1.Hampir semua 'event' - politik , sosial , pendidikan dll cuba dikaitkan dengan perkauman Melayu.Melayu sangat terancam kewujudannya kerana orang Cina khususnya dan juga orang India sedang mengatur agenda demi agenda menyingkirkan Melayu dari persada kuasa di negara tercinta ini.
Itulah hujjah UMNO yang dijaja keseluruh antara negara.
Apa buktinya ?
2.Pertama : Orang Cina menjadi Ketua Menteri di Pulau Pinang dan orang India menjadi speaker di DUN Perak.Dalam Tahalluf siasi PAS & Pakatan Rakyat kesemuanya Cina menguasai.
3.Kedua : Orang2 Cina & India kononnya kerap mengeluarkan kenyataan2 & tuntuntan2 bersifat perkauman.Ada yang meminta tanah untuk sekolah2 persendirian Cina , minta tanah untuk kuil Hindu.Karpal Singh pula dimaki oleh pemuda2 UMNO kerana bercadang nak bawa Sultan ke Mahkamah atas isu krisis Perak.
4.Ketiga : Orang2 Cina dah melampau kerana mencabar institusi2 kerajaan seperti SPRM (Suruhanjaya Pencegah Rasuah Malaysia) dalam isu kematian Teoh Beng Hock , mencabar Polis dalam isu2 kematian tahanan reman seperti Kugan.Secara tak langsung juga mencabar Melayu kerana pegawai2 Kerajaan ramai Melayu.
5.Keempat : Orang2 Cina khususnya pemimpin2 DAP sudah berulang kali membuat kenyataan2 yang bersifat anti-Islam.
Contoh2 seperti isu azan (Theresa Kok), isu tuntutan menghalalkan anak luar nikah Teoh Beng Hock (Anthony Lock Ketua Pemuda DAP) dan lain2.
6.Kelima : Sejak adanya Pakatan Rakyat khususnya di Perak DAP dikatakan mencabar Islam kerana dalam portfolio EXCO kerajaan diwujudkan satu portfolio yang dinamakan Hal Ehwal Bukan Islam.Masa UMNO/BN dulu tak ada.Maknanya orang bukan Islam dah naik tocang kerana wujudnya portfolio baru !
7.Keenam : Apabila ada EXCO kerajaan PR Selangor dan DAP membantah tindakan merampas botol2 arak dari premis tertentu di Shah Alam , lantas DAP dituduh tidak menghormati perasaan orang2 Islam & menghina peraturan2 syariat yang ada.Secara sinis PAS yang bertegas meminta jualan minuman keras dikawal penjualannya pula dipersenda dan tuduh menjadi alat DAP.Lantas PAS dituduh lebih pentingkan hubungan PR daripada Islam itu sendiri !
8.Tidak sukar untuk menolak kempen kotor & hujjah dangkal UMNO.Assobiyah mana ada rasional.Bagai meludah kelangit akan tepercik kemuka sendiri.
Saya akan jawab dalam bentuk soalan2 yang terjawab sendiri jika anda jujur kepada diri sendiri.
Soalan !!
1)Lim Guan Eng Cina , Tan Sri Koh Tsu Koon bangsa apa ? Jawa ?
2)Sivakumar speaker PR bangsa India , adakah Ganesan speaker haram pilihan UMNO bangsa Melayu ?
3)Siapa yang menerajui kerajaan Pulau Pinang selama 52 tahun & membiarkan Melayu miskin dan terpinggir ? Apa UMNO buat ?
4)Mengapa kerajaan Dr Zambry kudeta melantik Dr Mah (EXCO dari MCA) untuk mengetuai portfolio Hal Ehwal bukan Islam ? Masa PR memerintah , UMNO maki DS Nizar kerana lantik Dato' Ngeh pegang portfolio tersebut.'Kata Dulang , Paku Serpih , Kata Orang Dia Yang Lebih'
5)Kalau bagi tanah kepada sekolah2 swasta Cina , menggadai Melayu.Apakah bagi 22,000 ekar tanah kepada tauke KLK (Cina KL) membela Melayu ? Bagi Pangkor Laut kepada Tauke bela India muslim ke ?
6)Apa macam bila kerajaan UMNO/BN Perak dalam tahun 2003 arahkan azan di masjid Negeri di perlahankan bagi majlis pesta tahun baru Cina di Padang Ipoh ?
7)Bila Dato' Najib cakap "hudud akan menyebabkan huru-hara dan tanpa hudud negara2 lain boleh maju" adakah tidak hina Islam ? Pernahkah Najib tarik balik kenyataan tersebut ? DAP jahil tentang Islam kerana fitnah UMNO terhadap Islam.
8)PAS jadi alat DAP kerana perjuangkan sekatan penjualan arak di tempat2 majoriti Islam di Selangor ? DAP tu majoriti kafir tapi tak pernah lulus kilang arak atau lulus lesin judi.Dengan DAP pun UMNO kalah hujjah , baik tak payah hujjah dengan PAS !!
Tiada ulasan:
Catat Ulasan