sekadar renungan bersama..

Jumaat, 5 Ogos 2011

Taqwa dan Iman Jangan diAbaikan

“Wahai orang-orang yang beriman, bertaqwalah dengan sebenar-benar hakikat Taqwa dan pastikan jangan kamu Mati kecuali dalam keadaan Islam.”

(Ali Imran:102)

ISLAM – IMAN – TAQWA

Adalah tiga istilah besar yg menjadi tunggak kepada kelangsungan hidup kita sebagai insan yg menginginkan keampunan dan keredhaan Allah guna menempah kemenangan hakiki dalam kehidupan akhirat yang kekal. Orang yang beriman semestinya terlebih dahulu Islam, tetapi tidak pasti lagi orang-orang Islam itu ada imannya.

Taqwa pula adalah darjat istimewa bagi orang-orang yang beriman yang istiqamah melaksanakan perintah Allah dan menjauhi larangan-Nya.Bukan semua orang yang beriman memiliki Taqwa tetapi orang-orang bertaqwa sudah tentu memiliki iman.Taqwa hanya diperolehi melaluil latihan-latihan intensif (tarbiah ruhiyyah) secara berkesan dan berterusan.Iman pula sebagai satu keyakinan yang tinggi kepada Allah, kekuasaanNya, peraturan-peraturanNya dan tentang kehidupan akhirat yang kekal, seringkali dikaitkan dengan keupayaan melaksanakan jihad sebagai pembuktian iman.

Orang yang enggan berjuang dijalan Allah terutamanya jika dengan alasan-alasan keduniaan, dikhuatiri tergolong sebagai orang-orang munafik dan mati dalam keadaan su’ul khatimah(mati tanpa iman). Di akhirat kelak, azab yang pedih bakal menanti. Logiknya mudah, jika benar-benar beriman, kenapa enggan berkorban demi Allah dan rasulNya?

"44. Orang-orang Yang beriman kepada Allah dan hari akhirat, tidak akan meminta izin kepadamu untuk (tidak turut) berjihad Dengan harta benda dan jiwa mereka. dan (ingatlah) Allah Maha mengetahui akan orang-orang Yang bertaqwa.

45. Sesungguhnya Yang akan meminta izin kepadamu hanyalah orang-orang Yang tidak beriman kepada Allah dan hari akhirat, dan Yang hati mereka ragu-ragu. oleh itu mereka sentiasa bingung teragak-agak dalam keraguannya."

(At-Taubah : 44-45)

Langkah seterusnya, adalah menjadi orang-orang yang bertaqwa iaitu orang-orang yang terlatih untuk senantiasa mematuhi arahan Allah dan meninggalkan laranganNya lantaran cintanya kepada Allah. Orang yang bertaqwa senantiasa mengharapkan keredhaan dan keampunan Allah tanpa bermusim. Taqwa itu seumpama pagar selamat bagi orang-orang yang beriman. Antara ciri-ciri (tiang-tiang pagar) taqwa yang dinukilkan dalam Al-Quran ialah :

· Bercakap benar dan bersama kebenaran

· .Suka bertaubat dan memaafkan.

· Istiqamah menegakkan solat.

· Berjihad (Infaq) di jalan Allah.

Orang bertaqwa juga sangat mengutamakan kehidupan akhirat berbanding dengan kehidupan dunia yang singkat ini.

"36. (ingatlah) Bahawa kehidupan dunia (yang tidak berdasarkan iman dan taqwa) hanyalah ibarat permainan dan hiburan; dan jika kamu beriman serta bertaqwa, Allah akan memberikan kamu pahala amal kamu, dan Ia tidak meminta daripada kamu harta benda kamu (melainkan untuk memberikan kamu barang Yang lebih baik daripadanya)."

(Muhammad : 36)

Tanpa Taqwa dikhuatiri Bertemu Su’ul Khatimah.

Anda wajib berusaha gigih untuk mati dalam iman dan Islam (Husnul Khatimah). Pertingkatkan ibadah dan ketaatan kepada Allah dengan keikhlasan yang tulen. Banyakkan mengucap pujian-pujian dan kesyukuran diatas nikmat Islam dan Iman yang anda miliki. Anda ingin tahu nilai Islam dan Iman yang anda miliki?

Kalaulah ditakdirkan bahawa Allah mengurniakan dunia dan segala isinya kepada anda tetapi tanpa Islam dan Iman, nescaya segala dunia dan isinya itu akan menjadi bencana kepada anda. Sebaliknya pula, kalaulah Allah mengurniakan Islam dan Iman tetapi Allah langsung tidak kurniakan dunia, maka anda tentu masih selamat…. kerana:

· Orang yang pertama tadi jika mati, tempatnya kekal dalam neraka.

· Orang yang kedua pula, jika mati tempatnya di Syurga.

Oleh itu, tanamkan rasa gerun akan kemungkinan mati su’ul khatimah, kerana dengan sekelip mata sahaja Allah boleh merubah kalbu hambanya. Sesungguhnya, petunjuk dan hidayah itu milik Allah sepenuhnya.Berusaha menjauhi kedurhakaan kepada Allah dan terus berdoa.

Apa yang memungkinkan terjadinya Su’ul Khatimah?

· Golongan yang mengabaikan solat.

· Golongan yang enggan atau tipu berzakat.

· Golongan peniaga yang menipu timbangan dan barangan.

· Golongan penguasa/pemerintah yang menipu, menzalimi dan mencederakan rakyat.

· Golongan pembuat bidaah dalam urusan agama.

· Golongan yang sengaja menimbulkan prasangka terhadap Rasulullah dan syariat Islam.

· Golongan yang ‘menutup’ masjid-masjid daripada tersebarnya dakwah Islam.

· Pengikut-pengikut bodoh yang membuta tuli menyokong kezaliman pemerintah.

Daripada Jabir bahawa Rasulullah s.a.w telah bersabda kepada Ka’ab bin ‘Ujrah yang bermaksud : “Semoga kamu dilindungi oleh Allah daripada pemerintahan orang-orang yang bodoh wahai Ka’ab.” Ka’ab bertanya : “Apakah pemerintahan oang yang bodoh itu?” Rasulullah menjawab : “Para pemerintah selepasku yang tidak mengambil petunjukku sebagai petunjuk dan tidak mengamalkan sunnahku. Sesiapa yang membenarkan pendustaan mereka, menolong kezaliman mereka, mereka bukanlah daripada aku dan aku bukanlah daripada mereka, mereka tidak dapat minum air kolamku (pada hari Kiamat). Sesiapa yang tidak membenarkan pendustaan mereka dan tidak menolong kezaliman mereka, mereka itulah daripadaku dan aku adalah daripada mereka dan mereka akan dapat minum di kolamku.”(Rw Ahmad & Al Bazzar)

Ramadan adalah madrasah taqwa.Semoga anda lulus menjadi graduan Ramadan yang mendapat anugerah Taqwa.

Salam daripada saudaramu dalam Islam Dr Hj.Khairuddin b.Dato’ Abdul Malik,

Pengerusi Jaringan Muafakat NGO Islam Perak& Ahli Majlis Perunding Islam Malaysia (MAPIM)

Rabu, 3 Ogos 2011

KEPADA POLIS DAN SPR; TAATLAH KEPADA ALLAH DAN RASUL.

Sesungguhnya Islam adalah agama yang sangat peka tentang isu kezaliman pemerintah dan pendokong-pendokong kepada kezaliman tersebut.

Muawiyah meriwayatkan bahawa Rasulullah bersabda (maksud):

"akan berlaku selepasku penguasa2 yang mengeluarkan kenyataan dan tidak seorangpun berani membantahnya, mereka akan dihalau dalam api neraka sepertinya dihalau kera"
(HR: Abu Ya'la & At Thobrani)

Kezaliman demi kezaliman yang dilakukan oleh kuasawan2 UMNO/BN seperti memukul dan mengurung rakyat tanpa bicara, penipuan pilihanraya dan rasuah yang tak berkesudahan adalah perkara2 yang melukakan rakyat seluruhnya.Bahkan seluruh warga polis dan SPR serta sanak saudara kamu dimana jua akan terkesan.Insaflah antara faktor kesulitan kos hidup sekarang adalah kerana rasuah dan pembaziran yang menjadi budaya hidup penguasa2 UMNO/BN.

Jangan rela jadi perkakas kepada kezaliman tersebut, kelak kamu akan disambar api neraka!

Maksud Al Quran:
"Sesungguhnya Firaun dan Hamaan (contoh klasik gabungan Raja dan perdana Menteri yang zalim) serta tentera-tentera keduanya (contoh jentera dan pasukan yang mempertahankan kezaliman penguasa) adalah golongan yang bersalah."
(Al Qasas 28:40)

Baik polis mahupun SPR yang menjadi dua tongkat mempertahankan kezaliman kuasawan UMNO , kembalilah kepangkal jalan selamat iaitu bertugas kerana Allah mempertahankan kebenaran dan keadilan.InshaAllah.

SEMOGA MADRASAH TAQWA DIBULAN RAMADAN INI ADA KELAINANNYA.

Isnin, 1 Ogos 2011

Dr. MAZA: Warkah buat saudaraku anggota polis

Assalamualaikum warahmatuAllahi wabarakatuhu,

Terlebih dahulu, pohon kemaafan jika warkah ini terbuka. Saya harap ia dapat dibaca oleh semua. Jika ada kebaikan, ambillah darinya. Jika tidak, campaklah ia ke tepi dan lupakan sahaja. Ia hanya satu coretan dari seorang rakyat bawahan. Tanda cinta dan kasih kepada saudara yang saya lihat tercegat di segala penjuru negara atas tanggungjawab menjaga keamanan kita semua. Mata memandang, hati merintih dan berdoa agar tugasan saudara benar-benar diberikan pahala di sisi Tuhan dan diiktiraf di sisi rakyat.

Tugas Mulia

Saudaraku anggota polis,
Kerja polis adalah satu kerja yang mulia kerana menjaga keamanan dalam negara. Penat lelah anggota polis dalam memastikan negara kita aman dan adil adalah pahala yang amat besar di sisi Allah jika pengamalnya jujur dan ikhlas. Sepatutnya, tiada seorang pun rakyat yang cintakan keadilan dan keamanan akan membenci polis. Sebaliknya, perasaan fitrah; sayang dan menghargai akan tertanam dan mekar sebaik sahaja mendengar nama polis, melihat anggota atau apa sahaja perlambangan polis. Itulah perkara sewajarnya berlaku.

Saudaraku anggota polis,
Tugas seorang anggota polis -sebelum tugasan kenegaraan- sebenarnya adalah tugasan yang diperintahkan oleh Allah dan RasulNya iaitu "Menyuruh Kebaikan, Mencegah Kemungkaran". Itu moto asal pasukan polis. Sekalipun, tumpuan terbanyaknya kepada bahagian kedua iaitu "Mencegah Kemungkaran". Hakikatnya, polis berperanan menyelamatkan masyarakat dari kemurkaan Allah dengan dipastikan setiap penzalim akan dihalang, dicegah dan dihukum. Jika itu tidak berlaku, masyarakat akan porak peranda dan menerima hukuman dari Allah. Allah berfirman: (maksudnya):

"Telah dilaknat mereka yang kufur daripada Bani Israil melalui lidah Daud dan Isa bin Maryam. Yang demikian itu disebabkan mereka menderhaka dan selalu menceroboh. Mereka sentiasa tidak berlarang (sesama sendiri) perbuatan mungkar yang mereka kerjakan. Demi sesungguhnya amatlah buruknya apa yang mereka telah lakukan. (Surah al-Maidah, ayat 78-79).


Nabi s.a.w pula bersabda:
"Sesungguhnya manusia apabila melihat orang zalim, namun tidak menghalang tangannya, hampir Allah akan meliputi mereka dengan hukumanNya" (Riwayat Abu Daud, al-Tirmizi dan al-Nasai dengan sanad yang sahih).


Kami sebagai rakyat mengucapkan jutaan terima kasih kepada pihak polis yang telah menyelamatkan masyarakat dari kemurkaan Allah, kezaliman dan kerosakan.

Bahaya Kuasa

Saudaraku anggota polis,
Namun, dalam masa yang sama, bidang tugas dan kuasa saudara yang menghalang kezaliman itu jika disalahgunakan boleh memberikan kesan yang sebaliknya. Ia boleh bertukar dari melindungi yang tidak bersalah kepada menginayainya, menghalang yang zalim kepada memberi peluang kepadanya, memberi hak kepada yang berhak kepada merampas hak dari tuannya. Jika itu berlaku, rosaklah masyarakat, hilanglah neraca keadilan, bermegah si zalim, kesakitanlah yang ditindas. Lantas, kebencian akan merebak, kepercayaan akan hilang dan saudaraku polis yang sepatutnya disayangi menjadi pihak dimusuhi, dibenci dan diragui.

Saudaraku anggota polis,
Ingin saya sebut di sini suatu tazkirah yang harapnya boleh memberikan manfaat kepada semua, khususnya mereka yang berkuasa seperti saudara. Saudaraku, kezaliman itu adalah suatu racun. Ia bukan sahaja menyakitkan yang dizalimi, tetapi suatu hari akan membawa sengsara, bahkan mengorbankan si zalim itu sendiri. Pada hari kita memukul orang yang tidak bersalah, melukai atau menfitnahnya, kita mungkin rasa selamat di balik peruntukan kuasa yang ada. Mungkin juga rasa selamat di balik pakaian lengkap kita yang mungkin gagal mangsa mengenali pelakunya.

Namun Tuhan tidak lupa. Akan ada harinya yang menanti kita di hadapan. Tangan yang memukul orang lain dan kaki yang menendang mangsa itu tidak akan terpadam catatannya sehingga kemaafan diberikan. Ketika saudara pulang ke rumah berjumpa keluarga, si mangsa mendongak ke langit mengadu kepada Tuhan Yang Maha Berkuasa. Dengarlah baik-baik apa yang yang disabdakan Nabi s.a.w:

"Takutlah kamu doa orang yang dizalimi, sesungguh antaranya dengan Allah tiada sebarang hijab (penghalang)" (Riwayat al-Bukhari dan Muslim).

Dalam riwayat Ahmad, baginda bersabda:
"Takutlah kamu doa orang yang dizalimi, sekalipun dia seorang yang jahat. Kejahatannya itu bagi dirinya” (hadis ini dinilai hasan oleh al-Albani).

Dalam riwayat Ahmad yang lain:
"Takutlah kamu doa orang yang dizalimi, sekalipun dia seorang yang kafir kerana ia tidak ada hijab (penghalang untuk Allah menerimanya). (hadis ini dinilai hasan oleh al-Albani).

Allah Tidak Lupa


Saudaraku anggota polis,
Tiada siapa antara kita yang dapat menyelamatkan dirinya dari hukuman Tuhan. Seseorang mungkin telah melupai orang yang dizaliminya, atau si mangsa juga mungkin terlupa, atau pergi menemui Ilahi terlebih dahulu. Namun doanya tetap hidup. Akan ada waktu, ia tetap datang bertandang dalam kehidupan si zalim; meragut kebahagiaannya, ketenteraman hidupnya dan mencampakkan derita dalam pelbagai warna dan rupa. Mungkin si zalim ketika itu terpinga dan bertanya "apakah salah saya?". Dia terlupa bahawa Tuhan tidak lupa atas kezalimannya, di dunia dan akhirat sana.

Dunia Sementara


Saudaraku anggota polis,
Dunia ini sementara. Setiap kita akan ada hari akhirnya. Akan berakhirlah sebuah kehidupan dan bermulalah mahkamah keadilan Tuhan. Tiada kuasa yang dapat membela, tiada pembesar yang dapat berkata. Semua tunduk menunggu balasan. Firman Allah (maksudnya):

"Dan janganlah kamu menyangka bahawa Allah lalai akan apa yang dilakukan oleh orang-orang yang zalim; sesungguhnya Dia hanya melambatkan balasan mereka hingga ke suatu hari yang ketika itu terbeliak kaku pemandangan mereka, (kerana gerun gementar), mereka terburu-buru (menyahut panggilan) sambil mendongakkan kepala mereka dengan mata yang tidak berkelip, dan hati mereka yang kosong (kerana bingung dan cemas)". (Surah Ibrahim 42-43).

Saudaraku anggota polis,
Sekali lagi pada hari itu si zalim akan bertemu dengan semua mereka yang telah dimangsakan, di hadapan mahkamah yang Maha Adil. Tiada bukti yang dapat disembunyikan, diputarbelit dan ditipu kepada masyarakat manusia yang berkumpul ketika itu. Tiada media yang boleh diperguna dan tiada kuasa kerajaan yang boleh melindunginya. Adil seadil-adilnya. Bak kata Nabi s.a.w:

"Segala hak akan dibayar kepada empunya pada Hari Kiamat, sehinggakan akan dibalas untuk biri-biri yang bertanduk atas perbuatannya ke atas biri-biri yang tidak bertanduk" (Riwayat Muslim).

Sabda baginda juga :
"Sesiapa yang ada padanya kezaliman terhadap saudaranya (muslim yang lain); seperti terhadap maruah dan selainnya, mintalah halal pada hari ini sebelum tiba waktu yang tiada dinar dan dirham (tiada harta iaitu pada Hari Kiamat). Sekiranya baginya kebaikan (amalan soleh) maka akan diambil darinya dengan kadar kezalimannya. Jika tiada baginya kebaikan, maka akan diambil dosa orang yang dizalimi lalu ditanggung ke atasnya" (Riwayat al-Bukhari).

Nasihati Hasan al-Basri

Saudaraku anggota polis,
Saya tahu, kadang-kala ada keadaan yang sukar sebagai anggota polis yang terpaksa melaksanakan arahan "atasan". Maka, mungkin ada yang berkata "kami hanya menjalankan tugas". Sudilah saudara mendengar nasihat tokoh Islam yang agung al-Imam Hasan al-Basri r.a. kepada Gabenor Iraq dan Khurasan iaitu "Umar bin Hubairah. Ketika itu zaman pemerintahan Khalifah Yazid bin Abdul Malik. Kata "Umar bin Hubairah:

"Sesungguhnya khalifah Yazid bin Abdul Malik kadang-kala menyuruhku melaksanakan perkara yang aku rasa tidak puas hati dari segi keadilan. Apakah jika aku melaksanakannya menjadi sutu kesalahan di sisi agama? Kata Hasan al-Basri: "Wahai Umar bin Hubairah! Takutlah Allah mengenai Yazid, jangan engkau takutkan Yazid mengenai Allah. Ketahuilah sesungguhnya Allah azza wajalla dapat menghalang Yazid daripada bertindak ke atasmu, tetapi Yazid tidak dapat menghalang Allah daripada bertindak ke atasmu.

Wahai 'Umar bin Hubairah! Sesungguhnya akan turun kepadamu malaikat yang bengis dan keras, dia tidak akan menderhakai apa yang Allah perintahkannya. Dia akan mengambil engkau dari tempat dudukmu ini, dan memindahkan engkau dari istanamu yang luas, ke kubur yang sempit. Di sana tiada Yazid, hanya yang ada amalanmu yang menyanggahi Tuhan Yazid.

Wahai 'Umar bin Hubairah! Sekiranya engkau bersama Allah dan ketaatan kepadaNya, ia boleh menghalangmu dari kejahatan Yazid di dunia dan akhirat. Jika engkau bersama Yazid dengan menderhakai Allah, sesungguhnya Allah akan menyerahkanmu kepada Yazid. Ketahuilah wahai 'Umar bin bin Hubairah! Tidak ada ketaatan kepada makhluk dalam menderhakai Pencipta". Maka menangislah Gabenor 'Umar bin Hubairah". (rujukan: Mir at al-Jinan wa ‘Ibrah al-Yaqzan)

Saudaraku anggota polis,
Kita boleh bertugas kepada sesiapa pun, tetapi jangan lupa tanggungjawab kita di hadapan Allah. Tiada cacatnya menjadi anggota polis. Saudara bukan musuh rakyat. Sebaliknya, saudara diperlukan rakyat. Apa yang cacat dan menimbulkan kebencian awam adalah tindakan kita sendiri jika menyalahi prinsip-prinsip keadilan dan keamanan. Jika itu tidak berlaku, sayang dan cinta rakyat tertumpah kepada saudara.

Ingatlah kata-kata Abu Bakar al-Siddiq: "Benar adalah amanah, bohong adalah khianat". Jika saudara benar, rakyat sayang, Allah juga sayang. Kedamaian jiwa pun menjelang. Jika saudara bohong rakyat benci, Allah juga benci. Rezeki tidak halal, hidup tidak bahagia.

Saudaraku anggota polis,
Inilah pandangan seorang rakyat marhaen awam seperti saya. Tiada kebencian antara rakyat dan saudara jika keadilan itu tertegak. Rakyat awam bukan sahaja mahukan keadilan yang ditafsirkan oleh pihak saudara, tetapi keadilan yang dapat difahami oleh semua. Bukan sahaja adil dari segi bicaranya, tetapi hendaklah kelihatannya juga adil. Semoga Allah merahmati saudara dan tugas saudara. Diberikan rezeki yang halal. Bebas dari kezaliman dan rasuah. Kami akan bersama menyanjungi saudara! Selamat bertugas!

Ahad, 31 Julai 2011

DAKYAH DIANGKAT DAAWAH DIKETEPIKAN

Selamat memasuki bulan Ramadhan Al Mubarak.Bulan yang disebut-sebut juga sebagai "shahrul Quran" dan madrasah taqwa.Dengan mengambil segala-galanya tentang Al quran: fadhilat membacanya, memahami maksudnya, merenungi segala pengajarannya dan beriltizam beramal dengan segala perintah dan larangannya. InsyaAllah kita akan berpeluang membina keperibadian insan bertaqwa.

Antara ciri-ciri p enting orang bertaqwa adalah:iman yang kukuh, menjaga solat,kuat menginfaqkan diri untuk jihad Islam,rajin bertaubat dan suka memaafkan kesalahan orang lain.Dengan sifat-sifat terpuji sedemikian tentunya peribadi-peribadi sedemikian mudah berkesan menjadi objek daawah kepada semua sasaran daawah kita terutamanya kepada orang-orang bukan muslim.Elakkan daripada memusuhi sasaran daawah utama kita ia itu orang2 China dan India yang sebahagian besar adalah samada rakan sekerja atau rakan setaman/sekampong.

Kejadian percubaan menghina KM Pulau Pinang semalam oleh seorang Melayu (Islam) dengan hadiah berupa coli dan pakaian dalam wanita yang ditujukan kpd Lim Guan Eng adalah tersasar daripada pendekatan daawah yang beradab.Jangan cemari bulan mulia ini dengan tindakan2 emosi bersifat dakyah murahan.Islam adalah rahmat kepada seluruh alam >.....bukan
hanya untuk MMmelayu bersongkok tinggi UMNO< PERKASA.

Hadiah pakaian dalam tindakan biadab, kata bekas presiden Abim

Oleh Syed Mu’az Syed Putra
July 31, 2011

KUALA LUMPUR, 31 Julai — Bekas presiden Angkatan Belia Islam Malaysia (Abim) Dr Mohd Razak Idris menyelar tindakan sebuah badan bukan kerajaan (NGO) Melayu yang cuba memberikan “hadiah” berupa pakaian dalam kepada Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng.

Kelmarin Persatuan Suara Anak-anak Malaysia Negeri menghadiahkan dua coli dan seluar dalam bercorak harimau bintang kepada Lim sebagai simbolik meluahkan rasa tidak puas hati terhadap pentadbirannya.

Razak berkata tindakan Persatuan Suara Anak-anak Malaysia Negeri yang diketuai Mohamed Ghani Abdul Jiman itu satu perbuatan tidak berakhlak dan melanggar amalan orang Melayu di negara ini.

“Saya menyeru kepada pihak yang terlibat ini memohon maaf kepada beliau (Lim) kerana telah melanggar batas susila yang dianjurkan ajaran Islam,” katanya dalam khidmat pesanan ringkas (SMS) kepada The Malaysian Insider.

Pensyarah Fakulti Pengajian Islam Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) ini menambah sebarang pertikaian politik hendaklah dibuat dengan saluran yang betul dan bukan bertindak di luar batasan.

“Saya berharap supaya sebarang pertikaian politik dan ketidakpuasan hati tentang urusan pentadbiran negeri diluahkan dengan cara yang beradab pada masa akan datang.

“Jangan sesiapa merosakkan imej baik umat Islam yang menjunjung tinggi ketinggian budi dengan perbuatan yang berunsur biadap seperti itu,” katanya.

Pada sidang media yang diadakan di Komtar, George Town kelmarin Mohamed Ghani berkata “hadiah” itu diberikan kerana sikap Lim dan beberapa barisan pemimpin kerajaan negeri Pakatan Rakyat itu termasuk Setiausaha Politik Ketua Menteri, Ng Wei Aik, yang didakwa menindas rakyat Pulau Pinang.

Menurutnya, coli dan seluar dalam wanita bercorak harimau bintang itu dijadikan hadiah kerana ia simbolik menandakan Lim dan Ng sebagai tarzan serta menggelar semua pemimpin kerajaan negeri sebagai harimau.

“Maskot Kerajaan Negeri bukan kucing dan kononnya mengamalkan dasar cekap, akauntabiliti dan telus (CAT), tapi sebenarnya adalah harimau. Oleh kerana dia tipu rakyat, kita hadiahkan coli dan seluar dalam kepadanya.

“Ini tunjukkan ketidakpuasan hati kami sebagai rakyat Pulau Pinang terhadap kerajaan negeri yang selama ini tidak bela nasib kami,” katanya.

Walaupun tiada wakil kerajaan negeri yang menerima “hadiah” itu, kumpulan itu telah menggantungkan coli dan seluar dalam itu di pintu masuk yang menyediakan lif untuk ke pejabat Lim.

Tambah Razak, tindakan Persatuan Suara Anak-anak Malaysia Negeri itu juga boleh mencemarkan hubungan baik antara orang bukan Islam.

“Kita selaku umat Islam harus mengakui iaitu hubungan kita dengan penganut bukan Islam adalah berasaskan ukhwah insaniah.

“Jangan sesekali mencemarkan hubungan abadi ini oleh sebab permusuhan politik,” katanya.

Khamis, 28 Julai 2011

Of Raja Nazrin, real stories and regal rhetoric — Martin Jalleh

JULY 28 — Your Royal Highness (YRH),

Recently, during a talk on the theme “The role of Malay Rulers in nurturing unity” held in Universiti Teknologi Mara (UiTM) in Shah Alam, YRH declared that “Rulers should not be shielded from the truth and must be told the real story”.

May I, with due respect to YRH, tell you the truth — that many of us (especially those who are sons and daughters of Perak) find it very hard to believe that you meant every word that you said during the talk. Some, in responding to the article highlighting your talk, have asked you to “walk the talk”!

Much as we would really like to consider what you had proclaimed as “rare wisdom” from a Ruler and intellectual, very unfortunately, the tragic manner in which the Perak royal family handled the Perak constitutional crisis reduces your speeches to mere “regal rhetoric”.

You were so very right when you said that “Rulers should never be surrounded by people with personal interests who are willing to use them as tools”. If only the Perak royalty had displayed and determinedly demonstrated such astuteness during the crisis!

It was the public’s perception that His Royal Highness (HRH) Sultan Azlan Shah had allowed himself to be surrounded by the PM and his cohorts and to be used as a political tool. HRH also denied the ousted Perak MB Nizar Jamaluddin an audience at a very crucial point.

By writing this open letter to you I run the risk of Umno or Perkasa members making police reports against me, but I am confident enough that YRH will not allow these elements to make use of you, as they have so often and unashamedly done so, out of political expediency.

To confirm the hypocrisy of the Umno elite, you should consult your royal colleague and veteran Umno leader Tengku Razaleigh Hamzah, who during the height of the crisis strongly suggested that it is Umno that has harmed the Malay Rulers more than anyone else!

In sharp contrast to your professed openness, Umno, through the Attorney-General’s Chambers, has gone to extremes to do the opposite. Take, for example, the A-G’s appeal against a High Court decision to acquit Karpal Singh of a charge of sedition against the Perak Sultan.

Unbelievably, the DPP told the Court of Appeal that: “People have the legal right to take Sultans to court but to speak openly of it is seditious… as this would inflame the sentiments of laymen who did not have a good grasp of the law”!

Understandably, the A-G and his Chambers are suspected of suffering from an inflammation of the brain, which in many respects is as bad as “yellow fever”.

Bitter and brutal truth

YRH, you stressed that: “Rulers should be willing to accept the fact, no matter how bitter, as justice could not be upheld without the truth.” Logically, you would need to be willing to accept the fact, no matter how bitter, that hardly anyone takes you seriously these days.

Public sentiments for HRH Sultan Azlan Shah are the same. Perakians had placed their hopes high on HRH — whom they had held in high regard. But he seemed to be swayed by Umno’s political subterfuge and scheming. Public perception of his impartiality plummeted after that.

YRH so rightly pointed out that: “In all conflicts, no one party is right all the time and no one party is wrong all the time.” HRH Sultan Azlan Shah (a former Lord President though he was) was wrong in his personal discretion and his straying beyond his parameters of power during the crisis.

No one presented the brutal and bitter truth so honestly, clearly and professionally than respected retired judge N.H. Chan who bravely declared that HRH had “sidestepped” provisions of the Perak Constitution and made a “fatal error”.

YRH also very accurately pointed out in your talk that: “The credibility of some national instruments requires recovery of perception and needs improvement in line with current world dynamics to restore confidence in the people.”

During and after the Perak crisis, key democratic institutions were manipulated by the powers-that-be to contain, cripple and crush legitimate dissent. They degenerated to the point that the public no longer trusted them. This was especially true of the judiciary.

The judiciary sank so low during the crisis — to allow itself to be intimidated, its independence and impartiality interfered with, and its integrity reduced to ignominy. Today the reputation of the judiciary, or whatever is left of it, has been sullied irreparably.

Ironically, on Octorber 31, 2007, I had in an open letter thanked HRH Sultan Azlan “for portraying the truth about the state of the country’s judiciary and your accompanying clarion call for major reforms in the judiciary…”

I wrote: “Today, we have become a laughing stock. We are second to none when it comes to kangaroo courts and court jesters like the de facto law minister. The judgments of our courts are often quoted in political satire and online comic scripts.” Nothing has changed!

Just as the “credibility of some national instruments requires recovery of perception and needs improvement”, I am sure you will agree that the credibility of the royalty also requires recovering of perception and regaining public confidence!

Perhaps, YRH, this can only happen if the people are told the “real story”. Just as the Rulers need to be given the true picture, the public also needs to hear the “real story” to make a wise and good decision in the next general election.

YRH, please tell us the “real story” on why there was such undue and indecent haste by HRH to dismiss the leader of a popularly elected coalition? Why was there such an unholy haste to recognise and install and swear in a government against the expressed wishes of the people?

Raja Petra has told us his “real story” to the above questions. It allegedly has something to do with your succession to the Perak throne and also to save the financial empire of one of the members of your royal family. Is RPK’s story accurate?

Will you tell us the “real story”?

Isnin, 25 Julai 2011

SAHIH PM NAJIB PEMBOHONG BESAR

Satu negara diperdengarkan tempikan bersemangat PM Najib sebaik beliau pulang dari lawatan keluar negara mengadap perlian PM Britain tentang 'demokrasi' di Malaysia dan sindiran tajam Ratu Elizabeth yang memakai pakaian serba kuning ketika menerima mengadap Najib dan Rosmah Mansor.Sudahlah dalam istana kuning di luar penunjuk perassaan rakyat Malaysia pulak tu pakai baju kuning bersih.Betapa hancur luluhnya hati Najib dan Rosmah.Balik Malaysia pula dah sedia menunggu isu yang sangat menggemparkan: CINCIN BERLIAN ROSMAH BERHARGA RM24 juta telah sampai kepengetahuan para pacal rakyat yang sakit hati ditipu siang dan
malam.

Apa kata PM Najib: 'saya menjelaskan kepada rakan sejawat saya PM Britain bahawa di Malaysia kita ada demokrasi yang sebenar dan kita (UMNO/BN) TAK PERNAH MENIPU dalam pilihanraya'.

Tahukah anda tahap kredibiliti kata-kata PM Najib tersebut, sama erti dengan analogi berikut:
"TAHI BERKATA KEPADA KENCING: 'kau tahu tak walaupun nama aku taik tetapi sebenarnya aku tak pernah berbau busuk'.

Siapa yang tak tahu UMNO/BN menang pilihanraya dengan pelbagai tatacara penipuan.Syaitanpun terkejut dengan kelicikan dan kenajisan penipuan UMNO.Apa yang UMNO tak buat: beli undi,ugut pengundi,pernah bunuh petugas pilihanraya parti lawan dan manipulasi serta fitnah menggunakan media yang dicucuk hidung.

Tokoh-tokoh seperti Tengku Razaleigh dan Dato' Yong Teck Lee (bekas KM Sabah) tentu arif tentang taktik penipuan UMNO dan BN.Di Sabah jelas dibuktikan dalam mahkamah bagaimana UMNO Sabah melambakkan pendatang asing sebagai pengundi berdaftar bagi mengekalkan kuasa.

Dalam pilihanraya kecil Sibu seantaro dunia mendengar ucapan PM Najib menawarkan rasuah kepada pengundi Sibu 3 jam sebelum hari pengundian.Kata-kata korup Najib berbunyi:"you help me I will help you. If you deliver me Robert Lau (calon BN) tomorrow, next Monday I'll prepare you RM 5 million . Setuju atau tak?'

Saya sendiri buang masa 3 jam di pejabat SPRM Perak buat laporan dan serahkan bukti vcd kepada pegawai penyiasat SPRM tetapi no action.Siapa boleh siasat Raja Brooke dari Pahang yang tak lut undang-undang. Maka benarlah tanggapan ramai orang bahawa SPRM itu bererti SIAPA PEDULI RASUAH MENJADI-JADI.

Pembohongan PM Najib tersebut menggolongkan beliau dalam golongan manusia yang Rasulullah sebutkan sebagai memiliki gejala-gejala munafik . Belum terlambat bagi PM Najib untuk bertaubat. Syaratnya rakyat kena lucutkan kuasanya. Hanya setelah beliau terlucut kuasa akan ada ketika beliau akan bermuhasabah dan menginsafi bahawa pada usia 58 tahun beliau sepatutnya lebihkan masa untuk persiapan hari kiamat kecilnya ia itu kematian.Pada hari itu tidak ada apa guna langsung segala duit dan harta perhiasan jutaan ringgit yang PM najib dan ROSMAH Mansor HIMPUNKAN.Sesungguhnya bilik kecil 3 kaki x 7 kaki itu terlalu sempit untuk dimuatkan dengan apa-apa harta karun... ......insaflah!!!

Isnin, 18 Julai 2011

PULUT KUNING PUN JADI LARANGAN

Hari ini saya didatangi seorang pesakit diklinik yang mendapatkan rawatan untuk anak comelnya.DIA BERCERITA BARU BALIK DARI ZIARAH KELUARGA DI SELANGOR. Kecoh disatu masjid apabila peristiwa seorang yang membawa pulut kuning telah menjadi bahan pertikaian.Malang sungguh orang-orang parti keris, hidup mereka semakin terhimpit.Dulu dan selamanya benci warna hijau.Kini tambah dalam senarai, allergik tengok kuning.Dalam pada itu ada yang terus benci dengan laungan "takbir", ada ketua2 jabatan pengipas UMNO YANG ALLERGIK TENGOK KOPIAH PUTIH!

Maka bertepatan sangat apabila Pak Samad Said sasterawan negara menggambarkan puak-puak parti keris ini sebagai 'PELUDAH WARNA'.Saya kira mungkin sedang bermain dalam benak kepala sang-sang penguasa parti keris untuk meminta Duli-Duli Raja2 Melayu supaya tukar warna kuning sebagai warna kebesaran Diraja kepada warna biru. Nanti mudahlah para2 juak parti keris bertempik dan berbisik menyatakan bahawa Raja2 Melayu bulat menyokong UMNO..

Kasihan melihat ahli2 UMNO yang jiwa mereka semakin kecil.Marilah terima pelawaan rakyat untuk menaiki kapal "rakyat Malaysia" untuk kita berjuang menyelamatkan negara tercinta ini daripada kemuflisan fikrah,kemuflisan ekonomi,kemuflisan jatidiri dan kemuflisan perancangan dakwah.Ingat!Ingat! ingat! Assobiyah Melayu yang sedia sesat itu semakin menyesatkan apabila ia mengharamkan perkara yang diharuskan oleh agama.

Ahad, 10 Julai 2011

Berdoalah demi melenyapkan kezaliman Najib & Co

Tarikh 090711 telah berlalu dengan meninggalkan kenangan pahit dan manis.Pahit kerana tuntutan rakyat secara aman untuk mendapat sistem dan pelaksanaan pilihanraya yang telus dan adil dinegara tercinta ini telah ditolak mentah2 oleh kerajaan UMNO-BN yang semakin hari semakin zalim dan angkuh.Rakyat yang berhimpun secara aman telah difitnah dengan tuduhan2 berat seperti "pengkhianat agama" dan dikasari.

Dalam himpunan semalam rakyat dipukul, dipijak, diherdik dan ditembak gas pemedih mata. Saya sendiri dipukul dibahagian leher sambil dicaci oleh seorang polis berbadan sasa dengan ungkapan "haram jadah". Seorang muslimat telah ditendang, digari dan diludah mukanya oleh polis yang kononnya beramal dengan maxim:betul,cekap dan mesra. Pemimpin2 UMNO dizaman Najib seperti orang yang telah mati hatinya dan enggan melakukan reformasi pilihanraya walaupun seluruh negara-negara

Asean telahpun memperbaiki sistem dan pelaksanaan pilihan raya masing2.Manis kerana rakyat Malaysia pelbagai kaum telah membuang rasa takut mereka demi menuntut keadilan dalam pilihan raya.Tahniah rakyat Malaysia.Namun saya menyeru seluruh rakyat supaya terus berdoa agar ALLAH memudahkan tugas besar ini.Saya perturunkan salah satu doa yang diamalkan oleh Rasulullah SAW.

'Ya Allah, Ya Tuhanku.Barangsiapa yang mengurus sesuatu urusan umatku lalu ia menyusahkan mereka, maka balaslah ia dengan kesusahan.Dan barangsiapa yang memudahkan,maka mudahkanlah urusannya'

Isnin, 4 Julai 2011

Ada ketikanya untung juga jadi pengotor

Aku pergi majlis walimah semalam. Jumpa rakan yang terperangkap traffic jam kerana perarakan kumpulan gagak berwarna hitam.Dah beberapa hari kumpulan anti Bersih 2.0 berarak di jalan2 raya dari satu bandar kebandar lain menunjukkan kejalangan mereka sebagai protes kepada himpunan aman 9-7-11 di KL yg tiba2 menjadi ketakutan no 1 kerajaan Najib sekarang. Kumpulan Bersih mempunyai objektif dan halatuju yang jelas tentang apa yang diperjuangkan: mengangkat demokrasi melalui pilihanraya yg telus dan adil. Maknanya bersih adalah kumpulan proaktif, pro rakyat dan demokrat.

Manakala kumpulan anti Bersih yang diketuai UMNO, Perkasa dan Pekida menentang reformasi pilihanraya. Maknanya kumpulan tersebut bersetuju dan berhempas pulas mempertahankan pilihanraya kotor yang menjadi kebanggaan SPR. Pilihanraya Sarawak April 2011 menjadi testimoni bagaimana SPR adalah hakikatnya menjadi perkakas UMNO-BN untuk mengabsahkan bahawa UMNO-BN mesti dimenangkan walaupun dengan rasuah pengundi dan penipuan. Pelik,ada manusia dizaman kecanggihan ilmu dan maklumat kini tak bersetuju dengan agenda memperkasakan demokrasi dinegara tercinta ini.

Maka layaklah kumpulan yang mempertahankan pilihanraya tak telus itu digelar kumpulan Pengotor. Namun tindakan Pengotor ini yang berarak dijalanan terus diberikan kerjasama sebaiknya oleh polis.Tak pula baju hitam dan baju merah mereka dirampas. Malang akibat tarbiyyah UMNO yang songsang, PDRM juga terpalit dengan asso biyah Melayu.Teringat kita semasa krisis rampasan kuasa UMNO di Perak 2 tahun lalu. Begitu akrab hubungan kerja antara Ayahanda Pekida dengan Polis demi mempertahankan kezaliman UMNO yang merampas kuasa melalui kerja2 jahat: perangkap sex,culik dan rasuah. Jangan lupa mastermind nya adalah Najib anak Tun Razak!

Rupa-rupanya puak-puak Pengotor sebegitu, mempunyai banyak persamaan:sokong penipuan pilihanraya,sokong rasuah,sokong songlap saham bumiputra,sokong roboh surau dan masjid bahkan sokong bunuh dan letup jasad Altantunya asal saja yang melakukannya orang Melayu bersongkok 8 inci.

KOT-KOT PUAK-PUAK INI SELALU TERMAKAN HIDANGAN YANG TERCEMAR OLEH LALAT KEPALA HITAM DAN BERKAKI MERAH!!!

Khamis, 30 Jun 2011

kalau nak kaya pakai baju kuning!

Musim rakyat ditangkap dan dizalimi kerana memakai baju SUCI berwarna kuning telah bermula. Kekuninganlah lock up polis diseluruh negara. Peruntukan undang-undang jenayah yang mana satu yang polis guna kitapun muskhil.

UMNO dan pekakasnya sudah tidak lagi percaya kepada 2 rukun kepercayaan negara ini ia itu keluhuran perlembagaan dan kedaulatan undang-undang. Rakyat yang ditahan tak bolih didakwa mengikut undang2 yang sedia ada. Kecualilah nak guna ISA! Nanti tak muat KEMTA Kamunting kerana terlalu ramai yang gian nak pakai baju SUCI warna kuninig. Yang pasti selepas ditahan, diseksa jiwa atau raga, rakyat terbabit bolih saman gantirugi terhadap PDRM dan Kerajaan Malaysia. Bolih dapat beribu-ribu dollar! bolih derma rumah anak yatim dan melancung etc. Kita berdoa supaya KPN Pak Ismail cepat2 insaf dan iltizam bertugas jaga rakyat dan bukan jaga kroni dan elit2 "MUBARAK" Malaysia. Amin, Wallahua'lam.

Ahad, 26 Jun 2011

berserabutnya 2 sepupu najib dan hishamuddin.

Tangkapan demi tangkapan telah dibuat sejak semalam keatas berpuluh2 rakyat malaysia yang patriotik...di KL,Shah Alam dan Pinang. "kesalahannya" kerana mempamerkan hasrat mereka untuk menghadiri himpunan Bersih 2.0 pada 9hb Julai ini di ibu negara. Nak tuntut demokrasi yang telus dan pilihanraya bebas dan telus pun dianggap penjenayah.

Lebih malang lagi apabila rakan saya MP Sg Siput Dr Jeyakumar dan satu bas ahli2 PSM dari Perak akan didakwa dgn satu tuduhan "gila"...merancang melakukan peperangan keatas YDP Agong, yg bolih dipenjara sehingga 20 tahun. Nampak sangat ketakutan mereka kepada suara rakyat.

Pemimpin2 UMNO nampaknya mengulangi tindakan2 yang biasa dilakukan oleh diktator2 sezaman dengannya disaat2 kejatuhan mereka. Najib dan Hishamuddin jelas tidak mengambil iktibar daripada sejarah. Janganlah 'intimidate' rakyat kerana tanpa rakyat siapalah kamu berdua. Yang pasti rakyat dah mual dan muak diperintah cara sekarang.

Terserah UMNO berubah atau rakyat akan merubah lanskap politik negara tercinta ini. Rakyat juga sedar kini kenapa Najib memilih Hishamuddin sepupunya untuk jadi menteri KDN. Kerana yang berserabut akan melindungi keserabutan sepupunya.

Sabtu, 25 Jun 2011

Pakai T-shirt Bersih pun kena tangkap...Negara Polis??

25 JUN — Beberapa jam yang lepas saya mendapat panggilan talipon memberitahu saya yang Khairul Anwar Ahmad Zainudin, dari AMK PKR telah ditahan oleh Polis kerana memakai baju-Bersih dan nampaknya rally yang dirancang Bersih ini memang memberi kesan kepada rakyat kali ini.

Jikalah benar rakyat tidak bersetuju dengan tuntutan Bersih untuk mengadakan pilihanraya secara adil dan saksama tidak mungkin Polis mengambil tindakan terhadap sesiapa yang memakai baju-T Bersih.

Ini merupakan satu tindakan yang agak keterlaluan dan ini membuatkan orang ramai merasakan tidak lagi merasakan hidup secara bebas yang lazim diamalkan oleh rakyat negara yang bebas dan demokratik.

Jika tekanan terhadap rakyat dilakukan sampai sedemikian rupa ini menunjukan secara terang yang pihak yang sedang memegang kuasa itu sudah tidak berkeyakinan lagi akan diberi mandat oleh yang yang memilih.

Takkan lah dengan memakai baju T Bersih sudah menjadi kesalahan. Kenapa hendak menekan sampai ketahap ini. Rakyat akan merasakan kebencian terhadap kita dengan lebih teruk lagi dan kita juga yang akan menerima kesannya.

Kita boleh melakukan apa-apa tindakan yang munasabah untuk mempertahankan apa yang kita dapat dari rakyat, tetapi jika kita terpaksa menekan sebegini rupa semata-mata untuk mengekang desakan rakyat ini sudah melampaui batas yang bermoral.

Kita hendakan kesinambungan sokongan rakyat, tetapi jika rakyat benar-benar tidak lagi mahu memberikan mandate kepada kita, ia tidak bermakna kita ada kuasa secara moral dan undang-undang menekan manusia sehingga kepada pakaian yang kita pakai.

Kita telah mendesak rakyat supaya tidak menyokong rally yang bakal di adakan pada 9 Julai nanti. Kita tidak mengeluarkan permit untuk penganjuran itu. Dan sekarang mereka dicegah memakai baju T Bersih itu merupakan satu tindakan yang “autocratic” yang tidak ada batasnya.

Jika kita hendak menjadikan pakaian yang bersimbulkan gerakan rakyat dan parti-parti politik maka kita juga mesti melakukan larangan terhadap mereka yang memakai baju Umno, PKR, PAS, DAP, MCA dan mana-mana parti politik dan pertubuhan NGO yang lain.

Presiden Ferdinand Marcos merupakan seorang dictator tetapi dalam pemerintahannya masih ada dua tiga saluran TV yang terang-terang menentang kerajaan. Saluran itu terus beroperasi dan Marcos dictator itu tidak pula menangkap dan menahan mereka yang mengendalikan saluran TV itu.

Jadi kita boleh bertanya kepada diri kita sekarang ini. Jika diktator Marcos boleh membiarkan saluran TV beroperasi dengan agak bebas, apa pula hendak kita katakan terhadap pemimpin kita yang begitu takut dan marah untuk mendengar rungutan rakyat? Bukankah ianya lebih teruk dari pemerintahan dictator?

Jika kita bermaruah jangan lah kita tunjukan sifat “perongos” kita sehinggakan menelik dan meneliti pakaian dan “attire” yang dipakai rakyat. Bersih bukannya parti politik dan NGO ini hanya mahukan perjalanan pilihanraya dijalankan dengan seadil adilnya.

Seruan ini sepatutnya disokong oleh Umno sendiri kerana sebagai parti yang mengaku sebagai parti yang bermaruah melakukan sesuatu dengan “transparent” sepatutnya menjadi pakaian hidup kita.

Cukup-cukuplah menyalahkan pihak lain kerana kita sudah jatuh sokongan ramai. Tentu ada sebabnya yang kita ini di tolak dan dipersoalkan oleh orang ramai. Oleh kerana kita mempunyai jiwa yang fakir, kita sentiasa mendengar dan melihat segala tindakan rakyat dengan “suspicion” yang begitu melampau.

Kepada NGO bersih saya ada pandangan untuk saudara/i fikirkan. Jika memakai baju-T Bersih itu merupakan kesalahan saya cadangkan supaya Bersih menjual seluar dalam yang ada logo Bersih pula.

Kita mungkin akan terjumpa pihak Polis menelanjangkan rakyat ditepi jalan jika mereka (polis) mensyaki mereka yang memakai seluar dalam Bersih. Saya cadangkan Datuk Ambiga memakai “panty” Bersih. Kita tengok bagaimana Ambiga akan di telanjangkan oleh pihak dan merampas seluar dalam yang beliau pakai itu.

Saya juga mencadangkan Kementerian Dalam Negeri membeli mesin pengimbas untuk memeriksa siapa yang memakai singlet atau seluar dalam yang berlogokan Bersih.

Dengan tindakan yang dilakukan terhadap mereka yang memakai baju T Bersih di Shah Alam semalam kita sudah menunjukan satu “attribute” yang nyata sebagai pihak yang mempunyai jiwa yang terlalu fakir.

Tidak hairanlah kita melihat apa yang tidak sepatutnya berlaku pada hari ini berlaku dengan jelas. Pemimpin yang elok itu mesti ada setidak-tidaknya sedikit sifat “gentleman” dan akan menerima dengan hati yang terbuka apa-apa yang di pilih oleh rakyat.

Jangan kita sampai begitu takut sehinggakan melakukan perkara-perkara yang tidak wujud di dalam masyarakat yang bertamaddun. Firaun telah membunuh semua kanak-kanak lelaki yang dilahirkan kerana ahli nujum telah memberitahu Firaun yang ketika itu akan lahir seorang kanak-kanak (Musa) yang akan menentang kekuasaannya.

Akhirnya Musa lahir juga dan mengalahkan firaun di lautan Merah.

"1 MALAYSIA 1 LUCAH"

Tayang filem lucah untuk tontonan umum hanya didenda RM 1000.Sahih Malaysia dah rosak ketahap paling haprak.Kelmarin 25/6 mahkamah majisteret KL menjatuhkan hukuman berikut kepada trio haprak negara yg mengaku bersalah menayangkan filem lucah pd bulan Mach lepas di Carcosa Seri Negara kpd wartawan2.

Eskay Abdullah.....................denda RM 3000
Shuib Lazim..........................denda RM 1500
Rahim Tamby Chik..............denda RM 1000

Mahkamah sah menjadi perkakas kelucahan 1 Malaysia dengan membenarkan peguam haprak2 tersebut menjustifikasikan tindakan mereka kononnya demi mendedahkan maksiat orang tertentu.Aduh! malunya kita orang Islam hidup dalam sistem haprak sebegini.Kejahatan sebegitu rupa...mengaibkan orang,menghancurkan maruah orang sekadar didenda harga sewa satu bilik hotel 5 bintang.mahkamah menghantar isyarat yang salah. Kan ini testimoni betapa zalim dan hodohnya undang2 manusia ciptaan UMNO. Wahai rakyat Malaysia mari berjuang menghapuskan kezaliman ini. 3 orang haprak lucah tersebut wajib d lucutkan gelaran dato' mereka.