sekadar renungan bersama..

Rabu, 20 Mei 2009

KENYATAAN AKHBAR GABUNGAN BADAN-BADAN BUKAN KERAJAAN NEGERI PERAK 20/05/2009

Pihak gabungan NGO-NGO Negeri Perak merayu dan memohon tindakan-tindakan berikut bagi menyelamatkan rakyat Negeri Perak daripada terus terjebak dengan kemelut politik dan ketenteraman awam yang berpanjangan.

i) Hanya rakyat dan pemimpin-pemimpin politik Negeri Perak yang perlu memainkan peranan penyelesaian krisis ini. Kami menentang sekeras-kerasnya tuan-tuan atau mafia-mafia politik samada dari Kuala Lumpur, Pekan, Putrajaya atau lain-lain.

ii) Dato’ Sri Nizar Bin Jamaluddin dan Dato’ Seri Zambry Abd Kadir bersemuka dan bermesyuwarah tanpa tekanan mencari jalan penyelesaian.

iii) Pandangan-pandangan bebas badan-badan civil dan individu-individu berintegriti diberi perhatian seadil-adilnya. Pandangan Suhakam, majlis peguam, YDP Dewan Negara dan para akademik yang menyarankan agar DUN Perak dibubarkan bagi memberikan hak kepada rakyat untuk memilih wakil-wakil mereka perlu diberikan perhatian.

iv) Penubuhan satu suruhanjaya bebas di raja bagi menyiasat peristiwa hitam di Perak supaya ‘once for all’ kejadian malang seperti ini tidak akan mudah berulang lagi. ( Insiden Perak jauh melebihi kepentingan isu DSAI dan isu video VK Lingam )

v) Semua yang terlibat dengan jenayah melalui siasatan suruhanjaya tersebut di bawa kemuka pengadilan tanpa memilih status mereka. Undang-undang mestilah dilaksanakan seadil-adilnya.

vi) Pegawai-pegawai Kerajaan khususnya Setiausaha Kerajaan Negeri, Setiausaha Dewan Perak, pegawai-pegawai polis dan SPRM mestilah bertugas dengan professionalisma yang tinggi dan meletakkan kesetian mereka hanya kepada kepentingan awam dan bukan kepentingan politik.

Renungan :

Sesungguhnya telah binasa orang-orang yang sebelum kamu apabila

mencuri diantara mereka orang-orang yang terkemuka mereka biarkan

(tidak dihukum) dan apabila mencuri orang-orang yang lemah (orang biasa)

Barulah mereka laksanakan hukuman. Demi Allah kalau Fatimah anak

Muhammad mencuri niscaya kupotong juga tangannya. ( Al Hadis).

Daripada :

Dr. Hj. Khairuddin Bin. Dato’ Abd. Malik

Pengerusi ( JAMAIY Gabungan NGO Islam Perak )

SIDANG MEDIA INI TELAH DIADAKAN PADA JAM 11 PAGI , 20 / 5 BERTEMPAT DI HOTEL GRAND VIEW , IPOH.
15 ORANG WARTAWAN DARI PELBAGAI MEDIA DAN JUGA BLOGGERS DARI 'PERAK BLOGGERS NETWORK' TELAH HADIR KE SIDANG TERESEBUT.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan