Jaringan muafakat badan-badan bukan Kerajaan (NGO) Islam Negeri Perak (JAMA’IY) yang dianggotai 25 pertubuhan Islam ingin mengajak pengundi-pengundi didalam pilihanraya kecil P059 Bukit Gantang untuk menjadikan 07/04/2009 bersamaan 11 Rabiulakhir 1431 ia ini sebagai detik muhasabah diri dan bangsa Melayu kearah mencari redha Allah dengan menginsafi bahawa tanggungjawab yang dibebankan oleh Allah dan Rasulnya   perlulah dilaksanakan dengan penuh amanah. Pemimpin dan parti / hizbi yang dipilih mestilah berdasarkan kesedaran beragama yang tinggi dan bukan dengan emosi melulu. Jama’iy ingin mengemukan panduan-panduan berikut berdasarkan hadis-hadis Rasulullah S.A.W.
“Sesiapa yang melantik seorang keatas sesuatu  
  kumpulan dan sedangkan dikalangan mereka ada  
  lagi orang yang lebih diredoi Allah daripada orang  
  yang dilantik itu, maka orang yang melantiknya 
  telah mengkhianati Allah dan Rasulnya serta para 
  orang-orang beriman”  Hadis : Al Hakim
“Tiada seorang pemerintah (pemimpin) yang mati 
  sedangkan ia Mati dalam kedaan menipu 
 (mengkhianati) rakyatnya, Melainkan Allah akan  
  mengharamkan baginya syurga”        Maksud Hadis      
Tunaikan amanah besar ini dengan penuh keinsafan. Moga-moga ‘message’ di Bukit Gantang akan mencetuskan anjakan baru dalam kualiti kepimpinan Negara dan ummah. Bebaskan iklim politik Negara daripada pelacur-pelacur politik yang menjadikan jawatan Wakil Rakyat / Menteri bagi mengaut keuntungan diri dan keluarga . 
Tolak pemimpin rasuah .Tolak pemimpin bermoral rendah .Tolak pencabulan demokrasi .Tolak politik ugut dan tolak politik berasaskan Assobiyah perkauman sempit .
“Perkasakan kuasa Rakyat dengan Berteraskan Aqidah”
Selamat mengundi dengan lafaz bismillah .
 
Tiada ulasan:
Catat Ulasan