sekadar renungan bersama..

Sabtu, 2 Mei 2009

7/5/09 BAKAL DIKENANG SEBAGAI HARI PENGUNCUPAN DEMOKRASI

1.Dimana sahaja kita berjumpa rakyat negeri Perak sejak beberapa hari yang lepas persoalan yang ditanya adalah apa akan terjadi di sidang DUN Perak pada 7/5/09 nanti.Ada yang optimis speaker Sivakumar dari Pakatan Rakyat akan dapat menggunakan kuasanya sebagaimana yang termaktub di dalam standing order DUN dan menjadi amalan di semua dewan-dewan perwakilan di negara ini dan negara-negara komanwel yang mengamalkan sistem demokrasi berparlimen.

2.Melalui amalan ini speaker adalah ketua di dalam Dewan Perwakilan dan beliau boleh menerima atau menolak sebarang usul yang dikemukakan tanpa mana-mana pihak boleh mencabar keputusan tersebut.Terkini di DUN Melaka speaker telah menolak usul undi tidak percaya kepada Ketua Menteri Melaka , Dato' Ali Rastam atas salahlaku rasuah.Usul tersebut sangat wajar tetapi tidak ada apa yang boleh dibuat apabila speaker menolak.Begitu juga speaker Parlimen telah menolak mentah-mentah usul supaya bakal PM Dato' Najib (ketika itu) membersihkan nama beliau daripada isu hangat pembunuhan Altantuya.Akibat begitu 'persistent' YB Puchong Gobind Singh Deo digantung setahun tanpa elaun.Speaker berkuasa penuh!!

3.Tetapi sebaliknya speaker DUN Perak sejak Barisan Nasional merampas kuasa telah dilucutkan segala kuasanya dan dihina semahunya.Semua orang tahu beliau telah di saman di mahkamah , arahan beliau untuk mengadakan sidang pada 3/3 tidak dipedulikan.Bahkan bagi sidang 7/5 bukan beliau yang mengarahkan setiausaha dewan tetapi sebaliknya beliau hanya dimaklumkan oleh SU dewan setelah beliau 'DIPAKSA' hadir dalam mesyuarat yang merancang kejatuhan speaker yang dipengerusikan oleh Dr.Zambry (MB kudeta).Pelikkan seorang pegawai kerajaan hadir di dalam mesyuarat parti politik di bangunan ibu pejabat UMNO Perak.Tak habis-habis salah guna kuasa.Kesian juga pegawai kerajaan asyik kena cucuk hidung.

4.Setiausaha kerajaan negeri (SUK) yang lebih UMNO daripada UMNO telah mengambil alih kuasa speaker.Semua mesyuarat tentang sidang DUN beliau yang mengambil alih.Speaker diketepikan langsung.Maka tidak hairanlah berlaku arahan yang pelik-pelik.Pemerhati dilarang , isteri-isteri ADUN tak dijemput untuk perasmian , wakil media pilih bulu (nak sama bulu dengan Dato' SUK = 'TV3').Polis akan penuh dengan gas pemedih mata dan temu janji rakyat di pejabat SUK diarahkan batal.

5.Dengarnya ada arahan sulit supaya pengawal berpusat PA sistem dalam sidang DUN di manipulasi supaya mic speaker dan ADUN-ADUN Pakatan Rakyat di perlahankan dan mic ADUN-ADUN BN akan dikuatkan suaranya.Taktik kotor ini pernah dicuba dalam sidang yang terdahulu tahun 2008 tetapi dapat dikesan.Begitulah berkuasanya SUK Perak.Bebal dan tidak memahami perinsip pemisahan kuasa eksekutif dan legislatif.Macam mana boleh bebal sedangkan dulu kerja di INTAN.

6.Tanpa mempedulikan suara rakyat popular 54% yang menyokong Pakatan Rakyat dan diabsahkan dalam PRK Bukit Gantang , tindakan-tindakan haram yang berkronologi :

i - Culik 2 wakil rakyat
ii - Gunakan SB untuk paling tadahkan ADUN
iii - Libatkan istana dengan kemelut politik kudeta
iv - Salahguna wang rakyat untuk kempen politik PRK Bukit Gantang
iv - Rancangan jatuhkan speaker melalui konspirasi jahat

Demokrasi di Perak akan menempuh sejarah hitam pada 7/5.Apa yang rakyat Perak boleh lakukan untuk selamatkan demokrasi?Berfikirlah sejenak dan ikutlah gerak hati yang berdasarkan iman dan taqwa.Bukan selalu pengorbanan anda dituntut.Lakukanlah demi keadilan.Jika kita gagal akan ada rakyat yang tidak lagi percaya kepada demokrasi dan akan memilih anarki.Ketika itu tidak ada apa yang boleh di lakukan lagi.

SALAM PERJUANGAN

2 ulasan:

  1. ya ia akan dikenang sebagai pesta pedih mate..?

    hehehe

    BalasPadam
  2. pedih mate tu perkara biasa bagi kami di KL,biorle lak orang Perak rase..baru umh..jihad yeop..awas sumber dlm,400 SB sedang berkeliaran di Ipoh,jangan terperangkap dgn provokasi deme..opah dan atok pun turun weh 7hb nanti....

    BalasPadam