sekadar renungan bersama..

Isnin, 29 Oktober 2012

Politik Mempersenda Agama

Apa yang saudara bolih simpulkan apabila menilai dua situasi berikut:

i) Presiden UMNO seorang Muslim bernama Najib bin Tun Razak hadir merasmikan persidangan tahunan MCA (persatuan China Malaysia) pada 21-10-12 dimana dalam ucapan2 awal sebelum Najib merasmikan, beberapa pemimpin kanan MCA termasuk presidennya Chua Soi Lek telah mempersenda hukum hudud ciptaan Allah dengan ungkapan2 seperti: hudud ketinggalan zaman, hudud membawa manusia kembali kezaman gelap,hudud bakal merosakkan ekonomi dan penyebab kehilangan peluang pekerjaan dan negara yang amalkan hudud tergolong negara yang mundur dan kuat rasuah.
Dalam majlis tersebut Najib selesa, terus sepi tanda rela dan melakukan 'putting salt on the already painful wound' dengan pengumuman anugerah RM 34 juta untuk sekolah2 China..bukti bahawa Najib sedikitpun tidak rasa terguris hati dengan pelbagai senda-kutukan terhadap Islam.Bantuan tidak salah tetapi isyarat yang diberikan adalah "Tak apa Islam dibelasah asalkan undi orang China dalam genggaman UMNO"

ii) Pengerusi UMNO merangkap Menteri Besar Negeri Sembilan juga seorang Muslim dengan selamba pada pertengahan bulan Oktober lalu telah hadir dalam program dimana ramai ahli2 MCA sengaja memakai T shirt yang tertulis dibelakang, ungkapan "MCA tentang Hudud PAS" dalam tulisan Melayu dan Mandarin.MB tersebut diberikan sambutan hangat dan terus selesa berada disana tanpa rasa bersalah.

Anda hanya perlu membuat analogi berikut untuk menilai tindakan Najib dan pemimpin2 UMNO yang seangkatan dengan beliau.
Andaikan Samy Vellu seorang pemimpin beragama Hindu dijemput merasmikan majlis orang2 China yang  pemimpin China tersebut mempertikaikan ritual Thaipusam sebagai ......itu dan ini.....
Andaikan pula Bernard Dompok seorang pemimpin beragama Kristian dijemput hadir dalam majlis orang2 Melayu di Sabah dimana Pope John Paul ia itu Ketua Agama Kristian dipersenda.

Anda tentu boleh menjawab dengan tepat apakah reaksi balas Samy Vellu dan Bernard Dompok terhadap penganjur majlis sedemikian. Anda merasakan Samy dan Bernard akan meramikan majlis tersebut dan memberikan pelbagai anugerah dan peruntukan pembangunan bernilai jutaan ringgit?

Jika Samy dan Bernard seronok dan mengucapkan terima kasih kepada 'audience' dalam majlis sedemikian, 110% pasti penganut agama Hindu dan penganut agama Kristian akan mengutuk Samy dan Bernard sebagai pengkhianat kepada penganut agama mereka.Bayangkan juga apapula tindakan Majlis Sami2 Hindu dan Majlis Paderi2 Kristian terhadap isu dan provokasi sedemikian.

Agaknya kenapa pula sebahagian besar orang2 Melayu beragama Islam diam membisu dan tidak peduli tindakan dayus Najib dan MB negeri Sembilan tersebut.Kesepian ulama-ulama instituisi seperti majlis2 agama negeri dan sebahagian besar mufti2 juga mengundang persoalan, adakah politik Melayu membenarkan agama Islam difitnah dan dipersenda demi kepentingan 'pemimpin-pemimpin' Melayu yang sebenarnya sudah tidak lagi layak dipanggil Melayu.

Bukankah didalam perlembagaan persekutuan orang Melayu didefinasikan sebagai orang yang beragama Islam dan bertutur serta berbudaya Melayu? Masihkah beragama Islam jika 'pemimpin-pemimpin' Melayu yang menggembala UMNO sekarang lebih MCA daripada MCA. Semoga Allah menyelamatkan bangsa Melayu dengan Islam dan dianugerahkan kepimpinan Melayu yang bertaqwa.Amin.

Khamis, 25 Oktober 2012

PR Perak rujuk isu Soi Lek kepada Sultan, Mufti


Muhammad Faeez Azahar,24 Okt 2012

(Pemimpin Pakatan Perak tanpa mengira agama dan kaum membantah Chua Soi Lek)

IPOH: Pakatan Rakyat Perak akan mengahtar surat kepada Sultan Perak yang juga Ketua Agama Negeri berhubung tindakan MCA khususnya Datuk Seri Chua Soi Lek tidak henti-henti menghina Islam.

Setiausahanya, Dr Khairuddin Abdul Malik berkata, surat berhubung perkara itu juga akan dihantar kepada Mufti dalam masa terdekat.

Beliau berkata, kenyataan Soi Lek sebelum ini jelas mengherdik agama Islam dan menceroboh ke dalam urusan hal-ehwal agama Islam.

Kata beliau, perbuatan Chua Soi Lek sangat menyentuh sensitiviti umat Islam dan berpotensi menyebabkan ketegangan kaum dan agama.

Ekoran itu juga, Pakatan Rakyat Perak ujarnya turut mencabar kerajaan yang diketuai Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak mendakwa Soi Lek atas Akta Hasutan.

“Pakatan Rakyat Perak cabar Umno mendakwa Chua Soi Lek atas akta Hasutan seperti pernah dilakukan kepada individu-individu tertentu sebelum ini,” katanya ketika membuat sidang media di Pejabat PAS Perak, hari ini.

Khairuddin yang juga Yang Dipertua PAS Tambun berkata,  jika tindakan tersebut tidak dilakukan bermakna Umno bersekongkol dan bersetuju agama Islam dihina serta diherdik.

MCA ujarnya tidak wajar mencari pengurah politik di kalangan orang Cina dengan menghina peraturan-peraturan Islam dan menghina PAS.

Tegas beliau, Pakatan Rakyat Perak mendesak Chu Soi Lek meminta maaf kepada seluruh penganut agama Islam atas keterlanjuran mereka dan jangan sekali-kali mengulang perbuatan jahat tersebut.

Dalam perkembangan berkaitan, Pakatan Rakyat Perak yang diketuai Datuk Seri Nizar Jamaluddin mencabar MCA mengadakan debat terbuka berhubung isu yang dimainkan.

“Kami akan menghantar surat jemputan kepada MCA Perak yang diketuai Chua Soi Lek selaku Pengerusi MCA Negeri untuk mengadakan debat terbuka yang bertajuk MCA Sokong Islam dan Hudud Tetapi Menentang Hudud PAS. Tajuk ini sesuai apa yang didakwa mereka,” jelas beliau.

Hadir Sama ialah Adun Tronoh, V Sivakumar; Adun Canning, Wong Kah Woh; Ketua Penerangan PKR Perak, Ustaz Zulkifli Ibrahim dan pimpinan Pakatan Rakyat Perak.

Sabtu, 20 Oktober 2012

MCA Menyerlahkan Warna Sebenar Kebenciannya Kepada Islam

Sejak setahun yang lepas MCA tidak pernah berasa risau, takut atau bimbang tentang peranannya sebagai musuh nombor satu kepada Islam dan penganutnya di Malaysia.Serangan MCA kepada Islam datang bertalu-talu dan mula memasuki fasa bahaya.Sangat jelas tindakan MCA menyerang Islam adalah untuk kepentingan politik jangka pendek bagi mengembalikan sokongan dan undi orang China kepada MCA dan
Barisan Nasional.Rasional MCA mudah difahami.

DAP dan PAS selain PKR pada ketika ini sangat berpotensi untuk memenangi PRU 13 yang dijangka akan diadakan pada bila-bila masa sahaja.Hegomoni UMNO/BN insyaAllah bakal berakhir.Fitnah terhadap parti-parti Pakatan Rakyat begitu terancang sekali.UMNO ditugaskan menyerang PAS dengan fitnah jahat kononnya PAS sudah menggadai prinsip dan rela membiarkan DAP melakukan pelbagai agenda untuk menjadikan Malaysia negara Kristian,melucutkan institusi Raja-Raja Melayu dan
menghapuskan keistimewaan orang-orang Melayu.

MCA pula digerakkan secara strategik untuk melemahkan pengaruh DAP melalui serangan-serangan yang bermaksud DAP adalah parti yang mengkhianati survival orang-orang China di Malaysia.Melalui kerjasama DAP dengan PAS jika nanti PR berjaya menguasai Putrajaya, orang China akan hidup dalam keadaan 'zaman gelap' kerana undang-undang Islam versi PAS akan dilaksanakan.Hudud PAS akan dikuatkuasakan,habislah tangan-tangan orang akan dipotong kerana mencuri.Pusat-pusat judi akan habis ditutup dan dianggarkan 1.2 juta orang akan hilang pekerjaan.MCA berhujjah hukum hudud tidak sesuai dan semua negara-negara umat Islam yang melaksanakan hudud adalah mundur dan rasuah berleluasa.Bahkan apa sahaja yang menjadi amalan syariah orang Islam seperti tidak bersalam lelaki perempuan yang bukan mahram dianggap oleh MCA sebagai kolot.Presiden MCA bahkan mengherdik seorang ADUN UMNO dinegeri Johor sebagai sudah hilang akal lantaran ADUN tersebut mencadangkan pelaksanaan hudud dinegeri Johor.

Maka MCA terus menghasut pengundi -pengundi China  jangan percaya kepada DAP yang sedia menjadi alat PAS.UMNO pula terus menghasut pengundi-pengundi Melayu supaya membenci DAP yang digambarkan sebagai anti Islam, anti Melayu dan anti Raja-Raja Melayu.UMNO bahkan mencari ustaz-ustaz yang tanpa sandaran dan adab ilmu mengeluarkan 'fatwa' mengundi PAS adalah haram kerana PAS bertahalluf dengan DAP yang 'anti Islam'. Jika DAP anti Islam hanya kerana berpegang dengan kefahaman mereka bahawa perlembagaan Malaysia adalah sekular dan tidak bersetuju dengan pelaksanaan hudud, apa pula gelaran yang wajib diberi kepada MCA yang bukan sahaja tak setuju dengan 'hudud PAS'tetapi menghina sehina-hinanya apa sahaja yang ada kaitan dengan peraturan-peraturan Islam seperti etika bersalam dan pengharaman judi? Saya cadangkan MCA dinobatkan sebagai musuh ketat pekat Islam di Malaysia.Apa pula hukum mengundi UMNO yang terus membisu seribu bahasa dengan semua kebiadapan dan keceluparan MCA terhadap Islam dan penganutnya?

Untuk menjawab tuduhan PAS menggadai Islam dan diperalatkan oleh DAP untuk melemahkan Melayu dan Islam, jawapannya ada dinegeri-negeri yang ditadbir oleh Pakatan Rakyat.Di Kelantan, di Kedah , di Pulau Pinang dan di Selangor.Dakwah berkembang biak, kebajikan orang Islam terbela dan pemimpin-pemimpinnya bebas rasuah, tidak boros dan lebih disenangi oleh rakyat.Kerana dasar dan imej dakwah PAS maka tidak menghairankan apabila dalam keadaan pemimpin-pemimpin PAS berpegang teguh dengan prinsip-prinsip Islam tetapi pada masa yang sama orang-orang bukan Islam lebih meyakini Pas berbanding UMNO. Sebaliknya dalam keadaan pemimpin-pemimpin UMNO longgar pegangan mereka kepada Islam dalam masa yang sama juga, keyakinan dan rasa hormat orang-orang bukan Islam kepada mereka semakin  lama semakin nipis.

Tidak adakah peruntukan undang-undang yang boleh diambil keatas tokoh-tokoh utama MCA yang sedang giat bermain api kebencian agama? Sekadar melontarkan analogi betapa sebenarnya tokoh-tokoh MCA begitu jahat dan membahayakan keselamatan dan kestabilan hubungan antara kaum di negara ini, cuba bayangkan jika Lim Kit Siang ia itu pemimpin kanan DAP menuduh ADUN UMNO sebagai hilang akal kerana mencadangkan pelaksanaan hudud di Malaysia.Apa agaknya reaksi akhbar Utusan Malaysia, TV3 dan pertubuhan Melayu seperti Perkasa dan JATI? Apa pula kenyataan Ketua Polis Negara? Tentu pembaca boleh menjangka dengan tepat..tentu pemimpin DAP itu akan dicerca berbulan-bulan lewat akhbar dan media milik UMNO.Tentu bertempik ustaz-ustaz upahan UMNO dan tentu ada pihak pemuda UMNO yang menghunus keris berlagak jantan.Agaknya polis akan tahan Lim Kit Siang dibawah ISA.

Soalnya kenapa apabila MCA hina Islam mereka tidak pun dijentik?Juga kenapa apabila UMNO yang mengizinkan MCA hina Islam masih terus tanpa malu bercakap tentang Malaysia yang menjadi contoh negara ISLAM.Adakah sesebuah negara itu akan dinobatkan sebagai negara terbaik jika dinegara itu paling lantang Islam dihina dan diperleceh?.Ataupun kita perlu membuat kesimpulan sendiri bahawa selagi seseorang atau sesuatu organisasi itu menyokong UMNO maka tidak ada undang-undang negara ini yang mampu menghukum mereka.Kerana UMNO dan MCA adalah saudara dunia dan akhirat.

Cuba pula fikirkan kenyataan saya ini : Persekongkolan UMNO-MCA adalah pengkhianatan kepada negara dan Malaysia akan menjadi jauh lebih baik jika UMNO dan MCA tidak lagi wujud dinegara ini.Anda bersetuju dengan kenyataan saya?

Mari berdoa terus demi kemakmuran dan kesejahteraan negara tercinta ini.

  

Ahad, 7 Oktober 2012

Memilih untuk mecari keredhaan Allah

" Dan jika engkau menurut majoriti orang yang ada di muka bumi, nescaya mereka akan menyesatkan kamu daripada jalan Allah; tiadalah yang mereka turut melainkan sangkaan semata-mata, dan mereka tidak
lain kecuali berdusta"..surah AL An'am 116.

Bukankah matlamat terakhir kehidupan ini adalah untuk mencari keredhaan Allah dan dianugerahkanNya keampunan dan nikmat syurgaNya.Yang pasti keredhaan Allah tidak datang menggolek tetapi menuntut jerih,pahit maung dan pengorbanan yang berterusan.

Namun kekeliruan adalah sifat intrinsik umat Melayu yang berlatarbelakangkan kedangkalan ilmu dan suka berprasangka tanpa kajian bernas.Betapa orang Melayu ramai yang percaya bahawa kuasa status quo Melayu UMNO itu adalah sinonim dengan kuasa Islam adalah ilusi yang begitu rapuh. Maka ada yang percaya bahawa perjuangan menumpaskan sizalim yang enggan melaksanakan syariah Islam, sipengamal rasuah yang mengempiskan terus harta negara, sisaudara syaitan yang beramal boros mencekik khazanah negar, si pemfitnah yang ketagih mengaib dan mengkhazaf insan seagama dan sipengejek maruah umat Islam dengan menyanjung tinggi nasihat yahudi laknatullah melalui syarikat2 konsultan seperti APCO dan sikosong amanah yang merompak hak orang Melayu Islam di Kelantan untuk menikmati nikmat royalti minyak anugerah Allah.

Kenapa ada yang percaya betapa agenda besar perintah agama supaya menentang kezaliman pemerintah (itu satu jihad yang besar) yang terbukti sebenarnya melemahkan orang-orang Melayu dan menodai kesucian Islam dikaitkan pula dengan bakal melemahkan kuasa politik Melayu dan Islam?? Adakah orang2 Melayu mempertikaikan ketetapan Allah bahawa untuk menjadi umat terbilang dan cemerlang, orang Melayu wajib terlibat dengan amar makruf dan nahi mungkar??

Atau orang2 Melayu mempunyai keyakinan pelik betapa negara dan bangsa tercinta ini telah, sedang dan akan terpelihara terus oleh 'pemimpin'2 yang kurang ilmu agama, beramal hidup dengan menyanjung budaya campur barat dan k pop korea serta hidup bergelumang dengan rasuah? Jika begitu kami serahkan saja anda kepada Allah, lebih utama kami mencari sasaran dakwah baru dikalangan orang-orang China, India, Iban dan Kadazan.

Bangkitlah wahai anak bangsaku, tampil mebela bangsa ini dengan resipi Agama Islam yan tentu benar, syumul dan 'time tested'( tahan uji).