sekadar renungan bersama..

Sabtu, 18 Julai 2009

SPRM = Samseng pendera rakyat Malaysia !

Berikutan kematian tragis Sdr. Teoh Beng Hock 3 hari lepas di kawasan premis banggunan SPRM Selangor , beberapa persoalan perlu dijawab dan didedahkan kepada rakyat.

i)Adakah Siasatan SPRM bersikap professional atau bermotif 'mala fide'.Penyiasat professional akan menerima saksi/tertuduh seadanya tetapi penyiasat 'mala fide' (berniat jahat) akan sanggup mendera/mengugut bahkan 'terbunuh ' subjek jika bukti yang diharapkan tidak diperolehi.

ii)Apa keperluan untuk melakukan siasatan interogasi sehingga jam 4.00 pagi , kalau bukan untuk tujuan mendera.Tak cukupkah setakat 12 malam dan besok boleh panggil kembali.Insaflah pegawai-pegawai penyiasat SPRM anda adalah Muslim dan tanggungjawab utama anda adalah kepada Allah dan bukan kepada UMNO.

iii)Setelah terbukti kejelekan peranan SPRM dalam membantu UMNO merampas kuasa di Perak (dengan perangkap SEX dan keengganan SPRM menyiasat perasuah UMNO dan penerima rasuah Jamaluddin dan Osman) , kini SPRM menjadi alat terbaru dan barua terkini UMNO/BN untuk bertarung dengan kerajaan Pakatan Rakyat di Selangor.Mission SPRM di Selangor adalah untuk menimbulkan krisis keyakinan rakyat terhadap integriti kerajaan PR di Selangor.Akhirnya pengundi akan berkata kalau PR pun rasuah lebih baik pilih BN yang dah terbukti rasuah lebih 50 tahun!

iv)Kalau nak banteras rasuah , gunalah kaedah FIQH jenayah Islam.Jangan ZALIM !! Jangan pilih KASEH !! Jangan bezakan orang UMNO/BN dengan rakyat lain.Skandel-skandel UMNO terlalu banyak.Bank Bumiputra (18 Billion) , Perwaja Steel Terengganu (12 billion) , Port Klang FZ (12 Billion) , rumah Khir Toyo (lebih 10 juta) , Tan Sri Musa Hasan KPN (dituduh melindungi penjenayah) , Ali Rustam dan Khairy Jamaluddin (sahih merasuah perwakilan UMNO) , Dr.Zambry MB Haram di Perak (salah guna duit kerajaan Perak untuk cetak bahan kempen UMNO di Bukit Gantang.Oh !! Bertimbun-timbun senarai rasuah pemimpin UMNO/BN kenapa tak siasat ?! Di pahamkan mendiang Sdr. Teoh disiasat sampai mati kerana isu beli bendera Malaysia berjumlah RM 2400 sahaja.Pulak tu bendera-bendera tersebut diagih kepada rakyat sempena hari kemerdekaan 2008.

v)Rakyat bukan bodoh , nanti pemimpin-pemimpin UMNO yang sudah dibenci rakyat akan dikencing rakyat pula kerana memperalatkan SPRM untuk tujuan politik samseng dan kotor mereka.

vi)UMNO kena lawan PAS/PKR/DAP dengan kekuatan hujah dan prestasi kepada rakyat.Tak payah lah salah guna SPRM.Tetapi kalau pegawai-pegawai SPRM khususnya Pesuruhjayanya , rela untuk jadi alat dan perkakas UMNO maknanya anda lebih hina daripada ulat taik.

DAN JIKA KAMU MENURUTI KEBANYAKAN ORANG-ORANG DI MUKA BUMI INI,NESCAYA MEREKA AKAN MENYESATKANMU DARI JALAN ALLAH.MEREKA TIDAK LAIN HANYALAH PERSANGKAAN BELAKA ,DAN MEREKA TIDAK LAIN HANYALAH BERDUSTA(TERHADAP ALLAH)
maksud al-quran Al-An'aam:116

Tiada ulasan:

Catat Ulasan