sekadar renungan bersama..

Ahad, 29 Mac 2009

Mengharapkan Polis Malaysia Yang 'Non Partisan'


1.Polis adalah pasukan profesioanal yang sepatutnya tidak memihak kepada mana-mana kumpulan atau parti politik.Polis adalah jentera kerajaan bukan jentera mana-mana parti.Tugas utama meraka adalah menjaga ketenteraman awam berdasarkan undang-undang dan perlembagaan negara.Bahkan segala gaji dan elaun mereka hakikatnya adalah dibayar oleh rakyat.

2.Pada hari ini begitu ramai anggota polis yang ditugaskan di tempat-tempat pernamaan calon PRK.Pada tanggapan rakyat biasa yang hadir beramai-ramai mengiringi calon-calon khususnya di Bukit Gantang banyak perkara yang pihak polis boleh perbaiki untuk membuktikan mereka itu mesra rakyat.

3.Pelanggan parti-parti politik adalah rakyat dan pengundi.Ceramah-ceramah dan majlis-majlis perjumpaan dengan rakyat yang dilakukan secara aman tak perlulah diganggu.Sepatutnya polis mudahkan saja dan tak perlulah beri macam-macam amaran dan menggunakan khidmat FRU.Jika ceramah pun diganggu apalagi peluang yang ada bagi pihak pebangkang untuk menyampaikan mesej kepada rakyat.Barang di ingat sepatutnya semua parti yang bertanding diberikan layanan yang sama.Cuba-cubalah berlajar senyum semasa berhadapan dengan pihak pembangkang kerana mereka bukan bermusuhan dengan polis.

4.Pada malam ini majlis yang tenang dan tertutup di Dewan Cina Chin Woo bagi pelancaran VCD tentang buruk laku dan rampasan kuasa UMNO/BN di Perak tercemar kerana kehadiran begitu ramai angota-anggota Cawangan Khas berpakaian preman.Meraka merampas VCD-VCD tersebut kerana kononnya melanggar akta penerbitan Filem dan mereka meminta lesen perniagaan daripada petugas-petugas parti DAP.

5.Sebenarnya VCD-VCD tersebut adalah dibuat untuk edaran pada ahli-ahli dan mereka digalakan menyumbang bagi menampung segala kos aktiviti-aktiviti mengembalikan hak rakyat di Perak.Ini termasuklah kos mahkamah yang mencecah puluhan ribu ringgit.VCD-VCD tersebut telah dirampas dan dibawa ke Balai Polis Pekan Baru Ipoh.Jelas apa-apa saja aktiviti pembangkang walaupun dianjurkan di dalam dewan tertutup , pihak-pihak SB tetap masuk menggangu.Tapi kalau UMNO tunjuk perasaan di tempat awam dengan ucapan-ucapan provokasi polis hanya tengok dan bantu jaga keselamatan mereka yang tak ada orang nak kacau pun.
,
Harap-haraplah polis berubah demi keadilan.
Bila anda dah pencen nanti ,
tentu anda mengharapkan penerimaan rakyat.
Jangan tak tahu 54% rakyat Perak adalah penyokong
PAKATAN RAKYAT

Tiada ulasan:

Catat Ulasan