sekadar renungan bersama..

Isnin, 29 Oktober 2012

Politik Mempersenda Agama

Apa yang saudara bolih simpulkan apabila menilai dua situasi berikut:

i) Presiden UMNO seorang Muslim bernama Najib bin Tun Razak hadir merasmikan persidangan tahunan MCA (persatuan China Malaysia) pada 21-10-12 dimana dalam ucapan2 awal sebelum Najib merasmikan, beberapa pemimpin kanan MCA termasuk presidennya Chua Soi Lek telah mempersenda hukum hudud ciptaan Allah dengan ungkapan2 seperti: hudud ketinggalan zaman, hudud membawa manusia kembali kezaman gelap,hudud bakal merosakkan ekonomi dan penyebab kehilangan peluang pekerjaan dan negara yang amalkan hudud tergolong negara yang mundur dan kuat rasuah.
Dalam majlis tersebut Najib selesa, terus sepi tanda rela dan melakukan 'putting salt on the already painful wound' dengan pengumuman anugerah RM 34 juta untuk sekolah2 China..bukti bahawa Najib sedikitpun tidak rasa terguris hati dengan pelbagai senda-kutukan terhadap Islam.Bantuan tidak salah tetapi isyarat yang diberikan adalah "Tak apa Islam dibelasah asalkan undi orang China dalam genggaman UMNO"

ii) Pengerusi UMNO merangkap Menteri Besar Negeri Sembilan juga seorang Muslim dengan selamba pada pertengahan bulan Oktober lalu telah hadir dalam program dimana ramai ahli2 MCA sengaja memakai T shirt yang tertulis dibelakang, ungkapan "MCA tentang Hudud PAS" dalam tulisan Melayu dan Mandarin.MB tersebut diberikan sambutan hangat dan terus selesa berada disana tanpa rasa bersalah.

Anda hanya perlu membuat analogi berikut untuk menilai tindakan Najib dan pemimpin2 UMNO yang seangkatan dengan beliau.
Andaikan Samy Vellu seorang pemimpin beragama Hindu dijemput merasmikan majlis orang2 China yang  pemimpin China tersebut mempertikaikan ritual Thaipusam sebagai ......itu dan ini.....
Andaikan pula Bernard Dompok seorang pemimpin beragama Kristian dijemput hadir dalam majlis orang2 Melayu di Sabah dimana Pope John Paul ia itu Ketua Agama Kristian dipersenda.

Anda tentu boleh menjawab dengan tepat apakah reaksi balas Samy Vellu dan Bernard Dompok terhadap penganjur majlis sedemikian. Anda merasakan Samy dan Bernard akan meramikan majlis tersebut dan memberikan pelbagai anugerah dan peruntukan pembangunan bernilai jutaan ringgit?

Jika Samy dan Bernard seronok dan mengucapkan terima kasih kepada 'audience' dalam majlis sedemikian, 110% pasti penganut agama Hindu dan penganut agama Kristian akan mengutuk Samy dan Bernard sebagai pengkhianat kepada penganut agama mereka.Bayangkan juga apapula tindakan Majlis Sami2 Hindu dan Majlis Paderi2 Kristian terhadap isu dan provokasi sedemikian.

Agaknya kenapa pula sebahagian besar orang2 Melayu beragama Islam diam membisu dan tidak peduli tindakan dayus Najib dan MB negeri Sembilan tersebut.Kesepian ulama-ulama instituisi seperti majlis2 agama negeri dan sebahagian besar mufti2 juga mengundang persoalan, adakah politik Melayu membenarkan agama Islam difitnah dan dipersenda demi kepentingan 'pemimpin-pemimpin' Melayu yang sebenarnya sudah tidak lagi layak dipanggil Melayu.

Bukankah didalam perlembagaan persekutuan orang Melayu didefinasikan sebagai orang yang beragama Islam dan bertutur serta berbudaya Melayu? Masihkah beragama Islam jika 'pemimpin-pemimpin' Melayu yang menggembala UMNO sekarang lebih MCA daripada MCA. Semoga Allah menyelamatkan bangsa Melayu dengan Islam dan dianugerahkan kepimpinan Melayu yang bertaqwa.Amin.

1 ulasan:

  1. A'kum

    Maaf cakap ini adalah jenis tidak beriman dan tidak menghormati hak Allah!

    BalasPadam