sekadar renungan bersama..

Ahad, 19 April 2009

UMNO/BN salah guna wang rakyat dan memperalatkan pegawai kerajaan

1.Pengundi perihatin Bukit Gantang telah mengemukakan aduan rasmi kepada Suruhan Jaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) tentang penyalahgunaan sumber dana kerajaan negeri negeri Perak dalam Pilihan Raya Kecil Bukit Gantang pada 14/4 di Pejabat SPRM Ipoh.Puluhan Ribu Ringgit telah dibelanjakan untuk mencetak buku kempen UMNO/BN menggunakan kemudahan dan wang kerajaan negeri.

2.Belumpun memerintah 2 bulan Dr.Zambry Kadir telah menyalah gunakan kuasa.Mana kuasa beliau untuk menggunakan wang kerajaan untuk politik kepartian.Kita bagi tempoh 1 minggu kepada SPRM untuk menyiasat dan memaklumkan kepada pengadu.Jika tidak ada tindakan kita minta Jawatan Kuasa PAC Dewan Undangan Negeri Perak untuk membuat siasatan terbuka.

3.Kita nak lihat apa riaksi Dato' Abdul Rahman Hashim , Setiausaha Kerajaan Negeri tentang salah guna kuasa tersebut.Kononnya beliau seorang pegawai yang ' TEGAS ' san.ggup menghina MB Nizar hanya kerana masuk ke pejabat MB walaupun Dr.Zambry belum angkat sumpah pada 6/2.Bahkan hari ini beliau turut memperlekehkan status Speaker DUN Perak hanya sebagai bertaraf Pegawai Kerajaan Gred 52.

4.Maka tidak hairanlah beliau begitu biadap mengarahkan Dewan Undangan Negeri dikunci pada 3/3 dan meminta Polis melarang Ahli-ahli dewan untuk bersidang.Minggu lepas pada 16/4 mahkamah persekutuan di Putra Jaya tidak memperkenankan permohonan BN untuk mengisytiharkan Sidang bawah pokok pada 3/3 itu tidak sah.Maknanya sidang tersebut adalah SAH dan segala resolusi yang diluluskan perlulah di angkat untuk diterima oleh istana.

5.Ini bermakna tindakan menutup dewan dan menghalang ADUN-ADUN Pakatan Rakyat untuk bersidang adalah satu jenayah.Polis mestilah bersikap Profesional untu menyiasat Dato' Abdul Rahman Hashim.Ketiga-tiga resolusi sidang tersebut iaitu menyokong Dato' Seri Nizar sebagai MB yang SAH , Resolusi pembubaran DUN dan Resolusi mengesahkan penggantungan Dr.Zambry dan 6 ADUN secara automatik adalah SAH.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan