sekadar renungan bersama..

Khamis, 23 April 2009

UMNO/BN zalimi JKKKN

1.Sejak Merdeka lagi di negeri Perak hanya ada 1 entiti jawatan kuasa kampung yang dinamakan JKKK.Di awal-awal tahun kemerdekaan ketua kampung dan JKKK dipilih melalui mesyuarat yang selalunya diadakan di masjid-masjid.Pertengahan tahun 60-an UMNO menukar kaedah pemilihan kepada pelantikan yang dilakukan oleh ketua-ketua bahagian UMNO.Dulu demokrasi UMNO tukar kepada AUTO KRONI.

2.Apabila Pakatan Rakyat memerintah Perak hak rakyat untuk memilih pemimpin akar umbi di kampung-kampung dipulihkan.EXCO kerajaan negeri Pakatan Rakyat telah mengarahkan pejabat-pejabat daerah mengendalikan urusan pemilihan ketua kampung di seluruh negeri Perak.Pemilihan mereka bermula Ogos 2008 dan berkuatkuasa selama 2 tahun.

3.Walaupun ramai ketua kampung yang terpilih terdiri daripada penyokong-penyokong pakatan rakyat ada juga orang UMNO yang terpilih.Dalam pada itu UMNO/BN terus melaksanakan dasar pecah dan perintah (Divide and Rule) dengan mengiktiraf entiti JKKKP yang berasal daripada pelantikan ahli-ahli UMNO.

4.Ketua-ketua kampung dan setiausaha mereka telah diberikan insentif yang lebih baik dengan diberikan elaun masing-masing RM400 dan RM200.Zaman UMNO/BN setiausaha JKKK tak ade elaun langsung.Selama 6 bulan sejak menerajui pentadbiran kampung kelihatan banyak perubahan positif yang berlaku.Dewan-dewan orang ramai tidak lagi disalahgunakan menjadi pejabat-pejabat UMNO dan rakyat dari semua lapisan diberikan kebebasan.

5.Bermula 16/4 lepas perkhidmatan JKKK meliputi ketua kampung , setiausaha dan jawatan kuasa yang semuanya berjumlah hampir 10,000 orang (melibatkan lebih 800 kariah kampung) telah ditamatkan oleh kerajaan haram UMNO/BN.Sudahlah HARAM buat kerja HARAM.

6.Dr.Zambry dan konco-konconya dengan angkuh memberi alasan menamatkan khidmat JKKK kerana kerajaan negeri dan JKKK mudah bekerjasama jika daripada parti UMNO.Merka terlupa JKKK bukan entiti politik tetapi dipilih oleh rakyat.Tentulah kezaliman ini akan ditentang oleh rakyat dan khususnya JKKK yang teraniaya.

7.Pada 30/4 perhimpunan JKKK seluruh negeri Perak akan diadakan di Ipoh.Jawatan Kuasa bertindak akan ditubuhkan untuk membela mereka dan jika perlu untuk mengambil tindakan mahkamah terhadap kerajaan HARAM UMNO/BN.Minta rakyat Perak berdoa supaya kezaliman mereka akan dibalas selayaknya.


PELIK TETAPI BENAR,
ORANG-ORANG YANG ZALIM,
MEMOHON RESTU RAKYAT!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan