar Amerika..dan tidak layak untuk menjadi presiden Amerika..Menjelang PRU 13, rakyat dah tahu kebusukan UMNO dan selera rakyat nak tukar kerajaan begitu berkobar-kobar.Jangan mengalih persepsi rakyat dengan kenyataan2 yang menjerat diri sendiri.Pekerja parti tentu kecewa, kerja kuat2 nak tarik sokongan pengundi tetapi sekelip mata sokongan merosot kerana pemimpin buat kenyataan  gelojoh tanpa guna akal yang cerdik. JAGA MULUT DAN JANGAN GATAL>>BAIK MULUT ATAUPUN BAWAH PERUT...InsyaAllah PR akan berjaya.