Maka apakah kamu menyangka bahawa sesungguhnya kami menciptakan kamu secara main-main dan bahawa kamu tidak akan dikembalikan kapada Kami?Maka Maha Tinggi Allah ; Raja yang sebenarnya....(Al Mukminin 115-116)
"Wahai tuan-tuan, saya telah dipilih menjadi pemimpin kamu, dan saya bukanlah orang yang terbaik di kalangan kamu, sekiranya saya melakukan kebaikan maka tolonglah saya, dan sekiranya saya melakukan kajahatan perbetulkanlah saya, benar adalah amanah, bohang adalah khianat..!"
"Wahai tuan-tuan, saya telah dipilih menjadi pemimpin kamu, dan saya bukanlah orang yang terbaik di kalangan kamu, sekiranya saya melakukan kebaikan maka tolonglah saya, dan sekiranya saya melakukan kajahatan perbetulkanlah saya, benar adalah amanah, bohang adalah khianat..!"
(Ucapan Sulung Abu Bakar As Siddiq Ketika Dilantik Menjadi Khalifah)
TINDAKAN KAMI5 Februari 2009 : MB mengemukakan 'sembah derhaka' sebagai menjawab titah Sultan agar meletakkan jawatan, kerana berpandangan jawatannya sebagai MB adalah 'AMANAH' rakyat dan ADUN-ADUN PR.
(Sembah derhaka - Bahasa Istana yang digunakan bagi menyatakan rasa tidak setuju dengan sesuatu pandangan)
6 Februari 2009 : Mengadakan himpunan aman meminta Sultan Perak membubarkan DUN agar mandat pemerintahan diserahkan kembali kepada rakyat, bukan ditentukan oleh tindakan khianat (MELOMPAT PARTI).
TINDAKAN MEREKA
18 Januari 1993 : Melakukan Pindaan Perlembagaan, yang membolehkan Raja-Raja Melayu di dakwa di Mahkamah Khas.Dimulai dan disusuli dengan pendedahan dan kritikan secara terbuka terhadap salah laku raja-raja di dalam media.
29 April 1993 : Penabalan Tengku Ibrahim Petra sebagai sultan baru di Kelantan.
Mac 2008 : Memaki Sultan Terengganu dengan istilah 'NATANG' (binatang) pada tulisan di kain rentang, dalam satu himpunan HARAM berikutan krisis perlantikan Menteri Besar ketika itu.
Ketaatan yang mutlak hanyalah kepada Allah dan Rasul, manakala kepada yang lain sama ada majikan, pemimpin atau raja, hanyalah ketaatan bersyarat; selagimana tidak bertentangan dengan kehendak ketaatan kepada Allah dan Rasul. Pun begitu, ingin ditegaskan bahawa, kami bukanlah penderhaka sebagaimana yang didakwa, malah kami sekadar menuntut 'mandat pemerintahan ini' dikembalikan kepada haknya (RAKYAT).Kami mengajak semua terutamanya ummat ISLAM dan bangsa MELAYU untuk menilai 'derhaka atau sebaliknya' berdasarkan kaca mata agama dan fakta sejarah bangsa. Semoga kita tidak tersilap lagi buat kesekian kalinya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan