2.Apakah alasan yang mereka boleh berikan untuk menafikan pengkhianatan mereka.Sepanjang 11 bulan Pakatan Rakyat mentadbir Perak , rasa harmonis antara kaum berjalan baik , ekonomi semakin mantap (kutipan cukai meningkat , kutipan zakat tertinggi sejak 50 tahun , pelabur asing meningkat melebihi 1 Billion berbanding tahun sebelumnya) dan agenda - agenda kemungkaran berkurangan.Kenapa kerajaan yang 'Perform' dan popular di kalangan rakyat ditumbangkan secara tidak bermoral.
3.Buat makluman kajian Merdeka Research Center yang dibuat antara 19 Januari - 25 Januari 09 (10 hari sebelum kerajaan Pakatan Rakyat dirampas kuasa) yang melibatkan hampir 2000 responden pelbagai kaum di Perak , markah populariti bagi DS Nizar adalah 64% sedangkan bagi Dato' Tajol Rosli (Bekas MB UMNO/BN) hanyalah 25%.
4.Peranan Dato' Najib (Orang Pahang) akan terpahat dalam sejarah Perak sebagai pengkhianat yang tidak jauh berbeza daripada JWW Birch.2 orang ADUN lompat sepenuhnya di bawah kawalan Najib.Lihat gambar dalam media semasa Najib mengumumkan rampasan kuasa UMNO/BN di Perak pada 5/2.Siapa yang duduk di sebelah kiri beliau??Seorang tauke cina dari Pahang yang diberi gelaran 'Tengku Wong' kerana permainan liciknya dengan orang - orang bergelar.
5.Setelah hampir kemelut Perak dapat diselesaikan dengan penghakiman Dato' Abdul Aziz Rahim yang mengisytiharkan DS Nizar sebagai MB yang sah sekali lagi Dato' Najib campur tangan dengan kenyataan UMNO/BN akan buat rayuan kerana yakin mereka ada kes yang kuat.Sukar untuk kita mempercayai akan ada hakim - hakim yang berani menyanggah Najib.Jelas kemelut Perak sukar diselesaikan kerana campur tangan orang luar.Malang kerana Dr.Zambry kudeta hanyalah pelakon kecil dalam permainan kotor ini.
RAKYAT PERAK BAHAGIA TANPA NAJIB DAN TENGKU WONG
INSYA'ALLAH KAMI MAMPU MENYELESAIKAN MASALAH PERAK TANPA CAMPUR TANGAN PENGKHIANAT LUAR!!
INSYA'ALLAH KAMI MAMPU MENYELESAIKAN MASALAH PERAK TANPA CAMPUR TANGAN PENGKHIANAT LUAR!!
Tiada ulasan:
Catat Ulasan