sekadar renungan bersama..

Rabu, 22 April 2009

Muslihat di sebalik lelong kereta Camry milik kerajaan Negeri Perak

1.Hari ini kerajaan pintu belakang Negeri Perak telah memulakan lelongan kereta-kereta Camry yang dibeli 3 bulan lepas semasa kerajaan Pakatan Rakyat.Alasan diberikan kerana nak pakai kereta kebanggaan Malaysia.Untuk makluman , kerajaan Pakatan Rakyat membuat keputusan membeli Camry kerana kos pengendalian kereta perdana yang sangat tinggi kerana usia yang telah melebihi 5 tahun.Lagipun kereta Camry yang berharga sekitar RM 150,000.00 bukanlah semewah mana.Guru-guru sekolah dan pegawai-pegawai kerajaan pun mampu membeli kereta tersebut.

2.Sebenarnya kerajaan pintu belakang BN hanya nak tunjuk kononnya mereka prihatin nak jimat duit rakyat.Tetapi mereka sebenarnya berpura-pura hanya nak cari publisity murahan.Mereka mengamalkan double-standard.

3.Dr.Zambry Kadir bukan pemimpin baru yang fresh.Beliau merupakan ahli dari kerajaan UMNO/BN yang dahulu.Kerajaan tersebut banyak rekod penyelewengan dan pembaziran.Contohnya bayaran untuk tea-break semasa mesyuarat EXCO zaman BN adalah RM45 satu kepala yang MB Nizar turunkan hingga RM12 sahaja satu kepala semasa Kerajaan Pakatan Rakyat.Apa benda makan sampai RM45 sekepala habislah buncit perut-perut EXCO UMNO/BN.

4.Pada bulan Disember 2007 , atas arahan EXCO Perak zaman BN , Dato' Abdullah Badawi dan Dato' Najib di hadiahkan seorang sepasang songket yang berharga RM10,000.00 setiap satu dan Datin Rosmah Mansor (Bini Najib) dihadiahkan kain batik bernilai lebih Rm8 ribu semasa lawatan mereka ke Perak.Guna duit kerajaan dan belinya nun di Terengganu.

5.Siapa yang lelong tanah kerajaan Perak seluas 22 ribu ekar pada hujung 2007 pada tauke cina KLK.Kan Zambry juga sebahagian daripada EXCO masa itu.Dengar-dengar masa baru masuk jadi MB 6/2 ada rancangan nak tukar karpet di pejabat MB.Dah minta sebut harga tapi dibatalkan kerana rahsia dah terpecah dan MB Nizar dah tembak dalam ceramah.

6.Kesimpulannya puak-puak UMNO memang kaki membazir dan terlibat dalam banyak salah guna kuasa.Tiba-tiba sekarang nak tunjuk baik.Lakonan anda rakyat dah boleh baca.Bahkan ada wakil rakyat UMNO Perak sekarang ni terlibat dalam mencabul pelajar kolej swasta lama dulu.Kesian budak tu kerana malu tak mahu report.Cuba teka siapa YB tu?Itulah UMNO dulu sekarang dan selama-lamanya

2 ulasan:

  1. bodo!!!
    bazir duit rakyat!
    cm haram!

    BalasPadam
  2. pkta rakyat pn sama membazir jer beli camry huwekkkkkk sama jer gn bn

    BalasPadam