sekadar renungan bersama..

Ahad, 29 Mac 2009

Mengharapkan Polis Malaysia Yang 'Non Partisan'


1.Polis adalah pasukan profesioanal yang sepatutnya tidak memihak kepada mana-mana kumpulan atau parti politik.Polis adalah jentera kerajaan bukan jentera mana-mana parti.Tugas utama meraka adalah menjaga ketenteraman awam berdasarkan undang-undang dan perlembagaan negara.Bahkan segala gaji dan elaun mereka hakikatnya adalah dibayar oleh rakyat.

2.Pada hari ini begitu ramai anggota polis yang ditugaskan di tempat-tempat pernamaan calon PRK.Pada tanggapan rakyat biasa yang hadir beramai-ramai mengiringi calon-calon khususnya di Bukit Gantang banyak perkara yang pihak polis boleh perbaiki untuk membuktikan mereka itu mesra rakyat.

3.Pelanggan parti-parti politik adalah rakyat dan pengundi.Ceramah-ceramah dan majlis-majlis perjumpaan dengan rakyat yang dilakukan secara aman tak perlulah diganggu.Sepatutnya polis mudahkan saja dan tak perlulah beri macam-macam amaran dan menggunakan khidmat FRU.Jika ceramah pun diganggu apalagi peluang yang ada bagi pihak pebangkang untuk menyampaikan mesej kepada rakyat.Barang di ingat sepatutnya semua parti yang bertanding diberikan layanan yang sama.Cuba-cubalah berlajar senyum semasa berhadapan dengan pihak pembangkang kerana mereka bukan bermusuhan dengan polis.

4.Pada malam ini majlis yang tenang dan tertutup di Dewan Cina Chin Woo bagi pelancaran VCD tentang buruk laku dan rampasan kuasa UMNO/BN di Perak tercemar kerana kehadiran begitu ramai angota-anggota Cawangan Khas berpakaian preman.Meraka merampas VCD-VCD tersebut kerana kononnya melanggar akta penerbitan Filem dan mereka meminta lesen perniagaan daripada petugas-petugas parti DAP.

5.Sebenarnya VCD-VCD tersebut adalah dibuat untuk edaran pada ahli-ahli dan mereka digalakan menyumbang bagi menampung segala kos aktiviti-aktiviti mengembalikan hak rakyat di Perak.Ini termasuklah kos mahkamah yang mencecah puluhan ribu ringgit.VCD-VCD tersebut telah dirampas dan dibawa ke Balai Polis Pekan Baru Ipoh.Jelas apa-apa saja aktiviti pembangkang walaupun dianjurkan di dalam dewan tertutup , pihak-pihak SB tetap masuk menggangu.Tapi kalau UMNO tunjuk perasaan di tempat awam dengan ucapan-ucapan provokasi polis hanya tengok dan bantu jaga keselamatan mereka yang tak ada orang nak kacau pun.
,
Harap-haraplah polis berubah demi keadilan.
Bila anda dah pencen nanti ,
tentu anda mengharapkan penerimaan rakyat.
Jangan tak tahu 54% rakyat Perak adalah penyokong
PAKATAN RAKYAT

Sabtu, 28 Mac 2009

Pilihan Raya Kecil Bukit Gantang "by hook by crook" UMNO/BN mesti nak menang.

"Dan sesiapa yang berpaling ingkar dari ingatan dan petunjukKu,maka sesungguhnya adalah baginya kehidupan yang sempit, dan Kami akan himpunkan dia pada nari kiamat dalam keadaan buta.Ia berkata: "Wahai Tuhanku,mengapakah Engkau himpunkan daku dalam keadaan buta, padahal aku dulu celik?"
Surah TOHA Ayat ( 124-125 )

1.Dalam Pilihan Raya Umum Ke-12 setahun lalu PAS melalui calonnya YB Roslan Shaharom telah memenangi kerusi tersebut dengan majoriti lebih 1500 undi.Sepanjang 10 bulan YB Roslan telah membuktikan bahawa beliau adalah seorang Ahli Parlimen yang berkesan,rajin dan mesra rakyat.Hubungannya dengan rakyat akar umbi begitu baik dan kembalinya ke Rahmatullah pada 9/2/09 sangat dirasakan.

2.Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Malaysia telah membuktikan bahawa sebenarnya ia adalah orang suruhan UMNO/BN.SPR telah menetapkan hari pengundian bagi Pilihan Raya Kecil P059 Bukit Gantang pada 7/4/09 dan tempoh berkempen hanya dibenarkan selama 8 hari sahaja.7/4/09 adalah hari ke-57 setelah kematian YB Roslan.Undang-undang Pilihan Raya menetapkan Pilihan Raya Kecil mesti diadakan sebelum hari ke-60.

3.Kenapa SPR perlu menunggu sehingga hari ke-57.Jawapannya mudah!Nak tunggu UMNO selesai Perhimpunan Agung.Hari pernamaan calon dibuat pada hari Ahad tetapi hari mengundi pada hari bekerja iaitu Selasa.Tentulah sukar bagi pekerja-pekerja khususnya di pihak Swasta untuk keluar mengundi.

4.Bukankah kehadiran peratus pengudi yang tinggi adalah baik bagi proses demokrasi yang sihat.Apa muslihat SPR mengadakan Pilihan Raya pada hari bekerja seperti juga Pilihan Raya Kecil di Permatang Pauh Ogos lepas.

5.Umum mengetahui sejak 1999 sokongan padu kepada UMNO/BN adalah daripada pengundi-pengundi saluran satu ( orang-orang tua ).Sedangkan kumpulan pengundi muda yang masih bekerja majoritinya menyokong Pakatan Rakyat.

6.Tidak salah jika orang ramai beranggapan bahawa SPR ingin memberi laluan lebih mudah bagi UMNO/BN untuk menang kerana peratusan pengundi akan rendah kerana golongan muda tidak balik mengundi.

7.Semasa PRK Permatang Pauh Ketua Menteri Pulau Pinang Sdr Lim Guang Eng telah isytiharkan cuti umum untuk memudahkan pekerja-pekerja mengundi.Kita lihat sama ada Dr.Zambry Kadir akan ikut tindakan Lim Guang Eng beri cuti pada hari Selasa di seluruh negeri Perak.

8.Sudahlah UMNO/BN tak berani membubarkan DUN untuk mendapat mandat pemerintahan yang sah daripada Rakyat Perak.Dalam Pilihan Raya kecil pulak sengaja nafikan hak pengundi.Apa nak takut kan TV3 ada , kan Utusan Malaysia ada untuk membuat propaganda putar belit minda pengundi supaya sokong UMNO/BN.Jabatan-jabatan kerajaan sudah sedia untuk disalahgunakan buat kerja-kerja politik UMNO/BN.Tapi masih tak yakin boleh menang.Kalau nak menang biarlah 'gentleman' sikit supaya janji-janji Najib dan Tan Sri Muhyiddin untuk pulihkan UMNO bagai dikata.


BELI DURIAN DI BUKIT GANTANG,
MAKAN SEULAS RASA NAK LAGI,
RAKYAT HIDUP SEMAKIN BIMBANG,
BILA PILIHAN RAYA UMNO SUKA TABUR JANJI.

Selamat Mengundi.
Kekalkan Kemenangan Untuk Rakyat.


Jumaat, 27 Mac 2009

'CAKAP tak Serupa BIKIN'


"Wahai orang-orang yang beriman!Mengapakah kamu memperkatakan apa yang kamu tidak lakukannya.Amat besar kebenciannya di sisi Allah - kamu memperkatakan sesuatu yang kamu tidak lakukannya".
Surah As-Saff (Ayat 2-3)
1.Ahli-ahli UMNO begitu terpegun mendengar ucapan Dato' Najib semasa merasmikan perhimpunan PEMUDA,WANITA dan PUTRI UMNO pada 24/3/09.Saranan-saranan beliau tentang amalan rasuah dan perlunya ahli UMNO mengikut Sunnah dan Sirah Rasulullah sangat mengasyikkan.Lagaknya seperti seorang tokoh ulama' besar sedang berdakwah kepada pengikut-pengikutnya.

2.Tidak ada siapa boleh menafikan sebahagian besar daripada khalayak pendengar ucapan beliau di PWTC itu adalah terlibat sama ada sebagai pemberi atau penerima atau bersekongkol dengan bapak-bapak RASUAH.

3.Ada yang tidak bersetuju dengan amalan rasuah dalam UMNO tetapi demi memenangkan BN dalam Pilihan Raya mereka sanggup menabur wang atau menjanjikan projek-projek mi segera kepada pengundi.Amalan double-standard ini berleluasa khususnya dimana calon-calon menteri UMNO bertanding.

4.Dalam pilihan raya Umum ke-12 di Parlimen Kuala Kangsar ramai pengundi-pengundi khususnya orang-orang tua wanita diberikan RM 100 - 200 dan orang lelaki kampung diberikan benih pokok-pokok buah-buahan semasa kempen UMNO/BN.Janji paling besar calon BN adalah untuk membuat jambatan di Manong jika BN menang.Janji yang sudah diulang sejak Pilihan Raya 2004 lagi.Sampai sekarang janji palsu itu tidak ditunaikan.Hanya merupakan rasuah dalam Pilihan Raya.

5.Najib sendiri dan konco-konconya seperti Razak Baginda terlibat dalam kontroversi pembayaran komisyen pembelian Eurocopter dan kapal selam.Bukankah itu rasuah.Bagaimana dengan seribu kes rasuah yang melibatkan pemimpin-pemimpin UMNO dalam pemilihan 2008/2009.Daripada pemimpin atasan sampai pemimpin akar umbi bergelumang dengan amalan rasuah.Itulah 'cakap tak serupa bikin'.Tak rasa malukah nak bercakap tentang sunnah dan sirah Rasulullah.

6.Tumbangnya kerajaan Pakatan Rakyat Perak juga adalah angkara jahat pemimpin-pemimpin UMNO yang dikepalai oleh Najib dengan mengenakan perangkap-perangkap seks dan rasuah terhadap wakil-wakil rakyat PR.Dulu tuduh rasuah lepas tu JILAT KEMBALI LUDAH DAN KAHAK JAMALUDDIN DAN OSMAN JAILU tubuhkan KERAJAAN HARAM di PERAK.

Isnin, 23 Mac 2009

Forum Rakyat Mengenai Krisis Perlembagaan PERAK

22 March 09
Forum berlangsung di surau Taman Mewah Taiping.Tiga orang panelis iaitu Prof.Dr.Abdul Aziz Bari , Tuan Haji Muhd Azmi Hamid (Presiden Teras Melayu) dan Dr.Khairuddin.Semua ahli panel bersetuju supaya kemelut politik Perak mestilah diselesaikan secara politik melalui pembubaran DUN Perak.Proses Mahkamah memakan masa yang panjang dan kerajaan pintu belakang UMNO/BN yang tidak mendapat mandat rakyat adalah kerajaan yang lemah dan tidak stabil.Ahil-ahli panel juga menyeru rakyat Perak meletakkan aspirasi ketuanan Islam mengatasi lain-lain kepentingan.Langkah pertama pastikan Parti Islam menang di PRK Bukit Gantang dengan memilih calon yang bertaqwa dan sedia memperjuangkan hak rakyat bukan hak tauke ataupun hak golongan feudal.Tuan Haji Azmi juga mempersoalkan alasan UMNO merampas kuasa dengan alasan mempertahankan agenda Melayu.Siapa yang menggadai Jutaan ekar tanah-tanah rizab Melayu , siapa yang menggagalkan ajaran tulisan jawi , siapa yang jadi perosak kepada agenda memertabatkan Bahasa Melayu , siapa yang terlibat dalam rasuah secara besar-besaran dan siapa yang meminda perlembagaan yang menghilangkan kekebalan raja-raja Melayu , tempelak Cikgu Azmi.Dr.Khairuddin menceritakan bagaimana seluas 22 ribu ekar tanah kerajaan Perak telah digadai oleh UMNO kepada tauke KLK dan budaya UMNO menggunakan amalan syirik seperti terbukti terjumpa tangkal bomoh dibawah meja Pak Lah di PWTC minggu lepas.Bahkan ada pemimpin tertinggi UMNO menggunakan khidmat bomoh import dari India.Sebenarnya UMNO lah perosak kepada agenda Melayu.Agenda Islam langsung tak masuk kamus UMNO.Tanpa UMNO pun orang Melayu boleh maju.

Sabtu, 21 Mac 2009

Peranan polis bagi mempertahankan Raja Berpelembagaan di Malaysia

16 March 09

Ketua Polis negeri Perak pada 15/3 telah mempertegaskan salah satu peranan polis adalah untuk mempertahankan Raja Berpelembagaan.Tidak ada orang melayu yang waras mempersoalkan kenyataan tersebut.Polis juga mesti berperanan untuk menjaga keselamatan semua rakyat tanpa mengira agama dan bangsa atau anutan POLITIK.Hak rakyat untuk menyatakan pandangan melalui saluran demokrasi yang SAH mestilah diiktiraf.Tidak sepatutnya rakyat yang ingin berhimpun secara AMAN untuk mendengar pidato - pidato pimpinan PAKATAN RAKYAT dihadapkan dengan anggota - anggota FRU.Kenapa semasa Dato' Anuar Musa memimpin penderhakaan UMNO terhadap Sultan Kelantan dengan menabalkan Tengku Ibrahim Petra sebagai Sultan Kelantan yang baru di bawah POKOK pada April 1993 tidak ada apa - apa tindakan POLIS!!Bahkan pihak penderhaka tersebut diberi layanan dan publisiti meluas.Cuba bayangkan jika tindakan yang sama dibuat oleh PAKATAN RAKYAT di negeri PERAK.Anda boleh fikirkan apa yang POLIS akan lakukan.Agaknya penuhlah Kem ISA di Kemunting.Polis mestilah bertindak Profesional,Adil dan tidak Double Standard jika mereka mahu dihormati oleh RAKYAT.Barulah benar bagai yang dikata bahawa POLIS mempertahankan Raja Berpelembagaan.Sultan PERAK dipertahankan dan Sultan Kelantan juga harus dijaga kehormatannya.Renungkan dan Bermuhasabah supaya RAKYAT bersatu dan bernaung dibawah payung KEADILAN Raja -Raja MELAYU.

Jumaat, 20 Mac 2009

Renungan

Maka apakah kamu menyangka bahawa sesungguhnya kami menciptakan kamu secara main-main dan bahawa kamu tidak akan dikembalikan kapada Kami?Maka Maha Tinggi Allah ; Raja yang sebenarnya....(Al Mukminin 115-116)
"Wahai tuan-tuan, saya telah dipilih menjadi pemimpin kamu, dan saya bukanlah orang yang terbaik di kalangan kamu, sekiranya saya melakukan kebaikan maka tolonglah saya, dan sekiranya saya melakukan kajahatan perbetulkanlah saya, benar adalah amanah, bohang adalah khianat..!"
(Ucapan Sulung Abu Bakar As Siddiq Ketika Dilantik Menjadi Khalifah)
TINDAKAN KAMI
5 Februari 2009 :
MB mengemukakan 'sembah derhaka' sebagai menjawab titah Sultan agar meletakkan jawatan, kerana berpandangan jawatannya sebagai MB adalah 'AMANAH' rakyat dan ADUN-ADUN PR.
(Sembah derhaka - Bahasa Istana yang digunakan bagi menyatakan rasa tidak setuju dengan sesuatu pandangan)

6 Februari 2009 : Mengadakan himpunan aman meminta Sultan Perak membubarkan DUN agar mandat pemerintahan diserahkan kembali kepada rakyat, bukan ditentukan oleh tindakan khianat (MELOMPAT PARTI).

TINDAKAN MEREKA

18 Januari 1993
: Melakukan Pindaan Perlembagaan, yang membolehkan Raja-Raja Melayu di dakwa di Mahkamah Khas.Dimulai dan disusuli dengan pendedahan dan kritikan secara terbuka terhadap salah laku raja-raja di dalam media.
29 April 1993 : Penabalan Tengku Ibrahim Petra sebagai sultan baru di Kelantan.
Mac 2008 : Memaki Sultan Terengganu dengan istilah 'NATANG' (binatang) pada tulisan di kain rentang, dalam satu himpunan HARAM berikutan krisis perlantikan Menteri Besar ketika itu.
Ketaatan yang mutlak hanyalah kepada Allah dan Rasul, manakala kepada yang lain sama ada majikan, pemimpin atau raja,
hanyalah ketaatan bersyarat; selagimana tidak bertentangan dengan kehendak ketaatan kepada Allah dan Rasul. Pun begitu, ingin ditegaskan bahawa, kam
i bukanlah penderhaka sebagaimana yang didakwa, malah kami sekadar menuntut 'mandat pemerintahan ini' dikembalikan kepada haknya (RAKYAT).Kami mengajak semua terutamanya ummat ISLAM dan bangsa MELAYU untuk menilai 'derhaka atau sebaliknya' berdasarkan kaca mata agama dan fakta sejarah bangsa. Semoga kita tidak tersilap lagi buat kesekian kalinya.

CERAMAH2 PADA BULAN MARCH