Selasa, 28 April 2009
Banyak betul benda haram di Perak
2.Sekarang UMNO/BN dengan bantuan licik SS sedang merancang untuk lantik speaker HARAM.Dengar-dengarnya sidang 7/5 nanti tidak ada pemerhati yang dibenarkan masuk dalam DUN Perak.Polis akan berkawal daripada Roadblock jalan raya sampailah ke pintu masuk DUN.Bentara dan pembantunya kena ikut cakap speaker jangan ikut arahan SS.Dalam dewan SS tak ade kuasa kecualilah SS nak pecah rekod Dunia.SS lebih berkuasa daripada speaker.
3.Kalau itu berlaku SS Perak juga adalah SS HARAM.Beliau sepatutnya bertugas tanpa memihak.Bukan UMNO yang bayar gaji kamu.Rakyat yang bayar termasuk orang-orang Pakatan Rakyat.Kalau rasa hebat sangat letak jawatan dan bertanding Pilihan Raya sebagai calon UMNO/BN.Kalau menang bukan setakat jadi SS jadi Speaker pon boleh hihihihihi.
4.Sepanjang tahun lepas SS Perak pernah dilihat dalam majlis-majlis UMNO yang tiada kaitan dengan urusan kerajaan.Antara majlis Raja Muda dengan Presiden UMNO beliau pilih majlis UMNO.Malang bagi rakyat Perak kerana ada SS HARAM (Rakyat bayar gaji tapi berkhidmat untuk UMNO).
Khamis, 23 April 2009
UMNO/BN zalimi JKKKN
2.Apabila Pakatan Rakyat memerintah Perak hak rakyat untuk memilih pemimpin akar umbi di kampung-kampung dipulihkan.EXCO kerajaan negeri Pakatan Rakyat telah mengarahkan pejabat-pejabat daerah mengendalikan urusan pemilihan ketua kampung di seluruh negeri Perak.Pemilihan mereka bermula Ogos 2008 dan berkuatkuasa selama 2 tahun.
3.Walaupun ramai ketua kampung yang terpilih terdiri daripada penyokong-penyokong pakatan rakyat ada juga orang UMNO yang terpilih.Dalam pada itu UMNO/BN terus melaksanakan dasar pecah dan perintah (Divide and Rule) dengan mengiktiraf entiti JKKKP yang berasal daripada pelantikan ahli-ahli UMNO.
4.Ketua-ketua kampung dan setiausaha mereka telah diberikan insentif yang lebih baik dengan diberikan elaun masing-masing RM400 dan RM200.Zaman UMNO/BN setiausaha JKKK tak ade elaun langsung.Selama 6 bulan sejak menerajui pentadbiran kampung kelihatan banyak perubahan positif yang berlaku.Dewan-dewan orang ramai tidak lagi disalahgunakan menjadi pejabat-pejabat UMNO dan rakyat dari semua lapisan diberikan kebebasan.
5.Bermula 16/4 lepas perkhidmatan JKKK meliputi ketua kampung , setiausaha dan jawatan kuasa yang semuanya berjumlah hampir 10,000 orang (melibatkan lebih 800 kariah kampung) telah ditamatkan oleh kerajaan haram UMNO/BN.Sudahlah HARAM buat kerja HARAM.
6.Dr.Zambry dan konco-konconya dengan angkuh memberi alasan menamatkan khidmat JKKK kerana kerajaan negeri dan JKKK mudah bekerjasama jika daripada parti UMNO.Merka terlupa JKKK bukan entiti politik tetapi dipilih oleh rakyat.Tentulah kezaliman ini akan ditentang oleh rakyat dan khususnya JKKK yang teraniaya.
7.Pada 30/4 perhimpunan JKKK seluruh negeri Perak akan diadakan di Ipoh.Jawatan Kuasa bertindak akan ditubuhkan untuk membela mereka dan jika perlu untuk mengambil tindakan mahkamah terhadap kerajaan HARAM UMNO/BN.Minta rakyat Perak berdoa supaya kezaliman mereka akan dibalas selayaknya.
ORANG-ORANG YANG ZALIM,
MEMOHON RESTU RAKYAT!
Rabu, 22 April 2009
Muslihat di sebalik lelong kereta Camry milik kerajaan Negeri Perak
2.Sebenarnya kerajaan pintu belakang BN hanya nak tunjuk kononnya mereka prihatin nak jimat duit rakyat.Tetapi mereka sebenarnya berpura-pura hanya nak cari publisity murahan.Mereka mengamalkan double-standard.
3.Dr.Zambry Kadir bukan pemimpin baru yang fresh.Beliau merupakan ahli dari kerajaan UMNO/BN yang dahulu.Kerajaan tersebut banyak rekod penyelewengan dan pembaziran.Contohnya bayaran untuk tea-break semasa mesyuarat EXCO zaman BN adalah RM45 satu kepala yang MB Nizar turunkan hingga RM12 sahaja satu kepala semasa Kerajaan Pakatan Rakyat.Apa benda makan sampai RM45 sekepala habislah buncit perut-perut EXCO UMNO/BN.
4.Pada bulan Disember 2007 , atas arahan EXCO Perak zaman BN , Dato' Abdullah Badawi dan Dato' Najib di hadiahkan seorang sepasang songket yang berharga RM10,000.00 setiap satu dan Datin Rosmah Mansor (Bini Najib) dihadiahkan kain batik bernilai lebih Rm8 ribu semasa lawatan mereka ke Perak.Guna duit kerajaan dan belinya nun di Terengganu.
5.Siapa yang lelong tanah kerajaan Perak seluas 22 ribu ekar pada hujung 2007 pada tauke cina KLK.Kan Zambry juga sebahagian daripada EXCO masa itu.Dengar-dengar masa baru masuk jadi MB 6/2 ada rancangan nak tukar karpet di pejabat MB.Dah minta sebut harga tapi dibatalkan kerana rahsia dah terpecah dan MB Nizar dah tembak dalam ceramah.
6.Kesimpulannya puak-puak UMNO memang kaki membazir dan terlibat dalam banyak salah guna kuasa.Tiba-tiba sekarang nak tunjuk baik.Lakonan anda rakyat dah boleh baca.Bahkan ada wakil rakyat UMNO Perak sekarang ni terlibat dalam mencabul pelajar kolej swasta lama dulu.Kesian budak tu kerana malu tak mahu report.Cuba teka siapa YB tu?Itulah UMNO dulu sekarang dan selama-lamanya
Ahad, 19 April 2009
Mudahnya naik pangkat dalam UMNO
2.Apa jasa Hamidah?Hanya pemegang diploma akaun.Dalam sidang DUN Perak pada November 08 beliau telah menimbulkan kekecohan di DUN Perak kerana mengungkapkan satu kenyataan menghina orang-orang India di Malaysia."Kalau jumpa orang India dan ular bunuh India dulu baru bunuh ular" kata Hamidah sehinggakan Tajul Rosli sebagai Ketua BN di DUN Perak ketika itu minta Hamidah pohon maaf kepada sidang.Jasa beliau yang lain adalah peranan di belakang tabir bagi membolehkan 3 ADUN PR belot menyokong UMNO/BN.
3.Walaupun bukan pemimpin yang terbukti bijak atau terpelajar tetapi kerana peranan kotor dan tebalnya fikrah perkauman yang beliau pamerkan tak pasal-pasal jadi orang besar UMNO Perak sekarang.Senangnya naik pangkat dalam UMNO!
4.Dalam UMNO Perak ramai lagi yang pandai dan berkebolehan tapi tak laku kerana kurang pandai mengampu.Contohnya ADUN Candan (Arkitek),ADUN Hulu Kinta (Peguam),ADUN Manjoi (Bekas Pegawai Kanan Kerajaan).Tak ade can mereka nak naik pangkat.Buang masa hidup dalam UMNO!!!!
UMNO/BN salah guna wang rakyat dan memperalatkan pegawai kerajaan
2.Belumpun memerintah 2 bulan Dr.Zambry Kadir telah menyalah gunakan kuasa.Mana kuasa beliau untuk menggunakan wang kerajaan untuk politik kepartian.Kita bagi tempoh 1 minggu kepada SPRM untuk menyiasat dan memaklumkan kepada pengadu.Jika tidak ada tindakan kita minta Jawatan Kuasa PAC Dewan Undangan Negeri Perak untuk membuat siasatan terbuka.
3.Kita nak lihat apa riaksi Dato' Abdul Rahman Hashim , Setiausaha Kerajaan Negeri tentang salah guna kuasa tersebut.Kononnya beliau seorang pegawai yang ' TEGAS ' san.ggup menghina MB Nizar hanya kerana masuk ke pejabat MB walaupun Dr.Zambry belum angkat sumpah pada 6/2.Bahkan hari ini beliau turut memperlekehkan status Speaker DUN Perak hanya sebagai bertaraf Pegawai Kerajaan Gred 52.
4.Maka tidak hairanlah beliau begitu biadap mengarahkan Dewan Undangan Negeri dikunci pada 3/3 dan meminta Polis melarang Ahli-ahli dewan untuk bersidang.Minggu lepas pada 16/4 mahkamah persekutuan di Putra Jaya tidak memperkenankan permohonan BN untuk mengisytiharkan Sidang bawah pokok pada 3/3 itu tidak sah.Maknanya sidang tersebut adalah SAH dan segala resolusi yang diluluskan perlulah di angkat untuk diterima oleh istana.
5.Ini bermakna tindakan menutup dewan dan menghalang ADUN-ADUN Pakatan Rakyat untuk bersidang adalah satu jenayah.Polis mestilah bersikap Profesional untu menyiasat Dato' Abdul Rahman Hashim.Ketiga-tiga resolusi sidang tersebut iaitu menyokong Dato' Seri Nizar sebagai MB yang SAH , Resolusi pembubaran DUN dan Resolusi mengesahkan penggantungan Dr.Zambry dan 6 ADUN secara automatik adalah SAH.
Isnin, 13 April 2009
Pimpinan berjiwa besar dan yang berjiwa kecil
2.Dato' Seri Najib PM baru minggu lepas menyatakan bahawa beliau mahu anggota-anggota kabinetnya melupakan zaman bahawa kerajaan tahu semua.Pandangan rakyat mesti dikongsi dan dihormati.Juga satu permulaan yang baik bagi seorang PM baru.
3.Semalam di Padang Rengas Dato' Nazri Aziz Menteri di JPM menyeru UMNO untuk bekerja terus dengan pengundi bukan Melayu bagi mendapatkan sokongan.Jangan mengharapkan MCA atau MIC.Sedikit kesilapan beliau apabila menyalahkan penyokong-penyokong PAS/PR atas kekalahan UMNO/BN.Kononnya kebanjiran kenderaan-kenderaan yang membawa bendera PAS dari luar PERAK telah mengganggu proses membawa pengundi BN ke tempat membuang undi.Alasan yang agak bodoh.
4.Hari ini dalam Berita Harian dilaporkan Dr.Zambry MB kerajaan pintu belakang BN menuduh pembohongan PAS/PR kepada pengundi-pengudi bukan Melayu khususnya orang Cina sebagai punca kekalahan UMNO/BN.Beliau menuduh orang-orang bukan Melayu percaya penipuan PR yang tegas mempertahankan bahawa kerajaan BN ditubuhkan melalui rampasan KUASA.
5.Dato' Zambry terus menuduh kerajaan PERAK di bawah pimpinan PR sebagai boneka DAP.Alasannya kerana Dato' Seri Nizar menang di Bukit Gantang dengan sokongan tinggi orang-orang Cina.
6.Nampak sangat Dato' Zambry seorang " Pemimpin Berjiwa Kecil " dah la kalah tak nak mengaku , salahkan orang Cina pula.Adakah beliau menyangka orang-orang Cina begitu bodoh untuk senang ditipu.Kalau selama ini UMNO/BN mendapat sokongan majoriti orang-orang Cina tak siapa menuduh mereka boneka Cina ataupun orang Cina tertipu oleh dakyah UMNO/BN.
7.Alasan penolakan orang bukan Melayu kepada UMNO/BN adalah kerana mereka terdedah dengan maklumat.Akhbar mereka lebih bebas dengan maklumat-maklumat terkini.Orang-orang Melayu terutamanya golongan wanita sebaliknya banyak bergantung kepada maklumat putar belit TV3 dan Utusan Malaysia.Tunggulah masa apabila orang-orang melayu pun terdedah dengan maklumat terkini.Masa itu baik Cina,Melayu,India,Orang Asli pun akan menolak UMNO/BN.Beranikah UMNO menghadapi Pilihan raya tanpa bantuan TV3.
8.Berkenaan dengan PAS boneka DAP satu debat telah dianjurkan pada 6/4 di Bukit Gantang atas tajuk " UMNO PEMBELA MELAYU , PAS BONEKA ....... ".Malangnya wakil UMNO tidak berani tunjuk muka.Pengecut!!!Yang mereka minat adalah menganjurkan Tarian SEPARUH BOGEL di Kuala Sepetang.Lepas itu buat kenyataan Tarian SEPARUH BOGEL itu adalah budaya orang Cina.Nampak sangat Jahil tentang budaya Cina.Tidak hairanlah orang Cina undi PAS.Bagi orang Cina UMNO/BN adalah Parti yang menipu Rakyat dan memutar belitkan budaya orang-orang Cina.
9.Dr. Zambry sebenarnya menentang arahan BOS beliau Dato' Najib yang mengutarakan konsep 1 MALAYSIA.Sedangkan Dr. Zambry masih tebal dengan emosi perkauman dan jahil budaya.
Ahad, 5 April 2009
JANGAN JADIKAN DIRI ANDA TERPALIT DENGAN FITNAH & KEZALIMAN – KELAK ANDA DISAMBAR API NERAKA
Hari selasa 07/04/2009, Anda sebagai Muslim yang bertaqwa (takut kepada Allah) janganlah melakukan kesilapan dengan mengundi mengikut emosi lantaran fitnah yang berleluasa dalam sebaran-sebaran dan poster yang anda baca. Bebaskan diri anda daripada segala fitnah yang anda akan dipertanggungjawabkan Allah di Akhirat kelak.
Fitnah tersebesar di Bukit Gantang adalah Dato’ Seri Mohd Nizar Bin Jamaluddin calon PAS merupakan Boneka DAP. Nak menang pilihanraya UMNO sanggup melakukan fitnah jahat tersebut.
Mari kita lihat fakta ini
PENCAPAIAN KERAJAAN PERAK | 2007 ( BN) |
- KUTIPAN ZAKAT - HASIL CUKAI KESELURUHAN - HASIL BALAK - PELABURAN ASING - BANTUAN SEKOLAH AGAMA - BANTUAN AIR PERCUMA - BANTUAN PELAJAR MASUK IPTA | 40.8 JUTA 539 JUTA 16 JUTA 2.03 BILLION - - - |
2008 (Pakatan Rakyat) |
57.0 JUTA 636 JUTA 40 JUTA 3.13 BILLION 1.3 JUTA 5 JUTA 5 JUTA |
Tidakkah angka-angka tersebut membuktikan Kerajaan yang diterajui oleh Dato’ Seri Nizar berjaya membantu ramai orang Melayu melalui hasil Kerajaan Negeri yang bertambah. Hasil bertambah kerana beliau melaksanakan tugas dengan amanah dan cekap. Takkan bantu Sekolah Agama Rakyat Boneka DAP. Takkan bantu orang Melayu miskin Boneka DAP. Takkan bantu pelajar Melayu Boneka DAP !
Benar Kerajaan Pakatan Rakyat meluluskan polisi untuk memberikan geran hakmilik tanah kepada orang-orang bukan Melayu di kampung-kampung baru tetapi hanya melibatkan 47,000 Lot-Lot kecil sedangkan kepada orang-orang Melayu sebanyak 102,000
Bagaimana dengan 22,000 ekar tanah Sawit di Lekir Manjung yang Kerajaan UMNO/BN gadai kepada Tauke KL Kepong kerana tak boleh bayar hutang bank. Adakah tindakan sebegini kita katakan bela orang Melayu ! Mana pergi Kilang Simen Perak Hanjoong yang dijual pada Tauke YTL.
Semua orang tahu ramai pemimpin-pemimpin UMNO terlibat rasuah, Ketua Menteri Melaka, Ketua Pemuda UMNO dan ada 1,000 kes lagi yang belum selesai. Bahkan tindakan menjatuhkan Kerajaan Pakatan Rakyat dengan perangkap sex dan rasuah juga adalah perbuatan UMNO. Buat kerja jahat kononnya nak selamatkan Melayu.
“Wahai orang-orang yang beriman ! Bertaqwalah kamu kepada Allah dan hendaklah kamu berada bersama-sama orang yang benar (Al Quran : Al Taubah 119)
Rayuan daripada Saudaramu dalam Islam Dr. Hj. Khairuddin Bin Dato’ Abd. Malik. Pengerusi Badan Pertubuhan Islam Perak.