sekadar renungan bersama..

Khamis, 8 November 2012

TIADA SIAPA YANG MAMPU MENAHAN GELOMBANG KEBANGKITAN ISLAM

Sungguh teruja apabila kita meneliti laporan statistik kemaraan Islam di seluruh pelusuk dunia.Kebangkitan gerakan Islam menerajui negara-negara terpenting umat Islam seperti Mesir dan Turki adalah diluar pemikiran kita 10 tahun yang lepas.Kejayaan An Nahdah di Tunisia juga tidak pernah dimimpikan sebelum ini.

Namun apabila melihat perkembangan Islam di negara-negara Eropah kita lebih bersemangat untuk berkongsi kemenangan mereka.Di Pranchis dalam masa sepuluh tahun yang lepas bilangan masjid baru yang dibina lebih seribu buah dan beberapa gereja dibeli oleh kumpulan muslimin yang menukar bangunan tersebut menjadi masjid.Dalam tempoh yang sama hanya 20 gereja baru yang dibina dan 60 gereja ditutup operasi kerana kurang pengunjung dan masaalah pembiayaan.Syabas muslimin Pranchis.

Di Indonesia parti-parti Islam semakin berpengaruh dan ciri-ciri keperibadian soleh sudah diletakkan sebagai faktor pemilihan yang dominan.Maksudnya secara bertahap-tahap faktor Islam sudah mendominasi sendi-sendi penting negara Indonesia. Sangat mengujakan nanti kerana Indonesia adalah negara umat Islam terbesar dan kuasa ekonomi baru terbesar dirantau Asia Tenggara.Tahap pertumbuhan ekonomi Indonesia yang melebehi 6% setiap tahun adalah bukti negara yang pernah ditadbir oleh diktator era Sukarno-Suharto itu sedang mencipta kehebatan.

Di Turki pertumbuhan ekonomi adalah yang terbaik didunia ketika ini, ia itu sekitar 8%.Kejayaan ini sangat mengkagumkan lantaran ekonomi lain di Eropah sedang sakit. Greece, Spanyol, Ireland bahkan England sedand mengidap 'sakit' kelembapan ekonomi dan defisit belanjawan yang sukar dirawat.

Apa yang anda belajar daripada perubahan sejarah di negara-negara umat Islam tersebut? Sesungguhnya islah atau reformasi menyeluruh sangat-sangat diperlukan dan wajib diusahakan demi menyelamatkan sesebuah negara lebih-lebih lagi negara umat Islam.Jika ditanya kepada penyokong-penyokong tegar order lama di Indonesia (Suharto) dan order lama di Turki (penganut sekularis Kemalis), Sepuluh tahun dahulu diera  pra kebangkitan rakyat tentu jawapannya 'standard': "PERALIHAN KUASA MESTI DIELAKKAN KERANA BAKAL MENGHANCURKAN NEGARA.MENUKAR PEMIMPIN NEGARA BERMAKNA KITA MENGIZINKAN NEGARA INI DIJAJAH SEMULA.BANGSA KITA AKAN DIJAJAH SEMULA."

Itu adalah jawapan retorik yang juga sedang kita dengar di Malaysia oleh pemimpin-pemimpin UMNO yang sudah mentadbir negara ini lebih 55 tahun.Bahkan di Malaysia ugutan yang dihadapkan kepada rakyat Melayu beragama Islam adalah lebih merunsingkan. Perubahan kuasa di Malaysia bakal menyebabkan negara ini berputar daripada waras kepada gila. Retorik UMNO berbunyi "JIKA UMNO TEWAS NEGARA INI AKAN DIKUASAI ORANG CHINA,KRISTIAN AKAN MENJADI AGAMA NEGARA DAN RAJA-RAJA MELAYU AKAN DISINGKIRKAN

Jawapan saya mudah.Semua negara yang melakukan reformasi kepimpinan telah terbukti menguntungkan rakyat dan negara.Gejala rasuah dibenteras, pengsonglapan harta negara oleh pemimpin dan isteri dapat dihapuskan,rakyat tidak lagi takut kepada pemimpin dan institusi rakyat seperti parlimen,mahkamah dan masjid dapat diperkasakan.

Jawapan paling hebat yang saya ingin lontarkan adalah: "ANDA PERCAYA BAHAWA ALLAH TELAH MEMILIH NEGARA MALAYSIA INI TERKECUALI DARIPADA HUKUM UNIVERSAL DAN NILAI-NILAI MURNI YANG ALLAH TENTUKAN UNTUK SELURUH MANUSIA? Ini bermaksud amar maaruf nahi mungkar dan jihad afdhal menentang kezaliman pemimpin hanyalah perintah Allah yang berkuatkuasa di seluruh alam ini kecuali Malaysia! Allah menjadikan negara Malaysia sangat istimewa sehinggakan jika ada pemimpin zalim yang tidak menjaga agama dan merompak harta negara maka wajib dipertahankan kerana pemimpin-pemimpin assobiyah Melayu tersebut adalah pilihan Allah sejak azali lagi!

Tidakkah rakyat Melayu Islam di Malaysia mahu belajar daripada anugerah sejarah yang Allah berikan didepan mata anda?Lihat kejayaan rakyat Turki dan Mesir meninggikan Islam dan memertabatkan rakyat. Anda tentu percaya bahawa mencari pemimpin yang alim dan fakih mengenai Islam, hidup sederhana, bebas rasuah, takut dibakar api neraka kerana makan harta rakyat,tidak melakukan pendakwan terpilih terhadap kesalahan jenayah rakyat dan tidak menipu dalam pilihanraya adalah ajaran-ajaran Islam yang sohih dan utama.

Anda tentu juga percaya tak mungkin pemimpin-pemimpin gerakan Islam seperti PAS yang sama Melayu dan sama Islam dengan pemimpin-pemimpin UMNO akan menjadikan negara ini negara Kristian dan membuang Raja-Raja Melayu.Isu besar didepan mata rakyat sekarang bukan isu agama negara dan kedudukan Raja-Raja Melayu.Yang nak diganti adalah pemimpin Melayu yang senyum puas apabila agama Islam dihina oleh sekutu MCAnya dan menimbunkan hutang negara keparas lebih 500 bilion.Itulah asas pertimbangan. Adapun seluruh rakyat, Islam dan bukan Islam tidak bermasaalah dengan Raja-Raja Melayu yang bertaqwa dan berfungsi menjadi payung rakyat.Bukti ada didepan mata. Istana-istana Kedah dan Kelantan dimana PAS mentadbir adalah sangat-sangat disanjung dan dimuliakan.

Yang pasti Islam akan melebarkan pengaruhnya dimana sahaja kerana itulah ketentuan Allah. Terserah kepada anda samada ingin menjadi peserta perubahan dan lakaran sejarah ini atau sekadar hanya ingin menjadi penonton.Nikmatnya tentu berbeda kerana tidak sama martabat orang Arab yang membantu Rasulullah sebelum penaklukan Mekah berbanding Arab yang menyertai Islam selepas itu.Anda ingin menjadi Melayu yang mana??    

3 ulasan:

  1. Tuhan belum mati & x akn prnh mati. Dia Maha Hidup & terus menerus mengurus mkhlukNya.
    Mem'baca' kondisi dunia masakini sering berhujung kpd ksimpulan bhw tiada bezanya apa yg berlaku skrg dgn dlu. Dr pem'baca'an itu, mk lahirlah kyakinan yg bgitu mndlm bhw Islam pasti akn bangkit semula dr keterpurukannya. Timbullah segala bntuk harapan agr dtgnya seseorg yg mmpu mmimpin umat man keluar dr bncana petanda kiamat ini.
    Soalnya, benarkan cara kita mem'baca' seperti itu? Klw bnar, seharusnya hasil 'baca'an kita pasti mengarah kpd suatu kyakinan mutlak bhw Tuhan akn mengutus kmbali 'Rasul'Nya utk mntegakkan semula DienNya.
    Al-Qur'an yg sekian lama hnya djadikan bahan omongan para arbab sebenarnya mnjauhkan lg umat marhain utk mndalami & mmberlakukannya.
    Sunnah Rasul yg bertujuan mnteggakkan Dienullah difahamkan oleh para arbab dlm bntuk simpan janggut, pkai jubah, jilbab, bercelak & mcm2 lg yg sebenarnya tiada sangkut paut lgsung dgn usaha mnteggakan Dien. Malah dipaksakan oleh mrk utk kita beriman bhw xkan ada lg Rasul slps Muhammad, persis kyakinan rahib2 yahudi bhw Tuhan xkn mengutus lg Rasul slps Musa. Begitu jg pndeta2 nasrani mengimani Isa adlh Rasul trakhir.
    Apa mmg Tuhan sudah mati? Atau para arbab berani me'mati'kan tugas Tuhan mengutus kmbali RasulNya setiap kali 'malam' mnjelma? Atau mrk merasa bhw merekalah yg Tuhan pilih utk tugas Besar ini? Bukankah Allah tidak brkhndak kpd para malaikat utk mnjadi KhalifahNya yg kononnya sibuk bertasbih & memuji Tuhan tp buta 'pohon Iblis' tegak didepan mata malah bernaung dibawahnya?
    Bukankah Adam juga yg diajar Tuhan isme2 sesuai isme Rabb seperti yg diajar kpd Muhammad setelah beliau 'dhol' mem'baca' kondisi sistem masyarakat Mekah kerana mem'baca' menurut 'isme'nya sndiri?

    BalasPadam
  2. Justeru blhkah Islam tegak dgn jln 'undi nasib'? Blhkah islam tegak dgn semangat parti kesukuan...tgasnya dgn jln kebatilan? Apa ertinya Muhammad keluar dr Hizb al-Fudhul yg mnjadi bhgian Dar al-Nadwah dlm sistem politik Mekah yg dipimpim oleh Hj. Amr bin Hisyam? Kenapa para arbab tidak mengambil pelajaran dr sejarah itu, malah mengambil bahagian pnting dlm plaksanaan penegakkan sistem trsebut?
    Atau mrk sndiri tdk fhm bezanya 'arbab' & 'ulil al-bab'?
    Bgitulah...kalau kefahaman ttg 'Rasul' hnya dibataskan sekadar berkaitan 'Risalah', jadilah semisal bas tanpa driver. Laluan bas pun tak mengikut 'jalan lurus' yg mmbwa kpd nikmat sebaliknya mmbawa kpd azab & sengsara kpd semua penumpangnya...macam sekarang. Kisah2 para Rasul hny sebatas puji-pujian dlm nyanyian nasyid2..itulah PAHALA. Al-Qur'an di'sya'ir'kan dgn tjwidnya..itulah PAHALA. Klw di'syi'ar'kan akan jd DOSA sbb kononnya Islam dah smpurna...itulah ajaran para arbab yg dijadikan Tuhan delain Allah oleh kbanyakan marhain hr ini...macam dulu.

    BalasPadam
  3. Nama tuhan 'Allah" dijadikan unsur perselisihan, bukannya penyatuan. Kitab2 Tuhan dibahagi2kan.."Itu kitab mrk, kitab kita al-Qur'an". Para Rasul pun dieza2kan.."Syariat Muhammad tak sama dgn syariat Nuh, Ibrahim, Musa & Isa. Syariat Muhammad lebih lgkap...malah dilengkapkan lg oleh hadis2 pegangan ahli kitab kita".
    Apakah Islam itu suatu perjalanan bersifat evolusi dr kesederhanaan menuju kpd kesempurnaan shgga syariat Muhammad itulah yg dipegang paling smpurna? Hasilnya...umat yg asalnya SATU mnjadilah 2, 3 & seterusnya. Jadilah Tuhan itu banyak, sebanyak2nya. Ajaran2 yg semacam ini dtgnya dr siapa? Yg pasti, dtgnya dr org2 yg menganggap diri mereka 'bersih', kononya tidak dikotori oleh fahaman2 marhain yg hakikatnya dijadikan budak oleh mrk sndiri.
    Sering kita mndengar umat marhain (malah kita sndiri) dlm konteks menyatakan sesuatu pndapat berkaitan ilmu agama: "Menurut ustaz sipolan..." yg berakhir dgn wa Allahu a'lam, bukannya "Menurut al-Qur'an..." yg berakhir dgn shodaqallahula'zhim. 'Ustaz' menjadi rujukan mereka. 'Ustaz'lah yg mnjadi pnjaga pintu utk masuk Jannah Tuhan. Hebatkan para arbab dr kacamata sang semut yg akhirnya mati ketana digula2kan.

    Klw begitu, mana lebah yg menghasilkan madu, yg kita tahu mnjadi penawar? Apakah madu yg bnyak dijual di kdai2 yg kita yakin blh mnymbuhkan penyakit2 brkisar masyarakat sekarang?


    BalasPadam