2)Yang paling merunsingkan Zambry sekarang ialah ada orang yg lebih berkuasa drpd beliau.Orang itu Jamaluddin Radzi ADUN katak lompat dari Behrang.Zambry semacam diugut oleh Jamaluddin untuk mendapat pulangan maximum drpd pelaburan beliau.Berjuta-juta YEOP !! Itulah balasan berkawan dengan orang jahat.
3)Nak bubar DUN takut kalah , kalau tak bubar nak mentadbir negeri pun susah , tak ada MARUAH ! Puak-puak UMNO naik bengang.Beberapa lama , berapa pulus nak layan nafsu Jamaluddin.Orang UMNO kata kami kerja bermati-matian untuk UMNO tak dapat apa-apa.
4)Tiba-tiba dapat isu yang dikira-kira menguntungkan UMNO/BN.Tentu rakyat melayu akan marah pada YB Nizar dan tolak PAS kerana lakukan dosa besar - pegang lilin dalam majlis protes kematian Teoh Beng Hock semasa dalam siasatan SPRM (Siapa peduli Rakyat Mati).
5)Pantas seperti kilat ulama'-ulama' pimpinan UMNO ambil kesempatan.Pegang lilin sebegitu hukumnya syirik/dosa besar.Minta ulama' PAS jatuhkan hukum.
6)Banyak orang jawab - macam-macam jawapannya.Saya sendiri bercakap dengan YB Nizar & beliau berikan penjelasan.Nasihat kita selepas dengar penjelasan adalah "pegang lilin dalam acara protes bukanlah upacara agama tetapi simbol yang diiktiraf banyak pihak diseluruh dunia.Tetapi dalam keadaan yang ada (rakyat tak berilmu dan media beragenda jahat) acara tersebut boleh mendatangkan fitnah !! Minta semua pimpinan PAS berhati-hati.Kalau fitnah terbentang , elakkan".
7)Jawapan saya adalah dalam bentuk soalan tetapi kena ingat sejarah.
a)Beberapa tahun dahulu isteri Khir Toyo pasang pelita Deepavali.Tajol Rosli tak pasang tetapi turut serta dalam acara sebegitu.Apa hukumnya?
b)Ramai pimpinan-pimpinan UMNO langgar larangan fatwa , kalungkan bunga di Tugu Negara.Apa hukumnya?
c)Exco kerajaan haram BN bawa bomoh dalam dewan DUN Perak.Apa hukumnya?
d)Rampas kuasa dengan perangkap SEX & rasuah.UMNO terbabit dan terjebak sekarang.Apa hukumnya?
e)Rakyat Malaysia & pelancung asing mati dalam tahanan polis dan SPRM (Teoh , Kugan , Altantuya dan banyak lagi) Apakah pimpinan-pimpinan UMNO bersih ??
Ada kata-kata bistari :
Orang yg tinggal dalam rumah kaca , janganlah campak batu keluar rumah . Cermin lah muka
A person who stays in a glass house , should'nt throw a stone outside the house .
Tiada ulasan:
Catat Ulasan