sekadar renungan bersama..

Rabu, 13 Mei 2009

Takziah kepada Keluarga diRaja Perak

1.Jam 10.30 pm hari ini , saya telah menziarahi jenazah Al-Marhum Kekanda Sultan Perak yang kembali ke Rahmatullah hari ini.Ucapan takziah kepada semua Keluarga diRaja.Semoga roh Al-Marhum di terima dengan keampunan daripada Allah S.W.T.Di pohonkan agar keluarga Al-Marhum bersabar dan sejahtera.

2.Sebelum pulang saya sempat bersalaman dengan DYMM Tuanku Sultan Azlan Shah sambil memperkenalkan diri dengan berkata "Patik adalah anak Allahyarham Dato' Abdul Malik bekas Speaker DUN Perak".Spontan Tuanku Sultan bertanya "Dato' Malik Beruas ke?" dan saya mengiakan dan mohon diri untuk beredar.Terima Kasih kerana Tuanku masih mengingati Ayahanda Dato' Malik.

3.DYMM Tuanku pada malam ini kelihatan 'simple' dan tenang memakai kain pelekat dan Baju Melayu Johor.DYMM Raja Permaisuri Bainun juga kelihatan sihat.Didoakan Tuanku diberikan limpah hidayah oleh Allah S.W.T untuk memberi perkenan menyelesaikan kemelut politik di Perak dengan membubarkan DUN supaya rakyat dapat melaksanakan tanggungjawab dan hak mereka memilih wakil ke DUN Perak.

4.Banyak kebaikan jika DUN dibubarkan.Untuk kali ini tentu setiap parti politik akan mencalonkan individu-individu yang terbaik.Tidak akan ada lagi calon tangkap muat atau payung terjun.Yang rasuah juga akan disingkirkan kerana setiap parti tidak mahu menerima risiko kekalahan.Mana-mana parti yang menang dan membentuk kerjaan akan membariskan EXCO-EXCO yang berkelayakan.Tidak ada lagi EXCO seperti Osman Jailu dan Jamaluddin Radzi yang membebankan Menteri Besar (Kalau DS Nizar berikan mereka kertas kerja dalam bahasa inggeris mereka melopong dan tanya balik MB kerana tak faham).Untunglah UMNO/BN mengambil mereka untuk dijadikan EXCO jika Dato'Zambry kudeta menang di Mahkamah Rayuan nanti.

DENGAN PEMBUBARAN DUN PENGHORMATAN RAKYAT KEPADA DYMM SULTAN AKAN MELONJAK DAN RAKYAT AKAN GEMBIRA HIDUP DI BAWAH NAUNGAN RAJA YANG ADIL DAN BIJAKSANA.
AMPUN TUANKU
ALLAHUAKBAR , ALLAHUAKBAR , ALLAHUAKBAR!!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan