1.Sebaik sahaja keputusan Pilihan raya kecil P059 diumumkan Timbalan Presiden UMNO Tan Sri Muhyiddin Yassin secara merendah diri mengakui keputusan itu sebagai keputusan rakyat dan akan melantik badan bebas untuk mengkaji sebab-sebab kekalahan UMNO/BN.Beliau juga sempat mengucapkan tahniah kepada PAS/PR.Semalam 12/4 di pagoh beliau meminta diberikan tempoh 2 tahun untuk memulihkan keyakinan rakyat kepada UMNO/BN.Syabas atas sikap demokratik beliau .
2.Dato' Seri Najib PM baru minggu lepas menyatakan bahawa beliau mahu anggota-anggota kabinetnya melupakan zaman bahawa kerajaan tahu semua.Pandangan rakyat mesti dikongsi dan dihormati.Juga satu permulaan yang baik bagi seorang PM baru.
3.Semalam di Padang Rengas Dato' Nazri Aziz Menteri di JPM menyeru UMNO untuk bekerja terus dengan pengundi bukan Melayu bagi mendapatkan sokongan.Jangan mengharapkan MCA atau MIC.Sedikit kesilapan beliau apabila menyalahkan penyokong-penyokong PAS/PR atas kekalahan UMNO/BN.Kononnya kebanjiran kenderaan-kenderaan yang membawa bendera PAS dari luar PERAK telah mengganggu proses membawa pengundi BN ke tempat membuang undi.Alasan yang agak bodoh.
4.Hari ini dalam Berita Harian dilaporkan Dr.Zambry MB kerajaan pintu belakang BN menuduh pembohongan PAS/PR kepada pengundi-pengudi bukan Melayu khususnya orang Cina sebagai punca kekalahan UMNO/BN.Beliau menuduh orang-orang bukan Melayu percaya penipuan PR yang tegas mempertahankan bahawa kerajaan BN ditubuhkan melalui rampasan KUASA.
5.Dato' Zambry terus menuduh kerajaan PERAK di bawah pimpinan PR sebagai boneka DAP.Alasannya kerana Dato' Seri Nizar menang di Bukit Gantang dengan sokongan tinggi orang-orang Cina.
6.Nampak sangat Dato' Zambry seorang " Pemimpin Berjiwa Kecil " dah la kalah tak nak mengaku , salahkan orang Cina pula.Adakah beliau menyangka orang-orang Cina begitu bodoh untuk senang ditipu.Kalau selama ini UMNO/BN mendapat sokongan majoriti orang-orang Cina tak siapa menuduh mereka boneka Cina ataupun orang Cina tertipu oleh dakyah UMNO/BN.
7.Alasan penolakan orang bukan Melayu kepada UMNO/BN adalah kerana mereka terdedah dengan maklumat.Akhbar mereka lebih bebas dengan maklumat-maklumat terkini.Orang-orang Melayu terutamanya golongan wanita sebaliknya banyak bergantung kepada maklumat putar belit TV3 dan Utusan Malaysia.Tunggulah masa apabila orang-orang melayu pun terdedah dengan maklumat terkini.Masa itu baik Cina,Melayu,India,Orang Asli pun akan menolak UMNO/BN.Beranikah UMNO menghadapi Pilihan raya tanpa bantuan TV3.
8.Berkenaan dengan PAS boneka DAP satu debat telah dianjurkan pada 6/4 di Bukit Gantang atas tajuk " UMNO PEMBELA MELAYU , PAS BONEKA ....... ".Malangnya wakil UMNO tidak berani tunjuk muka.Pengecut!!!Yang mereka minat adalah menganjurkan Tarian SEPARUH BOGEL di Kuala Sepetang.Lepas itu buat kenyataan Tarian SEPARUH BOGEL itu adalah budaya orang Cina.Nampak sangat Jahil tentang budaya Cina.Tidak hairanlah orang Cina undi PAS.Bagi orang Cina UMNO/BN adalah Parti yang menipu Rakyat dan memutar belitkan budaya orang-orang Cina.
9.Dr. Zambry sebenarnya menentang arahan BOS beliau Dato' Najib yang mengutarakan konsep 1 MALAYSIA.Sedangkan Dr. Zambry masih tebal dengan emosi perkauman dan jahil budaya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan