sekadar renungan bersama..

Isnin, 6 Julai 2009

Apa khabar Islam Hadhari !

1.Sejak 3 bulan yang lepas , jarang sekali terdengar ungkapan 'ISLAM HADHARI' diucapkan oleh mana-mana individu di Malaysia.Dengan berakhirnya era Pak Lah Badawi maka berkuburlah Islam Hadhari.Nampak sangat kepalsuan Islam Hadhari yang cuba dipopularkan Pak Lah.

2.Antara penentang kuat Islam Hadhari adalah Dr.Mahathir dan Arwah Ghafar Baba.Najib sebenarnya sepanjang tempoh menjadi orang No 2 kepada Pak Lah tidak berminat dengan apa-apa kerja Islam apatah lagi Islam Hadhari.Kalau Dr.M tak setuju takkan Dato' Najib berani nak sanggah.

3.Terbaharu Menteri Agama, Dato' Jamil Khir menjawab satu persoalan oleh MP PAS tentang Islam Hadhari.Kata beliau 1Malaysia yang menjadi kata azimat Dato' Najib sekarang adalah kesinambungan Islam Hadhari.Konsepnya sama , falsafahnya sama tetapi penekanan , pendekatan dan pelaksanaan sedikit berbeza.Dengan kata lain 1 Malaysia tu lebih canggihlah kononnya.

4.Kesian Pak Lah , Imam Syafie dan Imam Ghazali yang dikejar keciciran.Yang tertinggal adalah fitnah-fitnah yang mengaibkan beliau , dalam kursus Biro Tata Negara (BTN) yang diselia oleh Ketua Penerangan UMNO Malaysia,secara terang-terangan Pak Lah di persalahkan sebagai punca kelesuan kemajuan Malaysia.Yang dipuji dan dipuja sekarang ialah Dr.M dan Dato Najib.

5.Begitulah nasib Islam Hadhari dan penciptanya,Pak Lah.Sesuatu yang batil itu tidak akan kekal lama dan pasti musnah.

6.Yang benar itu Islam,yang palsu itu Islam Hadhari.Yang permata itu Islam,yang kaca itu Islam Hadhari.Yang emas itu Islam,yang besi berkarat itu Islam Hadhari.

YANG BERKILAU ITU PERJUANGAN ISLAM DAN YANG KELAM ITU PERJUANGAN ASSOBIYAH MELAYU
SELAMAT TINGGAL UMNO!!


Tiada ulasan:

Catat Ulasan