sekadar renungan bersama..

Jumaat, 3 April 2009

UMNO pembela Melayu , PAS boneka

1.Setelah 2 bulan peristiwa rampasan kuasa UMNO/BN menumbangkan kerajaan Pakatan Rakyat di Perak.Dua isu utama yang dijaja oleh UMNO untuk menjustifikasikan tindakan mereka adalah PAS boneka DAP.Dato' Seri Ir Nizar Jamaluddin adalah penderhaka Raja.Isu menderhaka raja sudah dijawab oleh pelbagai pihak dan watak-watak seperti Dr.Mahathir , Dato' Anuar Musa ( Kelantan ) , Dato' Idris Jusoh , Shahidan Kasim ( Perlis ) dan Tan Sri Ghazali Jawi ( Perak ) sangat terkenal dengan sejarah penderhakaan mereka kepada Raja-Raja Melayu di negeri masing-masing.Semua mereka adalah pemimpin UMNO.

2.Menjelang hari pengundian 7 April 09 bagi PRK P059 Bukit Gantang pihak NGO-NGO Islam di negeri Perak akan menganjurkan Debat Politik bertajuk "UMNO BELA MELAYU , PAS BONEKA....."Dato' Zahid Hamidi , Naib Presiden UMNO dan Dato' Paduka Husam Musa , Naib Presiden PAS telah dijemput untuk berdebat atas tajuk yang dinyatakan.Harap-harap tiada yang menguzurkan diri supaya pengudi-pengudi di Bukit Gantang dapat merungkaikan jawapan kepada isu tersebut.

3.Mari kita melihat beberapa fakta perbandingan antara tahun 2007 (BN) memerintah dan 2008 (Pakatan Rakyat) memerintah.

KUTIPAN ZAKAT HASIL PEROLEHAN KERAJAAN (CUKAI )
2007 - 40.8 JUTA 2007 - 539 JUTA
2008 - 57 JUTA 2008 - 636 JUTA


PELABURAN ASING HASIL CUKAI KAYU BALAK
2007 - 2.034 BILLION 2007 - 16 JUTA
2008 - 3.130 BILLION 2008 - 40 JUTA

4.Mari kita melihat antara pembelanjaan bagi program kebajikan rakyat sepanjang 2008.

i. 1.3 JUTA Bantuan Segera untuk Sekolah Agama Rakyat ( SAR ) , 4.09 JUTA untuk Elaun
Penyelia dan Guru KAFA , 250 Ribu untuk Elaun Guru-guru tadika Islam.
ii. Bantua dermasiswa sebanyak RM 1000 untuk lebih 5000 pelajar Perak yang memasuki
IPTA.
iii. Bantuan ribet air percuma sebanyak 20 meter padu pada lebih 7 ribu keluarga miskin
kurang dari 750 sebulan.
iv. Menambah Elaun Ketua Kampung yang dipilih oleh rakyat ( UMNO lantik melalui Ketua
Bahagian ) daripada RM 200 kepada RM 400 dan memperkenalkan Elaun kepada
Setiausaha JKKK sebanyak RM 200 sebulan ( UMNO tak pernah bayar ).
v. Bantuan Skim Takaful Kifalah sebanyak RM 1000 kepada warga tua 65 tahun ke atas
tanpa mengira bangsa atau agama.
vi. Bantuan makanan sebanyak RM 2 JUTA kepada rakyat miskin tegar.

5.Rakyat boleh menilai pencapaian Pakatan Rakyat walaupun hanya memerintah perak selama 325 hari.Jika kutipan zakat naik , Sekolah Agama dibantu ( UMNO dulu sekat bantuan ) dan majoriti rakyat miskin dan pelajar IPTA yang mendapat bantuan kerajaan Pakatan Rakyat adalah orang-orang Melayu dilebalkan sebagai BONEKA DAP apa komen anda apabila UMNO gadaikan 22 ribu ekar tanah kepada KLK saudagar cina dari KL.Kalau UMNO gadaikan Melayu , bahasa yang digunakan adalah UMNO pembela Melayu.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan