sekadar renungan bersama..

Sabtu, 4 Julai 2009

Kabinet UMNO/BN melanggar Hak Raja-Raja Melayu

1.Tahniah kepada majlis Raja-Raja Melayu yang menangguhkan keputusan tentang status agama anak-anak yang ibu atau bapanya meninggalkan agama asal dan memeluk Islam.Raja Melayu meminta kajian lanjut dan maklum balas daripada Majlis Agama Islam Negeri.

2.Terdahulu beberapa bulan yang lepas kabinet UMNO/BN yang dipimpin oleh Dato' Najib telah membuat keputusan yang bercanggah dengan perlembagaan persekutuan tentang isu tersebut.Perlembagaan mmemberikan hak menukar agama anak kepada ibu/bapa atau penjaga dan ini sesuai dengan kehendak Islam.Dengan sedikit tekanan daripada kumpulan Anti Syariah Islam (baik Melayu/bukan Melayu) tanpa rasa bersalah kabinet UMNO/BN telah membuat keputusan supaya agama anak-anak tersebut kekal dengan agama asal ketika ibu-bapa mereka berkahwin.

3.Keputusan tersebut sudahlah bercanggah dengan perlembagaan perkara 12(4).Lebih daripada itu kabinet telah menceroboh kuasa Raja Melayu yang memegang amanah agama sebagai ketua-ketua agama di negeri masing-masing.

4.UMNO/BN nak percepatkan kelulusan di Parlimen minggu ini dan Dato' Nazri Aziz beria-ia nak luluskan.Nampak sangat kekecewaan beliau apabila Majlis Raja-Raja Melayu menangguhkan keputusan tersebut.

5.Sedikit yang penulis nak komen adalah sikap Raja-Raja Melayu yang tidak tegas menangani sikap pemimpin-pemimpin UMNO yang tidak menghormati kuasa Raja-Raja Melayu.Ini bukan pertama kali.Pemimpin-pemimpin UMNO bukan sahaja tidak menghormati Raja-Raja Melayu tetapi pernah mengugut , mencerca dan menanamkan rasa kebencian rakyat kepada Raja-Raja Melayu.Episod 1992-1993 masih segar dalam ingatan orang-orang Melayu.

6.Berbeda apabila Dato' Seri Nizar 'TERLANJUR' mengarahkan Pengarah Jabatan Agama Islam , Dato' Jumri Suri supaya mengosongkan Jawatan serta-merta kerana tindakan membelakangkan EXCO/MB ketika itu.Istana Perak menzahirkan rasa tidak puas hati.Isu Pengarah JAIP secara perbandingan adalah kecil berbanding dengan pencerobohan UMNO/BN & sikap gengster UMNO kepada Raja-Raja Melayu.Anehnya Raja-Raja Melayu tidak pula merasa tersinggung atau memang pasrah untuk dilakukan apa saja oleh UMNO !!

7.Kemulian Raja-Raja Melayu mestilah diperlihara dan langkah pertama yang perlu dibuat oleh Raja-Raja Melayu adalah bersikap tegas dan berlaku adil kepada seluruh rakyat yang mengharapkan kepimpinan beginda-baginda Raja.Raja-Raja Melayu haruslah mencontohi keperibadian junjungan besar Rasulullah S.A.W.Sebagai ketua agama itu sahaja pilihan terbaik buat baginda semua.Kita doakan bersama agar Raja-Raja Melayu diberikan Taufiq dan Hidayah oleh Allah S.W.T.
'AMIN'

Tiada ulasan:

Catat Ulasan