Sungguh teruja apabila kita meneliti laporan statistik kemaraan Islam di seluruh pelusuk dunia.Kebangkitan gerakan Islam menerajui negara-negara terpenting umat Islam seperti Mesir dan Turki adalah diluar pemikiran kita 10 tahun yang lepas.Kejayaan An Nahdah di Tunisia juga tidak pernah dimimpikan sebelum ini.
Namun apabila melihat perkembangan Islam di negara-negara Eropah kita lebih bersemangat untuk berkongsi kemenangan mereka.Di Pranchis dalam masa sepuluh tahun yang lepas bilangan masjid baru yang dibina lebih seribu buah dan beberapa gereja dibeli oleh kumpulan muslimin yang menukar bangunan tersebut menjadi masjid.Dalam tempoh yang sama hanya 20 gereja baru yang dibina dan 60 gereja ditutup operasi kerana kurang pengunjung dan masaalah pembiayaan.Syabas muslimin Pranchis.
Di Indonesia parti-parti Islam semakin berpengaruh dan ciri-ciri keperibadian soleh sudah diletakkan sebagai faktor pemilihan yang dominan.Maksudnya secara bertahap-tahap faktor Islam sudah mendominasi sendi-sendi penting negara Indonesia. Sangat mengujakan nanti kerana Indonesia adalah negara umat Islam terbesar dan kuasa ekonomi baru terbesar dirantau Asia Tenggara.Tahap pertumbuhan ekonomi Indonesia yang melebehi 6% setiap tahun adalah bukti negara yang pernah ditadbir oleh diktator era Sukarno-Suharto itu sedang mencipta kehebatan.
Di Turki pertumbuhan ekonomi adalah yang terbaik didunia ketika ini, ia itu sekitar 8%.Kejayaan ini sangat mengkagumkan lantaran ekonomi lain di Eropah sedang sakit. Greece, Spanyol, Ireland bahkan England sedand mengidap 'sakit' kelembapan ekonomi dan defisit belanjawan yang sukar dirawat.
Apa yang anda belajar daripada perubahan sejarah di negara-negara umat Islam tersebut? Sesungguhnya islah atau reformasi menyeluruh sangat-sangat diperlukan dan wajib diusahakan demi menyelamatkan sesebuah negara lebih-lebih lagi negara umat Islam.Jika ditanya kepada penyokong-penyokong tegar order lama di Indonesia (Suharto) dan order lama di Turki (penganut sekularis Kemalis), Sepuluh tahun dahulu diera pra kebangkitan rakyat tentu jawapannya 'standard': "PERALIHAN KUASA MESTI DIELAKKAN KERANA BAKAL MENGHANCURKAN NEGARA.MENUKAR PEMIMPIN NEGARA BERMAKNA KITA MENGIZINKAN NEGARA INI DIJAJAH SEMULA.BANGSA KITA AKAN DIJAJAH SEMULA."
Itu adalah jawapan retorik yang juga sedang kita dengar di Malaysia oleh pemimpin-pemimpin UMNO yang sudah mentadbir negara ini lebih 55 tahun.Bahkan di Malaysia ugutan yang dihadapkan kepada rakyat Melayu beragama Islam adalah lebih merunsingkan. Perubahan kuasa di Malaysia bakal menyebabkan negara ini berputar daripada waras kepada gila. Retorik UMNO berbunyi "JIKA UMNO TEWAS NEGARA INI AKAN DIKUASAI ORANG CHINA,KRISTIAN AKAN MENJADI AGAMA NEGARA DAN RAJA-RAJA MELAYU AKAN DISINGKIRKAN
Jawapan saya mudah.Semua negara yang melakukan reformasi kepimpinan telah terbukti menguntungkan rakyat dan negara.Gejala rasuah dibenteras, pengsonglapan harta negara oleh pemimpin dan isteri dapat dihapuskan,rakyat tidak lagi takut kepada pemimpin dan institusi rakyat seperti parlimen,mahkamah dan masjid dapat diperkasakan.
Jawapan paling hebat yang saya ingin lontarkan adalah: "ANDA PERCAYA BAHAWA ALLAH TELAH MEMILIH NEGARA MALAYSIA INI TERKECUALI DARIPADA HUKUM UNIVERSAL DAN NILAI-NILAI MURNI YANG ALLAH TENTUKAN UNTUK SELURUH MANUSIA? Ini bermaksud amar maaruf nahi mungkar dan jihad afdhal menentang kezaliman pemimpin hanyalah perintah Allah yang berkuatkuasa di seluruh alam ini kecuali Malaysia! Allah menjadikan negara Malaysia sangat istimewa sehinggakan jika ada pemimpin zalim yang tidak menjaga agama dan merompak harta negara maka wajib dipertahankan kerana pemimpin-pemimpin assobiyah Melayu tersebut adalah pilihan Allah sejak azali lagi!
Tidakkah rakyat Melayu Islam di Malaysia mahu belajar daripada anugerah sejarah yang Allah berikan didepan mata anda?Lihat kejayaan rakyat Turki dan Mesir meninggikan Islam dan memertabatkan rakyat. Anda tentu percaya bahawa mencari pemimpin yang alim dan fakih mengenai Islam, hidup sederhana, bebas rasuah, takut dibakar api neraka kerana makan harta rakyat,tidak melakukan pendakwan terpilih terhadap kesalahan jenayah rakyat dan tidak menipu dalam pilihanraya adalah ajaran-ajaran Islam yang sohih dan utama.
Anda tentu juga percaya tak mungkin pemimpin-pemimpin gerakan Islam seperti PAS yang sama Melayu dan sama Islam dengan pemimpin-pemimpin UMNO akan menjadikan negara ini negara Kristian dan membuang Raja-Raja Melayu.Isu besar didepan mata rakyat sekarang bukan isu agama negara dan kedudukan Raja-Raja Melayu.Yang nak diganti adalah pemimpin Melayu yang senyum puas apabila agama Islam dihina oleh sekutu MCAnya dan menimbunkan hutang negara keparas lebih 500 bilion.Itulah asas pertimbangan. Adapun seluruh rakyat, Islam dan bukan Islam tidak bermasaalah dengan Raja-Raja Melayu yang bertaqwa dan berfungsi menjadi payung rakyat.Bukti ada didepan mata. Istana-istana Kedah dan Kelantan dimana PAS mentadbir adalah sangat-sangat disanjung dan dimuliakan.
Yang pasti Islam akan melebarkan pengaruhnya dimana sahaja kerana itulah ketentuan Allah. Terserah kepada anda samada ingin menjadi peserta perubahan dan lakaran sejarah ini atau sekadar hanya ingin menjadi penonton.Nikmatnya tentu berbeda kerana tidak sama martabat orang Arab yang membantu Rasulullah sebelum penaklukan Mekah berbanding Arab yang menyertai Islam selepas itu.Anda ingin menjadi Melayu yang mana??