sekadar renungan bersama..

Ahad, 26 Julai 2009

Lilin Faktor kemenangan UMNO/BN

1)Banyak faktor & isu-isu yg ditimbangkan oleh UMNO sebelum mereka berani bubarkan DUN Perak untuk beri kembali kuasa penetu kepada rakyat.JANGAN TERTIPU !! UMNO sering mempertahankan bahawa kerajaan BN Perak sekarang adalah SAH ! Mana ada rampasan kuasa kata Zambry.Tetapi rakyat telah mengajar mereka satu iktibar yang mahal.Bentuk kerajaan mesti melalui pilihannya.Zambry sangat terasa dimanapun beliau pergi rakyat menolak kahadiran beliau.Sampai sekarangpun EXCO-EXCO kerajaan BN masih tak berani nak cetak 'letterhead' masing-masing.Hanya main cop rubber stamp saje.

2)Yang paling merunsingkan Zambry sekarang ialah ada orang yg lebih berkuasa drpd beliau.Orang itu Jamaluddin Radzi ADUN katak lompat dari Behrang.Zambry semacam diugut oleh Jamaluddin untuk mendapat pulangan maximum drpd pelaburan beliau.Berjuta-juta YEOP !! Itulah balasan berkawan dengan orang jahat.

3)Nak bubar DUN takut kalah , kalau tak bubar nak mentadbir negeri pun susah , tak ada MARUAH ! Puak-puak UMNO naik bengang.Beberapa lama , berapa pulus nak layan nafsu Jamaluddin.Orang UMNO kata kami kerja bermati-matian untuk UMNO tak dapat apa-apa.

4)Tiba-tiba dapat isu yang dikira-kira menguntungkan UMNO/BN.Tentu rakyat melayu akan marah pada YB Nizar dan tolak PAS kerana lakukan dosa besar - pegang lilin dalam majlis protes kematian Teoh Beng Hock semasa dalam siasatan SPRM (Siapa peduli Rakyat Mati).

5)Pantas seperti kilat ulama'-ulama' pimpinan UMNO ambil kesempatan.Pegang lilin sebegitu hukumnya syirik/dosa besar.Minta ulama' PAS jatuhkan hukum.

6)Banyak orang jawab - macam-macam jawapannya.Saya sendiri bercakap dengan YB Nizar & beliau berikan penjelasan.Nasihat kita selepas dengar penjelasan adalah "pegang lilin dalam acara protes bukanlah upacara agama tetapi simbol yang diiktiraf banyak pihak diseluruh dunia.Tetapi dalam keadaan yang ada (rakyat tak berilmu dan media beragenda jahat) acara tersebut boleh mendatangkan fitnah !! Minta semua pimpinan PAS berhati-hati.Kalau fitnah terbentang , elakkan".

7)Jawapan saya adalah dalam bentuk soalan tetapi kena ingat sejarah.

a)Beberapa tahun dahulu isteri Khir Toyo pasang pelita Deepavali.Tajol Rosli tak pasang tetapi turut serta dalam acara sebegitu.Apa hukumnya?

b)Ramai pimpinan-pimpinan UMNO langgar larangan fatwa , kalungkan bunga di Tugu Negara.Apa hukumnya?

c)Exco kerajaan haram BN bawa bomoh dalam dewan DUN Perak.Apa hukumnya?

d)Rampas kuasa dengan perangkap SEX & rasuah.UMNO terbabit dan terjebak sekarang.Apa hukumnya?

e)Rakyat Malaysia & pelancung asing mati dalam tahanan polis dan SPRM (Teoh , Kugan , Altantuya dan banyak lagi) Apakah pimpinan-pimpinan UMNO bersih ??

Ada kata-kata bistari :

Orang yg tinggal dalam rumah kaca , janganlah campak batu keluar rumah . Cermin lah muka

A person who stays in a glass house , should'nt throw a stone outside the house .

Sabtu, 18 Julai 2009

SPRM = Samseng pendera rakyat Malaysia !

Berikutan kematian tragis Sdr. Teoh Beng Hock 3 hari lepas di kawasan premis banggunan SPRM Selangor , beberapa persoalan perlu dijawab dan didedahkan kepada rakyat.

i)Adakah Siasatan SPRM bersikap professional atau bermotif 'mala fide'.Penyiasat professional akan menerima saksi/tertuduh seadanya tetapi penyiasat 'mala fide' (berniat jahat) akan sanggup mendera/mengugut bahkan 'terbunuh ' subjek jika bukti yang diharapkan tidak diperolehi.

ii)Apa keperluan untuk melakukan siasatan interogasi sehingga jam 4.00 pagi , kalau bukan untuk tujuan mendera.Tak cukupkah setakat 12 malam dan besok boleh panggil kembali.Insaflah pegawai-pegawai penyiasat SPRM anda adalah Muslim dan tanggungjawab utama anda adalah kepada Allah dan bukan kepada UMNO.

iii)Setelah terbukti kejelekan peranan SPRM dalam membantu UMNO merampas kuasa di Perak (dengan perangkap SEX dan keengganan SPRM menyiasat perasuah UMNO dan penerima rasuah Jamaluddin dan Osman) , kini SPRM menjadi alat terbaru dan barua terkini UMNO/BN untuk bertarung dengan kerajaan Pakatan Rakyat di Selangor.Mission SPRM di Selangor adalah untuk menimbulkan krisis keyakinan rakyat terhadap integriti kerajaan PR di Selangor.Akhirnya pengundi akan berkata kalau PR pun rasuah lebih baik pilih BN yang dah terbukti rasuah lebih 50 tahun!

iv)Kalau nak banteras rasuah , gunalah kaedah FIQH jenayah Islam.Jangan ZALIM !! Jangan pilih KASEH !! Jangan bezakan orang UMNO/BN dengan rakyat lain.Skandel-skandel UMNO terlalu banyak.Bank Bumiputra (18 Billion) , Perwaja Steel Terengganu (12 billion) , Port Klang FZ (12 Billion) , rumah Khir Toyo (lebih 10 juta) , Tan Sri Musa Hasan KPN (dituduh melindungi penjenayah) , Ali Rustam dan Khairy Jamaluddin (sahih merasuah perwakilan UMNO) , Dr.Zambry MB Haram di Perak (salah guna duit kerajaan Perak untuk cetak bahan kempen UMNO di Bukit Gantang.Oh !! Bertimbun-timbun senarai rasuah pemimpin UMNO/BN kenapa tak siasat ?! Di pahamkan mendiang Sdr. Teoh disiasat sampai mati kerana isu beli bendera Malaysia berjumlah RM 2400 sahaja.Pulak tu bendera-bendera tersebut diagih kepada rakyat sempena hari kemerdekaan 2008.

v)Rakyat bukan bodoh , nanti pemimpin-pemimpin UMNO yang sudah dibenci rakyat akan dikencing rakyat pula kerana memperalatkan SPRM untuk tujuan politik samseng dan kotor mereka.

vi)UMNO kena lawan PAS/PKR/DAP dengan kekuatan hujah dan prestasi kepada rakyat.Tak payah lah salah guna SPRM.Tetapi kalau pegawai-pegawai SPRM khususnya Pesuruhjayanya , rela untuk jadi alat dan perkakas UMNO maknanya anda lebih hina daripada ulat taik.

DAN JIKA KAMU MENURUTI KEBANYAKAN ORANG-ORANG DI MUKA BUMI INI,NESCAYA MEREKA AKAN MENYESATKANMU DARI JALAN ALLAH.MEREKA TIDAK LAIN HANYALAH PERSANGKAAN BELAKA ,DAN MEREKA TIDAK LAIN HANYALAH BERDUSTA(TERHADAP ALLAH)
maksud al-quran Al-An'aam:116

Jumaat, 17 Julai 2009

Setiausaha politik exco kerajaan Selangor, Ean Yong Hian Wah, terbunuh selepas dipercayai jatuh bangunan pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Selangor di Shah Alam.

NONEMayat Teoh Beng Hock, 30, ditemui di atas bumbung bangunan bersebelahan pejabat suruhanjaya tersebut.

Semalam Teoh telah dibawa ke pejabat tersebut untuk disoal siasat berhubung dakwaan salah guna wang peruntukan DUN membabitkan beberapa ADUN Pakatan Rakyat negeri itu.

(foto: Teoh, kanan, bersama Ean Yong berbual dengan pegawai siasatan di pejabat exco itu)


Berikutan berita mengejut dan luar biasa tersebut, para pemimpin Pakatan, termasuk Ean, bergegas ke bangunan tersebut.

Pemimpin DAP lain yang berada di pejabat SPRM termasuk exco kerajaan Selangor, Ronnie Liu; Speaker DUN Teng Chang Khim dan ahli parlimen Petaling Jaya Selatan, Tony Pua.

Liu and Teng mengesahkan bahawa mayat itu mendiang Teoh.

Sewaktu ditemui, mendiang berbaju biru bersama kot hitam dan seluar putih.

Dalam sidang media di pejabat SPRM negeri itu, Pengarah Siasatan SPRM Datuk Shukri Abdull berkata mayat ditemui jam 1.30 tengah hari ini.

NONEDitanya bagaimana mendiang ditemui, beliau berkata seorang pegawai suruhanjaya ke tempat kejadian selepas mendengar jeritan seseorang tentang mayat itu.

Menurutnya lagi, siasatan terhadap Teoh - sebagai saksi kes - selesai kira-kira 3.45 pagi tadi tetapi dilihat masih berada di bangunan tersebut sekitar jam 6 pagi.

SPRM tidak jelas sama ada beliau mati akibat terjatuh atau terjun dari bangunan tersebut.

Sementara itu, SPRM mengesahkan sedang menyiasat empat ADUN Selangor berhubung dakwaan salah guna peruntukan wakil rakyat.

Shukri mengesahkan suruhanjaya itu semalam menyerbu empat pejabat ADUN berkenaan dan meneliti beberapa dokumen bagi membantu siasatan, lapor laman web Utusan Malaysia.

"(Siasatan) itu prosedur biasa. Kalau kita terima apa-apa aduan, memang kita akan ke pejabat atau rumah mereka," katanya kepada pemberita di Akademi SPRM hari ini.Sementara itu, peguam M Manoharan, yang menemani Teoh ke pejabat SPRM semalam berkata, mendiang kelihatan biasa dan tidak menunjukkan sebarang tanda menghadapi sebarang tekanan.

"Dia nampak gembira dan tenang. Saya menasihatkannya bagaimana hendak mengendalikan soal siasat tersebut kerana saya tidak dibenarkan untuk bersamanya" katanya.

Manoharan, yang juga ADUN Kota Alam Shah kali terakhir melihat Teo pada kira-kira jam 7 petang semalam.

Setakat jam 6 petang ini, mayat Teo masih berada di atas bumbung tempat dia jatuh.

Komputer riba Teo dirampas


Pejabat Ean telah diserbu SPRM semalam di mana sebuah komputer riba milik Teoh dan sebuah komputer meja telah dirampas.

SPRM juga menyerbu pejabat ADUN Kampung Tunku, Lau Weng San.

Selain Ean dan Lau, lima lagi wakil rakyat Pakatan turut disiasat, iaitu Teresa Kok (Kinrara), Hannah Yeoh (Subang), Elizabeth Wong (Bukit Lanjan), Dr Cheah Wing Yin (Damansara Utama) and Edward Lee (Bukit Gasing).

SPRM sebelum itu telah menyoal siasat beberapa orang, termasuk pembantu lima wakil rakyat - Ean, Lau, Kok, Wong dan Yeoh.

Wakil rakyat Pakatan Selangor masing-masing diberi RM500,000 setahun untuk membiayai program kemasyarakatan di kawasan masing-masing. SPRM mendakwa dana tersebut telah disalahguna.

R Sivarasa, yang juga ahli parlimen Subang berkata, kematian Teoh berlaku dalam keadaan yang meragukan.

"Sehingga ini, kita mempertanggungjawab SPRM terhadap kematian tersebut sehingga kita mendapat penjelasan yang memuaskan," katanya.
_____________________________________________________________________

KUALA LUMPUR, 17 Julai (Hrkh)- PAS mendesak supaya ditubuhkan sebuah suruhanjaya bebas bagi menyiasat kematian misteri Teo Beng Hock di pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Selangor di Shah Alam, semalam.

Naib Presidennya, Salahuddin Ayob menegaskan kematian penuh misteri Setiausaha politik exco kerajaan Selangor, Ean Yong Hian Wah perlu siasatan rapi dan penjelasan daripada pihak berkuasa.

Tegas beliau lagi, kematian Teo menyebabkan rakyat semakin curiga terhadap SPRM yang telah lama prestasi mereka dipertikaikan.

"Agak pelik bila selesai siasatan kira-kira pukul 3.45 pagi, mendiang enggan pulang ke rumah sebaliknya meminta untuk berehat di pejabat SPRM.

"Kebiasaannya sesiapa saja yang dipanggil untuk siasatan akan segera pulang bila sudah selesai disoal siasat tetapi kali ini agak pelik bila Pengarah Siasatan SPRM Dato' Shukri Abdull mengatakan mendiang minta untuk berehat di pejabat SPRM.

"Kematian ini penuh misteri dan kerana itu, PAS mendesak agar sebuah suruhanjaya bebas ditubuhkan untuk menyiasat kes ini agar rakyat dapat mengetahui apa sebenarnya yang berlaku," tegas beliau.

Tambah beliau lagi, Teo menemui ajal ketika masih dibawah pengawasan SPRM dan kerana itu suruhajaya tersebut perlu bertanggungjawab sepenuhnya atas kematian mendiang.

Salahuddin juga menjelaskan bagi pihak PAS, beliau mengucapkan takziah kepada keluarga dan tunang mediang Teo.

Pada 15 Julai, lima anggota SPRM menyerbu pejabat salah seorang daripada anggota exco negeri itu serta merampas beberapa dokumen termasuk sebuah komputer riba dan unit pemprosesan pusat (CPU).

Hari yang sama juga, Teo telah dibawa ke pejabat SPRM Selangor untuk disoal siasat berhubung dakwaan salah guna wang peruntukan DUN membabitkan beberapa Adun Pakatan Rakyat negeri itu.

Peguam M Manoharan, yang menemani Teo ke pejabat SPRM pada hari tersebut berkata, mendiang kelihatan biasa dan tidak menunjukkan sebarang tanda menghadapi sebarang tekanan.

Kejadian terbaru ini telah menambahkan keraguan rakyat terhadap SPRM kerana sebelum ini terdapat individu yang mendakwa dikasari oleh pegawai-pegawai suruhanjaya tersebut.

Pada Januari lepas, individu bernama Halimi Kamaruzzaman membuat laporan polis di Balai Polis Petaling Jaya dan mendakwa dirinya telah didera dan dipaksa oleh pegawai-pegawai SPRM supaya mengakui Dato' Norza Zakaria terbabit dengan politik wang.- mr_

____________________________________________________________________

KUALA LUMPUR, 17 Julai (Hrkh) - Kerajaan Pakatan Rakyat Selangor amat terkejut dengan kematian setiausaha politik Exco Kerajaan Negeri Teoh Beng Hock yang didapati mati di Bangunan Plaza Masallam dan dalam tahanan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia(SPRM) petang semalam.

Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata Kerajaan Negeri turut merakamkan ucapan takziah kepada keluarga mendiang Teoh Beng Hock.

"Kematian Teoh merupakan akibat langsung daripada siri siasatan SPRM yang dijalankan secara selektif ke atas pegawai kerajaan, wakil rakyat dan agensi kerajaan negeri Pakatan Rakyat Selangor baru-baru ini.

"Ini bukan kali pertama pegawai kerajaan dipaksa untuk melalui siasatan yang berlanjutan oleh SPRM, namun kali ini, SPRM jelas telah melampaui batasan sehingga berlakunya kematian saksi," katanya dalam satu kenyataan kepada Harakahdaily. Khalid telah mengadakan satu Sidang Media Tergempar jam 8.30 malam di Bangunan Annexe, Shah Alam berhubung kejadian terbabit.

Katanya beliau turut menghubungi Ketua Polis Selangor dan bersetuju untuk membenarkan pakar patologi yang dilantik oleh Kerajaan Negeri untuk membantu siasatan polis.

Kerajaan Negeri juga bersedia untuk memberikan bantuan kepada keluarga mendiang Teoh untuk menguruskan pengendalian jenazah mendiang termasuk sokongan kewangan bagi meringankan kesedihan di pihak keluarga, katanya.- azm _

Jumaat, 10 Julai 2009

Retak menunggu pecah , Kerajaan Haram Perak !

1.Tanda-tanda semakin jelas kebatilan akhirnya akan musnah.Wujud syak wasangka diantara ketua kerajaan haram , Dr. Zambry Pangkor dengan YB Hamidah Sg. Rapat dan Ketua Penerangan Haram , Dato' Hamdi Pengkalan Bharu.

2.Memanglah Dr.Zambry bukan pemain utama dalam perancangan jahat , dan mungkar menjatuhkan kerajaan PR pimpinan Sdr.Nizar MB yang sah.Dalam perancangan memujuk , 'menggoda' dan menyorokkan Jamaluddin , Kapten Osman , Hee ( ADUN lompat ) YB Hamidah Sg. Rapat adalah pemain utama.Hebat Midah pecah rekod wanita UMNO Malaysia.Kelembutannya mencairkan Jamaluddin.

3.Dalam merancang kembalinya YB Nasaruddin Bota kepangkuan UMNO melalui penipuan kononnya Raja Muda Perak nak berjumpa Nasaruddin , yang memainkan peranan utama adalah Dato' Hamdi Pengkalan Bharu.Hebat Hamdi & Co. boleh jual nama Raja Muda.Kalau di negara Pasola dah kena pancung kerana menghina Raja.

4.Zambry Pangkor datang kemudian.Yang susah payah Hamidah & Co. tetapi Zambry yang untung besar.Tapi bagi Midah jadi EXCO kanan mengatasi Ramli Zahari Manong dan Sharani Kota Tampan dah merupakan 'achievement' yang besar.Cuma lulusan diploma aje.Tentu pimpinan UMNO Bahagian Gopeng naik cemburu.Apa ilmu yang Midah pakai ?

5.Namun tak masuk akal Zambry Pangkor tak tahu bahawa kerajaan yang beliau pimpin terbentuk melalui jalan-jalan mungkar :- Tipu , Culik , Ugut , Rasuah dan perancangan salah laku SEX.Maknanya kerajaan haram UMNO/BN adalah terbentuk dengan kaedah batil dan mungkar.Inilah yang roh Machiavelli terseksa teruk di alam barzakh kerana inisiatif mungkar yg beliau asaskan beratus-ratus tahun dahulu ditiru oleh generasi kemudian.Dosanya tertimpa juga kepada pelopor ajaran "tujuan menghalalkan cara".Itu yg hadis sebut , kalau mulakan perkara baik , pahalanya berpanjangan hingga hari kiamat , sebaliknya kalau mulakan perkara mungkar , dosanya berpanjangan juga hingga hari kiamat !

6.Nak mudah faham seolah-olah Zambry Pangkor guna duit haram bagi kerja yg harus/sunat etc.Macam orang pergi haji , guna duit rasuah atau duit judi.Kerja haji baik tapi sumbernya dari rezeki haram.Tak jadi ibadah.Atau jamu orang berbuka puasa dengan duit curi.Samalah dengan UMNO/BN yg mencuri kerajaan PR dan Zambry dengan rela ambil.Bukan setakat ambil tetapi seronok pula merestui kerajaan haram !!

7.Tetapi kerana kata aziamat "demi menjaga Melayu" segala yang Haram jadi harus.Paling pilu bila Dato' SS Mufti pun seolah-olah terlupa menyokong mungkar itu boleh menjejaskan iman.
Mana ada perpaduan atas nama kebatilan dan buktinya dah nampak.Pemimpin-pemimpin UMNO dah takut bayang-bayang sendiri hinggakan risau sangat Jamaluddin & Osman nak rujuk kembali sokong PR.Berapa lama mereka boleh 'kurung' Jamaluddin & Osman.Mereka memanglah pakar lompat dan opertunis tetapi mereka bukan budak-budak yang boleh disorok lama-lama , mereka adalah orang dewasa yg penuh nafsu.Nanti meletup !! Bila-bila mereka boleh berpaling tadah.

"Sesiapa yg melantik seseorang keatas satu kumpulan dan dikalangan mereka ada
orang yg lebih diredhai Allah daripada orang yg dilantik itu maka orang yg
melantiknya telah mengkhianati Allah dan Rasulnya dan para mukminin"
(Hadis riwayat al-Hakim)

Isnin, 6 Julai 2009

Apa khabar Islam Hadhari !

1.Sejak 3 bulan yang lepas , jarang sekali terdengar ungkapan 'ISLAM HADHARI' diucapkan oleh mana-mana individu di Malaysia.Dengan berakhirnya era Pak Lah Badawi maka berkuburlah Islam Hadhari.Nampak sangat kepalsuan Islam Hadhari yang cuba dipopularkan Pak Lah.

2.Antara penentang kuat Islam Hadhari adalah Dr.Mahathir dan Arwah Ghafar Baba.Najib sebenarnya sepanjang tempoh menjadi orang No 2 kepada Pak Lah tidak berminat dengan apa-apa kerja Islam apatah lagi Islam Hadhari.Kalau Dr.M tak setuju takkan Dato' Najib berani nak sanggah.

3.Terbaharu Menteri Agama, Dato' Jamil Khir menjawab satu persoalan oleh MP PAS tentang Islam Hadhari.Kata beliau 1Malaysia yang menjadi kata azimat Dato' Najib sekarang adalah kesinambungan Islam Hadhari.Konsepnya sama , falsafahnya sama tetapi penekanan , pendekatan dan pelaksanaan sedikit berbeza.Dengan kata lain 1 Malaysia tu lebih canggihlah kononnya.

4.Kesian Pak Lah , Imam Syafie dan Imam Ghazali yang dikejar keciciran.Yang tertinggal adalah fitnah-fitnah yang mengaibkan beliau , dalam kursus Biro Tata Negara (BTN) yang diselia oleh Ketua Penerangan UMNO Malaysia,secara terang-terangan Pak Lah di persalahkan sebagai punca kelesuan kemajuan Malaysia.Yang dipuji dan dipuja sekarang ialah Dr.M dan Dato Najib.

5.Begitulah nasib Islam Hadhari dan penciptanya,Pak Lah.Sesuatu yang batil itu tidak akan kekal lama dan pasti musnah.

6.Yang benar itu Islam,yang palsu itu Islam Hadhari.Yang permata itu Islam,yang kaca itu Islam Hadhari.Yang emas itu Islam,yang besi berkarat itu Islam Hadhari.

YANG BERKILAU ITU PERJUANGAN ISLAM DAN YANG KELAM ITU PERJUANGAN ASSOBIYAH MELAYU
SELAMAT TINGGAL UMNO!!


Sabtu, 4 Julai 2009

Kabinet UMNO/BN melanggar Hak Raja-Raja Melayu

1.Tahniah kepada majlis Raja-Raja Melayu yang menangguhkan keputusan tentang status agama anak-anak yang ibu atau bapanya meninggalkan agama asal dan memeluk Islam.Raja Melayu meminta kajian lanjut dan maklum balas daripada Majlis Agama Islam Negeri.

2.Terdahulu beberapa bulan yang lepas kabinet UMNO/BN yang dipimpin oleh Dato' Najib telah membuat keputusan yang bercanggah dengan perlembagaan persekutuan tentang isu tersebut.Perlembagaan mmemberikan hak menukar agama anak kepada ibu/bapa atau penjaga dan ini sesuai dengan kehendak Islam.Dengan sedikit tekanan daripada kumpulan Anti Syariah Islam (baik Melayu/bukan Melayu) tanpa rasa bersalah kabinet UMNO/BN telah membuat keputusan supaya agama anak-anak tersebut kekal dengan agama asal ketika ibu-bapa mereka berkahwin.

3.Keputusan tersebut sudahlah bercanggah dengan perlembagaan perkara 12(4).Lebih daripada itu kabinet telah menceroboh kuasa Raja Melayu yang memegang amanah agama sebagai ketua-ketua agama di negeri masing-masing.

4.UMNO/BN nak percepatkan kelulusan di Parlimen minggu ini dan Dato' Nazri Aziz beria-ia nak luluskan.Nampak sangat kekecewaan beliau apabila Majlis Raja-Raja Melayu menangguhkan keputusan tersebut.

5.Sedikit yang penulis nak komen adalah sikap Raja-Raja Melayu yang tidak tegas menangani sikap pemimpin-pemimpin UMNO yang tidak menghormati kuasa Raja-Raja Melayu.Ini bukan pertama kali.Pemimpin-pemimpin UMNO bukan sahaja tidak menghormati Raja-Raja Melayu tetapi pernah mengugut , mencerca dan menanamkan rasa kebencian rakyat kepada Raja-Raja Melayu.Episod 1992-1993 masih segar dalam ingatan orang-orang Melayu.

6.Berbeda apabila Dato' Seri Nizar 'TERLANJUR' mengarahkan Pengarah Jabatan Agama Islam , Dato' Jumri Suri supaya mengosongkan Jawatan serta-merta kerana tindakan membelakangkan EXCO/MB ketika itu.Istana Perak menzahirkan rasa tidak puas hati.Isu Pengarah JAIP secara perbandingan adalah kecil berbanding dengan pencerobohan UMNO/BN & sikap gengster UMNO kepada Raja-Raja Melayu.Anehnya Raja-Raja Melayu tidak pula merasa tersinggung atau memang pasrah untuk dilakukan apa saja oleh UMNO !!

7.Kemulian Raja-Raja Melayu mestilah diperlihara dan langkah pertama yang perlu dibuat oleh Raja-Raja Melayu adalah bersikap tegas dan berlaku adil kepada seluruh rakyat yang mengharapkan kepimpinan beginda-baginda Raja.Raja-Raja Melayu haruslah mencontohi keperibadian junjungan besar Rasulullah S.A.W.Sebagai ketua agama itu sahaja pilihan terbaik buat baginda semua.Kita doakan bersama agar Raja-Raja Melayu diberikan Taufiq dan Hidayah oleh Allah S.W.T.
'AMIN'