sekadar renungan bersama..

Sabtu, 28 Mac 2009

Pilihan Raya Kecil Bukit Gantang "by hook by crook" UMNO/BN mesti nak menang.

"Dan sesiapa yang berpaling ingkar dari ingatan dan petunjukKu,maka sesungguhnya adalah baginya kehidupan yang sempit, dan Kami akan himpunkan dia pada nari kiamat dalam keadaan buta.Ia berkata: "Wahai Tuhanku,mengapakah Engkau himpunkan daku dalam keadaan buta, padahal aku dulu celik?"
Surah TOHA Ayat ( 124-125 )

1.Dalam Pilihan Raya Umum Ke-12 setahun lalu PAS melalui calonnya YB Roslan Shaharom telah memenangi kerusi tersebut dengan majoriti lebih 1500 undi.Sepanjang 10 bulan YB Roslan telah membuktikan bahawa beliau adalah seorang Ahli Parlimen yang berkesan,rajin dan mesra rakyat.Hubungannya dengan rakyat akar umbi begitu baik dan kembalinya ke Rahmatullah pada 9/2/09 sangat dirasakan.

2.Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Malaysia telah membuktikan bahawa sebenarnya ia adalah orang suruhan UMNO/BN.SPR telah menetapkan hari pengundian bagi Pilihan Raya Kecil P059 Bukit Gantang pada 7/4/09 dan tempoh berkempen hanya dibenarkan selama 8 hari sahaja.7/4/09 adalah hari ke-57 setelah kematian YB Roslan.Undang-undang Pilihan Raya menetapkan Pilihan Raya Kecil mesti diadakan sebelum hari ke-60.

3.Kenapa SPR perlu menunggu sehingga hari ke-57.Jawapannya mudah!Nak tunggu UMNO selesai Perhimpunan Agung.Hari pernamaan calon dibuat pada hari Ahad tetapi hari mengundi pada hari bekerja iaitu Selasa.Tentulah sukar bagi pekerja-pekerja khususnya di pihak Swasta untuk keluar mengundi.

4.Bukankah kehadiran peratus pengudi yang tinggi adalah baik bagi proses demokrasi yang sihat.Apa muslihat SPR mengadakan Pilihan Raya pada hari bekerja seperti juga Pilihan Raya Kecil di Permatang Pauh Ogos lepas.

5.Umum mengetahui sejak 1999 sokongan padu kepada UMNO/BN adalah daripada pengundi-pengundi saluran satu ( orang-orang tua ).Sedangkan kumpulan pengundi muda yang masih bekerja majoritinya menyokong Pakatan Rakyat.

6.Tidak salah jika orang ramai beranggapan bahawa SPR ingin memberi laluan lebih mudah bagi UMNO/BN untuk menang kerana peratusan pengundi akan rendah kerana golongan muda tidak balik mengundi.

7.Semasa PRK Permatang Pauh Ketua Menteri Pulau Pinang Sdr Lim Guang Eng telah isytiharkan cuti umum untuk memudahkan pekerja-pekerja mengundi.Kita lihat sama ada Dr.Zambry Kadir akan ikut tindakan Lim Guang Eng beri cuti pada hari Selasa di seluruh negeri Perak.

8.Sudahlah UMNO/BN tak berani membubarkan DUN untuk mendapat mandat pemerintahan yang sah daripada Rakyat Perak.Dalam Pilihan Raya kecil pulak sengaja nafikan hak pengundi.Apa nak takut kan TV3 ada , kan Utusan Malaysia ada untuk membuat propaganda putar belit minda pengundi supaya sokong UMNO/BN.Jabatan-jabatan kerajaan sudah sedia untuk disalahgunakan buat kerja-kerja politik UMNO/BN.Tapi masih tak yakin boleh menang.Kalau nak menang biarlah 'gentleman' sikit supaya janji-janji Najib dan Tan Sri Muhyiddin untuk pulihkan UMNO bagai dikata.


BELI DURIAN DI BUKIT GANTANG,
MAKAN SEULAS RASA NAK LAGI,
RAKYAT HIDUP SEMAKIN BIMBANG,
BILA PILIHAN RAYA UMNO SUKA TABUR JANJI.

Selamat Mengundi.
Kekalkan Kemenangan Untuk Rakyat.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan