sekadar renungan bersama..

Sabtu, 20 Oktober 2012

MCA Menyerlahkan Warna Sebenar Kebenciannya Kepada Islam

Sejak setahun yang lepas MCA tidak pernah berasa risau, takut atau bimbang tentang peranannya sebagai musuh nombor satu kepada Islam dan penganutnya di Malaysia.Serangan MCA kepada Islam datang bertalu-talu dan mula memasuki fasa bahaya.Sangat jelas tindakan MCA menyerang Islam adalah untuk kepentingan politik jangka pendek bagi mengembalikan sokongan dan undi orang China kepada MCA dan
Barisan Nasional.Rasional MCA mudah difahami.

DAP dan PAS selain PKR pada ketika ini sangat berpotensi untuk memenangi PRU 13 yang dijangka akan diadakan pada bila-bila masa sahaja.Hegomoni UMNO/BN insyaAllah bakal berakhir.Fitnah terhadap parti-parti Pakatan Rakyat begitu terancang sekali.UMNO ditugaskan menyerang PAS dengan fitnah jahat kononnya PAS sudah menggadai prinsip dan rela membiarkan DAP melakukan pelbagai agenda untuk menjadikan Malaysia negara Kristian,melucutkan institusi Raja-Raja Melayu dan
menghapuskan keistimewaan orang-orang Melayu.

MCA pula digerakkan secara strategik untuk melemahkan pengaruh DAP melalui serangan-serangan yang bermaksud DAP adalah parti yang mengkhianati survival orang-orang China di Malaysia.Melalui kerjasama DAP dengan PAS jika nanti PR berjaya menguasai Putrajaya, orang China akan hidup dalam keadaan 'zaman gelap' kerana undang-undang Islam versi PAS akan dilaksanakan.Hudud PAS akan dikuatkuasakan,habislah tangan-tangan orang akan dipotong kerana mencuri.Pusat-pusat judi akan habis ditutup dan dianggarkan 1.2 juta orang akan hilang pekerjaan.MCA berhujjah hukum hudud tidak sesuai dan semua negara-negara umat Islam yang melaksanakan hudud adalah mundur dan rasuah berleluasa.Bahkan apa sahaja yang menjadi amalan syariah orang Islam seperti tidak bersalam lelaki perempuan yang bukan mahram dianggap oleh MCA sebagai kolot.Presiden MCA bahkan mengherdik seorang ADUN UMNO dinegeri Johor sebagai sudah hilang akal lantaran ADUN tersebut mencadangkan pelaksanaan hudud dinegeri Johor.

Maka MCA terus menghasut pengundi -pengundi China  jangan percaya kepada DAP yang sedia menjadi alat PAS.UMNO pula terus menghasut pengundi-pengundi Melayu supaya membenci DAP yang digambarkan sebagai anti Islam, anti Melayu dan anti Raja-Raja Melayu.UMNO bahkan mencari ustaz-ustaz yang tanpa sandaran dan adab ilmu mengeluarkan 'fatwa' mengundi PAS adalah haram kerana PAS bertahalluf dengan DAP yang 'anti Islam'. Jika DAP anti Islam hanya kerana berpegang dengan kefahaman mereka bahawa perlembagaan Malaysia adalah sekular dan tidak bersetuju dengan pelaksanaan hudud, apa pula gelaran yang wajib diberi kepada MCA yang bukan sahaja tak setuju dengan 'hudud PAS'tetapi menghina sehina-hinanya apa sahaja yang ada kaitan dengan peraturan-peraturan Islam seperti etika bersalam dan pengharaman judi? Saya cadangkan MCA dinobatkan sebagai musuh ketat pekat Islam di Malaysia.Apa pula hukum mengundi UMNO yang terus membisu seribu bahasa dengan semua kebiadapan dan keceluparan MCA terhadap Islam dan penganutnya?

Untuk menjawab tuduhan PAS menggadai Islam dan diperalatkan oleh DAP untuk melemahkan Melayu dan Islam, jawapannya ada dinegeri-negeri yang ditadbir oleh Pakatan Rakyat.Di Kelantan, di Kedah , di Pulau Pinang dan di Selangor.Dakwah berkembang biak, kebajikan orang Islam terbela dan pemimpin-pemimpinnya bebas rasuah, tidak boros dan lebih disenangi oleh rakyat.Kerana dasar dan imej dakwah PAS maka tidak menghairankan apabila dalam keadaan pemimpin-pemimpin PAS berpegang teguh dengan prinsip-prinsip Islam tetapi pada masa yang sama orang-orang bukan Islam lebih meyakini Pas berbanding UMNO. Sebaliknya dalam keadaan pemimpin-pemimpin UMNO longgar pegangan mereka kepada Islam dalam masa yang sama juga, keyakinan dan rasa hormat orang-orang bukan Islam kepada mereka semakin  lama semakin nipis.

Tidak adakah peruntukan undang-undang yang boleh diambil keatas tokoh-tokoh utama MCA yang sedang giat bermain api kebencian agama? Sekadar melontarkan analogi betapa sebenarnya tokoh-tokoh MCA begitu jahat dan membahayakan keselamatan dan kestabilan hubungan antara kaum di negara ini, cuba bayangkan jika Lim Kit Siang ia itu pemimpin kanan DAP menuduh ADUN UMNO sebagai hilang akal kerana mencadangkan pelaksanaan hudud di Malaysia.Apa agaknya reaksi akhbar Utusan Malaysia, TV3 dan pertubuhan Melayu seperti Perkasa dan JATI? Apa pula kenyataan Ketua Polis Negara? Tentu pembaca boleh menjangka dengan tepat..tentu pemimpin DAP itu akan dicerca berbulan-bulan lewat akhbar dan media milik UMNO.Tentu bertempik ustaz-ustaz upahan UMNO dan tentu ada pihak pemuda UMNO yang menghunus keris berlagak jantan.Agaknya polis akan tahan Lim Kit Siang dibawah ISA.

Soalnya kenapa apabila MCA hina Islam mereka tidak pun dijentik?Juga kenapa apabila UMNO yang mengizinkan MCA hina Islam masih terus tanpa malu bercakap tentang Malaysia yang menjadi contoh negara ISLAM.Adakah sesebuah negara itu akan dinobatkan sebagai negara terbaik jika dinegara itu paling lantang Islam dihina dan diperleceh?.Ataupun kita perlu membuat kesimpulan sendiri bahawa selagi seseorang atau sesuatu organisasi itu menyokong UMNO maka tidak ada undang-undang negara ini yang mampu menghukum mereka.Kerana UMNO dan MCA adalah saudara dunia dan akhirat.

Cuba pula fikirkan kenyataan saya ini : Persekongkolan UMNO-MCA adalah pengkhianatan kepada negara dan Malaysia akan menjadi jauh lebih baik jika UMNO dan MCA tidak lagi wujud dinegara ini.Anda bersetuju dengan kenyataan saya?

Mari berdoa terus demi kemakmuran dan kesejahteraan negara tercinta ini.

  

Tiada ulasan:

Catat Ulasan