sekadar renungan bersama..

Ahad, 5 April 2009

JANGAN JADIKAN DIRI ANDA TERPALIT DENGAN FITNAH & KEZALIMAN – KELAK ANDA DISAMBAR API NERAKA


Hari selasa 07/04/2009, Anda sebagai Muslim yang bertaqwa (takut kepada Allah) janganlah melakukan kesilapan dengan mengundi mengikut emosi lantaran fitnah yang berleluasa dalam sebaran-sebaran dan poster yang anda baca. Bebaskan diri anda daripada segala fitnah yang anda akan dipertanggungjawabkan Allah di Akhirat kelak.

Fitnah tersebesar di Bukit Gantang adalah Dato’ Seri Mohd Nizar Bin Jamaluddin calon PAS merupakan Boneka DAP. Nak menang pilihanraya UMNO sanggup melakukan fitnah jahat tersebut.

Mari kita lihat fakta ini


PENCAPAIAN KERAJAAN PERAK

2007 ( BN)

- KUTIPAN ZAKAT

- HASIL CUKAI KESELURUHAN

- HASIL BALAK

- PELABURAN ASING

- BANTUAN SEKOLAH AGAMA

- BANTUAN AIR PERCUMA

- BANTUAN PELAJAR MASUK IPTA

40.8 JUTA

539 JUTA

16 JUTA

2.03 BILLION

-

-

-

2008 (Pakatan Rakyat)

57.0 JUTA

636 JUTA

40 JUTA

3.13 BILLION

1.3 JUTA

5 JUTA

5 JUTA


Tidakkah angka-angka tersebut membuktikan Kerajaan yang diterajui oleh Dato’ Seri Nizar berjaya membantu ramai orang Melayu melalui hasil Kerajaan Negeri yang bertambah. Hasil bertambah kerana beliau melaksanakan tugas dengan amanah dan cekap. Takkan bantu Sekolah Agama Rakyat Boneka DAP. Takkan bantu orang Melayu miskin Boneka DAP. Takkan bantu pelajar Melayu Boneka DAP !

Benar Kerajaan Pakatan Rakyat meluluskan polisi untuk memberikan geran hakmilik tanah kepada orang-orang bukan Melayu di kampung-kampung baru tetapi hanya melibatkan 47,000 Lot-Lot kecil sedangkan kepada orang-orang Melayu sebanyak 102,000 Lot tanah yang lebih besar. Orang-orang Cina sudah tinggal ditanah tersebut selama lebih 60 tahun tanpa hakmilik. Mereka bukan diberi tanah baru ! Kalau nak laksanakan keadilan (seperti yang dituntut oleh Islam) adakah berdosa dan dipanggil Boneka DAP.

Bagaimana dengan 22,000 ekar tanah Sawit di Lekir Manjung yang Kerajaan UMNO/BN gadai kepada Tauke KL Kepong kerana tak boleh bayar hutang bank. Adakah tindakan sebegini kita katakan bela orang Melayu ! Mana pergi Kilang Simen Perak Hanjoong yang dijual pada Tauke YTL.

Semua orang tahu ramai pemimpin-pemimpin UMNO terlibat rasuah, Ketua Menteri Melaka, Ketua Pemuda UMNO dan ada 1,000 kes lagi yang belum selesai. Bahkan tindakan menjatuhkan Kerajaan Pakatan Rakyat dengan perangkap sex dan rasuah juga adalah perbuatan UMNO. Buat kerja jahat kononnya nak selamatkan Melayu.

“Wahai orang-orang yang beriman ! Bertaqwalah kamu kepada Allah dan hendaklah kamu berada bersama-sama orang yang benar (Al Quran : Al Taubah 119)

Rayuan daripada Saudaramu dalam Islam Dr. Hj. Khairuddin Bin Dato’ Abd. Malik. Pengerusi Badan Pertubuhan Islam Perak.



Tiada ulasan:

Catat Ulasan