sekadar renungan bersama..

Selasa, 12 Mei 2009

Common sense is a rare sense

1.Pertama kali saya mendengar ungkapan di atas pada tahun 1983 daripada professor Iqbal pensyarah yang mengajar saya dalam bidang orthopaedic.Maksudnya tidak ramai orang yang memiliki kebijaksanaan minima untuk memilih perkara-perkara yang benar.

2.Professor Dr. Yusuf Qardawi ulama' tersohor kini menyatakan "kebijaksanaan adalah memilih yang terbaik daripada dua pilihan yang baik dan memilih yang kurang keburukan daripada dua pilihan yang buruk".Memilih yang baik daripada yang buruk adalah biasa.

3.Hari ini di Perak kita berhadapan dengan kemelut politik dan krisis perlembagaan yang berpanjangan hanya kerana tidak ada common sense dan kebijaksanaan.Yang ada hanyalah keegoan , kesombongan , kerakusan dan sikap manganggap rakyat itu 'TOLOL' , bisa dilacurkan maruahnya.

4.Berkali-kali Dato' Najib Razak pemimpin nombor wahid UMNO menyatakan kerajaan kudeta UMNO/BN di Perak adalah SAH dan ada legitimasinya.Kerana BN ada 31 ADUN dan PR ada hanya 28 ADUN.Kata pula Speaker HARAM Ganesan dari MIC Sungkai "The majority rules".Kata Dr.Zambry Kudeta pula "kalau dulu kami BN boleh terima Kerajaan PR dengan 31 VS 28 mengapa sekarang PR tidak boleh terima Kerajaan BN pula".

5.Untuk memperkuatkan hujah , Dato' Najib menyatakan bertukar-tukar parti adalah perkara biasa dan berlaku di mana-mana saja di dunia ini.Beliau beri contoh yang terkini seorang senator Republikan menyertai Demokrat di Amerika bulan lepas.Sudah dua kali Najib mengangkat kembali bagaimana kerajaan PAS Kelantan mampu memerintah tahun 2004 - 2008 hanya dengan kelebihan satu kerusi.Katanya di Perak BN ada 3 kerusi majoriti maka Rakyat , Parti - parti politik pembangkang dan jika boleh seluruh dunia akur sajalah kerajaan BN di Perak adalah SAH dan sangAt ABSAH.

6.Rakyat yang celik dan ada kebijaksanaan tidaklah sebodoh yang Najib sangkakan.Majoriti satu kerusi di Kelantan dan majoriti 3 kerusi semasa PR memerintah di Perak diperolehi melalui Peti Undi , PRU ke-12.Sebaliknya majoriti BN di Perak sekarang ini adalah melalui penipuan , rasuah , ugut , culik penyalahgunaan Polis/SB.Maknanya yang PR dapat kuasa adalah melalui Endosmen Rakyat tapi sebaliknya kerajaan BN hanya mendapat endosmen ahli-ahli totok UMNO dan SB saja tentulah rakyat menolak kerana kerajaan itu bukan kerajaan Rakyat.

7.Dalam minggu ini beberapa orang putera-putera Malaysia yang tersohor seperti Tengku Razaleigh , Tan Sri Abu Talib Othman (Pengerusi suhakam) dan Tan Sri Abdul Hamid Pawan Teh (Yang Di-Pertua Dewan Negara) secara tegas menggesa supaya DUN Perak dibubarkan sebagai jalan penyelesaian terbaik.Kenapa UMNO takut sangat berhadapan dengan Rakyat.Tanpa Rakyat siapalah kamu!!!

8.Secara terang dinyatakan dalam permohonan ex parte Dr.Zambry di mahkamah rayuan hari ini , tujuan menahan perintah mahkamah tinggi semalam yang mengesahkan DS Nizar adalah Menteri Besar Perak yang SAH adalah untuk mengelakkan daripada DS Nizar mempunyai locus standi untuk mengadap Sultan sebagai 'Sitting MB' untuk memohon pembubaran DUN.Begitulah penakutnya Dr.Zambry bertentangan dengan kehendak 'Satu Malaysia'yang kononnya meletakkan 'Rakyat didahulukan , pencapaian diutamakan' kenapa dalam hal ini kehendak rakyat dibelakangkan dan kehendak Najib yang kamu utamakan!!


NAJIB DAN DR.ZAMBRY KAMU SEBENARNYA TIDAK ADA
'COMMON SENSE' DAN HANYA MENIPU RAKYAT DENGAN
SLOGAN - SLOGAN PALSU!!!
RAKYAT TIDAK AKAN KENYANG DENGAN SLOGAN - SLOGAN
KAMU!!!

1 ulasan:

  1. Sebenarnya puak-puak ini hanya fikir hidup di dunia. Jika tidak perilaku mereka tidaklah 'sehebat' yang kita lihat hari ini.

    BalasPadam