Pimpinan PAS kawasan Beruas telah menziarahi Encik Yeop dan isteri di Kampung Kota Beruas untuk membantu mereka disaat kesedihan . Anak pasangan tersebut Cik Yasuhaidah , 22 tahun telah dibunuh dengan kejam pada 17 Ogos di Apartmen Flora Damansara . Dalam pertemuan tersebut Encik Yeop merayu pihak polis melakukan siasatan terbaik supaya pembunuh dihukum setimpal .
Jumaat, 24 Ogos 2012
Khamis, 23 Ogos 2012
Rabu, 22 Ogos 2012
UMNO , RAMADHAN & TAQWA
Bulan
puasa juga dikenali sebagai bulan Al-Quran dan bulan mendidik Taqwa. Ketaatan
kepada Allah dan RasulNya adalah ciri utama bagi orang-orang yang bertaqwa. Secara
mudah sesiapa yang mentaati Allah dan RasulNya wajib pula berpegang teguh
dengan ajaran dan perintah-perintah Al Quran dan sunnah-sunnah Rasulullah.
Ramadhan
adalah peluang terbaik untuk mendidik nafsu manusia supaya merasa kecil dan
kerdil dihadapan keagungan Allah. Dari waktu subuh sehingga maghrib, seorang muslim
dididik untuk tertib mematuhi perintah-perintah Allah yang pada hari-hari biasa
tidakpun dikategorikan sebagai dosa. Makan, minum, bergaul suami isteri bukan
perkara haram selagi anda makan yang halal, minum yang halal dan melakukan
hubungan kelamin yang sah.
Namun
dalam Ramadhan perkara-perkara yang biasanya halal dan memang hak anda dilarang oleh Allah untuk
dilakukan. Falsafahnya mudah – taqwa yang dilatih dalam Ramadhan akan
melahirkan muslim yang mematuhi perintah Allah dan Rasul bukan kerana persoalan
rational, hak, logik dan sesuai atau tidak dengan zaman. Taqwa menuntut taat
kepada Allah dan RasulNya tanpa soal, tanpa pilih dan tanpa musim.
Maka
dalam Al Quran dinyatakan secara pasti, berpuasa akan mendidik taqwa.
“Wahai
orang-orang yang beriman! kamu diwajibkan berpuasa sebagaimana diwajibkan atas
orang-orang yang terdahulu daripada kamu,
supaya kamu bertaqwa.” (Al Baqarah : 183)
Namun
mematuhi perintah hukum jenayah Islam seperti Qisas juga melahirkan taqwa.
“Dan
di dalam hukuman Qisas itu ada jaminan hidup bagi kamu, wahai orang-orang yang
berakal , supaya kamu bertaqwa.” (Al
Baqarah : 179)
Hanya
dengan ketaqwaan sahajalah kejayaan yang sebenar akan diperolehi.
“Dan sesiapa yang taat kepada Allah dan RasulNya dan takut
kepada Allah serta bertaqwa kepadaNya, maka merekalah orang-orang yang beroleh
kemenangan.” (An Nuur : 52)
Persoalan
yang nak dibincang dalam artikel ini adalah pendekatan dan tindakan
pemimpin-pemimpin UMNO berhadapan dengan latihan taqwa yang mereka lalui sama
dengan muslim lain. Adakah mereka belajar apa-apa iktibar dalam Ramadhan dulu,
kini dan akan datang ?
Untuk
memudahkan perbincangan penulis sekadar ingin memetik beberapa kes contoh.
i) Penglibatan
keluarga Dr. Mahathir dalam penguasaan saham syarikat arak terbesar di
Filipina, San Miguel dengan pelaburan sebanyak RM 2.9 Billion. Untung besar
berniaga arak lantas pula menguasai syarikat minyak Petron.
ii) Percubaan
sabotaj oleh pemimpin-pemimpin UMNO keatas kredibiliti Kerajaan PR Selangor
dengan ugutan kepada rakyat tentang catuan air kerana kononnya Kerajaan PR
gagal untuk mengurus masalah air di Selangor dan Wilayah Kuala Lumpur.
iii) Kedegilan
berterusan pemimpin-pemimpin UMNO untuk mendera rakyat Kelantan dan menafikan
hak mereka untuk mendapat nikmat anugerah Allah iaitu royalti minyak yang
bernilai hampir RM 7 Billion. Bahasa mudahnya kerajaan UMNO/BN berlaku zalim
kepada rakyat Kelantan yang 97 % adalah orang Melayu Islam.
iv) Pendakwaan
kepada sdr. Rafizi Ramli dan Johari kerana mendedahkan penyelewengan skandal
NFC melibatkan kerugian RM 250 juta wang rakyat. Sudahlah didakwa, pihak
berkuasa polis berlagak melampau dengan ‘serangan’ waktu subuh seolah-olah
Rafizi yang makan rasuah 250 juta.
Premis
perbincangan ini mengambil apa yang UMNO dakwa dan sifatkan parti dan
perjuangan mereka. UMNO parti Melayu berteraskan Islam. UMNO parti Islam
terbesar di dunia. UMNO lah yang memacu pembangunan Islam di Malaysia. Ok, kita
terima sahajalah puji-puja UMNO terhadap diri mereka.
Semua
maklum, parti atau jemaah yang baik akan dan tentu mempunyai pemimpin yang
baik, kerana pemimpin adalah lambang parti. Orang boleh menilai ‘content’
perjuangan dan perjalanan sesuatu parti berdasarkan pemimpin yang mengetuainya.
Parti yang baik bahkan boleh pula menjadikan ahli-ahlinya yang kurang baik
menjadi lebih baik melalui modul tarbiah ruhiyyah dan jasmaniah.
Pada
masa yang sama pemimpin-pemimpin yang baik akan beriltizam dan istiqamah
memperbaiki lagi sebarang kekurangan yang berlaku dalam perjuangan parti dalam
tempoh yang panjang. Dapatlah dibuat kesimpulan jika seseorang masuk dalam satu
perjuangan parti, menjadi pemimpin pula dalam tempoh yang panjang tetapi tetap
bergelumang dengan kefasikan dan kezaliman maknanya parti tersebut tidak ada
nilai rohani dan kosong nilai tarbiahnya. Rugi besarlah dan buang masa sahaja
dalam perjuangan yang tiada roh taqwa.
Dr.
Mahathir adalah presiden UMNO selama 22 tahun dan menjadi ahli UMNO lebih 60
tahun. Bolehlah dia digelar Mursyidul Am UMNO.. tetapi apa nilai taqwa yang ada
pada beliau apabila rela dan bangga keluarganya memiliki saham arak berbillion
ringgit.
Apa
pula nilai taqwa pemimpin-pemimpin UMNO dan kroni mereka yang sanggup berdusta?
Kononnya rakyat Selangor dan Kuala Lumpur perlu menghadapi catuan air hanya
kerana UMNO mempolitikkan isu air di Selangor. Sengaja nak cetuskan kemarahan rakyat
kepada Kerajaan Selangor lantaran isu-isu air yang sengaja diputar belit dan
didustakan. Apakah nilai puasa orang-orang yang berdusta?
Kerakusan
pemimpin-pemimpin UMNO melanggar amanah Allah dan amanah pemimpin-pemimpin UMNO
dahulu( Tun Razak ) tentang royalti
minyak hak rakyat Kelantan . Apa hukum ambil hak orang? Untuk apa puasa jika
tidak amanah. Jika betul rakyat Kelantan tiada hak keatas royalti tersebut
kenapa perlu beri wang ihsan kepada mereka.Bila dah dekat nak pilihanraya
tubuhkan pula jawatan kuasa khas tentang hak royalti.Setelah 7 tahun berlalu baru nak kaji? Betapa tidak
effisiennya kerajaan UMNO/BN. Sanggupkah Dato’ Najib berhadapan dengan
persoalan akhirat nanti mengenai hak rakyat yang sengaja dizalimi?
Puasa
latih kita jangan sentuh bahkan kepunyaan sendiri jika Allah larang. Untuk kes
minyak Kelantan, UMNO bukan buat dosa kecil tetapi dosa besar kerana rampas hak
orang. Letih sahajalah berpuasa.
Barang siapa yang tidak meninggalkan
perkataan dusta dan tidak meninggalkan perbuatan yang sifatnya menipu(ketika
berpuasa) maka Allah tidak memerlukan untuk dia meninggalkan makanannya dan
minumannya. (HR. Bukhari)
Ramai orang yang berpuasa, tapi tidak
mendapat pahala apa-apa daripada puasanya kecuali haus. (HR. Nasa’i)
Ramadhan
sepatutnya mendidik muslim supaya bersama kebenaran dan menentang kemungkaran.
Rasuah lembu NFC yang melibatkan suami Ketua Wanita UMNO Malaysia bukan isu
remeh. Makan duit rakyat beratus-ratus juta bakal menghumban pelakunya memasuki
neraka. Mendedahkan skandal NFC adalah kerja jihad dan berpahala besar. Apatah
lagi pemimpin-pemimpin besar UMNO sendiri cuba tutup dan melindungi pelaku rasuah.
Islam
iktiraf jihad Rafizi dan rakan-rakannya. Tetapi UMNO marah dan tangkap Rafizi
yang beramal dengan hadis berikut :
“Jihad yang paling afdhal ialah kalimah
yang benar kepada pemerintah yang zalim”.
(HR. An Nasai)
Banyak
lagi kes-kes yang boleh dibincangkan berdasarkan perspektif taqwa. Bagaimana
dengan kes rampasan kuasa di Perak melalui angkara jahat yang diketuai Dato’
Najib. Adakah perangkap sex, ugut, beli dan culik wakil rakyat termasuk dalam
‘syllibus’ taqwa?
Tahun
demi tahun seluruh penganut Islam di Malaysia berpuasa demi mematuhi arahan Allah
dan mengharapkan keampunanNya. Diakhir Ramadhan seluruh umat Islam mengharapkan
dipilih untuk tergolong dalam kumpulan yang mendapat pembebasan daripada
seksaan api neraka.
Tahun
demi tahun jugalah UMNO terus lalai dan tenggelam dalam agenda melunturkan
taqwa. Menjelang berakhirnya Ramadhan marilah kita seluruh rakyat Malaysia yang
beriman melakukan Islah dan reformasi berikut :
“Dan di antara manusia ada orang yang
tutur katanya mengenai hal kehidupan dunia, menyebabkan engkau tertarik hati
(mendengarnya), dan ia (bersumpah dengan mengatakan bahawa) Allah menjadi saksi
atas apa yang ada dalam hatinya, padahal ia adalah orang yang amat keras
permusuhannya (kepadamu).” (Al Baqarah : 204)
Jangan
jadi golongan pertama diatas tetapi mari kita memilih menjadi golongan berikut
:
“Dan di antara manusia ada yang
mengorbankan dirinya kerana mencari keredaan Allah semata-mata; dan Allah pula
amat belas-kasihan akan hamba-hambaNya.” (Al Baqarah : 207)
Iktibar
peperangan Badar yang di istilahkan didalam Al Quran sebagai Yaumul Furqan
(hari pembeda kebenaran dan kekafiran) wajib diambil. Yang berperang adalah
Arab yang beriman menentang Arab yang musyrik. Yang berperang adalah anak
saudara berperang dengan bapa saudara dan keluarga dekat. Baik Melayu atau Arab
adalah hampas jika syirik dan zalim. Jadilah Melayu yang kental iman,tinggi
kualiti taqwa dan berkobar jihadnya.Jangan sia-siakan hari-hari Ramadhan yang
masih berbaki.
Tinggalkanlah
perjuangan UMNO. Namun sebagai ahli gerakan Islam berdoalah kita agar Allah
memberikan hidayahnya kepada pemimpin-pemimpin dan ahli-ahli UMNO agar balik ke
pangkal iman dan taqwa.
Penulis,
Dr. Hj. Khairuddin Bin Dato’ Abd. Malik
Yang di Pertua PAS Kawasan Tambun &
Setiausaha Pakatan Rakyat Perak
Sabtu, 28 Julai 2012
Rabu, 4 Julai 2012
Bertemu Kembali
Hari ini tak sehat , maka adalah dirumah ,
Bolehlah tulis secebis nasihat .
Khusus untuk rakan-rakan yang ramai menjadi ahli-ahli baru PAS dikalangan bekas pegawai kerajaan , tokoh masyarakat , bekas pemimpin UMNO , juga artis artis . Berdampinglah dengan al-Quran setiap masa semoga berkat hidup saudara . Tanpa al-Quran apalah maknanya kehidupan dan perjuangan .
Tahniah kepada Sdr. Hairi Othman yang saya berkongsi nasihat dengan beliau semasa ceramah 20/6 di Batu Gajah . Pada 10/7 malam 9.00 pm , sekali lagi ceramah dengan "Leftenan Adnan" di Ayer Tawar Perak . Turut serta Dato' Saifuddin Nasution . Ramai-ramai datang ye !
Ikuti bicara seorang tokoh akademik barat tentang al-Quran !
Sejarawan Italian , Brands Johny Burkz mengatakan ,
"Kesejahteraan dan kepemimpinan menjauh dari umat Islam dikarenakan mereka tidak mahu mengikuti petunjuk al-Qur'an dan mengamalkan hukum dan undang-undangnya . Padahal sebelumnya sejarah telah mencatat bahwa generasi awal Islam meraih kejayaan, kemenangan dan kebesaran . Musuh-musuh Islam tahu rahsia ini , sehingga mereka menyerang dari sisi ini . Ya , kondisi kehidupan umat Islam sekarang ini suram , kerana tidak pedulinya umat ini terhadap kitabnya , bukan karena ada kekurangan dalam al-Qur'an atau Islam secara umum . Yang objektif adalah tidak benar menganggap sisi negatif dengan menghakimi ajaran Islam yang suci."
Ahad, 5 Februari 2012
Assalamualaikum ..
Alhamdulillah Wassalatu wassalamu ala rasulillah .
Pada hari bersejarah ini iaitu 12 Rabiul Awwal 1433 H sebaiknya mengingatkan kita kira-kira 1486 tahun yang lepas iaitu 53 tahun sebelum peristiwa Hijratur Rasul telah lahir seorang insan yang paling dicintai Allah , Insan yang menjadi penghulu dan penutup kepada para Rasul . Insan ini juga diakui Allah dengan gelaran “Rahmat Kepada Seluruh Alam” dan dibekalkan dengan al-Quran sebuah kitab suci yang mengandungi firman-firman Allah guna diikuti dan diamalkan oleh manusia sehingga ke akhir zaman . Bagaimana sepatutnya dan sewajarnya kita meningkatkan iktibar terhadap peristiwa kelahiran Rasulullah ini ? Sesungguhnya Muhammad adalah manusia biasa yang seperti juga kita , makan , minum , sakit , berumah tangga dan akhirnya meniggal dunia . Bezanya Nabi Muhammad berbanding manusia lain adalah cinta dan ketaatannya yang tidak ada tolok bandingnya kepada Allah Penciptanya . Bahkan setelah dijanjikan Syurga dan diberikan bantuan terus oleh Allah dalam apa sahaja missi dan tugaannya , Rasulullah tidak pernah melaksanakan apa-apa tugasan tanpa perancangan strategik , syura , komitmen yang tinggi , kerja berpasukan dan doa pengaduan dan doa kesyukuran kepada Allah . Semuanya dilakukan sebagaimana acuan yang dikehendaki Allah (Sibghatullah) tanpa keluhan atau bantahan . Rasulullah adalah pencetus islah terhebat dan terulung dalam sejarah manusia . Generasi jahiliyyah di zamannya yang tidak mengenal tuhan menyembah berhala dan saling berbunuh-bunuhan mampu ditranformasikan menjadi generasi manusia yang sangat taat beribadat kepada Allah , bersaudara seintimnya dan bekorban apa sahaja untuk Islam dan akhirnya mampu menundukkan 2 kuasa besar dunia . Fenomena ini berlaku sesingkat 23 tahun . Kenapa ? Bandingkan negara kita Malaysia yang merdeka 55 tahun dibawah pentadbiran UMNO , Barisan Nasional . Masih terlalu ramai yang menyembah Berhala , masih terlalu ramai yang fakir dan miskin dan ketegangan kaum masih terus membara . Yang kaya terus menggemukkan kantong duit dan membuncitkan perut , tetapi yang miskin sekadar cukup makan sekali sehari dan hidup melarat . Jawapannya mudah . Islam hanya sekadar slogan dan jenama untuk sokongan politik . Rasulullah sekadar diingati setahun sekali lewat himpunan dan perarakan di Putrajaya yang tanpa Roh . Namun ajaran Rasulullah tentang iman ,Islam , Ikhsan , Taqwa dan Jihad tidak dihiraukan . Rasulullah dipuji sekadar dibibir tetapi tidak dijadikan sebagai ikutan tauladan . Bukankah dalam al-Quran Allah berfirman : “Laqod kana lakum fi Rasulillahi uswatun hasanah” yang bermaksud sesungguh untuk kamu pada diri Rasulullah itu contoh ikutan yang terbaik . Sempena Maulidur Rasul tahun ini marilah kita membina keyakinan dan iltizam baru dalam memahami hubungan istimewa kita dengan Rasulullah . Bahawa Rasulullah adalah suri tauladan yang terbaik yang wajib dipatuhi dan dicontohi dalam segala espek kehidupan . Itulah makna sebenar kecintaan kita kepada Allah dan Rasul . Marilah kita bergerak bersama dalam Jamaah Islam seperti PAS kerana berjuang dalam jemaah itu membawa rahmat . Tolak Assobiyah Melayu kerajaan UMNO dan pastikan kezaliman ditumpaskan dan kemenangan Islam tercapai dalam masa yang terdekat .
ALLAHU AKBAR !! ALLAHU AKBAR !! ALLAHU AKBAR !!!
Perutusan Maulidur Rasul daripada Dr. Khairuddin YDP Pas kawasan Tambun . Daripada Solo Indonesia .

Langgan:
Catatan (Atom)