sekadar renungan bersama..

Rabu, 1 April 2009

Semakin ramai orang tidak tahu mengira setelah PPSMI dilaksanakan.

1.Dasar Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris PPSMI yang menjadi kebanggaan dan kesayangan UMNO/BN terus dipertahankan dan terbukti dalam ucapan-ucapan pimpinan utama UMNO dalam perhimpunan mereka minggu lepas.Antara hujah Dato' Najib ialah bangsa Melayu hanya boleh maju dengan menguasai ilmu.Dan ilmu kebanyakkannya tertulis dalam Bahasa Inggeris.Secara logik mudah untuk menjadi orang berilmu mestilah dengan mengusai Bahasa Inggeris.

2.Semua orang yang berakal waras tidak pernah menolak hakikat tersebut.Namun yang diperjuangkan oleh pencinta-pencinta Bahasa Melayu dan cendiakawan yang insaf tentang nasib anak bangsanya adalah kenapa untuk meningkatkan penguasaan Bahasa Inggeris anak-anak melayu khususnya di desa terpaksa dikorbankan pengusaan Matematik dan Sains mereka.Seharusnya Bahasa Inggeris diajar dengan kaedah yang biasa dan sudah terbukti berjaya dan 'time tested'.

3.Lihat saja bagaimana wartawan-wartawan atau editor-editor akhbar di Malaysia gagal untuk menguasai kemahiran mengira!Semasa hari penamaan calon PRK Bukit Gantang pada 29/3/09 akhbar The Star melaporkan 10,000 orang penyokong BN dan 10,000 orang penyokong Pakatan Rakyat yang mengiringi calon masing-masing.

4.Pada hari yang sama akhbar The Sun melaporkan 10,000 orang penyokong Pakatan Rakyat yang hadir dan hanya 2,000 penyokong BN.Mana satu yang betul.Bagi orang yang hadir di majlis tersebut nampak jelas penyokong Pakatan Rakyat adalah kira-kira 3 kali ganda lebih ramai daripada penyokong BN.

5.Sukar untuk dipercayai wartawan tak tahu simple Matematik.Mereka sebenarnya hantar laporan yang tepat.Tetapi editor-editor yang makan gaji dengan tauke-tauke politik : Utusan Malaysia ( UMNO ) Berita Harian ( UMNO ) Straits Time ( UMNO ) The Star ( MCA ) dan TV3 ( UMNO jugak! ) merekalah yang putar belit angka dan berita.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan